31 March 2014

Segalanya Telah Tertulis

Assalamualaikum,

Rezeki, jodoh dan ajal kita adalah rahsia Allah SWT. Ada orang diberikan rezeki awal, tetapi jodoh lambat. Ada juga yang berlaku sebaliknya. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz sejak kita di dalam kandungan ibu kita lagi.

Segalanya Telah Tertulis
Segalanya Telah Tertulis (Gambar hiasan) - pixoto.com
Seorang rakan sekelasku ketika belajar dahulu memang murah rezeki dan jodohnya. Sejak tamat belajar pada akhir tahun 2007, dia telah mendapat pekerjaan di salah sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Pantai Timur.

Beberapa bulan kemudian dia bertunang dan kemudiannya berkahwin. Selepas berkahwin dia disahkan hamil. Tahun demi tahun berlalu, dia akhirnya memiliki dua orang cahaya mata. Perjalanan hidupnya begitu lancar tanpa ujian besar.

Pada awal tahun 2013 yang lalu aku dikejutkan oleh pemergiannya sekeluarga (termasuk anak dan suaminya) menemui Allah SWT akibat kemalangan jalanraya. Ianya membuatkan aku berfikir sejenak, segalanya telah tertulis begitu.

Di usia yang masih muda dia telah memperolehi segalanya iaitu rezeki, jodoh, anak dan kebahagiaan. Di saat usia itu juga Allah SWT telah mengambil segala-galanya sekelip mata sahaja. Kadangkala kita mengeluh, kenapa jodoh lambat atau kenapa lambat dapat anak?

Sebenarnya segalanya telah tertulis begitu. Apa yang kita boleh buat adalah teruskan berusaha dan berdoa agar Allah SWT memberikan yang terbaik untuk kita. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita pada masa kini dan akan datang.

Namun jika langkah kita kecundang di pertengahan jalan, jangan sekali-kali menyalahkan takdir. Kerana manusia akan sentiasa diuji bagi membuktikan keimanan dan ketakwaannya kepada Allah SWT. Ketahuilah bahawa Allah SWT tidak pernah jauh.

*Nota : Sedekahkan al-fatihah kepada arwah rakanku sekeluarga yang telah meninggal dunia. Semoga beliau sekeluarga ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. 

^_^

61 comments:

  1. Al-fatihah..semuanya sudah tertulis.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah dan Salam Takziah... Memang segalanya yang berlaku dalam kehidupan kita ini adalah yang telah tertulis dan diretakkan begitu, siapalah kita untuk say NO kalau Allah say YES kan?

    ReplyDelete
  3. Betul tu aiza...setiap makhluk di muka bumi Allah ini telah dituliskan takdir untuk mereka, termasuklah kita. Al-Fatihah buat rakan aiza.

    ReplyDelete
  4. ye betul tu..segala2 sudah tertulis..sentiasa bersyukur dengan segala pemberianNya..

    ReplyDelete
  5. alfatihah..moga ditempatkan dikalangan orang yg beriman..amin.

    ReplyDelete
  6. sedihnya..moga arwah mereka dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  7. Rasa macam nak tulis ayat cliche, ''Ada la hikmahnya tu, cuma kita tak tau lagi,''

    Dulu rasa macam bengang jugak bila apa yang kita hajatkan tak dapat. Tapi, bila fikir-fikir balik ada certain peristiwa yang dilambatkan dalam hidup saya tu, besar manfaatnya dikemudian hari.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak Aiza. Innalillahiwainnailaihiraji'un… sedihnya dengar... semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz... singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  9. Allah sebaik2 perancang..kesian kawan akak tu kan..sekelip mata je Allah tarik semua org yg dia syg.. semoga dia sentiasa tabah.. :(

    ReplyDelete
  10. saya setuju dengan Mizz Semuanya memang sudah tertulis. Manusia hanya berusaha semaksimal mungkin, dan hasil finalnya hanya Allah SWT juga yang menentukan. Very cool post

    ReplyDelete
  11. Benar Aiza apa pun juga yg terjadi adalah atas kehendak Allah. Sedangkan sehelai daun nun jauh di dalam hutan gugurnya juga atas kehendak Allah juga.

    Moga keluarga kawan Aiza diberi kekuatan dan kesabaran. teruskan doa buat mereka.

    ReplyDelete
  12. kekadang mata kita kabur untuk melihat hikmah yang ada di atas setiap kejadian yang berlaku kepada kita. Allah maha mengetahui XD

    ReplyDelete
  13. betul tu kak,..tp dh nama manusia.. ada je yg x cukup..

    Al-fatihah..

    ReplyDelete
  14. btl tu sis..semuanya dah tertulis..semuanya dah ditentukan sejak azali lagi

    ReplyDelete
  15. kita hanya mampu merancang.
    tragis jugak cerita rakan tue.

    ReplyDelete
  16. innalillahi wa iinna ilaa hii roo jiuun :(

    betul tu kak aiza. Bila dah tertulis. Itu lah yg akan terjadi.
    No matter what happen, ajal tu tetap akan dtg cepat atau lambat... :)

    thanks kak aiza share ni pagi pagi lagi qila muhasabah diri dah ni :D

    ReplyDelete
  17. intinya kita harus selalu bersyukur yaa Mizz, jangan banyak mengeluh
    keep spirit every day :D

    ReplyDelete
  18. Kehidupan ini umpama roda. Kesenangan itu ujian, musibah itu juga ujian...Hanya kita perlu tabah, bersyukur dan melihatnya sebagai satu hikmah.
    Alfatihah buat rakan Aiza.

    ReplyDelete
  19. Al-Fatihah.. Allah is the great planner. =')

    ReplyDelete
  20. Memang benar segalanya telah tertulis... namun begitu kita disuruh berdoa, merayu dan meminta kepadaNya untuk mengubah apa yang telah tertulis itu...

    ReplyDelete
  21. al-fatihah..
    Nur selalu juga rasa macam tue..Bila tengok kengkawan lain perjalanan hidup mereka mudah,Nur selalu tertanya-tanya dalam hati..Kenapa hidup aku tak macam mereka..Nur tak patut fikir begitu..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..Nur perlu terus berdoa dan berdoa..In Shaa Allah,semua akan indah pada waktunya..

    ReplyDelete
  22. segalanya telah di aturkan... tetapi kita sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik

    ReplyDelete
  23. semoga arwah mendapat syurga Allah.. mmg benar lah bahawa Allah mempermudahkan segala urusannya.. alhamdulillah

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum... perancangan ALLAH itu adalah y terbaik buat kita... In Shaa Allah... Yang pentian kita harus sentiasa didik hati kita untuk sentiasa sabar dn sentiasa berusaha memperbaiki diri...

    ReplyDelete
  25. Al-Fatihah....

    Semoga Arwahnya mendapat tempat terbaik di sisi-Nya dan ditinggikan derajatnya, aamiin....

    ReplyDelete
  26. amin..al-fatihah..

    p/s isi tabung nissan dan infiniti :)

    ReplyDelete
  27. semua yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah. Allah Maha Perancang yang terbaik..

    ReplyDelete
  28. Jodoh pertemuan, ajal & maut semuanya ditangan Allah swt.. sentiasalah kita bersyukur dgn apa yg kita perolehi kerana setiap org pasti menempuh perjalanan & nasib yg berbeza.
    Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas roh sahabat Aiza sekeluarga & menempatkan mereka dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin..
    3x infinity...

    ReplyDelete
  29. sedih dan pilu bila dengar kisah ni kak... setiap org di uji dgn cara yg berbeza

    ReplyDelete
  30. ini benar sekali adanya, semuanya sudah tertulis tapi bukan berarti juga kita mengabaikan usaha..

    ReplyDelete
  31. sebab tu kita wajib percaya pada qada dan qadarkan aiza
    semoga roh kawan aiza sekeluarga ditempatkan
    dikalangan orang yang beriman

    ReplyDelete
  32. AlFatihah..Semoga keluarga kawan aiza tabah dengan ujian Allah.

    ReplyDelete
  33. betul tu kak Aiza...segalanya telah tertulis...Al-fatihah..

    Segala yang berlaku telah di catatkan oleh Allah S.W.T

    ReplyDelete
  34. Perjalanan yang telah ditentukan olehNYA.. kita hanya mampu merancang..
    Apa-apapun moga keluarga mangsa tabah dan kuat dalam mengharungi dugaanNYA..
    Al-Fatihah buat arwah..

    ReplyDelete
  35. semuanya sudah di tentukan Allah S.W.T sejak kita lahir jadi kita harus berysukur, betul tidak mizz?

    ReplyDelete
  36. setiap kejadian yang berlaku pada kita.. dah pun tertulis ..... Allah udah tetapkan daghi Loh Mahfuz lagi......

    moga2 kawan mike dan famili dia ditempatkan dalam golongan oghang beriman......

    ReplyDelete
  37. dulu org di sekeliling sis selalu sinis ttg jodoh sis . tapi sekarang mrk sudah faham bhw jodoh itu urusan Allah . berbaloi mrk menonton program agama ...

    ReplyDelete
  38. sentiasa berpegang kepada, "semua yg kita ada tu pinjaman Allah"...

    ReplyDelete
  39. semua kehendak tuhankan jangan sedih ya sahabat ada tu

    ReplyDelete
  40. Al-Fatihah. betul akak semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kita hanya mampu merancang

    ReplyDelete
  41. setiap perangcangan Allah adalah yang terbaik:)
    yang penting kita usaha kan kak aiza :))))

    ReplyDelete
  42. iya bener banget bahwa semua telah tertuliskan ya mizz, jadi kita hanya bisa berusaha dan berdo'a saja kepada yang diatas ;)

    ReplyDelete
  43. Al-Fatihah kepada arwah. Semoga ahli keluarga arwah tabah menghadapinya ;)

    ReplyDelete
  44. setiap manusia ada rezekinya masing-masing kan aiza..biarpun dalam bentuk yang berbeza.

    Kadang-kadang memang kita mengeluh, dan membandingkan diri dengan kelebihan orang lain. Tapi apa sahaja yang berlaku, biar lambat atau cepat pasti ada hikmahnya yang tersendiri :)

    ReplyDelete
  45. ketentuan Allah SWT adalah yang terbaik.
    semoga mereka ditempatkan dalama kalangan orang yang soleh

    ReplyDelete
  46. Salam takziah kepada keluarga arwah...

    ReplyDelete
  47. Al fatihah...utk kawan Aiza..
    Kadang2 memang rasa sedih bila tak dpt apa yg dihajati tapi kena sentiasa percaya bahawa perancangan Allah adelah yang terbaik..

    ReplyDelete
  48. Kita tak tahu apa pula nasib kita yg dh tertulis msa akan dtg... Salam takziah...

    ReplyDelete
  49. Alfatihah...segalanya telah tersurat

    ReplyDelete
  50. Segalnya rahsia Allah kan Aiza...siaplah kita untuk mempersoalkannya..

    ReplyDelete
  51. Al Fatihah. Moga dia tabah mengahdapi ujian ini.

    ReplyDelete
  52. btol tu.. smuanya telah tertulis. kalau sampai masanya, jadi la.. x perlu dipersoalkan bila.. hehehe..

    smoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yg soleh.. amiin..

    ReplyDelete
  53. betul kak.. semuanya telah tertulis.. al-fatihah..

    ReplyDelete
  54. yup..segalanya telah tertulis..Takdir . Tugas kita berdoa dan terus berdoa.

    semoga roh2 mereka ditempatkan diklgn2 org beriman .

    =)

    ReplyDelete
  55. semoga arwah ditempatkan bersama orang yg beriman

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^