29 March 2014

Kisah Lawak Hantu

Assalamualaikum,

Di hujung minggu ini dikongsikan beberapa kisah lawak hantu. 

Kisah Lawak Hantu
Kisah Lawak Hantu (Gambar hiasan) - kisah69.blogspot.com
Kisah 1 : Pembantu rumah
Sebuah keluarga baru berpindah ke rumah baru. Pada suatu hari si anak berbual-bual dengan ayahnya. 
Anak : "Adakah hantu itu benar-benar wujud ayah?"
Ayah : "Tidak, hantu itu tidak wujud. Ianya hanya kisah rekaan dalam filem dan televisyen sahaja."
Anak : "Tetapi ayah, kata pembantu rumah kita hantu itu benar-benar wujud."
Ayah : "Kemaskan barang-barang kamu dengan segera. Kita akan berpindah ke rumah baru."
Anak : "Tapi kenapa ayah?"
Ayah : "Sebenarnya kita tiada pembantu rumah!!!"

Kisah 2 : Melamar
Tan berkunjung ke rumah keluarga gadis yang baru dikenalinya mengikut alamat yang diberikan oleh gadis itu kepadanya.
Tan : "Maafkan saya pakcik. Saya baru berkenalan dengan anak pakcik bernama Tin dan telah jatuh cinta kepadanya. Izinkan saya melamar Tin untuk dijadikan teman hidup saya."
Bapa Tin : "Bagaimana anda mahu melamar Tin? Dia sudah meninggal dunia di dalam kemalangan jalanraya pada minggu lepas."
Tan : "Tidak mengapa pakcik. Saya juga telah meninggal dunia pada 3 bulan yang lepas."

Kisah 3 : Salah nama
Pada suatu malam, Min dan Mun melalui kawasan tanah perkuburan ketika pulang ke rumah mereka. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan pada batu. Rupa-rupanya seorang lelaki tua sedang memahat batu nisan.
Min : "Pakcik hanya menakutkan kami sahaja. Kami ingatkan hantu tadi."
Mun : "Pakcik buat apa pada waktu malam begini?"
Pakcik : "Entah bagaimana mereka tersalah tulis nama saya di batu nisan ini."

Selamat berhujung minggu kepada anda semua..
^_^

33 comments:

  1. haha . Scary . Nasib baik sy baca pg2 . hehe . =)

    ReplyDelete
  2. nasib baca siang2... kalau malam memang seram juga ni walaupun lawak... huhuhuh asyik terbayang je..

    ReplyDelete
  3. Selamat hujung minggu kak aiza :). Kisah hntu no.1 tu pling smart rasanya. Klik iklan inti, KFC, dgn DIGI :D

    ReplyDelete
  4. hahaha..
    nom 1 tu mmg lawak.
    nom 2 dan 3 shark baru tahu harini.
    bleh tahan lawak pakcik nom 3 tue.

    ReplyDelete
  5. ternyata hantu juga bisa nglucu (melawak) ya. hehe

    ReplyDelete
  6. hahahaa...mau fengsan kalau jumpa betull...

    ReplyDelete
  7. ceritanya buat saya tertawa terbahak - bahak. thanks Mizz stress saya hilang membaca artikelnya :)

    ReplyDelete
  8. hihi..dah mula dah bawa keluar bab hantu..kelakarlah..best juga hehe

    ReplyDelete
  9. Agak seram sikit sebenarnya, hehehe

    ReplyDelete
  10. wpun byk kisah kat rumah my bonda di kg , alhamdulillah saya tak melaluinya ...

    ReplyDelete
  11. Kalau baca malam2..seram jugak ni..salam hujung minggu Aiza..

    ReplyDelete
  12. mantap mas,, lanjutkan sharingnya ya
    jangan lupa follow dan kunjangannya mas.

    ReplyDelete
  13. dia ada kt mana-mana cis bahaya ni heee..ayuh kita serang umh dia plk

    ReplyDelete
  14. anak suka tengok hantu kata takit tapi nak gak tengok haaa

    ReplyDelete
  15. ford kfc 6 bijik untuk sahaja lalalaa...

    ReplyDelete
  16. kisah pertama tu rasa comel aje, nervous nervous comel, hehe

    ReplyDelete
  17. yg number 1 n 3 sye dah pernah dengar.. yg number 2 tu paling sadis..hahahaha

    ReplyDelete
  18. argghh!
    miza bace waktu malam -__-
    kadang2 tu teringat jugak bila nak masuk tido T-T

    ReplyDelete
  19. TT_TT kenapa kak aiza post lawak cemniiiiiiiiii tak lawak tau.....
    hahahahha lawak tapi still menakutkan qilaa okkkkk TT_TT

    ReplyDelete
  20. kesian pakcik tu kena betulkan nama sendiri ...hehehe

    baca malam-malam ni...nasib baik tak scary :)

    ReplyDelete
  21. Hahaa adoii.. pembantu rumah hantu.. :D
    semua churp2...

    ReplyDelete
  22. kalau bunda sendiri yang jumpa betul2 ni taktau nak cakap...tak pingsan...tak tau lah..

    ReplyDelete
  23. ehehehe mcm kisahnya pasal hantu nie ya

    ReplyDelete
  24. Ini kisah lawak seram ni...hehe
    Terhibur seketika

    ReplyDelete
  25. yang pertama biasa dengar
    tapi yang ketiga paling awesome! =)

    ReplyDelete
  26. Haha.. Santai ketawa sengsorg ptg2 ni..

    ReplyDelete
  27. Saya suka lawak yang pertama. Tergelak saya dibuatnya.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^