25 March 2014

Berjimat Semasa Membeli-belah

Assalamualaikum,

Hujung minggu adalah aktivitiku sekeluarga membeli-belah di Tesco. Di zaman kos sara hidup semakin meningkat ini seharusnya kita berjimat semasa membeli-belah. Perbelanjaan seharusnya dirancang terlebih dahulu. 

Berjimat Semasa Membeli-belah
Berjimat Semasa Membeli-belah (Gambar hiasan) - goodfood.com.au
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai cara untuk jimat duit. Beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika membeli-belah adalah seperti berikut: 

1. Senaraikan barangan
Dengan adanya senarai barangan ini kita hanya akan membeli barangan mengikut keperluan. Tidaklah membeli barangan mengikut kehendak. 

2. Bandingkan harga barangan
Kebiasaannya kita akan membeli sesuatu barangan mengikut jenamanya. Seharusnya pemilihan barangan adalah mengikut kualitinya. Pilih barangan dengan kualiti yang baik tetapi dengan harga yang murah. 

3. Mendaftar kad keahlian
Setiap kali membeli-belah pasti ada mata ganjaran yang dikumpul. Mata ganjaran ini akan ditukarkan kepada voucher tunai atau diskaun terhadap beberapa jenis barangan. 

4. Menyemak senarai harga barangan di resit
Ada masanya pasaraya akan mengadakan promosi terhadap beberapa barangan terpilih. Ketika membayar pastikan harga senarai barangan itu betul seperti harga promosi. 

5. Hadkan penggunaan kad kredit
Penggunaan kad kredit akan menyebabkan kita tidak sedar telah berbelanja lebih. Seeloknya bayarlah menggunakan wang tunai. Bawa wang tunai yang secukupnya sahaja untuk mengelakkan berbelanja lebih.  

6. Membeli-belah ketika perut kenyang
Ketika perut sedang lapar pasti kita akan berkeinginan mengambil makanan segera yang nampak sedap. Pastikan makan terlebih dahulu di rumah sebelum keluar membeli-belah. 

7. Elakkan pembelian di saat akhir
Selalunya terdapat barangan seperti snek disusun berhampiran kaunter pembayaran. Ketika beratur menunggu giliran membayar pasti kita akan tertarik dengan barangan itu. Elakkan dari membeli barangan di saat akhir. 

Untuk berjimat semasa membeli-belah bukanlah sesuatu perkara yang sukar. Pilihan terletak di tangan kita untuk memilih yang terbaik. Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak dengan berbelanja mengikut bajet dan kemampuan kita. 

 ^_^

59 comments:

  1. betul2..merancang sebelum shopping.,kalau tak semua benda nk di grab nye..hee..=)

    ReplyDelete
  2. Paling setuju dan paling efektif sebenarnya tips no. 6 (selepas catatkan apa yg nak dibeli). Membeli dalam keadaan lapar sebenarnya bole membuat fikiran kita tak tentu arah atau bercelaru, dan lebih mengutamakan benda2 yg 'nampak' sedap tanpa fikirkan keperluannya.. Terima kasih kerana berkongsi Aiza.. :)

    ReplyDelete
  3. heee betul.
    Qila mmg berjimat cermat habis lah hihi <3
    thanks for the tips kak aizaaaaa :D :D :D mmg byk barang mahal ugh rasa nak nangis pun ada TT_TT

    ReplyDelete
  4. salam pagi...nak berbelanja memang patut bajet dulu apa yg nk dibeli...kalau x duit habis sekali belanja saja...

    ReplyDelete
  5. Bunda ziarah dipagi hari...
    #tragediMH370

    ReplyDelete
  6. tips yang sama saya amalkan setiap kali shopping, namun adakalanya tersasar jua dari list. hahahaa..

    ReplyDelete
  7. memandangkan dh nak dekat hujung bulan ni..bgus praktikkan tips ni..hehe...

    click digi kat sini...

    ReplyDelete
  8. agar belanjaan tidak membengkak kita harus berjimat ya

    ReplyDelete
  9. Terimakasih tipsnya Mizz, akan kami coba selalu untuk mengingatnya

    ReplyDelete
  10. Kalau Cikna hadkan bwa duit,huhuu......;-)

    ReplyDelete
  11. lebih efektif jika kita membawa uang pas saja sewaktu berbelanja. jadi tdk mungkin ingin beli yang lain...

    ReplyDelete
  12. macam akak plak..compare kan harga antara 2 mall..econsave ngan teso...then dah compare baru beli...hehehe...bukan berkira tp lagi suka berjimat...

    ReplyDelete
  13. kak pulak kalau p hypermarket, tak ambil troli besar..
    ambil bakul kecil beroda tu saja..hee

    ReplyDelete
  14. "Membeli-belah ketika perut kenyang"

    tak pernah terfikir pun..hahaha...anyway, nice tips kak!

    ReplyDelete
  15. Tips yg baik ni Aiza. Kakak ni biasa kalau shopping banyak jarang tengok resit dah barangnya berpuluh-puluh memang tak tengok pun.. agaknya dah terkena pun tak tahu..

    ReplyDelete
  16. dan fikir dulu sama ada barang tu betul2 perlu atau tak kan?

    ReplyDelete
  17. ehehe dh lama dah xg shooping.tp yg penting masa nk g masuk pasar@pasaraya tu kena baca doa yg diajar Rasullallah s.a.w ...kot2 kite lupa smpai xigt shooopinggg manjang ehe

    ReplyDelete
  18. salam. nice tips kak..btw sy isi tabung singapore airline dan lazada :)

    ReplyDelete
  19. kadang2 walaupun ada resit salu je tersasar.. bajet nak spend 100 jadi 200.. hihi.. skrg ni tgh belajar lagi nak kurangkan site visit ke malls. hihi.. done your nuffnang sis. :)

    ReplyDelete
  20. btl la sis..kekadang bila dah sampai d kaunter..ada ja mata nampak rasa nak bli :)

    ReplyDelete
  21. betul sekali mizz, sebelum membeli barang kita harus pikir - pikir dulu, kalau saya biasanya membuat tabel atau daptar yang mau dibeli, dan harganya pakai perkiraan dulu hehehe

    ReplyDelete
  22. Yup betul lebih2 lg yg sudah berkeluarga. Kena berjimat cermat

    Follow my blogs:

    http://portberita.blogspot.com/
    Portal blog berita nasional, dunia, informasi dan hiburan eksklusif yang terkini di Malaysia

    http://ceritakaw.blogspot.com/
    Portal blog cerita lawak, seram, pelik, tips dan informasi yang memang kaw

    http://fishyummies.blogspot.com/
    Only the special, grill, bake and steam fish recipes of the world with fun fish facts

    http://gadgeturtle.blogspot.com/
    Portal blog berita gadget dan teknologi terkini

    ReplyDelete
  23. tq sis...

    "..Belanjalah dibawah pendapatan anda.... "

    Nak lebih, usaha kena lebih juga.... ^____^

    ReplyDelete
  24. saya selalu klo nak shopping mesti makan kenyang2 dulu. kalo x semua nya nak di bli :)

    ReplyDelete
  25. good sharing...

    Cik nor tagged aiza..:)

    ReplyDelete
  26. betul tu merancang terlebih dahulu semasa membeli belah boleh elak membazir semasa shoping..

    ReplyDelete
  27. kalo tak dirancang awei pembelian.... memang ikut suka kita je nak beli apa..... lagi pulak kalo duit tengah ada..... tunggu tengah bulan.... baghu tau......

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum kak Aiza, sheila selalu belanja dekat Econsave. hehe kadang tu balik kerja terus belanja. bila balik rumah, ada je benda tak terbeli. hiehwiew... susah jadinya bila dah kerap lupa Y_________Y

    ReplyDelete
  29. betul sangat tips2 yg kak aiza senaraikan.. elakkan pembaziran.. mmg elok disenaraikan dulu barang yg nak dibeli..

    ReplyDelete
  30. belanja yang baik memang harus sesuai dengan kebutuhan dan budget kita, kalau nggak butuh gk usah di belanja, mending hemat :)

    ReplyDelete
  31. Tips yang berguna kak aiza, terima kasih. Kadang2 klu tak merancang terlebih dulu memang nak beli semuanya..

    ReplyDelete
  32. Saya memang setuju sangat tentang keluar shopping time perut kenyang. Time tengah berlapor pegi bershopping ni memang banyak terbeli benda yang merapu je.

    ReplyDelete
  33. Tips yg tepat pada masanya..sekarang ni memang kena berjimat cermat..nak2 macam akak ni ..kalau bawak anak2 macam2 yg diarang amik..hmmm..

    ReplyDelete
  34. sangat setuju dengan entri akak nie

    ReplyDelete
  35. ika selalu over used money time shopping kak...tq untuk tips ni..berguna untuk ika :))

    ReplyDelete
  36. Tips yang baik, biasa waktu beli tak sempat nak jimat, tapi masa penggunaan sangat berkedikit :)

    ReplyDelete
  37. betul tu, tq rajin share tips2 yang bagus macam ni !

    ReplyDelete
  38. hanya dengan berhemat kita dapat menyelamatkan anggaran rumah tangga

    ReplyDelete
  39. terima kasih..
    good tips..memang saya amlakan..dgn beben ekonomi skrg... kereta fordx3

    ReplyDelete
  40. betul tu kak, mmg kena jimat cermat skrg

    umah kite dekat dgn mydin, so pi mydin je

    mmg berbaloi baloi hihi

    ReplyDelete
  41. Kurang dah beli tesco.
    Rasa mahal.

    ReplyDelete
  42. perkongsian yg baik.. saya kalau nk shoping mmg akan buat senarai. bukan sebb takut terlebih beli, tapi sbb takut nnti terlupa nk beli.. hehe

    ReplyDelete
  43. Malam Mbak Mizz Aiza, wah ke 7
    point entri Mbak ini sangat
    Bermanfaat tentang Berjimat Semasa Membeli-belah saya, akan ikuti cara Mbak dalam berbelanja ya makasih

    ReplyDelete
  44. pembelian saat akhir tu selalu Aiza..he..he

    ReplyDelete
  45. Tips yg bagus Aiza...bershopping waktu perut kenyang...hehe..thanks

    ReplyDelete
  46. Hari ni iklan cuti ke...semua tak nak muncul...

    ReplyDelete
  47. tips g baik akak....klik inti untuk akak

    ReplyDelete
  48. Salam...tip yang bagus sekali untuk diamalkan....terima kasih Mizz Aiza.. di atas informasi ini.

    ReplyDelete
  49. tip yang baik kak..saya selalu jugak senaraikan brg2 yang nak di beli tapi tiap kali shopping mesti ada termasuk brg yang tak di senaraikan..hehe

    ReplyDelete
  50. saya memang selalu gunakan tips aiza tu
    tiap kali beli belah
    sejak dah berkeluarga ni, memang semua perlukan perancangan =)

    ReplyDelete
  51. Shopping di pasaraya yg ada buat promosi dan bawa bakul jer...jgn troli!

    ReplyDelete
  52. Setuju sangat dengan entri aiza ni...dalam membeli belah ni memang perlu berjimat dan bijak membandingkan harga. Tak boleh nak bilu ikut kehendak...sebaliknya kena beli ikut keperluan

    ReplyDelete
  53. singapore airline pula untuk aiza... :)

    ReplyDelete
  54. Tips2 sebegini amat perlu buat peringatan kita semua terutama di waktu spt sekarang ini.. t kasih atas perkongsian Aiza..
    3x digi.. :D

    ReplyDelete
  55. Berbelanja time perut kenyang..ha bagus tu..

    nice sharing

    ReplyDelete
  56. skg ni taw ambik je..hahaa..sbb tak pakai duit sndiri kan..nnti dh pakai duit sndiri baru taw nak menangis..wuwuwuu! T-T

    ReplyDelete
  57. mmg tips2 tu yg kami buat setiap bulan...

    ReplyDelete
  58. Teringat pula subjek Pengajian Perniagaan semasa ambil STPM dulu.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^