16 March 2014

Buah dan Manfaat

Assalamualaikum,

Buah-buahan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan kita. Selain dari rasanya yang sedap, buah-buahan juga boleh dijadikan sebagai pengganti snek yang tidak sihat. 

Buah dan Manfaat
Buah dan Manfaat (Gambar hiasan) - cforcookie.wordpress.com
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai tips membeli makanan sihat. Manfaat beberapa jenis buah-buahan adalah seperti berikut:

1. Jenis buah : Aprikot, labu, tembikai susu, pic, pisang, keledek
Kandungan vitamin A di dalam buah-buahan ini bermanfaat untuk individu yang mengalami masalah rabun dan dapat melawan penyakit. Kandungan Carotenoids (warna merah, oren atau kuning) bertukar kepada Vitamin A ketika proses penghadaman.

2. Jenis buah : Tembikai, nenas, mangga, strawberi, betik, buah-buahan sitrus, kiwi
Buah-buahan ini kaya dengan vitamin C yang bermanfaat memulihkan dan menambah tisu badan kita di samping penting untuk sistem imunisasi. Simptom kekurangan Vitamin C adalah seperti lemah otot, kesan lebam, gusi berdarah, tekanan dan keletihan.

3. Jenis buah : Kurma, pisang, nenas, limau mandarin, buah ara, pic, avocado
Kandungan protein yang terkandung dalam buah-buahan ini bermanfaat untuk mengatasi masalah seperti keguguran rambut, kekeringan kulit, pening kepala dan kesukaran untuk tidur. 

4. Jenis buah : Anggur, kismis, epal, jambu, buah ara, prun
Serat yang tinggi serta kalori yang rendah mampu membuatkan kita terasa kenyang. Serat juga dapat menurunkan kadar kolesterol serta tahap gula dalam badan. Tentu ianya sangat sesuai kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. 

5. Jenis buah : Pisang, avocado, aprikot, kismis, buah ara, mangga, strawberi
Khasiat potasium di dalamnya bermanfaat mengekalkan tahap air dan asid dalam sel tisu di samping membantu menguatkan otot. Simptom tekanan darah tinggi, diabetis dan kelemahan memori dapat diatasi dengan pengambilan potasium.

Selain daripada dimakan sebagai snek, buah-buahan juga boleh diproses menjadi jus buah atau dimakan sebagai salad . Oleh itu, buah-buahan memang bermanfaat untuk kesihatan kita. Boleh juga membaca makan malam untuk diet

Diolah dari sumber asal www.eh.com.my/gaya-sihat/kekal-cantik-dan-segar-bersama-buah-buahan/

^_^ 


61 comments:

  1. Setakat ni yang bunda selalu makan buah epal hijau, mangga dan tomato..

    ReplyDelete
  2. Memang banyak khasiat buah-buahan yang boleh diamalkan... KN suka buah pisang je...

    ReplyDelete
  3. betol tu.. contoh, saya mmg kurang makan carrot dalam masakan.. tapi kalau jus carrot, mmg saya suka.. entah la..

    ReplyDelete
  4. Buah-buahan memnag banyak khasiatnya... :)

    ReplyDelete
  5. selamat siang Mizz... wah jadi pingin makan Buah Mizz lihat gambar dalam postingannya. Saya juga termasuk orang yang sangat suka makan buah buahan Mizz... saya paling suka makan Buah Kelapa Muda..., Kalau Mizz paling suka makan Buah apa ?

    ReplyDelete
  6. buah2 han memang byak khasiat yg dperlukan oleh tubuh badan..byak vitamin a, b, c, d.. bayakkan mkan buah-buahan, kurangkan mknanan x bkhasiat.. demi mjaga ksihatan

    ReplyDelete
  7. banyak sekali jenis buah yang perlu dikonsumsi ya mbk, serta banyak manfaatnya bagi tubuh kita.

    ReplyDelete
  8. Buah memang sangat baik untuk kesehatan ya Mizz. dan cara pengolahannya cukup beragam

    ReplyDelete
  9. kalau saya lebih suka jenis buah yang number 5 Mizz, :)
    thanks yaa Mizz sudah berbagi wawasan

    ReplyDelete
  10. buah feberet zura ialah betik..rs sedap sgt kalu betik tu sejuk br kluar dr peti..masa ngndg anak sulung, setiap hari zura mkn betik..hahaaha

    ReplyDelete
  11. ena suka blend buah... nikmati jus memang enak :)

    ReplyDelete
  12. memang banyak kahsiat buah-buahan ,terima kasih kerana sudi berkongsi

    ReplyDelete
  13. saya suka makan buah2 yang ada vitamin c

    ReplyDelete
  14. mama semalam teringin sangat nak makan pisang, belilah sesisir, makan sorang. last-last muntah... hihihi

    ReplyDelete
  15. buah-buahan mmg tak dinafikan banyak khasiatnya.. tambahan pula buahan tempatan.. buah juga adalah menu diet terbaik..

    ReplyDelete
  16. info yg baik kak Aiza...saya suka makanan mangga n apal..

    btw buah ara tu yang selalu org bawa blik dri mekah tu ke akak???

    ReplyDelete
  17. Buah-buahan ni mmg bagus untuk kesihatan :)

    Jemput Kak Aiza singgah ke blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  18. buah memang banyak manfaat nya ya mizz. terutama untuk kesehatan tubuh kita. Jadi diharapkan kita rutin mengkonsumsi buah agar tubuh kita sehat selalu

    ReplyDelete
  19. apalagi kalau kita selesai olahraga...wah..mantap..sebuah buah dijuice..nyummy..:)

    ReplyDelete
  20. nice sharing akak.. saya pun suka makan buah.. ;D

    ReplyDelete
  21. kena amalkan rajin makan buah buahan ni

    ReplyDelete
  22. Salam Aiza..K.atie pon suka mkn buah2an....klu g pasar/market mmg wajib beli BUAH.

    ReplyDelete
  23. Tika gak tahu buah keledek dan buah tembikai, bahasa malaysia ada yah yang sangat beda dengan Indonesia :)

    ReplyDelete
  24. Buah-buahan yang segar selain buat kesehatan juga berkhasiat lain yang pasti banyak manfaat

    ReplyDelete
  25. makasih infonya sist :-)
    salam kenal.. blognya keren
    di tunggu komen baliknya

    ReplyDelete
  26. Menanti pokok pelam depan rumah berbuah...sekarang ni baru nak belajar berbunga. Harap2 lekatlah...

    ReplyDelete
  27. Terima kasih. Saya kat sini asyik makan pisang, epal, dengan tembikai susu je :D

    ReplyDelete
  28. Buah buahan memang banyak sekali mbak.. biasanya saya suka makan tomat.. hehe

    ReplyDelete
  29. kita suka semua tu. Tapi buah ara tu buah apa aiza...

    ReplyDelete
  30. buahnya segar segar kak bikin pingin

    ReplyDelete
  31. Maklumat tambahan, untuk memastikan zat dlm buah diserap dengsn baik oleh badan, makan buah sebelum lunch atau dinner, dan bukan sebaliknya...

    Saya suka makan buah, hampir semua kecuali buah naga, rockmelon dan honeydew.. ><

    ReplyDelete
  32. banyak kebaikan kalau amalkan makan buah-buahan segar setiap hari kan aiza.

    ReplyDelete
  33. selalunya puteri lebih suka makan buah-buahan sebagai snek berbanding jus

    p/s dua inti dan satu burung biru untuk aiza :)

    ReplyDelete
  34. @ikhwan yusuff
    betul tu ikhwan.. buah ara kering juga dikenali sebagai buah tin..

    ReplyDelete
  35. @RDZ Z
    buah ara yang kering dikenali sebagai buah tin (fig)..

    ReplyDelete
  36. <3333 qila rindu nak makan buah ihihihih

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah... saya mmg suka makan buah2an.. best...
    3x makan kfc sini.. :D

    ReplyDelete
  38. sdapnya buah tu kalau d buat jus freshh

    ReplyDelete
  39. buah2an mmg feveret KA lah !

    ReplyDelete
  40. Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran ni baik untuk kesihatan. Lagipun, makanan yang seimbang ni bagus untuk diet.

    ReplyDelete
  41. buah...selain dari makan mentah... boleh dibuat jus... (bukan semua la)....... lain buah lain khasiatnya....

    ReplyDelete
  42. semua buah sis suka. Lagilah klu buah2an tempatan .

    ReplyDelete
  43. aduh kak. terus rasa ngidam nak makan buah :)

    ReplyDelete
  44. Hai, Aiza...
    mmg byk manfaat kalau jadikan buah sebagai snek... macam yang ctfand kata, makan buah dahulu sebelum hidangan berat... nrl palng suka mangga, anggur & epal... Setiap minggu mesti ads stok dalam fridge..
    ^__^

    ReplyDelete
  45. Nice info.. Mmg suka.mkn buah.. Klu x lalu mkn, mkn buah utk gnti tenaga yg hilang..

    ReplyDelete
  46. saya jarang makan buah fresh ni.tp klu juice ye hehe

    ReplyDelete
  47. SA suka makan epal hijau, strawberry, soursoup and tomato....best...bagus untuk kulit dan penghadaman kan...

    ReplyDelete
  48. buah-buahan memang sedap dan banyak khasiat :)

    ReplyDelete
  49. selalu makan buah, masalah sembelit pun hilang, hehe

    ReplyDelete
  50. singgah universiti of london dari sini..

    ReplyDelete
  51. saya pula suka minum air buah-buahan. mmg menyegarkan dan berkhasiat..

    ReplyDelete
  52. adoihai....terliur tgk gambo buah-buahan ni....kite pon suke makan buah..

    ReplyDelete
  53. buah3,sedap3..hehe!
    tpi kat umah ni buah abih dah..kena mintak abah g beli ni..

    ReplyDelete
  54. akak memang suka makan buah. anak sulung akak suka nau ngan betik..

    yang pelik tu si kecik tu suka pulak dia makan nanas. ha..bila lidah dah tak selesa.. raung raung menangis. but still suka denga nanas jugak.

    ReplyDelete
  55. saya lebih gemar makan sayur dari buat.. tapi kalau buat saya suka makan pisang..hiii

    ReplyDelete
  56. saya suka makan buah! elok makan sebelum makan sebagai snek =)

    ReplyDelete
  57. buah selain sedap byk khasiatnye..kan..=)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^