Assalamualaikum,
Pengambilan
ubat untuk menguruskan badan tentunya merbahaya kepada kesihatan kita. Tambahan pula kebanyakan lambakan ubat yang terdapat di pasaran tidak mendapat pengiktirafan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
|
Kuruskan Badan Tanpa Ubat (Gambar hiasan) - herbalpelangsing.com |
Sebelum ini telah dibincang mengenai
kenapa perlu kurus. Kali ini akan dibincangkan mengenai cara untuk kuruskan badan tanpa ubat. Beberapa tips
kuruskan badan tanpa ubat adalah seperti berikut:
1) Sediakan diari khas untuk kuruskan badan
Rekodkan dalam diari mengenai kekerapan dan kuantiti anda makan, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan ketika makan. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti untuk memperbaiki tabiat pemakanan yang sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda.
2) Setkan dalam minda keinginan kuruskan badan
Harus diingat, anda akan menggunakan tubuh anda sehingga hari tua, oleh itu adalah penting untuk anda mengekalkan kesihatannya agar dapat terus bertahan. Ramai orang lebih berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka setkan dalam minda tujuan utama untuk kurus adalah untuk kekal sihat dan cergas.
3) Makan secara tetap mengikut jadual untuk kuruskan badan
Makanlah secara tetap dalam kuantiti yang sedikit tetapi mengikut jadual (kerap). Pengurangan pengambilan makanan secara drastik akan menyebabkan tubuh kita terkejut dan seterusnya otot dalam tubuh akan dibakar bagi menggantikan makanan. Akibatnya kadar metabolisma tubuh akan menurun dan kita akan makan dengan lebih banyak.
4) Usah abaikan sarapan pagi untuk kuruskan badan
Pengambilan sarapan pagi adalah penting kerana ianya menstabilkan paras hormon dan gula dalam darah. Sarapan pagi juga menyebabkan kadar metabolisma meningkat untuk membakar kalori. Ambil semangkuk bijirin penuh kerana ia membekalkan sumber tenaga kepada tubuh kita.
5) Kawal kuantiti makanan untuk kuruskan badan
Gunakan pinggan bersaiz kecil dan rata ketika mengambil makanan. Penuhkan sayur terlebih dahulu dan seterusnya sedikit nasi dan lauk pauk. Elakkan makan sambil menonton tv kerana anda tidak akan perasan kuantiti makanan yang diambil.
6) Nikmatilah makanan untuk kuruskan badan
Amalkan makan secara perlahan-lahan dan jangan gelojoh. Kunyahlah makanan kepada cebisan kecil sebelum menelannya untuk memudahkan sistem penghadaman. Tubuh akan menghantar isyarat kepuasan ke otak sekiranya makanan dinikmati.
7) Amalkan minum kosong untuk kuruskan badan
Sifat semulajadi air sebagai agen pembersih dalam tubuh. Air menyahtoksin segala kekotoran dari badan. Amalan meminum sekurang-kurangnya 8 gelas air kosong setiap hari.
8) Kurangkan pengambilan berikut untuk kuruskan badan:
a) Garam
Kandungan garam yang tinggi dalam badan menyebabkan badan air memerlukan banyak air dan akibatnya banyak air berkumpul dalam tubuh kita. Oleh itu, pengurangan makanan bergaram akan mengurangkan berat kita yang disebabkan pengumpulan air.
b) Gula
Penggunaan gula dalam makanan dan minuman perlu dikawal. Tahukah anda satu sudu teh gula mengandungi sehingga 32 kilo kalori. Kurangkan manis dalam makanan serta minuman, lebihkan manis dalam senyuman. Elakkan meminum minuman bergas kerana kandungan gulanya sangat tinggi. Tahukah anda, kandungan dalam 1 tin (435 ml) minuman bergas mengandungi 9 sudu teh gula? Ianya sangat tidak baik untuk diet anda.
c) Lemak dan penambah perisa
Makanan berlemak perlu dikurangkan di dalam memastikan diet anda berjaya. Pilihlah ikan jika dibandingkan dengan ayam. Sekiranya memilih ayam, buang lemak dan kulit terlebih dahulu sebelum ianya dimasak. Snek ringan yang sememangnya kaya dengan penambah perisa juga perlu dikurangkan pengambilannya. Penggunaan minyak dan marjerin juga perlu dikurangkan dalam masakan dan makanan anda.
9) Ubah cara memasak untuk kuruskan badan
Lupakan kaedah menggoreng dengan minyak masak. Sebaliknya tukar kepada kaedah merebus, mengukus dan membakar.
10) Jadikan buah-buahan dan sayur-sayuran sebagai snek untuk kuruskan badan
Buah dan sayur tinggi kandungan vitamin serta mineral dan rendah lemak. Jika berasa lapar, amalkan mengudap buah-buahan. Misalnya potong kiub buah betik dan simpan dalam peti ais. Apabila berasa lapar, keluarkan dari peti ais dan boleh dimakan segera bagi menggantikan snek ringan. Amalan meminum segelas air limau nipis selepas makan menggalakkan pembakaran lemak kerana kandungan asid sitrik dalam buah limau nipis.
11) Lakukan aktiviti fizikal secara konsisten untuk kuruskan badan
Aktiviti fizikal boleh dilakukan samaada di dalam atau di luar rumah. Berikut beberapa aktiviti serta kalori yang dibakar oleh seorang dewasa berat 68kg beraktiviti selama sejam:
a) Berbasikal statik = 380 kalori
b) Berjalan pantas = 300 kalori
c) Bermain bola keranjang (agresif) = 450 kalori
d) Mengemas rumah = 240 kalori
e)
Berkebun = 320 kalori
f) Aerobik = 405 kalori
g) Bermain Ping Pong = 280 kalori
h) Bersauna (15 minit) = 400-600 kalori
i) Berbasikal (30 minit) = 250 – 500 kalori
j) Jogging (30 minit) = 300 kalori
k) Berenang (30 minit) = 400 kalori
Oleh itu, hanya kita yang mampu mengubah diri kita untuk menjadi lebih cergas dan sihat. Semoga tips kuruskan badan tanpa ubat yang dikongsikan ini bermanfaat untuk anda amalkan dalam kehidupan seharian.