31 March 2014

Merawat Cirit-Birit di Rumah

Assalamualaikum, 

Di hujung minggu pastinya banyak jemputan ke kenduri kahwin rakan atau saudara-mara. Ada masanya makanan yang disajikan memberi kesan terhadap perut kita. Mungkin perut akan berasa sakit, memulas dan berlakunya cirit-birit

Rawat Cirit-Birit di rumah
Rawat Cirit-Birit di Rumah (Gambar hiasan) - celiacdisease.about.com
Sebelum ini dibincangkan mengenai cara untuk merawat bibir kering. Beberapa cara yang boleh dilakukan bagi merawat cirit-birit di rumah adalah seperti berikut:

1. Air teh O merawat cirit-birit
Bancuh pekat air teh dan minum ketika ianya masih suam. 

2. ENO atau 100 plus merawat cirit-birit
Ambil sepeket ENO dan bancuh dengan segelas air dan diminum. Boleh juga meminum air 100 plus atau minuman isotonik yang lain. 

3. Daun jambu batu merawat cirit-birit
Ambil beberapa helai daun jambu batu dan ramas bersama sedikit garam dan air suam. Minum air daun jambu batu ini.

4. Buah ciku muda merawat cirit-birit
Rebus buah ciku muda dan minum airnya ketika masih suam. 

5. Pil chek it teck aun merawat cirit-birit
Boleh beli pil chek it teck aun dan simpan di rumah anda sebagai persediaan sekiranya berlaku cirit-birit. 

Seelok-eloknya segeralah mendapatkan rawatan doktor di klinik yang berhampiran anda. Kemungkinan sakit perut dan cirit-birit yang berlaku adalah akibat keracunan makanan. Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan kekeringan.

p.s: Ketika tinggal di kampung, air daun jambu batu itulah yang selalu diamalkan. Kini pokok jambu batu susah didapati, jadi aku terus minum 100plus sahaja. Bagaimanakah cara anda merawat cirit birit?

^_^

Segalanya Telah Tertulis

Assalamualaikum,

Rezeki, jodoh dan ajal kita adalah rahsia Allah SWT. Ada orang diberikan rezeki awal, tetapi jodoh lambat. Ada juga yang berlaku sebaliknya. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz sejak kita di dalam kandungan ibu kita lagi.

Segalanya Telah Tertulis
Segalanya Telah Tertulis (Gambar hiasan) - pixoto.com
Seorang rakan sekelasku ketika belajar dahulu memang murah rezeki dan jodohnya. Sejak tamat belajar pada akhir tahun 2007, dia telah mendapat pekerjaan di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Pantai Timur.

Beberapa bulan kemudian dia bertunang dan kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin dia disahkan hamil. Tahun demi tahun berlalu, dia akhirnya memiliki dua orang cahaya mata. Perjalanan hidupnya begitu lancar tanpa ujian besar.

Pada awal tahun 2013 yang lalu aku dikejutkan oleh pemergiannya sekeluarga (termasuk anak dan suaminya) menemui Allah SWT akibat kemalangan jalanraya. Ianya membuatkan aku berfikir sejenak, segalanya telah tertulis begitu.

Di usia yang masih muda dia telah memperolehi segalanya iaitu rezeki, jodoh, anak dan kebahagiaan. Di saat usia itu juga Allah SWT telah mengambil segala-galanya sekelip mata sahaja. Kadangkala kita mengeluh, kenapa jodoh lambat atau kenapa lambat dapat anak?

Sebenarnya segalanya telah tertulis begitu. Apa yang kita boleh buat adalah teruskan berusaha dan berdoa agar Allah SWT memberikan yang terbaik untuk kita. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan akan datang.

Namun jika langkah kita kecundang di pertengahan jalan, jangan sekali-kali menyalahkan takdir. Kerana manusia akan sentiasa diuji bagi membuktikan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak pernah jauh.

*Nota : Sedekahkan al-fatihah kepada arwah rakanku sekeluarga yang telah meninggal dunia. Semoga beliau sekeluarga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 

^_^

30 March 2014

Apabila Wang Tiada Nilai

Assalamualaikum, 

"Maaf kak, duit kertas ini tidak boleh diterima." tiba-tiba juruwang di kaunter pembayaran di Jaya Jusco memberitahu aku. "Eh, kenapa tak boleh terima ya?" soal aku kebingungan. "Duit ini terkoyak." balas juruwang itu.

Apabila Wang Tiada Nilai
Apabila Wang Tiada Nilai
Baru aku perasan duit RM5.00 itu memang terkoyak. Mujurlah masih ada duit lain untuk membayar. Duit itu aku terima dari juruwang di Daiso ketika membeli barangan di sana sebelum ini. Akhirnya duit itu aku simpan sahaja di dalam dompet.

Sebelum ini aku pernah berbual dengan salah seorang kakitangan yang bekerja dengan Bank Negara Malaysia ketika mengunjungi Festival Belia Putrajaya 2013 di dalam entri bertajuk duit oh duit. Wang kertas yang rosak hanya boleh ditukar di bank.

Mungkin juruwang di Daiso tidak perasan telah memberikan pulangan duit RM5.00 yang terkoyak kepadaku. Namun bayangkan jika aku hanya ada duit itu sahaja di dalam dompet. Tentu sukar untuk menggunakan duit yang tiada nilai itu. 

^_^

Cara Daftar Tabung Haji Online

Assalamualaikum,

Kini anda boleh menyemak baki akaun Tabung Haji dan mendaftar haji secara online melalui perkhidmatan mytaha. Pendaftaran Tabung Haji secara online ini memudahkan pengguna untuk mengakses di mana sahaja.

Cara Daftar Tabung Haji Online

Anda boleh mendaftar Tabung Haji secara online dengan cara berikut:
Cara Daftar Tabung Haji Online
0. Dapatkan nombor pin dengan cara mengunjungi cawangan Tabung Haji yang terdekat. 

Cara Daftar Tabung Haji Online
1. Masuk ke laman web myTaha (https://www.mytaha.com.my/index.html). Klik 'Daftar di sini'. 

Cara Daftar Tabung Haji Online
2. Isikan maklumat nombor akaun Tabung Haji.
3. Isikan maklumat nombor kad pengenalan.
4. Isikan maklumat ID pengguna.
5. Isikan maklumat kata laluan.
6. Isikan maklumat nombor pin (seperti yang telah diperolehi dalam langkah 0).
7. Pilih imej rahsia.
8. Klik 'Simpan'.

Cara Daftar Tabung Haji Online
9. Akan keluar paparan 'Pendaftaran berjaya. Sila log maklumat untuk menggunakan sistem myTaha.'

Cara Daftar Tabung Haji Online
10. Masukkan ID yang telah didaftarkan. 
11. Klik 'Log Masuk'.

Cara Daftar Tabung Haji Online
12. Masukkan kata laluan seperti yang telah didaftarkan. 
13. Klik 'Hantar'.

Cara Daftar Tabung Haji Online
14. Kini anda bolehlah membuat pendaftaran haji, menyemak baki dan melakukan transaksi lain seperti pindahan simpanan secara online

Begitulah cara mendaftar Tabung Haji secara online. Selamat mencuba.

^_^

29 March 2014

Anne Nurain's Birthday Giveaway

Assalamualaikum,

Segmen ini dianjurkan oleh blogger Anne sempena hari lahir beliau.

Boleh klik banner di aats untuk mengikuti segmen ini
"Selamat hari lahir yang ke-21 kepada Anne. Semoga dipanjangkan usia dan diberkati oleh Allah SWT selalu.."

*Tiada instagram. 

^_^

Kisah Lawak Hantu

Assalamualaikum,

Di hujung minggu ini dikongsikan beberapa kisah lawak hantu. 

Kisah Lawak Hantu
Kisah Lawak Hantu (Gambar hiasan) - kisah69.blogspot.com
Kisah 1 : Pembantu rumah
Sebuah keluarga baru berpindah ke rumah baru. Pada suatu hari si anak berbual-bual dengan ayahnya. 
Anak : "Adakah hantu itu benar-benar wujud ayah?"
Ayah : "Tidak, hantu itu tidak wujud. Ianya hanya kisah rekaan dalam filem dan televisyen sahaja."
Anak : "Tetapi ayah, kata pembantu rumah kita hantu itu benar-benar wujud."
Ayah : "Kemaskan barang-barang kamu dengan segera. Kita akan berpindah ke rumah baru."
Anak : "Tapi kenapa ayah?"
Ayah : "Sebenarnya kita tiada pembantu rumah!!!"

Kisah 2 : Melamar
Tan berkunjung ke rumah keluarga gadis yang baru dikenalinya mengikut alamat yang diberikan oleh gadis itu kepadanya.
Tan : "Maafkan saya pakcik. Saya baru berkenalan dengan anak pakcik bernama Tin dan telah jatuh cinta kepadanya. Izinkan saya melamar Tin untuk dijadikan teman hidup saya."
Bapa Tin : "Bagaimana anda mahu melamar Tin? Dia sudah meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya pada minggu lepas."
Tan : "Tidak mengapa pakcik. Saya juga telah meninggal dunia pada 3 bulan yang lepas."

Kisah 3 : Salah nama
Pada suatu malam, Min dan Mun melalui kawasan tanah perkuburan ketika pulang ke rumah mereka. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pada batu. Rupa-rupanya seorang lelaki tua sedang memahat batu nisan.
Min : "Pakcik hanya menakutkan kami sahaja. Kami ingatkan hantu tadi."
Mun : "Pakcik buat apa pada waktu malam begini?"
Pakcik : "Entah bagaimana mereka tersalah tulis nama saya di batu nisan ini."

Selamat berhujung minggu kepada anda semua..
^_^

28 March 2014

Perlu Trafik Tinggi untuk Mendapat CPUV Nuffnang?

Assalamualaikum, 

Entri ini hanya sekadar luahan perasaanku terhadap pihak Nuffnang. Page View (PV) dan Unique Visitor (UV) blog pada setiap hari hampir 1k, tetapi masih belum menerima Cost per Unique Visit (CPUV) dari Nuffnang.  

PerluTrafik Tinggi untuk Mendapat CPUV Nuffnang

Jika menghantar tiket kepada Nuffnang, jawapan mereka blogger mesti tingkatkan trafik blog dan letakkan kedudukan iklan dengan betul. Tetapi melalui pemerhatianku, blog trafik rendah dan jarang atau sudah lama tidak update pun menerima CPUV.

Nuffnang juga mengatakan bahawa pemilihan blog dilakukan oleh pihak pengiklan dan lebih dari 100,000 blog bersaing di bawah genre yang sama. Mungkin mereka hanya memilih blog yang benar-benar menepati ciri-ciri yang ditetapkan oleh pengiklan. 

Oleh itu, trafik tinggi tidak menjamin untuk mendapat CPUV dari Nuffnang. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing juga. Apa yang penting kembali kepada tujuan asal menulis blog iaitu untuk kepuasan diri sendiri. 

^_^

Jauh dari Dosa dan Maksiat

Assalamualaikum, 

Seorang lelaki yang telah lama melakukan dosa dan maksiat berjumpa dengan ulama sufi yang bernama Ibrahim Adham. "Aku pendosa yang sukar untuk meninggalkan maksiat. Ajarkan aku supaya dapat berhenti melakukan maksiat." kata lelaki itu. 

Jauh dari Dosa dan Maksiat
Jauh dari Dosa dan Maksiat (Gambar hiasan) - themuslimtimes.org
Ibrahim Adham menjawab, "Jika kamu dapat berpegang kepada lima perkara ini, tentu kamu akan dijauhkan dari dosa dan maksiat." Sebelum ini telah dibincangkan Allah SWT tidak pernah jauh. Lima perkara yang beliau katakan adalah seperti berikut: 
  1. Jika kamu ingin melakukan maksiat, carilah tempat di mana Allah SWT tidak dapat melihat kamu.
  2. Jika kamu ingin melakukan dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah SWT.
  3. Jika kamu masih melakukan dosa, jangan tinggal di bumi Allah SWT lagi. 
  4. Jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kamu sebelum sempat bertaubat, tolaklah dia dan jangan biarkan dia mencabut nyawa kamu. 
  5. Jika malaikat maut mencabut nyawa kamu ketika melakukan dosa dan kemudiannya malaikat Malik memasukkan kamu ke dalam neraka, mintalah kepadanya untuk kembali hidup supaya kamu dapat bertaubat. 
Lelaki itu berasa takut mendengar jawapan itu dan segera menginsafi dosa-dosanya. Sejak itu beliau telah bertaubat dan berubah menjadi manusia yang beriman. Oleh itu, hanya keimanan yang dapat mengawal kita dari melakukan dosa dan maksiat

Rujukan : Buku Istikharah Cinta (2014), Ummu Anas, PTS Millennia Sdn. Bhd. 


 ^_^

27 March 2014

Ayam Berkokok di Tengah Malam

Assalamualaikum, 

Hampir setiap malam lebih kurang pukul 12 lebih akan kedengaran bunyi ayam berkokok di luar rumah. Ianya diiringi oleh bunyi anjing menyalak. Kawasan perumahan yang aku diami terletak bersempadan dengan penanaman kelapa sawit. 

Ayam Berkokok di Tengah Malam
Ayam Berkokok di Tengah Malam (Gambar hiasan) - id.wikipedia.org
Selalu juga aku ternampak beberapa ekor anjing berkeliaran di luar pagar rumah pada waktu malam. Setakat ini mereka tidak mengganggu penduduk. Bunyi ayam berkokok itu aku tidak pasti dari mana puncanya.

Mungkin ada ayam yang diternak di ladang kelapa sawit atau mungkin juga ada ayam hutan yang memang mendiami ladang kelapa sawit itu. Yang membuatkan aku berasa musykil, kenapa ayam itu berkokok di tengah malam?

Selalunya jika di kampung, ayam akan berkokok ketika hampir masuk waktu Subuh atau pada waktu siang. Inilah pertama kali aku mendengar ayam berkokok di tengah malam. Setakat ini alhamdulillah tidak pernah berlaku perkara misteri. 

 ^_^

Cara Menyimpan Madu Agar Tahan Lama

Assalamualaikum, 

Cara menyimpan madu juga mempengaruhi ketahanannya. Seorang pengkaji dari Amerika telah menemui sebotol madu yang dianggarkan berusia lebih 3,000 tahun di satu ruang dalam piramid Mesir. Madu itu masih dalam keadaan yang baik.

Cara Menyimpan Madu
Cara Menyimpan Madu Agar Tahan Lama (Gambar hiasan) - phunukieuviet.vn
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai khasiat madu kepada kesihatan dan kecantikan. Beberapa cara menyimpan madu agar ianya tahan lama adalah seperti berikut: 

1. Bekas menyimpan madu
Simpan madu di dalam botol atau bekas bertutup rapat dan jauh dari cahaya terang. Pastikan tempat menyimpan madu bukan dari bahan-bahan yang diperbuat dari logam kerana ianya akan menyerap bau dan bertindakbalas dengan logam.  

2. Suhu persekitaran menyimpan madu
Suhu paling sesuai untuk menyimpan madu adalah 5-27 darjah celsius. Pastikan ianya disimpan dalam keadaan udara kering dengan kelembapan tidak melebihi 20%. Suhu terlalu tinggi akan menghilangkan sifat antibakteria semulajadi di dalam madu. 

3. Mengekalkan khasiat madu yang disimpan
Jika madu yang disimpan membeku, cara mencairkannya yang betul adalah dengan meletakkan bekas madu di dalam air panas yang suhunya tidak melebihi 40 darjah celsius sehingga ia cair. Jika dipanaskan dengan suhu tinggi, ia akan menghilangkan khasiat madu

Oleh itu, cara menyimpan madu yang betul adalah penting bagi mengekalkan ketahanan dan khasiatnya. Pastikan suhu tempat penyimpanan dan bekas menyimpan madu sesuai bagi memastikan ianya tahan lama. Boleh juga membaca khasiat cuka kurma

Rujukan : Buku Mukjizat Kesembuhan dalam Jintan Hitam, Madu & Air (2013), Muhammad Izat Tahir, Pustaka Ibnu Katsir Sdn. Bhd.

 ^_^

26 March 2014

Wordless Wednesday # 31 - Ayam atau Telur?

Assalamualaikum,

Ayam atau Telur
Sumber gambar : lifesacomicstrip.blogspot.com
Ayam berasal dari telur. Tetapi telur juga berasal dari ayam. Mana yang lebih dahulu ada?

 ^_^

Budak Itu Hiperaktif

Assalamualaikum,

Ketika servis kereta di Perodua Bandar Tun Razak baru-baru ini, aku terpaksa menunggu lama kerana walk in. Seorang lelaki yang membawa anak lelakinya juga walk in dan menunggu keretanya diservis. Melihatkan anaknya membuatkan aku berasa risau.

Budak Itu Hiperaktif
Budak Itu Hiperaktif (Gambar hiasan) - in.lifestyle.yahoo.com
Bermula dari berlari turun dan naik tangga, kemudiannya budak itu mengusik setiap barang yang terdapat di atas meja staf Perodua. Setiap benda yang dia jumpa pasti akan disentuh dan dipanjatnya. Walaupun dilarang oleh ayahnya, dia tetap berdegil. 

"Kenapa la ayahnya biarkan sahaja anaknya begitu." keluh seorang wanita yang juga menunggu keretanya diservis. Aku hanya mampu tersenyum, serba salah juga aku hendak menjawabnya kerana aku tidak ada anak lagi. 

Seperti biasa apabila balik ke rumah aku membuat carian di google apakah itu hiperaktif. Beberapa ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif adalah seperti berikut:
  • Degil dan suka membantah
  • Tidak suka mengikut peraturan
  • Lalai dan tidak dapat memberikan tumpuan
  • Selalu berasa tidak puashati dan sering tertekan
  • Bermasalah dalam pelajaran
  • Bermasalah dalam hubungan sosial
  • Perasaan cepat takut dan risau
  • Mudah berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
  • Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah apabila duduk
  • Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
  • Bising waktu bermain
  • Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
  • Banyak bercakap
Kanak-kanak hiperaktif boleh diubati dengan ubat-ubatan atau tanpa ubatan. Seeloknya kaedah tanpa ubatan dipraktikkan seperti berikut:
  • Berikan arahan yang jelas satu persatu kepada kanak-kanak hiperaktif. Pastikan mereka memberi perhatian dan memahaminya.
  • Sekiranya kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu yang baik, berikan pujian kepadanya. Ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan hadiah untuk menggalakkan mereka berkelakuan baik.
  • Kekalkan kebiasaan aktiviti harian kanak-kanak hiperaktif supaya mereka dapat menjangka apa yang berlaku pada setiap hari.
  • Bantu kanak-kanak hiperaktif mengatur aktiviti harian mereka dengan cara menyediakan senarai semak untuk memastikan semua tugasnya disempurnakan.
  • Latih kanak-kanak hiperaktif untuk mengawal kata hatinya, contohnya berfikir dulu sebelum berkata-kata.
  • Bina semangat dan tonjolkan kelebihan yang ada pada kanak-kanak hiperaktif. Jangan hanya memberi tumpuan pada kelemahan dirinya sahaja.
Oleh itu, hiperaktif boleh dirawat dengan usaha yang berterusan. Mereka juga sama seperti kanak-kanak yang lain dan memerlukan perhatian dan kasih sayang. Boleh juga membaca mengenai kanak-kanak yang mengidap penyakit autisme

Rujukan maklumat hiperaktif : azieazrol.blogspot.com/2010/04/masalah-murid-hiperaktif-adhd.html

^_^

25 March 2014

Salahkah Kucing Itu?

Assalamualaikum, 

Salah seorang jiranku memelihara banyak ekor kucing. Pada asalnya kucing-kucing itu dikurung di dalam beberapa sangkar besar. Namun sejak akhir-akhir ini ada di antara kucing itu dibiarkan lepas bebas di luar kawasan rumahnya. 

Salahkah Kucing Itu
Salahkah Kucing Itu (Gambar hiasan) - pussingtonpost.com
Kucing-kucing itu akan merayau-rayau di rumah jiran-jiran di sekitar rumahnya, termasuk rumah yang aku duduk (aku menumpang di rumah kakakku). Yang paling menyedihkan apabila kucing itu 'melepaskan hajatnya' di merata tempat. 

Boleh dikatakan hampir setiap hari lantai di luar rumah terpaksa dibasuh kerana terdapat air kencing dan najis kucing. Jika dihalau terasa kasihan kerana dia juga makluk Allah SWT yang menumpang di atas muka bumi ini. 

Aku tidak menyalahkan kucing-kucing itu, tetapi berharap agar tuan kucing itu memahami. Hendak menegur secara terus bimbang jika bermasam muka. Tidak pasti apa ayat yang paling sesuai untuk dinyatakan kepada tuan kucing itu. 

^_^

Berjimat Semasa Membeli-belah

Assalamualaikum,

Hujung minggu adalah aktivitiku sekeluarga membeli-belah di Tesco. Di zaman kos sara hidup semakin meningkat ini seharusnya kita berjimat semasa membeli-belah. Perbelanjaan seharusnya dirancang terlebih dahulu. 

Berjimat Semasa Membeli-belah
Berjimat Semasa Membeli-belah (Gambar hiasan) - goodfood.com.au
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara untuk jimat duit. Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika membeli-belah adalah seperti berikut: 

1. Senaraikan barangan
Dengan adanya senarai barangan ini kita hanya akan membeli barangan mengikut keperluan. Tidaklah membeli barangan mengikut kehendak. 

2. Bandingkan harga barangan
Kebiasaannya kita akan membeli sesuatu barangan mengikut jenamanya. Seharusnya pemilihan barangan adalah mengikut kualitinya. Pilih barangan dengan kualiti yang baik tetapi dengan harga yang murah. 

3. Mendaftar kad keahlian
Setiap kali membeli-belah pasti ada mata ganjaran yang dikumpul. Mata ganjaran ini akan ditukarkan kepada voucher tunai atau diskaun terhadap beberapa jenis barangan. 

4. Menyemak senarai harga barangan di resit
Ada masanya pasaraya akan mengadakan promosi terhadap beberapa barangan terpilih. Ketika membayar pastikan harga senarai barangan itu betul seperti harga promosi. 

5. Hadkan penggunaan kad kredit
Penggunaan kad kredit akan menyebabkan kita tidak sedar telah berbelanja lebih. Seeloknya bayarlah menggunakan wang tunai. Bawa wang tunai yang secukupnya sahaja untuk mengelakkan berbelanja lebih.  

6. Membeli-belah ketika perut kenyang
Ketika perut sedang lapar pasti kita akan berkeinginan mengambil makanan segera yang nampak sedap. Pastikan makan terlebih dahulu di rumah sebelum keluar membeli-belah. 

7. Elakkan pembelian di saat akhir
Selalunya terdapat barangan seperti snek disusun berhampiran kaunter pembayaran. Ketika beratur menunggu giliran membayar pasti kita akan tertarik dengan barangan itu. Elakkan dari membeli barangan di saat akhir. 

Untuk berjimat semasa membeli-belah bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Pilihan terletak di tangan kita untuk memilih yang terbaik. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dengan berbelanja mengikut bajet dan kemampuan kita. 

 ^_^

24 March 2014

Makanan Pengganti Nasi

Assalamualaikum, 

Badan kita memerlukan nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan kesihatan dan memberikan tenaga yang berkekalan. Ada individu yang berdiet dengan tidak mengambil nasi dengan alasan ianya mengandungi karbohidrat yang tinggi. 

Makanan Pengganti Nasi
Makanan Pengganti Nasi (Gambar hiasan) - diaitologia.gr
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tenaga segera ketika lapar. Beberapa jenis makanan yang boleh diambil sebagai pengganti nasi adalah seperti berikut: 

1. Oat sebagai pengganti nasi
Oat dapat mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita. Oat boleh dimasak sebagai bubur atau dibancuh dengan minuman seperti susu. Ia juga boleh dicampur dalam biskut dan kek. 

2. Jagung sebagai pengganti nasi
Jagung mengandungi serat yang mengenyangkan. Anda boleh menikmati jagung yang direbus atau dibakar. Jagung muda juga boleh dimasak sebagai sayur. 

3. Pasta sebagai pengganti nasi
Pelbagai jenis pasta yang boleh didapati seperti makaroni dan spageti. Anda boleh memasak pasta dengan cara merebusnya. Boleh tambahkan sedikit minyak zaitun, daging rendah lemak dan sayur-sayuran. 

Harus diingat bahawa badan kita tetap memerlukan karbohidrat untuk memberi tenaga. Makanan pengganti nasi di atas boleh diambil bersama buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain daripada menjaga pemakanan, perlu diseimbangkan juga dengan aktiviti fizikal. 

 ^_^

23 March 2014

Terima Kasih Blogger Mazni, Blogshop Rexylla dan Blog Penghuni 60

Assalamualaikum,

Entri penghargaan ini sebagai tanda terima kasih kepada blogger Mazni, blogshop Rexylla dan blog Penghuni 60.

1. Blaus hitam dari segmen blogger Mazni (http://supersagaaaa.blogspot.com/)
Terima Kasih Blogger Mazni, Blogshop Rexylla dan Blog Penghuni 60
Blaus hitam ini diterima dari salah seorang penaja 'Awesome December Giveaway' iaitu blogger Ika (http://haneulafiqah.blogspot.com/).

Salah satu keunikan blog beliau adalah lukisan kartun komik yang dilukis sendiri olehnya. Boleh tengok salah satu daripada lukisan beliau dalam entri bertajuk Kucing Sombong (http://supersagaaaa.blogspot.com/2013/12/kucing-sombong.html). 

2. Voucher 10% dari blogshop Rexylla (http://rexylla.blogspot.com/)
Terima Kasih Blogger Mazni, Blogshop Rexylla dan Blog Penghuni 60
Voucher 10% ini diterima dari blogshop Rexylla sempena 'Rexylla FB Page Launching Giveaway'. Kepada anda yang ingin membeli pakaian muslimah secara atas talian bolehlah berkunjung ke Rexylla.

Untuk mengetahui koleksi dan tawaran terkini pakaian yang dijual bolehlah terus berkunjung ke facebook mereka --->>> https://www.facebook.com/rexylla.

3. Menjadi 'Guest this Week' blog Penghuni 60 (http://penghuni60.blogspot.com/)
Terima Kasih Blogger Mazni, Blogshop Rexylla dan Blog Penghuni 60
Blog Penghuni 60 adalah blog yang berasal dari Indonesia. Beliau telah meletakkan blog Mizz Aiza sebagai 'Guest this Week' di blog beliau.

Blog ini menceritakan pelbagai perkara termasuk gaya hidup, motivasi, misteri, google adsense dan pelbagai informasi menarik. Salah satu entri menarik bertajuk Cerminan Wajah Kita Sendiri (http://penghuni60.blogspot.com/2012/05/cerminan-wajah-kita-sendiri.html).

Alhamdulillah dan terima kasih diucapkan kepada kalian semua. 

 ^_^

Kisah di Kentucky Fried Chicken (KFC)

Assalamualaikum, 

Petang semalam aku membeli ayam KFC. Semasa membayar aku menggunakan kad debit CIMB kerana jika lebih dari RM20 akan mendapat potongan 5%. Tapi masa aku nak tandatangan salinan resit tu aku perasan jumlahnya tidak ditolak 5%. 

Kisah di KFC
Kisah di KFC (Gambar hiasan) - youtube.com
"Kenapa jumlah ini tidak ditolak 5% adik?" aku menyoal budak tu. "Kenapa tak bagitahu kena tolak tadi?" boleh budak tu menjawab begitu. "Takkan customer nak kena bagitahu pula? Adik yang kerja di sini sepatutnya tahu." aku membalas. 

"Takpe la adik, lain kali jangan buat macam ni lagi ya. Dah bukan rezeki kami nak buat macam mana." adik aku mencelah, mujurlah adik aku positif. Lagi pun kat belakang kami ramai lagi pelanggan yang sedang beratur.

Kalau ikutkan marah aku, memang boleh bergaduh dengan budak tu. Apabila tiba di rumah baru aku perasan budak tu terkurang seketul ayam. Kami membeli set yang ada 6 ketul ayam dan 3 nasi. Dia hanya bagi 5 ketul ayam sahaja. 

"Dah takde rezeki kita nak buat macam mana. Mungkin budak tu baru bekerja kot." kata adik aku menenangkan aku. Aku hanya terdiam mendengar kata-kata adikku, mungkin ada kebenarannya. Yang penting bersangka baik. 

^_^

22 March 2014

Cuti-cuti GIVE AWAY

Assalamualaikum,

Segmen ini dianjurkan oleh blogger Fiza. 

Klik banner di atas untuk mengikuti segmen ini
Tarikh segmen : 21 Mac 2014 sehingga 28 Mac 2014

"Fiza akan bercuti di Korea."

 ^_^

1st Mini GA by Madihah

Assalamualaikum, 

Terima kasih diucapkan kepada blogger Madihah kerana sudi menjemputku untuk mengikuti segmen anjuran beliau.

http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/03/1st-mini-ga-by-madihah.html
Hadiah :
- Mistine Egg White Peel Off Mask -1

- Mistine White Spa Swiss Gold Serum Lotion-1

- Mistine Richy Orange/ Strawberry Body Scrub-1

- Mistine SS Powder-1



Tamat : 25.03.2014

Bukti klik iklan:
Iklan 1
Iklan 2
Iklan 3
Iklan 4
^_^

Alexa Rank #1

Assalamualaikum, 

Ini adalah entri pertamaku mengenai Alexa Rank. Sebelum ini aku hanya membaca mengenai pencapaian Alexa Rank di blog rakan-rakan blogger. Tiba-tiba terdetik di hatiku untuk mencatatkan ia dalam bentuk entri untuk disimpan sebagai kenangan.  

Alexa Rank

Blog aku telah bertukar kepada domain dot com pada 29 Disember 2013 yang lalu. Dalam masa hampir 3 bulan usia domain ini, alhamdulillah pencapaian Alexa Rank Global sebanyak 97,449 manakala Alexa Rank Malaysia sebanyak 693. 

Jika dibandingkan dengan blog orang lain, mungkin perkembangan Alexa Rank di blog aku agak perlahan. Blog aku bukanlah blog popular yang selalu dikunjungi ramai, tetapi hanyalah sekadar blog picisan. Namun aku tetap bersyukur di atas pencapaian ini. 

Untuk memeriksa Alexa Rank, bolehlah berkunjung ke --->>> http://www.alexa.com/

 ^_^

21 March 2014

Hilangkan Bau Nasi Hangit

Assalamualaikum, 

Baru-baru ini periuk nasi elektrikku telah rosak. Terpaksalah memasak nasi menggunakan dapur gas. Sementara menunggu nasi masak, aku leka melayan blog di ruang tamu. Tiba-tiba hidung aku terbau sesuatu yang hangit.

Hilangkan Bau Nasi Hangit
Hilangkan Bau Nasi Hangit (Gambar hiasan) - blueapocalypse.com
Rupa-rupanya nasi yang dimasak telah hangit. Terus aku memadamkan api dan mengambil beberapa helai daun pandan. Daun pandan itu dimasukkan ke dalam periuk nasi dan tutup dengan penutup periuk. Alhamdulillah bau nasi hangit telah hilang.

Petua lain yang pernah aku cuba ketika memasak nasi dan hangit adalah menggunakan cili kering. Ambil beberapa biji cili kering dan masukkan ke dalam nasi hangit dan tutup periuk. Insya-Allah bau hangit akan hilang. 

Boleh juga cuba menggunakan beberapa helai daun sirih. Masukkan ke dalam periuk nasi hangit dan tutup periuk. Biarkan seketika sehingga bau hangit hilang dan bolehlah dikeluarkan daun sirih itu. Petua ini aku pernah cuba ketika di kampung. 

* p.s: Atau mungkin anda juga ada petua lain untuk menghilangkan bau nasi hangit bolehlah berkongsi di sini. 

 ^_^

Kembali kepada Allah SWT

Assalamualaikum, 

Jiwa yang hanya terisi dengan keduniaan sebenarnya semakin menjauh dari Allah SWT. Semakin kita mengejar dunia, semakin jauh ia meninggalkan kita. Harta, kekayaan dan pangkat hanya membuatkan kita terus lalai. 

Kembali kepada Allah SWT
Kembali kepada Allah SWT (Gambar hiasan) - weezbo.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai Allah SWT tidak pernah jauh. Pada zahirnya kita nampak senang, namun di dalam hati berasa gelisah. Seharusnya jagalah hati agar tidak hilang pergantungan kepada Allah SWT. 

Seandainya kita diuji dengan pelbagai ujian, usah berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Sebenarnya Dia tidak pernah jemu menunggu hamba-Nya berdoa dan meminta pertolongan. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Az-Zumar 39:53
Berusaha dan bertekadlah untuk kembali kepada Allah SWT. Kita tidak akan menemui jalan kembali jika kita tidak berusaha mencarinya. Oleh itu, jalan menuju kepada Allah SWT memang banyak ujian dan rintangan yang harus ditempuhi.

Sumber petikan ayat al-Quran : Quran Reciter v5.4 oleh PPZ

^_^

20 March 2014

Kisah Lawak Hospital

Assalamualaikum, 

Kisah lawak hospital ini hanyalah kisah rekaan dan tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun telah meninggal dunia. 

Kisah Lawak Hospital
Kisah Lawak Hospital (Gambar hiasan) - drkatescranialschool
Kisah 1 : Lebah
Seorang pesakit telah datang ke hospital dengan hidung yang merah dan bengkak. 

Doktor : "Kenapa dengan hidung kamu?" 

Pesakit : "Lebah."

Doktor : "Hidung kamu dihinggapi oleh lebah itu?"

Pesakit : "Ya betul."

Doktor : "Kemudian lebah itu menyengat hidung kamu?"

Pesakit : "Belum sempat disengat lebah, sepupu saya memukul hidung saya dengan kayu."

Kisah 2 : Tekanan perasaan (stress)
Seorang isteri baru pulang dari berjumpa doktor di hospital kerana berasa tidak sedap badan. 

Suami : "Doktor kata apa sakit sayang?"

Isteri : "Tiada apa-apa abang. Cuma stress sahaja. Doktor mencadangkan supaya kita pergi bercuti di Paris, London atau New York untuk hilangkan stress. Abang rasa kita bercuti di mana nanti?"

Suami : "Abang rasa elok kita berjumpa doktor yang lain sahaja!!"

Kisah 3 : Penyanyi rock
Di sebuah hospital sakit jiwa kelihatan pesakitnya bermuram. Pihak hospital telah menjemput sebuah kumpulan muzik rock untuk menghiburkan semua pesakitnya agar kembali ceria.

Pada hari persembahan, semua pesakit dikumpulkan untuk menyaksikan konsert itu. Kelihatan penyanyi rock berpakaian koyak-rabak sambil menyanyikan lagu rock dengan gaya nyanyian yang terjerit-jerit.

Pesakit jiwa 1 : "Saya rasa jika kita terlalu lama di hospital ini, pasti kita juga akan menjadi seperti mereka."

Pesakit jiwa 2 : "Betul tu." 

^_^

Lif Berhantu


Assalamualaikum, 

Pada hari itu aku menemani adikku mengambil ijazahnya di sebuah universiti di Shah Alam. Selepas tamat sesi adik aku pada waktu petang, kami terus bertolak pulang ke rumah. Tiba-tiba adik aku mengatakan dia tertinggal begnya di sana.

Lif Berhantu
Lif Berhantu (Gambar hiasan) - jodolby.com
Lantas kami berpatah balik untuk mengambil beg itu. Ketika sampai di sana jam telah pun menghampiri pukul 7.00 malam. Apabila lif tiba, kami terus masuk ke dalam perut lif dan menekan nombor 2 untuk ke dewan utama.

Tiba-tiba kedengaran suara mengilai dan lampu di dalam lif malap berkelip-kelip. Sepanjang aku berada di dalam lif itu aku berasa sangat takut dan terus membaca, "Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz zhaalimii." 

Sepanjang di dalam lif aku terus membaca ayat itu berulangkali dan semakin lama suara itu semakin menghilang. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh azan Subuh. Rupa-rupanya ianya hanya mimpi. Namun masih terasa berdebar jantungku kerana ketakutan.


Boleh juga membaca:

 ^_^

19 March 2014

Wordless Wednesday # 30 - Susah dan Senang Bersama

Assalamualaikum,

Susah dan Senang Bersama

Sumber gambar : zerochan.net
 ^_^

Jimatkan Perbelanjaan Dapur Bujang

Assalamualaikum, 

Pada zaman kos hidup semakin meningkat ini kita seharusnya berjimat-cermat. Memasak sendiri di rumah adalah salah satu daripada cara berjimat. Di samping menjimatkan perbelanjaan, ia juga dapat menjamin kebersihan makanan yang dimasak.

Jimatkan Perbelanjaan Dapur Bujang
Jimatkan Perbelanjaan Dapur Bujang (Gambar hiasan) - pecsma.hu
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kelebihan wanita pandai memasak. Orang bujang juga tidak terkecuali untuk memasak sendiri di rumah. Antara barangan wajib untuk dapur bujang adalah seperti berikut:

1. Telur, ayam dan ikan
2. Kentang
3. Bawang merah dan bawang putih
4. Cili kering dan cili padi
5. Ikan bilis
6. Tepung gandum
7. Kicap dan sos cili
8. Sayur - kobis, sawi Jepun, tomato
9. Bihun
10. Tauhu dan bebola ikan

Kuantiti barangan yang dibeli seharusnya cukup untuk stok selama seminggu. Dari barangan yang dibeli di atas, anda sudah boleh memasak masakan ringkas seperti berikut:

1. Ayam/ ikan masak merah
2. Sambal tumis ikan bilis
3. Kobis/ sawi Jepun masak tumis
4. Kari ayam (tambah kentang)
5. Bihun goreng/ sup
6. Cucur bawang/ ikan bilis
7. Sambal tumis telur
8. Ayam/ Ikan/ Telur masak kicap
9. Ayam/ Ikan masak asam pedas
10. Ayam masak lemak cili padi

Banyak lagi masakan lain yang boleh dipelbagaikan dengan bahan-bahan yang telah dibeli. Selain daripada menjimatkan perbelanjaan, anda juga boleh mengawal kandungan minyak, garam dan gula di dalam masakan. Boleh juga membaca tips merancang perbelanjaan

^_^

18 March 2014

Senapang Itu Merubah Dirinya

Assalamualaikum,

Kisah ini diceritakan semula oleh mak aku. Pada suatu hari beberapa orang tentera Jepun yang sedang kehausan masuk ke kampung mak aku di Hulu Perak. Tiba-tiba mereka ternampak sebatang pokok kelapa yang tinggi dan berbuah lebat. 

Senapang Itu Merubah Dirinya
Senapang Itu Merubah Dirinya (Gambar hiasan) - amilinhussin.blogspot.com
Hendak menjolok buah kelapa itu, pokoknya terlalu tinggi. Untuk memanjat pokok kelapa itu tentulah mereka tidak mampu. Kebetulan seorang pemuda kampung melalui kawasan itu dan salah seorang daripada tentera Jepun menahannya. 

Pemuda itu diarahkan memanjat pokok kelapa dan mengambil buah kelapa muda. Malangnya pemuda itu sebenarnya tidak tahu memanjat pokok kelapa. Senapang dihalakan tepat ke punggung pemuda itu dan dia dipaksa untuk mengambil buah kelapa.

Akibat terlalu takut, pemuda itu terus mencuba memanjat pokok kelapa. Apabila melihat pemuda itu terkial-kial, tentera Jepun hanya mentertawakannya dan terus mengacukan senapang. Akhirnya pemuda itu berjaya memanjat pokok kelapa dan mengambil buah kelapa.

p.s: Apabila terlalu takut atau terdesak pasti kita boleh bertindak di luar kemampuan diri. Akan muncul tenaga luar biasa yang memaksa kita untuk bertindak. 

^_^

Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan

Assalamualaikum,

Ketika baru mengenali pasangan, salah satu perkara yang diperhatikan adalah cara si dia makan. Walaupun ianya nampak seperti sesuatu yang biasa, namun sebenarnya cara makan juga dapat menggambarkan personaliti cinta si dia.

Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan
Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan (Gambar hiasan) - footage.shutterstock.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kuiz uji personaliti diri. Bebarapa cara makan dan personaliti cinta adalah seperti berikut:

1. Makan dengan tenang
Setiap suapan makanan ke mulutnya dibuat dengan penuh hati-hati. Hinggakan anda berasa bosan dan geram kerana dia lebih menumpukan kepada makanannya berbanding diri anda. Sikap dinginnya itu menggambarkan dia seorang yang tegas di dalam membuat keputusan dan dia juga seorang yang setia.


2. Makan sambil berbual
Kerana terlalu asyik berbual dengan anda, makanan di pinggannya tidak luak. Gambaran terhadap dirinya adalah seorang yang periang dan susah melihat dia marah. Ada masanya dia merajuk. Dia juga suka berterus-terang bagi memastikan hubungan berjalan lancar.

3. Makan sambil kerap membelek makanan
Si dia begitu tekun makan hinggakan tumpuan terhadap makanan yang dimakan lebih banyak berbanding diri anda. Dia juga sangat teliti, contohnya tulang ikan disusun rapi di tepi pinggan. Personalitinya adalah dia seorang yang prihatin dan serius terhadap apa yang dilakukannya.

4. Makan sambil merungut
Ketika makan si dia akan merungut contohnya makanan tak sedap. Hinggakan anda berasa sakit hati dan rimas. Itu bermaksud si dia suka berterus-terang. Di sebalik sikapnya menggambarkan dia amat mengambil berat terhadap diri anda. Tetapi awas, dia sebenarnya kuat cemburu. 

5. Makan dengan serius
Gaya makan begini tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat. Sesekali dia akan berbual dengan anda ketika makan. Ketika mengunyah matanya tertumpu pada anda hinggakan anda pula tidak selesa untuk makan di hadapannya. Ternyata si dia amat menyayangi diri anda sehinggakan tidak sanggup kehilangan anda walau sesaat. Dia juga menunjukkan sikap pelindung terhadap diri anda. 

6. Makan sambil kerap tengok jam
Setiap kali makan pasti dia hendak cepat sedangkan masa masih panjang dan tiada perkara lain yang hendak dibuatnya. Ini menunjukkan si dia seorang yang menitikberatkan soal masa. Dia seorang yang menepati masa dan janji. Pasti dia juga tidak sukakan seseorang yang lembap.

Oleh itu, setiap orang pasti ada cara makan tersendiri yang menggambarkan personaliti cintanya. Namun harus diingat, usah terlalu mudah membuat penilaian negatif terhadap diri si dia. Kerana setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Diolah dari sumber http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=2464&st=500

Boleh juga membaca : 

^_^

17 March 2014

Dipaksa atau Terpaksa?

Assalamualaikum, 

Teringat kembali guru yang mengajar matapelajaran Geografi ketika aku berada di tingkatan dua dan tiga. Setiap kali masuk ke kelas pasti dia akan mengucapkan kata-kata yang negatif. Untuk tujuan penceritaan biarlah aku namakannya cikgu Z. 

Dipaksa atau Terpaksa
Dipaksa atau Terpaksa (Gambar hiasan) - blog.resumebear.com
"Sebenarnya saya tidak suka mengajar kamu semua." kata cikgu Z ketika mula masuk ke kelas. "Kenapa cikgu?" soal salah seorang rakan sekelasku. "Ketika tamat belajar dahulu saya tidak mendapat pekerjaan."

"Ayah saya memaksa saya mengambil kursus perguruan lepasan ijazah. Sedangkan saya tidak berminat untuk mengajar." cerita cikgu Z panjang lebar dengan muka yang masam mencuka. Setiap kali masuk kelas, keluhan itu yang diulanginya.

Selepas hampir 15 minit membebel dan meluahkan perasaan negatifnya, dia akan mengajar seperti biasa. Di kelasnya kami memang tidak berani untuk bertanya. Mungkin juga kerana wajahnya sentiasa masam tanpa secalit senyuman.  

Aku mendengar melalui kawan sekolah lamaku, kini dia masih mengajar di sebuah sekolah di utara Semenanjung Malaysia. Mungkin kini dia sudah meminati profesion perguruan. Namun, kenangan itu tetap segar di ingatanku. 

*Nota : Menjadi guru adalah tugas yang mulia dan tentunya pada masa kini semakin mencabar. Tiada istilah terpaksa kerana seorang guru perlulah ikhlas mencurahkan ilmu kepada anak bangsanya. 

^_^

16 March 2014

Buah dan Manfaat

Assalamualaikum,

Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kita. Selain dari rasanya yang sedap, buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pengganti snek yang tidak sihat. 

Buah dan Manfaat
Buah dan Manfaat (Gambar hiasan) - cforcookie.wordpress.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips membeli makanan sihat. Manfaat beberapa jenis buah-buahan adalah seperti berikut:

1. Jenis buah : Aprikot, labu, tembikai susu, pic, pisang, keledek
Kandungan vitamin A di dalam buah-buahan ini bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah rabun dan dapat melawan penyakit. Kandungan Carotenoids (warna merah, oren atau kuning) bertukar kepada Vitamin A ketika proses penghadaman.

2. Jenis buah : Tembikai, nenas, mangga, strawberi, betik, buah-buahan sitrus, kiwi
Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C yang bermanfaat memulihkan dan menambah tisu badan kita di samping penting untuk sistem imunisasi. Simptom kekurangan Vitamin C adalah seperti lemah otot, kesan lebam, gusi berdarah, tekanan dan keletihan.

3. Jenis buah : Kurma, pisang, nenas, limau mandarin, buah ara, pic, avocado
Kandungan protein yang terkandung dalam buah-buahan ini bermanfaat untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, kekeringan kulit, pening kepala dan kesukaran untuk tidur. 

4. Jenis buah : Anggur, kismis, epal, jambu, buah ara, prun
Serat yang tinggi serta kalori yang rendah mampu membuatkan kita terasa kenyang. Serat juga dapat menurunkan kadar kolesterol serta tahap gula dalam badan. Tentu ianya sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. 

5. Jenis buah : Pisang, avocado, aprikot, kismis, buah ara, mangga, strawberi
Khasiat potasium di dalamnya bermanfaat mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu di samping membantu menguatkan otot. Simptom tekanan darah tinggi, diabetis dan kelemahan memori dapat diatasi dengan pengambilan potasium.

Selain daripada dimakan sebagai snek, buah-buahan juga boleh diproses menjadi jus buah atau dimakan sebagai salad . Oleh itu, buah-buahan memang bermanfaat untuk kesihatan kita. Boleh juga membaca makan malam untuk diet

Diolah dari sumber asal www.eh.com.my/gaya-sihat/kekal-cantik-dan-segar-bersama-buah-buahan/

^_^ 


15 March 2014

Kisah di Bank Simpanan Nasional

Assalamualaikum, 

Baru-baru ini mak aku mengajak pergi ke Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyelesaikan masalah akaunnya. Bangunan cawangan BSN di Putrajaya hanya ada tangga yang menyukarkan mak aku yang menggunakan kerusi roda. 

Kisah di Bank Simpanan Nasional
Kisah di Bank Simpanan Nasional (Gambar hiasan) - vectorimages.org
Terpaksalah mak turun dari kerusi roda dan berjalan perlahan-lahan menaiki tangga itu. Kebetulan ketika itu juga ada tiga lelaki berbangsa Cina melalui kawasan itu. Terus mereka datang membantu mengangkat kerusi roda mak manakala aku membantu mak menaiki tangga.

Selepas mengucapkan terima kasih, mereka berlalu. Mungkin mereka ada urusan di Kementerian Kewangan (MoF) yang terletak bersebelahan BSN. Perasaan aku ketika itu agak terharu, tidak sangka mereka yang bukan sebangsa dan seagama sanggup membantu kami di dalam kesusahan.

*p.s: Itulah budaya Satu Malaysia yang perlu ada pada setiap rakyat Malaysia. Setiap rakyat berganding bahu, saling hormat-menghormati dan sanggup membantu tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. 

 ^_^

14 March 2014

Terima Kasih Blogger Zarif, Blogger Ahmad Hasif dan Blogger Mazatul

Assalamualaikum,

Entri penghargaan kali ini sebagai tanda terima kasih kepada blogger Zarif, blogger Ahmad Hasif dan blogger Mazatul. Alhamdulillah dan terima kasih kerana anda sudi memberi.

1. Terima toup dari Blogger Ahmad Hasif (http://www.ahmadhasif.info/)
Terima Kasih Blogger Zarif, Blogger Ahmad Hasif dan Blogger Mazatul
Toup Celcom bernilai RM5.00 telah dimenangi melalui "2nd Giveaway & Blogwalking by ahmadhasif.info Sempena Hari Raya Aidil Adha". Aku pun sudah lupa mengenai segmen ini sehinggalah beliau menghubungiku baru-baru ini.

Kini beliau sedang menguruskan kedai online yang menjual pelbagai barangan seperti pakaian, powerbank dan beberapa peralatan komputer (speaker, Micro SD) dengan harga yang berpatutan. Boleh mengunjungi kedai online beliau di --->>> http://www.kedaihasif.tk/

2. Review blog oleh blogger Zarif (http://www.misterzarif.my/)
http://www.misterzarif.my/2014/03/sepuluh-10-blog-yang-wajib-aku-singgah.html
Review blog oleh blogger Zarif ini adalah melalui entri beliau yang bertajuk "Sepuluh (10) Blog yang Wajib Aku Singgah". Blog beliau adalah mengenai perkongsian pendapat peribadi mengenai sesuatu isu dan pelbagai cerita kisah peribadi.

Beliau juga ada menulis serba sedikit mengenai sukan badminton seperti di dalam entri bertajuk 'Perbezaan Raket Yonex Asli dan Tiruan' (www.misterzarif.my/2013/02/perbezaan-raket-yonex-asli-dan-tiruan.html). 

3. Terima Vita-Lea Shaklee dari blogger Mazatul (http://mazatulazura.blogspot.com/)
Terima Kasih Blogger Zarif, Blogger Ahmad Hasif dan Blogger Mazatul
Vita-Lea Shaklee ini telah dimenangi melalui "Giveaway February 2014" yang dianjurkan oleh blogger Mazatul. Kini beliau merupakan salah seorang pengedar sah untuk produk Shaklee di sekitar Shah Alam, Selangor. 

Jika anda ingin mendapatkan maklumat dan promosi terkini mengenai produk Shaklee, bolehlah berhubung terus dengan beliau di talian 012-662 9171 (Call/SMS/WhatsApp) atau terus ke blog beliau --->>> http://mazatulazura.blogspot.com/

Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada anda semua. 


 ^_^