05 March 2014

Mencintai Suami Orang

Assalamualaikum,

Cinta adalah anugerah terindah dari Allah SWT yang dikurniakan kepada setiap manusia. Apabila sudah jatuh cinta usia, status, rupa dan pangkat bukan lagi menjadi ukuran. Tidak terkecuali mungkin seorang gadis akan jatuh cinta pada suami orang!!

Mencintai Suami Orang
Mencintai Suami Orang (Gambar hiasan) - soulmatepsychicreadingonline.com
Sebelum ini pernah diceritakan kisah bercinta dengan suami orang dalam entri cinta datang lagi. Beberapa sebab mengapa perlu mengelak atau berhenti mencintai suami orang adalah seperti berikut:

1. Melukakan hati wanita lain
Tindakan anda mencintai suami orang pasti akan melukakan hati isteri lelaki itu. Tentu berdosa apabila kita telah melukakan hati seorang isteri yang taat setia pada suaminya dan tidak tahu dirinya telah dicurangi.

2. Meruntuhkan rumahtangga orang
Secara tidak langsung anda juga menjadi punca keruntuhan rumahtangga insan lain. Kesan utama dari keruntuhan rumahtangga ini adalah anak-anak akan terbiar dan mungkin akan terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

3. Hati tidak tenang
Hendak keluar bersama suami orang tentu perlu secara sembunyi-sembunyi agar rahsia tidak diketahui oleh isteri lelaki itu atau kenalan rapatnya. Hubungan secara sembunyi ini pasti membuatkan hati berasa tidak tenang.

4. Kecurangan akan berulang
Membina hidup berumahtangga di atas dasar kecurangan pasti tidak akan berkat. Satu masa nanti pasti kecurangan itu akan berulang apabila lelaki itu sudah bosan dengan anda. Tidak mustahil dia akan tinggalkan anda setelah mendapat apa yang dia mahu.

Oleh itu, usahlah sesekali mencintai suami orang. Jika anda sudah terjebak masih belum terlewat untuk anda menghentikannya. Boleh juga membaca mengenai cara untuk merawat hati yang luka kerana putus cinta 

^_^

62 comments:

  1. situasi macam tu sangat bahaya kak. sy pernah ada pengalaman kawan sy. Pesan saya cuma, jangan mendengar luahan masalah suami orang. Pasti akan terjebak. serius.

    ReplyDelete
  2. menyukai suami org tu sebenarnya dalam hukum islam berdosa ke?

    sbb kalau ye, mcm ne dgn yg jadi isteri no.2 , no.3 tu sebelum jd isteri kpd lelaki tersebut?

    ReplyDelete
  3. Mmmm hidup ni memang complicated kan....

    ReplyDelete
  4. assalam,

    jodoh maut dan rezki di tangan Allah...seandainya suami orang jodoh kita walaupun ditolak, walaupun di hina dan dicemuh masyarakat...

    seandainya kuat dialah jodoh kita...maka tetap bersatu jua...

    Tetapi cuba kita letak diri kita dipihak isteri dan anak2 sisuami itu...

    Disitu nanti kita akan menemui jawaban dan merasa apa yang mereka rasa...

    so fikir2kan lah...

    ReplyDelete
  5. mencintai suami orang atau suami orang tetiba mencintai perempuan lain, satu isu hangat yang terlalu dalam untuk diperbincangkan... kena go deep down to the level.. ini bagi stok2 perempuan yang perampas ni... bagi stok2 perempuan with pride the game is different...he he he...

    ReplyDelete
  6. Banyak fikir la sebelum terjebak dengan suami orang...perempuan kena pandai menilai..kalau yg mampu lain cerita...dlm bab ni suami pun gatei jugak..
    *n3 aiza ni memang semua perempuan wajib baca..terutama yg belum kawin*

    ReplyDelete
  7. assalam...selalunya kalau kita merampas suami org, suatu masa hak kita juga akan dirampas...jikalau tidak berlaku kpd kita mungkin berlaku kpd anak cucu kita n sejarah itu akan berulang kpd keturunan kita seterusnya...

    ReplyDelete
  8. Seeloknya perlu dielakkan dari mencintai suami orang. Kesian isteri dan anak anak dia.

    Elak selagi boleh, tapi kalau dah ditakdirkan dah memang jodoh dengan suami orang perlulah tahu membawa diri jangan sampai melukai hati isteri pertama kan.

    ReplyDelete
  9. Setiap kejadian yg berlaku pasti ada hikmahnya.. semoga semuanya tabah & beroleh jalan yg terbaik dlm kehidupan.. aamiin.
    3x brit council.. :D

    ReplyDelete
  10. tak sanggup rasanya..minta2 dijauhkan..kita fhm perasan wanita bila diduakan..peritnya hanya Allah yang tahu..menabung cne airline

    ReplyDelete
  11. Memang tidak baik jika hal ini dilakukan, saling menghargailah satu dengan yang lain maka akan tercipta hubungan yang baik pula :)

    ReplyDelete
  12. andainya perempuan itu seorang y bujang & niat mereka baik, teruskan tanpa melukakan hati isterinya. dengan cara baik, in sha Allah semuanya akan baik2 sahaja..
    andai niat sudah tidak baik, dari situlah bermulanya perkara2 y tidak baik & akan berterusan..
    bermuhasabah, kenapa & mengapa..andai dapat dielakkan, elak lah dengan sejauh mungkin..

    ReplyDelete
  13. Kalau suami orang yang sukakan@t'gila2kan si dara macamne lak sis......;-)

    ReplyDelete
  14. @ain diyana
    cinta hakiki adalah cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.. kemurnian itu perlu dijaga dan usah dicalar dengan perbuatan yang menimbulkan perbalahan sesama manusia.. biasanya jika bercinta dengan suami orang pasti akan mendapat tentangan daripada isterinya atau suami akan berlaku curang.. jika kita dapat mengelaknya, itu merupakan satu jihad kerana jihad terbesar adalah melawan hawa nafsu.. oleh itu, pertimbangkan perbuatan kita dengan sebaiknya kerana mungkin ada insan lain yang terluka dan perbuatan kita atau mungkin juga perbuatan kita akan mengundang fitnah.. namun jika sudah menjadi qadak dan qadar, terimalah seadanya..
    menurut hukum syarak, seorang lelaki muslim boleh berpoligami sehingga empat orang isteri.. dengan syarat lelaki berkenaan haruslah mampu dan berlaku adil terhadap kesemua isterinya menurut tuntutan agama.. seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
    "dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman." (surah An-Nisaa 4:3)

    ReplyDelete
  15. Klau ble xyah lah nak mencintai suami org.. huru-hara jadinya... :)

    ReplyDelete
  16. Walau jodoh ketentuan Allah tapi sebagai manusia apa lagi zaman serba canggih ini boleh saja dielak dari terjebak dari mencintai suami org.

    Apa yg terjadi biasa dah tahu tapi tak mahu berhenti berhubung tapi sebaliknya meneruskan juga hubungan.

    Buat adik-adik nasihat kakak fikirlah berkali-kali sebelum menjbakkan diri..

    ReplyDelete
  17. mintak di jauhi lah.. takut jgk terjatuh cinta dengan suami orang. atau suami kita terjatuh cinta dengan orang lain.. :(
    klik nuffnang akak ye. british coucil

    ReplyDelete
  18. memang la jodoh di tangan Allah, tp sebolehnya elakkan lah daripada segala perbuatan yg boleh menjurus kepada pergaulan rapat dengan suami orang..

    ReplyDelete
  19. sy rasa sy x kuat..
    x tau kalau berlaku kat sy..selalu ckp kat suami tak ada org nak kat dia..tp kalau ada..??? hah

    ReplyDelete
  20. teringat kes seorang artis yang tengah hangat sekarang =)

    sebenarnya bendanya camni terlalu sensitif
    manusia biasa memang tak akan penerima mereka yang digelar perampas
    tak aman hidup bila sering menjadi cemuhan orang

    eloknya dielakkan, tapi yelah kan
    kuasa ALLAH tiada siapa dapat nafikannya

    ReplyDelete
  21. tapi kadang jodoh kan kak..susah nak duga...tapi jgn la dah ambik org punya pastu nak bolot sorang

    ReplyDelete
  22. jodoh pertemuan ditangan tuhan, sebaiknyer buat pilihan yng tidak melukakan hati sesiapa & pikir bukan sejali tpi beribu2 kali utk bercinta dgn milik orng ni !

    ReplyDelete
  23. Kalau seperti ini bukan cinta namanya Mizz, ini namanya merebut suami orang, heee....heee.....

    ReplyDelete
  24. itulah yang perlu kita hindari...

    ReplyDelete
  25. Hebat ranjau dan cabarannya tu...kalau kental..silakan.

    ReplyDelete
  26. klu boleh elak,kita sedaya upaya elakkan...jgn rampas hak orang lain...hr nie kita rampas hak org. hari akan dtg org lain pula akan rampas hak kita...

    ReplyDelete
  27. Mintak dijauhkan daripada mencintai hak milik org ni .

    ReplyDelete
  28. syuh...syuh... gi jejauh la menda menda cam ni

    ReplyDelete
  29. benda nie sebenarnya agak subjektif..kadang2 memang dah takdir nak buat macam mana kan??tapi sebenarnya kalau kena pada cara, bercinta dengan suami orang nie boleh menjadi satu benda yang indah..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  30. eh..
    dh macam kisah artis itu pulak.
    hehe..
    sememangnya kalau ambil hak orang lain memang tak tenteram.

    ReplyDelete
  31. Dielakkan jika boleh..kalau dgn cara yg betul insha allah ok2 je,,walaupun sedikit rasa terluka.kalau curang lebih menyakitkan..siapa kita nak larang suami kawen lain sedangkan allah membolehkannya.sekiranya berkemampuan la kn.kalau suami bgtau niat nk kawen lain/bermadu si isteri pula x sanggup dan minta cerai..itu salah isteri sebab menghukum suami sebelum membuktikn yg dia benar2 boleh berlaku adil dan mampu..isteri yg membenarkan dan redha bermadu insha allah akn di anugerahkan payung emas di akhirat nnt.amin

    ReplyDelete
  32. Terus teringat kat si hanez suraya yang duk bercinta dgn laki orang tu.. huhu.. mintak dijauhkan dari situasi macam ni.. tak sanggup nak hadapi 'kesakitan' itu

    ReplyDelete
  33. Mencintai yang sudah berjodoh sebaiknya jangan lah..

    ReplyDelete
  34. elakkan la.. kubang bukan seekor.. tapi kalau jodoh, nk buat macam aman.. poligami kan ader.. hehee

    ReplyDelete
  35. urmm.. tidak ada istilah isteri ke2, 3 atau 4 kalau tidak melalui keadaan seperti ini.. Kalau bole dielakkan, kita elakkan.. bayangkan kalau kena kat diri kita.

    ReplyDelete
  36. bertepuk sebelah tangan tak kan jadi kak Aiza.. dua2 salah sebab tak memikirkan hati yg dorg akan lukai jika buat cm tu.. kalau dah jodoh mmg tak boleh elak tapi masing2 dah boleh berfikir kan..

    ReplyDelete
  37. wah kalau bisa sih jangan sampai mencintai lelaki yang sudah punya istri ya mizz, soalnya nggak baik. Lebih baik mencintai lelaki yang masih single :)

    ReplyDelete
  38. Kira-kira ini bisa disebut zina hati tidak ya ibu ?

    ReplyDelete
  39. setuju sama mbak eka....tapi kadang keinginan tak sejalan dengan hukum alam

    ReplyDelete
  40. Jauhilah..tu saja boleh bagitau.. hidup xkan bahagia.

    ReplyDelete
  41. Jodoh itu ketentuan Allah...Tapi kita perlu ada usaha dengan cuba mengelaknya dan berdoa.

    ReplyDelete
  42. kalau nak suka dekat suami orang pastu jadi isteri kudua ke boleh,tapi bukan dengan cara curanng ataupun menipu kan..
    tapi miza x nak la madu2 ni..hehee
    lebih baik elak kan terus,banyak lagi lelaki yang sigle..

    ReplyDelete
  43. Jodoh tu rahsia Allah... Sebaliknya doakan jodoh kita dgn org yg baik2... Poligami tu indah.. Tiada istilah rmpas sbb suami bukan hak, tapi anugerah Allah...

    ReplyDelete
  44. Mohon di jauhkan..

    ReplyDelete
  45. dugaan yang tak aka bawa kita kemana2 ..bak kita jangan ganggu mereka...

    ReplyDelete
  46. Jodoh adalah rahsia Allah kan Aiza...susah jugak nak komen ni..Apa-apa pun mohon dijauhkan Allah..

    ReplyDelete
  47. Finance Report & Blue birds for you,..itu aje yang ada..

    ReplyDelete
  48. seperti pepatah
    " CINTA ITU BUTA "
    tapi harus diingat jika CINTA BELUM TENTU BERSATU
    hindarilah jangan mencintai jika dia sudah milik orang lain

    ReplyDelete
  49. Kalau boleh elak tue elak la kan.. ramai lagi laki bujang kat luar sana.. =D

    ReplyDelete
  50. minta dijauhkan.. takut lah...

    ReplyDelete
  51. Janganlah kita cuba meruntuhkan masjid orang. Kerana itu satu perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT.

    ReplyDelete
  52. Yang penting Wang....
    Lelaki yang dah berkahwin sudah mantap dalam kerjaya dan pandai melayan
    Orang bujang muka hensem tapi poket kosong.
    Cuba kita pandang artis tu, siapakah lelaki tersebut?....kalau lelaki tersebut cuma kerani cabuk aje, ada dia pandang?

    ReplyDelete
  53. berharap perkara seumpama ini tidak terjadi kpd kita.. amiinn..

    ReplyDelete
  54. kena kahwin niat kerana Allah..

    ReplyDelete
  55. minta dijauhkan dari jatuh cinta pada suami orang..bahaya.

    ReplyDelete
  56. Cinta itu ujian dari Allah swt.

    ReplyDelete
  57. meruntuhkan masjid y dibina..aish~.. semoga dijauhkan..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^