28 March 2014

Jauh dari Dosa dan Maksiat

Assalamualaikum, 

Seorang lelaki yang telah lama melakukan dosa dan maksiat berjumpa dengan ulama sufi yang bernama Ibrahim Adham. "Aku pendosa yang sukar untuk meninggalkan maksiat. Ajarkan aku supaya dapat berhenti melakukan maksiat." kata lelaki itu. 

Jauh dari Dosa dan Maksiat
Jauh dari Dosa dan Maksiat (Gambar hiasan) - themuslimtimes.org
Ibrahim Adham menjawab, "Jika kamu dapat berpegang kepada lima perkara ini, tentu kamu akan dijauhkan dari dosa dan maksiat." Sebelum ini telah dibincangkan Allah SWT tidak pernah jauh. Lima perkara yang beliau katakan adalah seperti berikut: 
  1. Jika kamu ingin melakukan maksiat, carilah tempat di mana Allah SWT tidak dapat melihat kamu.
  2. Jika kamu ingin melakukan dosa, jangan sesekali makan rezeki Allah SWT.
  3. Jika kamu masih melakukan dosa, jangan tinggal di bumi Allah SWT lagi. 
  4. Jika malaikat maut datang untuk mencabut nyawa kamu sebelum sempat bertaubat, tolaklah dia dan jangan biarkan dia mencabut nyawa kamu. 
  5. Jika malaikat maut mencabut nyawa kamu ketika melakukan dosa dan kemudiannya malaikat Malik memasukkan kamu ke dalam neraka, mintalah kepadanya untuk kembali hidup supaya kamu dapat bertaubat. 
Lelaki itu berasa takut mendengar jawapan itu dan segera menginsafi dosa-dosanya. Sejak itu beliau telah bertaubat dan berubah menjadi manusia yang beriman. Oleh itu, hanya keimanan yang dapat mengawal kita dari melakukan dosa dan maksiat

Rujukan : Buku Istikharah Cinta (2014), Ummu Anas, PTS Millennia Sdn. Bhd. 


 ^_^

45 comments:

  1. astagfirullah, jadi inget dosa-dosa saya :(

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas perkongsian aiza..

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar, sesungguhnya segala di dunia ini adalah kepunyaanNya..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kak aiza, Subhanallah. terima kasih share entri ni.. Allahuakbar. semoga dijauhi maksiat dan perkara2 mungkar.. singgah menabung ford sini ~~~

    ReplyDelete
  5. oleh sebab itu jauhkanlah diri dosa dan juga maksiat sebaik2nya, salam jumaat aiza...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah perkongsian yg baik...tq kak Aiza...

    klik2 colgate n inti untuk akak..

    ReplyDelete
  7. Iman yang mantap mampu menhindarkan kita dari melakukan segala jenis maksiat di muka bumi ini. Namun, usaha untuk memantapkan iman bukanlah usaha yang mudah di saat dunia yang semakin penuh godaan dan tipu daya masa kini.

    ReplyDelete
  8. salam jumaat sis aiza..lya baca entri sambil menabung cne

    ReplyDelete
  9. kalau tiap masa ingat kan mati insyaAllah akan sentiasa pikir banyak kali sebelum buat maksiat. :)
    mnbung nuffnang

    ReplyDelete
  10. hye kak Aiza, saya nak minta maaf sebab selalu komen spam. Sorry ok :D

    Saya ada buat entry untuk memohon maaf. Harap baca la ea
    http://awksweetgitu.blogspot.com/2014/03/im-sorry-cause-did-spamming-tt.html

    ReplyDelete
  11. kesimpulan dari 5 perkara di atas, kita mesti ada rasa TAKUT pada Allah SWT...

    semua dalam dunia ni bukan kita punya, Allah yang punya..

    ReplyDelete
  12. cuba memantapkan iman dihati ; istiqamah moga mendapat petunjuk dariNya.

    ReplyDelete
  13. thanks kak share...salam jumaat..
    niesa click inti dan digi kat sini...

    ReplyDelete
  14. SETIAP hari bila berjumpa dengan orang saya akan rasa ada buat salah.itulah bisikan hati berkata.

    ReplyDelete
  15. jadi wajar orang para ulama menasihatkan kita untuk banyakkan solat taubatkan..

    inti 4 ekor hee...

    ReplyDelete
  16. 5 perkara diatas jika diresapi, dan di dilakukan niscaya,dia tidak akan melakukan dosa dan maksiat lagi, 5 perkara itu adalah kunci untuk menjauhi maksiat. Thx Mizz Aiza

    ReplyDelete
  17. terimakasih share sis..peringtan buat drki dan semua orang...balas jasa click sini...masyukkkk

    ReplyDelete
  18. tidakkah akhirnya kita tunduk lesu..memohon keampunan dari-Nya...

    ReplyDelete
  19. Terima kasih atas peringatan.

    Just bw..nway ada free singgah ye..^_^

    ReplyDelete
  20. terima kasih sis ..ats pkongsian kena sentiasa memantapkan dan memperkasakan iman kita..:P

    ReplyDelete
  21. this is so deep, kak.. wuwuuuw! sebagai peringatan untuk semua ^___^

    ReplyDelete
  22. Iman seseorang tu ade ade naik turunnya.. Jom sama-sama amalkan doa agar iman kita diperkukuhkan...

    ReplyDelete
  23. bila rasa terancam atau takut segera kita dekat padanya. Dunia makin hari makin tua..

    empat buah kereta mainan untukmu..

    ReplyDelete
  24. terima kasih aiza untuk ingat bersama-sama.hari baik permulaan yang baik ya.

    thnks :)

    ReplyDelete
  25. Terimakasih Mizz Aiza kami telah diingatkan. Insya Allah

    ReplyDelete
  26. suka cerita ni . dia suruh kite buat something yang pastinya xboleh buat . sbb nk kite berfikir . semuanya milik ALLAH . =)

    ReplyDelete
  27. trima kasih aiza atas perkongsian ini..Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya..

    ReplyDelete
  28. Satu perkongsian yang baik... Ingatan buat diri sendiri & semua... Salam Jumaat, Aiza... ^__^

    ReplyDelete
  29. salam singgah. siapalah kita tanpa rahmat kasih sayang Allah SWT

    ReplyDelete
  30. terima kasih untuk peringatan ni aiza

    ReplyDelete
  31. semoga kita di jauhkan dari segala dosa dan maksiat :)

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum dan salam singgah sini Aiza...terima kasih atas perkongsian ini...semoga kita dijauhi dan sentiasa dalam lindungan dariNya..

    ReplyDelete
  33. singgah petang di sini....

    iai tabung juga

    ReplyDelete
  34. Wah terimakasih sudah di ingatkan.. jadi pingin nangis

    ReplyDelete
  35. manusia tidak bisa hidup tanpa melakukan hal tersebut... benar-benar pengajaran yang baik

    ReplyDelete
  36. whoaaaaaaaa. subhanallah terima kasih share niii kak aiza :)


    takutnya ya allah :((((

    ReplyDelete
  37. Kalaulah dosa ni boleh berbau.. maka manusia pasti tak akan melakukannya. Sama2 muhasabah diri...

    ReplyDelete
  38. memang mustahil untuk buat semua tu..sebab tu kita kena ingat Allah dan jangan buat maksiat :)

    ReplyDelete
  39. Sangat mengesankan pesanan ini kak aiza.

    ReplyDelete
  40. Semoga kita dijauhi daripada segala maksiat...kalau nak tengok jawapan tu almost impossible kan...

    ReplyDelete
  41. T.kasih atas perkongsian dan peringatan...

    ReplyDelete
  42. perkongsian yg baik. semoga kita semua dapat mengambil pengajaran...

    ReplyDelete
  43. perkongsian yang baik ni aiza..mudah-mudahan kita jauhkan diri dari dosa dan maksiat

    p/s singapore airlines untuk aiza :)

    ReplyDelete
  44. Perkongsian yg sgt baik utk renungan kita semua.. t kasih Aiza..
    3x colgate..:D

    ReplyDelete
  45. Memberi ingatan pd dri kathy.
    Thanks aiza..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^