Assalamualaikum,
Ketika servis kereta di Perodua Bandar Tun Razak baru-baru ini, aku terpaksa menunggu lama kerana walk in. Seorang lelaki yang membawa anak lelakinya juga walk in dan menunggu keretanya diservis. Melihatkan anaknya membuatkan aku berasa risau.
Budak Itu Hiperaktif (Gambar hiasan) - in.lifestyle.yahoo.com |
Bermula dari berlari turun dan naik tangga, kemudiannya budak itu mengusik setiap barang yang terdapat di atas meja staf Perodua. Setiap benda yang dia jumpa pasti akan disentuh dan dipanjatnya. Walaupun dilarang oleh ayahnya, dia tetap berdegil.
"Kenapa la ayahnya biarkan sahaja anaknya begitu." keluh seorang wanita yang juga menunggu keretanya diservis. Aku hanya mampu tersenyum, serba salah juga aku hendak menjawabnya kerana aku tidak ada anak lagi.
Seperti biasa apabila balik ke rumah aku membuat carian di google apakah itu hiperaktif. Beberapa ciri-ciri kanak-kanak hiperaktif adalah seperti berikut:
- Degil dan suka membantah
- Tidak suka mengikut peraturan
- Lalai dan tidak dapat memberikan tumpuan
- Selalu berasa tidak puashati dan sering tertekan
- Bermasalah dalam pelajaran
- Bermasalah dalam hubungan sosial
- Perasaan cepat takut dan risau
- Mudah berpeluh dan mengalami masalah sakit perut atau cirit birit.
- Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah apabila duduk
- Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
- Bising waktu bermain
- Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
- Banyak bercakap
Kanak-kanak hiperaktif boleh diubati dengan ubat-ubatan atau tanpa ubatan. Seeloknya kaedah tanpa ubatan dipraktikkan seperti berikut:
- Berikan arahan yang jelas satu persatu kepada kanak-kanak hiperaktif. Pastikan mereka memberi perhatian dan memahaminya.
- Sekiranya kanak-kanak hiperaktif melakukan sesuatu yang baik, berikan pujian kepadanya. Ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan hadiah untuk menggalakkan mereka berkelakuan baik.
- Kekalkan kebiasaan aktiviti harian kanak-kanak hiperaktif supaya mereka dapat menjangka apa yang berlaku pada setiap hari.
- Bantu kanak-kanak hiperaktif mengatur aktiviti harian mereka dengan cara menyediakan senarai semak untuk memastikan semua tugasnya disempurnakan.
- Latih kanak-kanak hiperaktif untuk mengawal kata hatinya, contohnya berfikir dulu sebelum berkata-kata.
- Bina semangat dan tonjolkan kelebihan yang ada pada kanak-kanak hiperaktif. Jangan hanya memberi tumpuan pada kelemahan dirinya sahaja.
Oleh itu, hiperaktif boleh dirawat dengan usaha yang berterusan. Mereka juga sama seperti kanak-kanak yang lain dan memerlukan perhatian dan kasih sayang. Boleh juga membaca mengenai kanak-kanak yang mengidap penyakit autisme.
Rujukan maklumat hiperaktif : azieazrol.blogspot.com/2010/04/masalah-murid-hiperaktif-adhd.html
^_^
hiperaktif ni sejenis penyakit kah?
ReplyDeletebahaya ke kalau dibiarkan saja..?
sbb sy rasa..sifat hiperaktif tu akan berubah seiring dgn peningkatan umur..xke?=)
saya pon rimas dengan bdk y terlampau aktif tapi tak boleh nak marah or merungut sebab saya pon tak ada anak lagi..
ReplyDeleteApa yg pasti ujian buat ibu-bapa yg punya anak hyperaktif. Bukan mudah nak mengawal kerana budak hypraktif totally tak sama budak aktif. Budak aktif biasa cerdik tapi hyperaktif ni biasa tak cerdik itu yg susah...
ReplyDeleteTak ada pengalaman le...no komen ye Aiza.
ReplyDeletekadang kita yg tengok anak orang hiperaktif memang naik rimas , tp cara org lain mendidik anak itu berlainan... entahla.
ReplyDeletesalam. bahaya jugak da kalau terlebih aktif ni..
ReplyDeletebtw, isi tabung ford dan kfc :)
saya tak suka orang yang bermulut seperti yang aiza citekan tu
ReplyDeletebenda tu tak kena pada dia, senang aje bercakap
bukan ke si bapa dah melarang
tapi si anak yang berdegil
jangan memandang serong pada ibubapa yang mempunyai anak begini
percayalah mereka dah mencuba yang terbaik
saya cukup emosi benda gini
sebab anak saya juga cukup ligat
bila ada dekat tempat orang
tapi dia tak disahkan hyperactive oleh doktor
normal behaviour kata doktor
tapi saya stress!
budak2 biasalah hyper..
ReplyDeletekalau kita tgk budak boleh dok diam lebih 5min tu yg patut rasa pelik..
kena tabah sket jaga anak hiperaktif. ayah bdk tu mgkn dah biasa. sbb tu dia biarkan aje, selagi x menyusahkan org laen.
ReplyDeleteAssalamualaikum kak aiza, memang mereka perlukan perhatian lebih dan perlu diberi arahan yang jelas supaya budak hiperaktif dapat memahami dengan jelas pesan ibubapa. singgah menabung digi sini ~~~
ReplyDeleteAssalammualaikum...mizz aiza,
ReplyDeletebudak hyperaktif nie.. memng kekadang susah nak kawal.. lagi dimarah lagi dia ligat kan..
mselim3
bahay plak kan budak yg hiperaktif nie kan..lya menabung cne ford & japan
ReplyDeletegood sharing aiza...
ReplyDeleteMoga jika dah mempunyai anak nanti harap tak la hiperaktif yg menyusahkan.. tapi biar la dia hiperaktif pada kebaikan dan tidak menyusahkan aminnn hehehe :D
ReplyDeleteanak2 yg hyperaktif ni kena banyak bersabar ibubapa mendidiknya ya...segalagala tindakannya over sgt.
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteada orang kata budak kalau hyperactive..bila meningkat remaja, dewasa..mereka agak bijak kelak..betul idak kak?
zizie pun hyperaktif masa kecik2.. kalau kena marah, lagi la nak memberontak.. sampai ke besar pun camni jugak.. hehe..kalau dah bebudak, mmg camtulah jadinya. lebih baik hyperaktif drpd mandom.. tapi, kalau dah 24h, penat jugak nak jaga budak camni..
ReplyDeleteanak-anak yang hiperaktif memang suka menyebalkan ya mbk. tapi bagaimanapun juga namanya anak-anak masih butuh bimbingan dan pengarahan. sabar aja mbk. hehe
ReplyDeletekak ni dikelilingi dengan anak2 murid..
ReplyDeleteramai yang aktif tapi tak boleh dikatakan hyperaktif juga.
tapi yang hyperaktif, kita boleh nampak bezanya. tak takut dengan sapa juga dan kerap bergaduh dengan kawan sebab kawan tak faham dirinya.
selalunya kalau di sekolah, kena rujuk dgn kaunselor utk tindakan selanjutnya
nak cakap lebih-lebih puteri pun tak ada anak lagi..tapi dari pengalaman mengajar budak hyperaktif ni memang sukar sebab diorang ni memang jenis yang cepat hilang fokus dah sukar dikawal.
ReplyDeletePart degil tu jangan cakap..kalau ditegur atau dilarang melakukan sesuatu diorang memang akan memberontok sampai ke tahap boleh mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling
tapikan aiza...walaupun diorang ni tak reti duduk diam or beri tumpuan, diorang actually cepat belajar dan cerdik. Itulah kelebihan yang tuhan berikan pada anak-anak hyperaktif ni.
ReplyDeletep/s dua lazada dan satu burung biru :)
kalau melihat anak-anak seperti ini takutnya kalau terluka yang salah orang tua juga..
ReplyDeletebudak hiperaktif nie kita nak marah pun salah..tak marah pun salah, jadi sabar je la..tapi itps yg aiza berikan tu sgt bagus utk dipraktikan.. tq for sharing ya.. :-)
ReplyDeletehahahhaak.hyper sangat..atleast bapa dia kena perhatikan dia,,jangan sampai dia merosakkan semua kat sana tu..hihi
ReplyDeletebila kanak - kanak dah mula mengenal makanan , jangan perkenalkan makanan yg manis seperti gula - gula , coklat , ais krim , kek sbb manis / glukosa itu merangsang mereka jadi hiperaktif .
ReplyDeleteAnak yang aktif belum tentu terkena penyakit hiperaktif. Kalau hiperaktif harus diobati tuh.
ReplyDeleteTerimakasih sharenya Mizz
nasib la dapat anak hyperactif nie penaing kepala
ReplyDeletesaya ada seorang kawan yang anak dia dua2 hyperaktif macam ni..lasak sangat dan tak boleh dikawal.
ReplyDeletekesian saya tengok dia sebenarnya..sampai org kata macam2 kat dia.. saya pun ada anak, jadi saya tak nak menghukum dia tak tentu pasal. hanya doa mampu diberikan moga segalanya baik2 saja nanti..
Kalau saya...lagi risau kalau tgk budak hanya duduk diam..passif dan 'mandom'...
ReplyDeleteselalunya budak yg hiperaktif ni terlebih gula dalam badan. thats why, kanak-kanak dilarang makan gula2 byk. satu takut gigi rongak n lagi satu hyperaktif ni.
ReplyDeleteAda jugak yg xde masalah tp mak ayah biarkan..
ReplyDeleteX mudah nak kata ada mslh dgn hanya ciri2 tu.
ikutkan bagus budak hyper active ni sebab dia bijak.....tp jenis yang sihat tau..bukan hyper aktif yang jenis penyakit tu...
ReplyDeletepernah tgk anak kawan yg hyper mcm ni.. ianya salah satu penyakit juga dan perlukan pemantaun doktor.. alhamdulillah skang ni anak dier dh byk perubahannyer !
ReplyDeleteHiperaktif ini bahaya juga... jangan ambil mudah... perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengetahui tahap hiper dan juga cara menanganinya...
ReplyDeletebudak yg kena pyakit ni klau dipupuk dijaga,, bijak tau..byak kelebihan..cuma kena tau mcm mana nak handle kfc x5
ReplyDeletetapi bagaimanapun juga namanya anak anak pasti masih butuh bimbingan ya mbak.. hehe
ReplyDeleteBunda pernah tengok anak seorang kawan bunda yang hiperaktif ni..memang aktif sangat. tak reti duduk diam...budak2 macam ni kurang bercakap..cuma tingkah laku dia saja yang aktif..
ReplyDeletekita yg x ada anak ni, boleh baca je la, buat tambah pengetahuan.. hehe.. nice share..
ReplyDeletedatang menabung colgate dan digi sini..
Saya takde pengalaman dengan budak-budak hyper active, jadi saya tak tahu nak beri pandangan macam mana.
ReplyDeleteSaya pun ada kawan yg anaknya hiperaktif..mmg kena sabar mendidik & membesarkan anak2 spt ini...
ReplyDelete3x colgate.. :)
ada sorang anak menakan lisa ni memang hyper sangat2 even perempuan. Lompat sana sini, alahai. But bila umur dah masuk 7 tahun, hyper dia mula kurang. Alhamdulillah, hehe
ReplyDelete@Ai Syah
ReplyDeletekanak-kanak hiperaktif seharusnya diberi bimbingan agar mereka membesar menjadi seorang yang berdisiplin.. jika dibiarkan mereka melakukan perkara negatif, bimbang jika mereka akan membesar dengan sifat negatif itu..
@yana yani
ReplyDeleteaiza membayangkan jika aiza menjadi bapanya pun mesti sudah penat melayan.. memang bersabar juga aiza tengok bapa budak tu melayan kerenah anaknya..
@Fizi Zaidi
ReplyDeletepada pandangan akak, kenyataan itu perlu disertai dengan usaha juga.. macam mana nak jadi bijak jika tidak berusaha dan belajar bersungguh-sunnguh..
@Vee Sandi
ReplyDeleteterima kasih di atas pertambahan informasi ini sis vee..
selalu jumpa budak gitu..huhu
ReplyDeletemmg kdg2 rimas tp bukan anak kita..hehe
anak2 k.el semua jenis xleh dok diam
ReplyDeletelau diam tu something wrong
tu sbb dlm dorg tu hyperaktif ibu bapa kena pantau..:)
Elakkan mkn makanan manis. Terutamanya milo
ReplyDeletetpi kadang2 kiut tengok..hehee
ReplyDeletekadang2 tu geram nyee!
Two advs for Aiza..tak ada yang menariklah...
ReplyDeletebyk sebb anak jadi hyper.. tetap kna ajar berdisiplin..
ReplyDeleteBudak2 nak membesar mcm tue la akak.. anak farah pn sama..tak terkawal kdg2 tue..
ReplyDeletehoaaaaa boleh rawat eh? hihihi inshaallah boleh kot kak aiza hihihi.
ReplyDeleteBetul lah tu. Takleh nak salahkan parents whole time ya dok? hihi.
Tp qila mmg rasa nak lempang je hahahaha. Tp budak kan. Biar jelah nak buat acane hikhik
Perlu pandai menangani budak sebegini.
ReplyDeleteJgn terlalu bg mknn manis.
ReplyDelete