08 March 2014

Kuiz Uji Personaliti Diri

Assalamualaikum,

Kuiz uji personaliti ini adalah berdasarkan kepada cara masyarakat Jepun. Sebanyak lima soalan ringkas yang perlu dijawab. Anda hanya perlu membaca soalan dan terus menjawab dengan spontan (tanpa banyak berfikir).

Kuiz Uji Personaliti Diri
Kuiz Uji Personaliti Diri (Gambar hiasan) - imgfave.com
Soalan 1 : Anda memiliki sejumlah wang yang banyak dan ingin membeli kereta idaman. Kereta yang anda ingin beli adalah:
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke mana-mana

Soalan 2 : Katakan anda seorang penyanyi dan baru selesai merakamkan album terkini. Rekaan untuk kulit album yang anda pilih adalah:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu dan bewarna-warni
c) Potret anda
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya

Soalan 3 : Anda merenung ke langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian anda mengalihkan pandangan ke persekitaran (tanah tempat berpijak). Gambaran yang anda terbayang ketika itu adalah: 
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbentang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar

Soalan 4 : Cara anda membaca majalah/surat khabar adalah:
a) Membaca mengikut urutan mukasurat
b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan hanya memilih artikel kegemaran
c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang menarik
d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke hadapan

Soalan 5 : Anda sedang berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba datang seseorang menghampiri anda dan ingin berbual dengan anda. Perkataan pertama yang anda ucapkan adalah: 
a) "Lukisan ini cantik."
b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah saya menggangu?"
d) Kenalkan diri , "Sayalah pelukisnya."

**********

Anda sudah jawab kesemua soalan? Jom semak jawapannya..

Jawapan:
Soalan 1 : Cara anda memilih pasangan
a) Memilih mengikut naluri anda sendiri. Bagi anda, calon paling sesuai adalah boleh dipercayai serta menenangkan.
b) Kacak atau cantik adalah kriteria utama anda memilih pasangan. Cara ini selalu membuatkan anda sering kecewa dalam hubungan.
c) Status sosial dan kewangan sangat penting dalam hidup anda. Dalam memilih pasangan, anda akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka dan boleh menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan diri anda.

Soalan 2 : Menunjukkan personaliti diri anda
a) Individu yang sensitif dan prihatin. Namun agak pemalu dan sukar untuk ditafsir. Namun hakikatnya mudah didekati.
b) Mudah bergaul, peramah dan mempunyai ramai teman. Keramahan kadang kala diragui oleh rakan-rakan anda dan mereka sukar mempercayai diri anda. Anda suka membuat orang lain tertawa tetapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Suka memperlihatkn bakat kepada umum. Namun harus diingat, orang lain juga mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan terima pendapat orang lain. 

Soalan 3 : Melambangkan kebolehan/kelebihan diri anda
a) Seorang yang sensitif terutamanya ketika berhadapan dengan keadaan yang rumit. Berfikiran tajam dan sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda berkomunikasi dan mereka juga senang dengan diri anda. 
c) Dianggap terlalu memahami orang lain. Anda bersedia membantu sesiapa sahaja walau dalam apa juga keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan sampai mengabaikan perasaan orang lain.

Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan
a) Bijak merancang perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan sebaiknya.
b) Seorang yang boros. Sikap itu menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak. 
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana membeli barang berkualiti rendah. Mungkin kerana andaq memang tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional. Jika inginkan sesuatu, anda sanggup berhabisan duit kerananya.

Soalan 5 : Reaksi bila bertemu orang baru
a) Suka berkawan dan berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun adakalanya anda berasa bimbang jika orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
b) Sebelum meluahkn isi hati, anda pasti ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Adakalanya anda mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Dianggap sebagai individu yang sukar didekati oleh orang di sekeliling. Anda juga agak mementingkan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
d) Berusaha bersunggh-sungguh agar diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha anda seakan sia-sia kerana individu sekeliling anda seolah-olah tidak sukakan sikap anda.

*Nota: Diingatkan bahawa kuiz ini hanyalah sekadar suka-suka. Jika ada yang tepat dengan diri anda hanyalah kebetulan sahaja. 

Diolah dari sumber asal: http://lysd.blogspot.com/2012/10/kenali-personaliti-mengikut-cara-jepun.html

Boleh juga membaca : 
^_^

106 comments:

  1. Dapat juga menghiburkan hati di hari Sabtu... :) Walaupun suks2 tapi macam ada yg tepat jer...

    ReplyDelete
  2. menarik ni aiza..
    dah cuba jawab soala2 tu, keputusannya..biarlah rahsia, hihi..

    ReplyDelete
  3. Hehe....ada jugak sikit2 yg betul :)

    ReplyDelete
  4. hehehe...ade kena mengena jugak..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing Aiza...salam hujung minggu

    ReplyDelete
  6. Lama betul kakak dok baca N3 Aiza ni tau. Kakak nak juga tahu kakak ni bagaimana. Best juga sesekali nak tahu tentang diri kita.. betul ke tak tapi seronok juga.

    ReplyDelete
  7. tersenyum simpul sorang2 baca huraian untuk setiap jawapan yang dipilih. hihihi...

    ReplyDelete
  8. gigih sy jwb quiz, siap dgn pensil,,haha
    nice2..!!

    ReplyDelete
  9. ada yang bener dan ada yang tidak hehe....

    ReplyDelete
  10. Tes kepribadin juga bisa menentukan jenis atau bidang pekerjaan apa yang cocok buat kita

    ReplyDelete
  11. Biasanya kalau jujur personaliti diri bisa dilihat pada sebuah bagaimana sebenarnya karakter asli...walau kadang cuma sebagai suka2 dan hiburan semata

    ReplyDelete
  12. Boleh juga Interaktif nya Mizz. Terimakasih

    ReplyDelete
  13. hehehe..macam betol lah.. adalah mengena juga dgn diri sendirikk bwekkk :P.. selamat pagi kak Aiza..

    ReplyDelete
  14. ada juga yang betulnya...
    MET hanya orang biasa...

    ReplyDelete
  15. alamak.... satu je jawapan yang tak kena pada awok... yang lain sume sama....... errrr.... walo pun suka2..tapi macma betoi le pulakkk

    ReplyDelete
  16. Sudah di coba Ka, ternyata he,,, he,, he,,,he,,,

    Salam

    ReplyDelete
  17. banyak yang sesuai . lagi sesuai aiza dgn universiti of london !

    ReplyDelete
  18. ehehe..macam tepat jer...

    ReplyDelete
  19. part last tu best.. heeee.. ^^

    ReplyDelete
  20. oo..saya boros laahh..hihi.. sikit2 kot. tq for sharing aiza.. :D isi tabung2 yang ada.. ;)

    ReplyDelete
  21. Tiga hampir-hampir betul..he..he..Nway Salam Sabtu Aiza...

    ReplyDelete
  22. Wah, siap ada tafsifaran jawapannya lagi.

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum, ada yang betul, bila tengok pacuan 4 roda yang duk idam tu :D

    ReplyDelete
  24. macam ada juga yang betul..hehe thanks berkongsi yer aiza..menarik juga dapat menguji sebegini :)

    p/s semuanya burung biru je yang berterbangan :)

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum dan singgah malam sabtu Aiza...rasa terhibur dengan uji minda macam ni..baca soalan dan jawab soalan...

    ReplyDelete
  26. diri sendiri je tahu apa jawapanye..hehe

    ReplyDelete
  27. singgah education uk dari sini..

    ReplyDelete
  28. kuiz mcm ni memang dapat membantu mengenali diri seseorang dgn lebih mendalam

    ReplyDelete
  29. dengan adanya kuis personaliti ini, maka diharapkan kita bisa tahu kepribadian kita masing-masing ya mizz :)

    ReplyDelete
  30. Menarik la kuiz ni. Saya gelak sorang-sorang baca jawapan saya.

    ReplyDelete
  31. suka buat test personaliti cm gini..=)

    caya x caya sgt la..tp ni dikira psikologi..jgn terlalu taksub..^^

    btw, cara masy. jepun?asal nya mmg jepun ke?

    ReplyDelete
  32. no 2 & 3 je kot yang betul dgn zizie.. yang lain, kelaut.. hahaha..

    ReplyDelete
  33. Bunda dah cuba aiza...ada tiga yang tepat...apa2 pun hanya suke2 kan...

    ReplyDelete
  34. ha ha,,sepertinya jawaban yang kupilih semuanya mendekati kebenaran...luarbiasa,
    keep happy blogging always...salam dari Makassar :-)

    ReplyDelete
  35. bestnye... Dah buat...memang betul2 sama..

    ReplyDelete
  36. @Bin Muhammad
    semoga BM terhibur dengan kuiz ini.. :)

    ReplyDelete
  37. @atien zuraidah
    ye ke kak atien? sekadar suka-suka sahaja kuiz ini..

    ReplyDelete
  38. @Fidah Shah
    terima kasih fidah.. selamat berhujung minggu juga..

    ReplyDelete
  39. @Kakzakie
    betul tu kakak.. yang penting seronok jawab kuiz begini..

    ReplyDelete
  40. @Beranda Kata
    ia, mungkin ada yang tidak benar juga..

    ReplyDelete
  41. @Muh Hendrik
    benar itu.. kita pasti dapat mengetahui secara asas tentang peribadi kita walaupun ada masanya ia tidak tepat..

    ReplyDelete
  42. @Cik Tieka
    selamat pagi tieka.. kebetulan mengena tu tieka.. :)

    ReplyDelete
  43. @D.Shahril Hakime
    ujian ini berdasarkan kajian secara umum juga..

    ReplyDelete
  44. @Indra Kusuma Sejati
    salam.. jawapannya tepat atau tidak? hehe..

    ReplyDelete
  45. @Vee Sandi
    bagus sesuai tu sis vee.. terima kasih.. :)

    ReplyDelete
  46. @Muhammad Khairuddin Lim
    you are welcome en khairuddin.. terima kasih singgah di sini.. :)

    ReplyDelete
  47. @Gee Lion
    part reaksi bertemu orang baru tu ya gee? hehe..

    ReplyDelete
  48. @ctfand
    semoga bermanfaat.. terima kasih ya.. :)

    ReplyDelete
  49. @RDZ Z
    ada juga yang betul kan.. salam hujung minggu.. :)

    ReplyDelete
  50. @babYpose
    waalaikummussalam.. ada yang betul juga ya.. :)

    ReplyDelete
  51. @Tetamu Istimewa
    boleh mencuba sekadar suka-suka sahaja helmi..

    ReplyDelete
  52. @Puteri Kasih
    hujung minggu ini santai sambil jawab soalan kuiz.. :)
    burung biru suka sangat terbang kat blog aiza.. hehe.. :)

    ReplyDelete
  53. @Mardiah Diana
    waalaikummussalam.. seronok menjawab soalan begini kan..

    ReplyDelete
  54. @Farah
    tentu ada yang tepat dan kurang tepat kan..

    ReplyDelete
  55. @Ai Syah
    betul tu, jangan terlalu taksub mmepercayainya.. nasib kita semua Allah yang tentukan.. akak dapat info ini melalui blog orang juga ai syah..

    ReplyDelete
  56. @BUNDA a.k.a KN
    betul tu bunda.. hanya suka-suka sahaja..

    ReplyDelete
  57. hehe..macam ada yang betul je.. :p

    ReplyDelete
  58. Best lah post kak aiza semua ish <333
    hihihi yayy qila jujur hohohohoh :D

    ReplyDelete
  59. Wahh... menarik ni..
    4x visa utk beli kenderaan pacuan 4 roda hehee.. :D :D

    ReplyDelete
  60. Nice sharing... Hehe.. Hmpir2 je kna mengena juga..

    ReplyDelete
  61. menarik kuiz ni aiza...hehe
    boleh juga dok hiburkan hati ye dak =)

    ReplyDelete
  62. wah ane malah takut sob kalau personality ane di uaji, soalnya ane sikap nya nggak bagus sob hehehe

    ReplyDelete
  63. ada juga yg btl brkaitan diri lya :)

    ReplyDelete
  64. Hurmm, ade yg btl ade yg tak......;-)

    ReplyDelete
  65. hmm... mcm betul je. tapi tu la suka suka pun buat akak tersenyum kat depan PC ni.

    ReplyDelete
  66. @Mizz Aiza (Dunia Kecil) hampir semua.. 1 je soalan yg kurang tepat.. hehehe

    ReplyDelete
  67. hahaaa..adoi..ada yang betul ni kak ^^

    ReplyDelete
  68. berbelanjaan yang tidak rasional.. mmg diakui..hihi

    ReplyDelete
  69. suka baca soalan2 ni.. ada kena mengena je :D

    ReplyDelete
  70. D,D,C,A,B .... haaaa.. menarik jugak.. personaliti masing-masing berbeza dan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^