30 September 2013

Cara Cover Malu Jika Tersalah Panggil Orang

Assalamualaikum, 

Pernah tak anda memanggil seseorang dari belakang, tetapi bila dia berpaling rupa-rupanya tersalah orang? Tentu anda merasa malu sebab dah tersalah panggil orang. Idea untuk menulis entri ini tercetus selepas aku juga telah tersalah panggil orang.

Cara Cover Malu Jika Tersalah Panggil Orang
Cara Cover Malu Jika Tersalah Panggil Orang (Gambar hiasan) - Google
Aku terfikir beberapa tips 'gila-gila' yang mungkin boleh dipraktikkan seandainya ia berlaku lagi: 
  1. Berpura-pura bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Seolah-olah nama yang anda panggil tu orang yang sedang bercakap di telefon.
  2. Jika tersalah panggil nama yang ada kaitan dengan lagu, nyanyi je terus satu lagu tu. Contohnya nama Fatimah nyanyi je lagu "oh Fatimah gadis ayu.."
  3. Kalau berani boleh cuba buat-buat kenal dan tegur dia, "Eh, dah lama tak jumpa." Kalau dia bagi tahu nama terus cakap, "Oh, dah tukar nama ya sekarang?" 
  4. Seelok-eloknya berterus terang saja anda tersalah panggil orang dan minta maaf.
*Nota :
Apa saja caranya anda mesti berani menanggung risiko. Tips nombor 3 tu untung-untung dapat penampar free. Tips nombor 4 yang paling baik kerana anda harus bertanggungjawab terhadap apa yang anda lakukan.  

^_^

Pengalaman Dipukau di Mydin

Assalamualaikum, 

Kisah ini terjadi kepada kakak aku ketika dia dan suaminya sedang membeli-belah di Mydin. Kebetulan abang ipar aku ketika itu hendak ke tandas dan dia meninggalkan kakak bersama anak saudara aku yang berusia dua tahun di tempat pakaian.

"Sayang, kenapa biarkan anak menangis?" tiba-tiba abang ipar bertanya sambil memegang bahu kakak. "Eh, apa yang berlaku abang? Kita di mana ni?" soal kakak kebingungan. Beg tangan dan barang kemas yang dipakainya telah hilang.

Pengalaman Dipukau di Mydin
Pengalaman Dipukau di Mydin (Gambar hiasan) - norfanil.com
Baru kakak teringat tadi ada seorang wanita berpurdah lalu dan menepuk bahunya. Selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku. Rupa-rupanya dia telah dipukau. Anak saudara aku demam hampir seminggu dan ustaz yang merawatnya memberitahu mungkin dia terkejut apabila ternampak kesan ilmu hitam. 

*Moral: Berhati-hatilah walau di manapun berada dan elok amalkan membaca ayat pendinding diri. 

^_^

29 September 2013

Terima Kasih kepada Blogger Firda dan Blogger Fizizaidi

Assalamualaikum,

Entri ini sempena ucapan terima kasih khas kepada mereka kerana telah menghadiahkan topup Celcom bernilai RM5.00. Tujuan aku join Giveaway mereka sekadar untuk menyokong saja. Alhamdulillah ada rezeki menang.

Mereka yang aku maksudkan adalah:

1. Blogger Firda (Blog Tentang Hati Firda - http://aleeyaalifpermataku.blogspot.com/)
  • Giveaway Sempena Birthday Alif Hamzah yang ke-2 telah diadakan sempena sambutan hari lahir yang ke-2 anak beliau (Alif Hamzah) pada 21 Ogos 2013 yang lalu. 
  • Blog Firda menceritakan mengenai kehidupan seharian beliau sebagai seorang isteri dan ibu.
  • Ada juga cerita menarik mengenai percutian beliau bersama keluarga di dalam entri Cuti-cuti Langkawi.
    • http://aleeyaalifpermataku.blogspot.com/2013/06/cuti-cuti-langkawi-underwaterworld.html
  • Jika ingin mencuba  buat kek coklat, bolehlah membaca entri beliau Coklat Cake Recipe.
    • http://aleeyaalifpermataku.blogspot.com/2012/10/homemade4-kek-coklat.html 
2. Blogger Fizizaidi (Blog Fizizaidi Karyaku - http://kakikerja.blogspot.com/)

  • Penaja bersama hadiah topup yang aku menangi untuk Segmen Giveaway Fizizaidi With Blogger Awesome ini ialah blogger Pheonix (http://pheonixcharlotte.blogspot.com/).
  • Blog adik Fizi banyak menceritakan mengenai realiti kehidupan pada masa kini.
  • Terdapat juga tips-tips yang menarik seperti di dalam entri Tutorial Berjimat Cermat Rumah Bujang.
    • http://kakikerja.blogspot.com/2013/09/tutorial-berjimat-cermat-rumah-bujang.html
  • Yang paling menarik perhatian aku adalah entri Belajar Bahasa Thailand (ada banyak bahagian). Berbelit lidah aku nak menyebutnya. Kepada sesiapa yang ingin mempelajari bahasa ini bolehlah berkunjung di sini. 
    • http://kakikerja.blogspot.com/2013/02/belajar-bahasa-thailand-part-2.html?showComment=1380459313770#c4231114228701510880
Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada mereka. Jika berkelapangan, jom terjah dan follow mereka.. 

^_^

Seandainya Si Dia Bukan Tercipta Untukku

Assalamualaikum,

Jatuh cinta dan putus cinta adalah perkara biasa bagi manusia yang normal. Namun adakalanya hati sukar untuk menerima hakikat bahawa si dia bukanlah jodoh kita. Hinggakan ada yang terlalu tertekan dan sanggup membunuh diri. 

Seandainya Si Dia Bukan Tercipta Untukku
Seandainya Si Dia Bukan Tercipta Untukku (Gambar hiasan) - Google
Memang sedih apabila orang yang kita sayang tiba-tiba meninggalkan kita. Namun sebenarnya itu petanda bahawa Allah SWT menyayangi kita. Dia memutuskan hubungan kita dengan si dia kerana Dia tahu bahawa si dia bukanlah calon yang terbaik untuk kita. 

Ramai yang buta hati kerana terlalu menyintai pasangan yang belum tentu menjadi suami atau isteri. Selalunya alam percintaan semuanya indah belaka. Apabila sudah bernikah barulah tahu sikap sebenar si dia. Contohnya sikap pemarah atau pemalas. 

Ternyata Allah SWT sebenarnya memberikan kita peluang untuk memperbaiki diri agar satu masa nanti akan bertemu dengan seseorang yang lebih baik dari si dia. Seperti firman Allah SWT:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang  jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia”. (Surah An-Nur 24: 26)
*Nota: Sedang positifkan hati untuk menerima kenyataan. 



^_^

28 September 2013

Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang

Assalamualaikum, 

Pertama sekali terima kasih kepada blogger Green Apricot Resources kerana sudi bertanya dalam entri ini. Sebenarnya aku pun masih mentah berkenaan perkara ini. Masih banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki.

Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang

Aku menulis entri ini berdasarkan kepada pengalaman peribadi aku sendiri. Berikut perkara-perkara yang aku buat untuk mendapatkan CPUV Nuffnang:

1. Susunan Iklan
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Pasangkan ketiga-tiga banner iklan Nuffnang seperti kedudukan yang ditetapkan di tiga bahagian seperti di atas.

2. Pastikan Status Glitterati
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Untuk dapatkan status ini, pastikan anda setia dengan Nuffnang iaitu tidak memasang iklan dari pesaing Nuffnang. 

3. Pastikan Trafik Stabil
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Aku mula mendapat CPUV pertama ketika purata trafik blog 200 UV (uniques visitor) sehari. Pastikan ianya stabil (trafik blog aku tak tinggi pun). 

4. Menghantar Tiket kepada Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tanyalah apa saja soalan kepada pihak Nuffnang berkenaan dengan CPUV dan pengiklan, pasti dia akan balas (di atas tu tiket pertama aku hantar). Pada Jun 2013 baru dapat CPUV pertama. 

5. Kemaskini Borang Survey
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Tips Untuk Mendapatkan CPUV Nuffnang
Kemaskini borang survey sekurang-kurangnya 1-2 kali setiap minggu. Pemilihan pengiklan bergantung pada borang yang diisi. Contohnya jika dalam borang survey anda isi pengunjung anda wanita berumur 25-30 tahun, anda mungkin akan menerima iklan produk seperti Dove atau Sunsilk.

Itu saja tips yang aku amalkan setakat ini. Selamat mencuba..

*Nota: Sekiranya ada tambahan maklumat, bolehlah komen di sini. 

^_^

27 September 2013

Peristiwa Memalukan Ketika Jadi Pengapit

Assalamualaikum,


Salah satu peristiwa memalukan yang tidak dapat aku lupakan adalah ketika menjadi pengapit kawan aku kahwin dulu. Sebenarnya dah dua kali aku menjadi pengapit kawan aku kahwin. Aku je yang tak kahwin-kahwin lagi.

Peristiwa Memalukan Ketika Jadi Pengapit
Peristiwa Memalukan Ketika Jadi Pengapit (Gambar hiasan) - Google
Peristiwa memalukan ini berlaku ketika aku menjadi pengapit kepada kawan sekerja aku di Putrajaya pada akhir tahun 2009. Majlis perkahwianan diadakan di kuarters balai polis Putrajaya sebab kawan aku ni anak polis dan suaminya pun polis juga. 

Sebenarnya itu adalah kali kedua aku menjadi pengapit. Permulaan majlis semua berjalan lancar. Upacara menepung tawar dilakukan sebaik sahaja mereka bersanding. Selepas menepung tawar tetamu akan diberi bunga telur.

Entah bagaimana aku boleh mencabut hanya di satu bahagian bunga pahar tersebut yang menyebabkan ianya jatuh tergolek sebab tidak seimbang. Memang merah padam muka aku menahan malu, ramai pula tu yang menjadi saksi dan mentertawakan aku. 

Sejak itu aku memang dah serik untuk menjadi pengapit orang kahwin. Rasa trauma juga bila ingat kembali kenangan yang memalukan tu. Sungguh aku tak menyangka akan membuat perkara yang memalukan dan semestinya akan diingati seumur hidup. 

Nota: Adakah ada perkaitan antara jadi pengapit dan lambat jodoh? Aku tak percaya semua itu kerana semestinya jodoh, maut dan rezeki itu adalah rahsia Allah SWT. 

^_^

26 September 2013

Simple Giveaway July-Dec

Assalamualaikum,

Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada penganjur segmen kerana sudi menjemput diri ini untuk join segmen yang dianjurkan oleh beliau. Dah lama aku simpan entri ni dalam draf (sejak 27 Julai 2013), baru tadi perasan.

Boleh klik banner di atas jika nak join
Tamat: 31 Disember 2013

Hadiah (setiap bulan):
- Topup RM5 x 2
- Keychain sabah x 1
*pemenang dipilih berdasarkan random* 

^_^

Segmen Tambahkan Follower & Isi Tabung

Assalamualaikum,

Malam ni rasa nak join segmen anjuran rakan blogger yang syaratnya mudah.  

Boleh klik banner di atas untuk join
Syarat-syarat penyertaan:
- Buat entri dan tepek banner yang tak lawa tu dan backlink ke blog ni.
- Wajib follow blog kinah. 
- Tekan tabung kinah ni(tunggu sampai habis loading).

Jomlah beramai-ramai sokong segmen ini. 

^_^

Tafsir Mimpi Tukar Tayar Kereta

Assalamualaikum,

Carian keyword ni aku perasan petang semalam. Tak sangka ada orang yang mencari mengenai tafsir mimpi di blog ini. Kebetulan aku ada menulis entri mengenai Tukar Tayar Kereta. Dasyat betul jika bermimpi tukar tayar kereta

Tafsir Mimpi Tukar Tayar Kereta
Tafsir Mimpi Tukar Tayar Kereta
Segmund Freud (ahli psikologi psiko analisa mimpi) mengatakan mimpi terjadi melalui proses perjalanan otak ketika tidur di mana ianya berpunca daripada rakaman pengalaman sepanjang kehidupan yang dikeluarkan dalam bentuk mimpi (1)

Bagi aku mimpi tu hanyalah mainan tidur. Setiap orang boleh mendapat mimpi samaada baik atau buruk. Seeloknya sebelum tidur kita mengamalkan amalan sunnah Rasulullah SAW seperti berikut (2):
  1. Mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat taubat. 
  2. Tidur badan mengiring ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
  3. Membaca doa sebelum tidur:
    Tafsir Mimpi Tukar Tayar Kereta
    Doa sebelum tidur - Google
  4. Membaca al-fatihah, ayat kursi dan 3 Qul (al-Ikhlas, al-Nas, al-Falaq ).
  5. Amalkan bertasbih: 
    • Subahanallah 33 kali
    • Alhamdulillah 33 kali
    • Allahuakbar 33 kali
  6. Niat untuk bangun menunaikan solat Tahajut. 
  7. Maafkan  kesalahan orang lain sebelum tidur. 
Oleh itu usah terlalu taksub mempercayai mimpi. Perjalanan hidup kita telah pun ditentukan oleh Allah SWT. Setiap apa yang berlaku adalah qadak dan qadar Allah SWT. Berdoalah supaya diri dan keluarga dilindungi oleh Allah SWT jauh dari gangguan syaitan. 

Rujukan: 
(1) kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/3923
(2) www.kskbpt.com

^_^

25 September 2013

CPUV Nuffnang #13, 14 dan 15

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kerana 3 CPUV baru sudi melekat di blog ini. CPUV kali ini dari Universiti of London, Senheng / Sen Q dan KL SOGO Trendsetter Online. 

CPUV Nuffnang
CPUV Nuffnang 13, 14 dan 15
Terima kasih diucapkan kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberi. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan blogger atau pengunjung yang sudi singgah di blog aku. 

Ular Hitam Petanda Jin?

Assalamualaikum,

Rumah sewa aku ketika belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dulu rumah kampung. Kelengkapan bilik tidur aku simple saja iaitu hanya ada tilam dan bantal (tanpa katil), meja study dan almari baju. 

Ular Hitam Petanda Jin
Ular Hitam Petanda Jin (Gambar hiasan) - Google
Kejadian ini berlaku ketika aku baru pulang dari kelas malam. Aku bercadang untuk baring seketika sebelum mencuci muka dan tidur. Macam biasa aku membetulkan cadar dan tilam. Ketika aku menarik tilam, tiba-tiba aku ternampak sesuatu di bawahnya. 

"Ular!!!" spontan aku menjerit. Malam itu aku dan kawan serumah meminta pertolongan dari kawan lelaki kami. Tapi bila mereka tiba ular itu sudah tiada. Puas mereka mencari di dalam bilik, namun tidak berjumpa. Malam itu aku menumpang tidur di bilik kawan serumahku. 

Keesokan harinya kami ke kelas seperti biasa. Bila pulang saja dari kelas aku memberanikan diri untuk masuk mengambil barang di dalam bilik. Tiba-tiba ternampak lagi kelibat ular hitam itu di sebalik almari baju. Sekali lagi aku menjerit sekuat hati. 

Kali ini jiran di sebelah rumah kami dan tuan rumah sendiri datang membantu. Akhirnya ular hitam tersebut berjaya ditangkap dan dibunuh. Aku tak berani nak tengok kejadian pembunuhan itu. Persoalan yang masih bermain di fikiran aku, kenapa dia memilih untuk tidur di bawah tilam aku dan bersembunyi di sebalik almari baju aku?

* Nota: Ada orang berpendapat jika  ular hitam mungkin jelmaan jin. Oleh itu kita tidak boleh membunuhnya dengan sewenang-wenangnya. Tapi aku tak percaya semua itu. 

INI BUKAN IKLAN BERBAYAR!!!
 Aku cuma nak tolong kawan aku. Beliau membeli pakej penginapan di Bukit Fraser, namun beliau tak dapat pergi kerana suaminya kehabisan cuti untuk tahun ini. Jadi beliau meminta aku mengiklankan di sini. Jika anda berminat bolehlah terus menghubungi beliau. 
*Updated 6.11 petang: Dah ada orang yang membeli pakej penginapan ini.

^_^

24 September 2013

Gara-gara Tiada Lesen Motosikal

Assalamualaikum, 

Kejadian ini berlaku ketika tahun akhir aku belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Aku dan kawan baik aku Sya tinggal di rumah sewa. Kami ke kelas atau perpustakaan dengan menunggang motosikal Sya.

Gara-gara Tiada Lesen Motosikal
Gara-gara Tiada Lesen Motosikal (Gambar hiasan) - Google
Walaupun tiada lesen motosikal, sesekali aku akan membawa motosikal Sya. Pada satu petang, seperti biasa kami ke perpustakaan dan aku yang membawa motosikal manakala Sya membonceng di belakang. Kami masuk melalui pintu belakang UMT (kolej aku kecil saja). 

"Baam.." tiba-tiba aku dah melanggar sebuah motosikal ketika hendak membelok. Nasib baik kaki Sya panjang, jadi kami tak jatuh. Budak yang aku langgar tu terjatuh dan lututnya berdarah, tapi motosikal dia nampak ok saja. 

"Saya nampak dia bagi signal tadi, tapi awak laju sangat." kata seorang staf yang memandu kereta di belakang aku menyaksikan kejadian itu. Lega hati bila ada orang bela aku, namun jauh di sudut hatiku tetap rasa bersalah. 

Kalau ikutkan memang salah aku sebab aku hendak membelok (sebenarnya aku tak tahu undang-undang pada masa tu). Terus aku dan Sya meminta maaf kepadanya. Nasib baik tiada seorang pun bertanya samaada aku ada lesen atau tidak. 

Sehingga kini aku masih belum memiliki lesen motosikal. Sebenarnya selepas habis belajar dulu aku ada mengambil lesen L untuk motosikal dan kereta. Tapi aku hanya menyambung belajar untuk mendapatkan P kereta saja. Akhirnya lesen L untuk motosikal tamat tempoh. 

* Moral: Jika hendak membawa kenderaan, pastikan anda memiliki lesen memandu yang sah. 

^_^

23 September 2013

CPUV Nuffnang

Assalamualaikum,

Tujuan entri ni ditulis bukan bermaksud untuk riak atau menunjuk-nunjuk, tetapi sebagai kenangan yang aku abadikan dalam blog picisan ini. Alhamdulillah setelah hampir 8 bulan aktif berblog aku akan cash out nuffnang buat pertama kalinya.

CPUV Nuffnang
CPUV Nuffnang
Kali pertama blog ini mendapat CPUV/BE ketika bulan Jun 2013. Walapun nilainya tidak seberapa, tetapi aku merasa sangat bersyukur. Setakat ini aku tak mendapat CPUV/BE baru. Kali terakhir CPUV ke-11 dan 12 telah diterima pada awal dan pertengahan September 2013. Tapi baru hari ini aku nak buat entri (lambat betul aku update). 
CPUV Nuffnang
CPUV Nuffnang 11 dan 12
Selain tu, ada lagi dua CPUV pelik yang aku dapat seperti di bawah ni (termasuk ni dah dapat 4 yang pelik macam ni). Tiba-tiba statusnya dah kredit. 4 yang pelik ni aku tak kira sebagai CPUV pun. 
CPUV Nuffnang
CPUV Nuffnang (CPUV pelik)
Apa-apa pun aku tetap bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberi. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan blogger atau pengunjung yang sudi singgah di blog aku.

* Nota: Blog aku masih dalam proses pengubahsuaian. 

^_^

22 September 2013

Kerana Pengkid Aku Tahu Memandu

Assalamualaikum,

Ketika mula bekerja di Putrajaya (Mei 2008) aku hanya menaiki bas untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Kadangkala aku terpaksa pulang lewat petang untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu aku tekad untuk membeli kereta bagi memudahkan pergerakan. 

Kerana Pengkid Aku Tahu Memandu
Kerana Pengkid Aku Tahu Memandu
Sebenarnya aku telah mendapat lesen L kereta ketika di Perak. Tiba-tiba aku mendapat kerja di Putrajaya dan terpaksa menangguh untuk belajar memandu bagi mendapatkan lesen P. Jadi aku menyambung belajar di sebuah sekolah memandu di Sepang. 

Cikgu yang mengajar aku memandu seorang pengkid yang usianya 3 tahun lebih muda dari aku. Memang dia cool saja ketika mengajar aku memandu. Aku pernah mendengar perbualan telefonnya dengan awek dia, siap ada perkataan 'papa' dan 'mama' lagi.

Aku memang 'lembab' sikit ketika belajar tu, mungkin sebab lepas balik kerja terus kena belajar memandu membuatkan badan aku penat. Semestinya orang yang mengajar aku pun akan bengang juga dengan sikap aku.

"Akak.. Kalau nak memandu tu kena guna otak. Kita kena fikir apa yang akan berlaku jika kita buat satu tindakan tu. Jangan main redah je." tersirap darah aku mendengar kata-kata dia. Sakit juga hati aku sebab budak tu lepasan SPM saja.

Tapi silap aku juga sebab asyik mengulangi kesalahan yang sama. Teguran tu seharusnya aku ambil dari sudut yang positif. Walaupun dia lepasan SPM dia adalah cikgu aku, jadi aku harus hormati dia. Kata-katanya membuatkan aku rasa tercabar untuk belajar bersungguh-sungguh. 

Ketika hari ujian aku adalah calon pertama. Yang ngerinya sebab kereta yang aku dapat tu kereta lama yang enjinnya asyik mati, masa kat dalam parking tu aku terpaksa tekan minyak lebih sebab ia susah nak bergerak (nasib baik masa yang diberikan lama, asalkan tak langgar tiang je).

Ketika ujian jalanraya, keluar saja dari sekolah memandu kena naik bukit tinggi. Boleh pula aku terlupa nak tukar gear, terus enjin mati. Nasib baik pegawai JPJ tu suruh aku hidupkan semula enjin dan masukkan gear dan alhamdulillah aku lulus. 

Sehingga kini aku selalu teringat kata-kata pengkid tu. Nak bawa kereta kena gunakan otak. Sebab tu nak ke mana pun jangan lupa bagi signal elok-elok. Adakalanya orang yang berpendidikan tinggi tak semuanya 'menggunakan otak' ketika memandu. 

^_^

21 September 2013

Blog Berubah Wajah

Assalamualaikum,

Ketika aku mula aktif berblog (akhir Februari) aku hanya menggunakan template sedia ada yang asas. Kemudian blog aku berubah wajah setelah blogger Kathy tolong buatkan header serta background (dah dua header beliau buat). Hasilnya seperti di bawah. 
Blog Berubah Wajah-Template mesra SEO

Semalam aku rasa nak ubah lagi wajah blog aku sebab rasa ianya semakin lambat loading. Aku google dan menjumpai blog ini di mana beliau menyediakan template blogger yang mesra SEO (pilihan 10 jenis template). Akhirnya aku memilih template seperti di bawah ini. 
Blog Berubah Wajah-Template mesra SEO

Untuk mengedit pun sangat mudah (sebab template telah tersedia) dan tak memerlukan banyak masa (aku kalau melibatkan coding tak arif sangat). Alhamdulillah loading masuk ke blog laju sikit setelah menukar kepada template ini. 

^_^

Membuka Hati yang Tertutup untuk Menerima Cinta

Assalamualaikum, 

Membuka Hati yang Tertutup untuk Menerima Cinta
Membuka Hati yang Tertutup untuk Menerima Cinta (Gambar hiasan) - Google
Putus cinta memberi kesan yang mendalam hinggakan ada sesetengah orang merasa trauma untuk bercinta lagi. Entri ini aku tulis berdasarkan carian kata kunci tertinggi dalam Nuffnang iaitu "cara membuka hati yang tertutup untuk menerima cinta".

Aku menulis berdasarkan pengalaman sendiri dan orang-orang di sekeliling aku. Cubalah tips-tips berikut:

1. Belajar untuk membuka hati
Bukan semua orang itu sama dan yakinlah bahawa masih ramai orang yang baik. Bukalah hati anda untuk mengenali insan lain. 

2. Belajar untuk menghargai orang lain
Mungkin kekecewaan yang lalu membuat kita merasa trauma untuk bercinta lagi. Cubalah menghargai orang lain dengan menerima kebaikan dan kelemahan dirinya.

3. Teruskan hidup seperti biasa
Kecewa akibat cinta itu adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan manusia. Walau apa pun terjadi, teruskan hidup anda seperti biasa. 

4. Berfikiran positif
Jangan berputus asa untuk terus berusaha dan berdoa kepada Allah SWT agar dikurniakan seseorang yang sesuai dengan diri anda yang seterusnya menjadi suami/isteri anda. Kerana hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk diri kita. 

5. Usah berlaku kejam terhadap diri sendiri
Usah menipu diri sendiri dengan menidakkan perasaan cinta. Anda juga manusia biasa yang layak untuk merasa bahagia. 

6. Usah menyerahkan 100% cinta
Jadikan pengalaman serta kekecewaan lalu sebagai pengajaran. Cintailah diri sendiri, Allah SWT, Rasulullah SAW dan keluarga anda melebihi cinta kepada manusia lain. Seandainya kecewa lagi pasti ada tidak akan merasa sedih.

Selamat mencuba..

p.s: Ramai orang yang berkata bercinta selepas berkahwin itu lebih indah.

^_^

20 September 2013

Khurafat dalam Masyarakat

Assalamualaikum,

Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Khurafat dalam Masyarakat
Khurafat dalam Masyarakat (Gambar hiasan) - Google
Walaupun zaman telah moden, sesetengah individu masih mengamalkan amalan khurafat di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya seperti mempercayai kubur ada keramat dan mempercayai tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya.

Beberapa kesan buruk akibat amalan khurafat seperti berikut:
  • Menyebabkan syirik dan membatalkan iman
  • Masyarakat menjadi mundur dengan khayalan yang sia-sia
  • Menyekat akal berfikir logik dan sistematik
  • Membazir masa, tenaga dan harta
Oleh itu, bersama-samalah kita mencegah amalan khurafat yang berlaku di sekeliling kita. Setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud:

 “Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan akan kalian semua dua perkara. Tidak akan sesat kalian selama-lamanya selagimana kalian berpegang teguh dengannya. Iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Nabi S.A.W”. (H.R al-Baihaqi : 20779 dari Ibnu Abbas ; Sahih al-Targhib : 41)


Rujukan: 

  1. www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/khurafat-dan-azimat-menurut-perspektif-islam
  2. Buku Mencari Redha-Mu, Ustaz Noor Hisham Ismail (2011), Karya Bestari Sdn. Bhd. 
  3. kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/2860
  4. www.utem.edu.my/pusatislam/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=23&Itemid=58

^_^

19 September 2013

Jangan Mudah Terpedaya

Assalamualaikum, 

Walaupun aku ada akaun facebook, namun aku jarang-jarang online. Entah macam mana seorang mamat ni boleh jadi kawan aku di facebook. Dia add dan chat dengan aku masa awal tahun hari tu, lepas tu aku dah tak layan.

Jangan Mudah Terpedaya
Jangan Mudah Terpedaya (keratan private message)
Katanya mak dia berbangsa Melayu dari Malaysia dan bapanya negro dari US. Jadi dia boleh faham Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Malam tadi aku buka facebook, dia hantar private message (PM) kat inbox aku lagi. 

Gerak hati aku kuat mengatakan dia bukan seorang lelaki yang baik (sebab terlalu memuji aku). Mungkin juga sebab aku terpengaruh dengan berita mengenai kes sindiket lelaki berkulit hitam yang memperdayakan wanita Malaysia. 

p.s: Dah takde lelaki Melayu ke kat Malaysia ni sampaikan terpaksa berkawan dengan mereka?

^_^

18 September 2013

Wordless Wednesday # 17 - Penantian

Assalamualaikum,

Wordless Wednesday # 17 - Penantian

Sumber : Facebook

^_^

Kritikan Membina

Assalamualaikum, 

Ramai orang suka mengkritik jika tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara. Namun kebanyakan orang tidak suka dikritik dan tidak sanggup menerima ktirikan. Kerja mengkritik sebenarnya tidak perlu diajar dan tidak perlu seseorang yang berpelajaran tinggi.

Kritikan Membina
Kritikan Membina (Gambar hiasan) - Google
Malahan kanak-kanak pun tahu mengkritik. "Papa buat mi goreng ni tawar la. Mama buat lagi sedap." kata seorang budak yang berumur 5 tahun kepada ayahnya. Itu merupakan contoh kritikan oleh seorang kanak-kanak. 

Ramai orang menganggap kritikan itu adalah sesuatu yang negatif saja. Tapi bagi aku setiap perkara itu ada pro dan kontranya. Kritikan dapat menjatuhkan atau menaikkan seseorang, boleh membuatkan seseorang berjaya atau gagal dan mampu membuatkan seseorang gembira atau kecewa. 

Jadi ianya perlu dilihat dari sudut positif dan negatif. Oleh itu, usah bersedih hati seandainya dikritik, bersabarlah menerima kritikan itu. Terimalah kritikan itu dengan minda yang terbuka dan hati yang positif. Ambil masa untuk muhasabah diri sendiri dan perbaiki kelemahan diri

^_^

17 September 2013

Kereta Aku Dilanggar

Assalamualaikum,

Kejadian ini berlaku dua hari sebelum Syawal. Petang itu selepas pulang dari kerja adik aku singgah di Bazar Ramadhan berhampiran Tesco untuk membeli air cendol. Dia meletakkan kereta di tempat meletak kereta yang disediakan berhampiran dengan Tesco. 

Belum sempat dia keluar dari kereta tiba-tiba, 'Baam..'. Kelihatan sebuah motosikal jatuh bergolek di bahagian belakang kiri kereta. "Bukan salah saya. Saya nak elak kereta lain tadi." cepat je budak tu mempertahankan dirinya sebelum adik aku sempat bertanya. Bukannya dia nak minta maaf.

Kereta Aku Dilanggar
Budak yang langgar
"Awak dah langgar kereta saya, nak salahkan orang lain pula. Dah la ni kereta kakak saya. Pelik macam mana awak boleh bawa motor sampai masuk kawasan parking kereta." balas adik aku. Bahagian belakang kereta terkopak dan bercalar. Memang sah dia bawa motor laju sangat.

Kereta Aku Dilanggar
Terkopak dan bercalar
Budak tu dah la tak pakai topi keledar (dia ada lesen atau tidak tak dapat dipastikan). Dia mengaku bapanya polis (entah betul atau tidak). Adik aku sempat snap beberapa gambar dia dan keadaan kereta. Disebabkan dah hampir waktu berbuka puasa, adik aku minta nombor telefon dia je

Selepas berbuka puasa adik aku cuba menghubungi dia, namun dia dah off telefon. Terus aku mengajak adik aku ke Balai Polis. Selepas membuat laporan di balai polis, kami seterusnya ke Balai Polis Trafik di Kajang. Kereta yang aku bawa tu memang rasa tak best, mungkin sebab alignment dan balancing dah tak betul selepas kena langgar. 

"Setakat calar macam tu sikit je nak baiki." polis tu berkata sambil ketawakan kami. "Sikit pun tetap melibatkan duit tuan. Jika kami ni kerja gaji sampai RM3,000.00 sebulan tak kisah pun. Dah la dekat nak raya ni." aku membalas.

Geram dan meluat pula aku dengan 'pak cik' polis tu. Tahu la kerajaan dah naikkan gaji polis, tapi jangan la berlagak begitu terhadap orang awam. Akhirnya kami sampai di rumah hampir jam 12.00 malam (nak buat laporan punya la kena tunggu lama sebab ikut banyak prosedur). 

Nota: Aku dah tanya pada Perodua ketika servis kereta yang lepas, kos pembaikannya hampir RM200.00 sebab ada skru kat dalamnya dah patah dan ianya susah nak dapat. Terpaksa tangguhkan dulu sebab duit dah banyak guna untuk hari raya hari tu. Setakat ni bawa kereta tu macam ok lagi.. 

^_^

16 September 2013

Warnai Kehidupan

Assalamualaikum,

Sehelai kertas putih yang kosong kelihatan tidak menarik. Tetapi apabila ia dilukis dan diwarnakan dengan pelbagai warna pasti nampak cantik dan indah. Malahan ianya mungkin akan menjadi sesuatu yang bernilai tinggi untuk dijual.

Warnai Kehidupan
Warnai Kehidupan (Gambar hiasan) - Google
Begitu jugalah kehidupan ini, terasa bosan apabila melakukan rutin yang sama pada setiap hari. Namun jika melakukan rutin itu dengan cara yang berbeza (kreatif) pasti kita akan merasa seronok dan ceria. Secara tidak langsung prestasi diri juga akan bertambah.

Hanya kita yang mampu mencorakkan warna-warni kehidupan kita. Warnailah kehidupan dengan warna-warna kehidupan yang ceria agar diri kita berubah menjadi lebih baik dan positif. Semoga setiap hari kita berubah menjadi lebih baik dari semalam.

p.s: Sempena Hari Malaysia yang ke-50 tahun pada hari ini, aku mendoakan semoga keharmonian dan kemakmuran Malaysia akan terus berkekalan. Selamat bercuti kepada anda semua yang bercuti pada hari ini.

^_^

15 September 2013

Hargai Diri Mu

Assalamualaikum, 

Bebanan tugasan seharian mungkin membuatkan kita merasa tertekan. Kesibukan bukanlah alasan untuk kita mengabaikan kepentingan diri sendiri. Sesekali luangkan sedikit masa untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan.

Hargai Diri Mu
Hargai Diri Mu (Gambar hiasan) - Google
Jom cuba buat perkara-perkara berikut :

1. Berfikiran positif
Fikirkan sesuatu yang positif tentang diri sendiri. Usah membandingkan kelemahan diri dengan kelebihan orang lain. Kita tidak mampu untuk menjadi seorang yang sempurna dalam semua perkara, tetapi jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.

2. Dekatkan diri dengan Allah SWT
Ambil masa untuk bersendirian bersama Allah SWT. Perbanyakkan melakukan solat sunat serta membaca ayat suci al-quran dan berzikir mampu memberikan ketenangan yang hakiki.

3. Luangkan waktu untuk diri sendiri
Cuba pejamkan mata selama 5 minit dan fokuskan kepada ketenangan, pasti tekanan akan berkurangan. Sesekali belai diri sendiri dengan mengunjungi spa atau pusat kecantikan. Lakukan juga senaman ringan untuk meregangkan badan. 

4. Fokus pada hobi
Lakukan perkara yang disukai. Contohnya jika hobi suka memasak, bolehlah mencuba memasak resipi yang baru. Jika hobi suka bercucuk tanam, peruntukkan masa untuk menanam pokok bunga kegemaran anda. 

5. Bersantai
Ambil cuti dan pergilah bercuti di satu tempat yang menenangkan. Contohnya bercuti di pulau atau kawasan pergunungan yang banyak terdapat di Malaysia. Boleh juga bersantai dengan membaca novel atau menonton filem kegemaran.

Hanya kita yang mampu menghargai dan menggembirakan diri sendiri. Selamat mencuba..

^_^

Bunuh Diri

Assalamualaikum, 

Peristiwa ini berlaku sekitar tahun 1996. Satu hari kampung aku digemparkan dengan kehilangan Mak Jemah (bukan nama sebenar). Suami dan anak-anaknya telah berusaha mencari wanita tua itu namun gagal ditemui.

Bunuh diri
Bunuh diri (Gambar hiasan) - Google
Sehinggalah pada satu pagi (selepas dua hari kehilangannya) orang kampung menjumpai mayat wanita tua mati tergantung di pokok berhampiran kawasan air terjun. Keadaan mayatnya yang telah rosak menyukarkan proses pengecaman. 

Bedah siasat yang dilakukan mengesahkan mayat itu adalah Mak Jemah yang mati mengejut akibat bunuh diri. Namun di sebalik kejadian itu tersimpan misteri dan tanda tanya mengenai punca sebenar kematian Mak Jemah. 

Aku mendengar dari mulut anaknya sendiri, kematian Mak Jemah ada hubung kait dengan amalannya yang berdampingan dengan makhluk halus ketika dia masih hidup. Makhluk halus itu digunakan untuk mengubati pesakit yang datang. 

Mungkin dia telah melanggar perjanjian dengan makluk itu yang menyebabkannya marah. Anaknya juga telah diganggu oleh makhluk itu sejak kematiannya. Sehinggalah anaknya berjumpa ustaz untuk membuang makhluk berkenaan. 

Semoga kisah ini menjadi ikhtibar untuk kita semua termasuk diri aku sendiri. Usahlah sekali-kali berdampingan dengan sesuatu selain dari Allah SWT. Akhirnya apabila melanggar perjanjian, pasti diri sendiri yang menjadi taruhannya. 

^_^

Segmen 1st Mama

Assalamualaikum, 


Boleh klik banner di atas untuk join 
1. Mulakan dengan menepek gambar yang direka khas ini di entry anda. 
2. Linkkan terus ke blog mama.
3. Jangan lupa follow mama, semuanya seperti biasa juga...
4. Nak buat entry atau tidak mama tak kisah... janji anda join cukup dah..
5. Letak tajuk " Segmen 1st Mama "
6. Like Facebook mama ye (Takde fb pun takpe)
7. Tinggalkan URL blog anda diruang komen.

^_^

Segmen Simple & Mudah

Assalamualaikum, 

Boleh klik banner di atas untuk join


Syarat-syarat Penyertaan:

1. Blogger yang tinggal di Malaysia
2. Follow blog Yumida
3. Add to circle Google+ Yumida Huda 
4. Like fanpage Yumida
5. Klik: 
6. Klik iklan Nuffnang sekitar blog
7. Buat entri bertajuk: Segmen Simple & Mudah
8. Letak banner dan backlinkkan di entry ini
9. Hantar url blog @ url entry penyertaan ke entry ini sahaja
10. Tamat: 21 September 2013

Pemilihan Pemenang:
menggunakan random.org @ cabutan tangan

Hadiah (2 pemenang akan dipilih):
CD Pocket + Apron + Wallet
Cellphone Jewellery Sticker + Ankle Bracelet

^_^

Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman

Assalamualaikum,

Boleh klik banner di atas untuk join
Syarat-syarat penyertaan:
  • Mesti Follower Blog Sally. 
  • Follow sekali Twitter Sally (jika ada)
  • Klik aje LINK kat bawah (tunggu sampai hbs loading)
    • COMEL , CUTE , CANTIK
  • Tulis satu entry dengan tajuk "Segmen Klik-Klik Weekend #3 by Sally Samsaiman"
  • Tampal banner dekat entry & linkkan ke entry ini di Blog Sally. 
^_^

14 September 2013

2nd Giveaway by Hijab Valley

Assalamualaikum, 

Terima kasih kepada blog Hijab Valley kerana sudi menjemput untuk join segmen ini.

Klik banner jika nak join.
2nd Giveaway by Hijab Valley

Semoga saudara seislam kita di negara-negara Islam yang sedang bergolak dilindungi dan diberi keselamatan oleh Allah SWT. 

Tag : Zaki dan Zara

^_^

No Internet No Blog

Assalamualaikum,

Seharian aku tak dapat buat apa-apa kerana tiada internet. Tak tahu kenapa tiba-tiba jadi macam ni. Syukur pagi ini internet dah ada. Dapatlah aku mencoret di sini. Selalunya internet aku slow saja, tapi tetap boleh menulis dan mengunjungi blog rakan-rakan blogger. 

No Internet No Blog
No Internet No Blog
Tak dinafikan memang susah jika tiada internet, ianya dah menjadi keperluan pula. Bila aku bertanya kepada pegawai khidmat pelanggan Celcom, mereka memaklumkan tiada masalah internet di kawasan aku. Mungkin broadband aku yang bermasalah kot. Insya-Allah hari ini aku akan membalas kunjungan rakan-rakan blogger yang sudi berkunjung di sini. 

^_^

12 September 2013

Khasiat Belimbing Buluh

Assalamualaikum,

Belimbing buluh boleh digunakan di dalam masakan sebagai penambah rasa masam. Ia merupakan buah nadir yang jarang ditanam secara komersial dan semakin sukar ditemui. Jika di kampung aku di Hulu Perak, ianya masih banyak ditanam di belakang rumah. 

Belimbing Buluh Merawat Penyakit Ringan
Belimbing Buluh Merawat Penyakit Ringan (Gambar hiasan) - Google
Antara khasiat belimbing buluh adalah untuk merawat penyakit ringan seperti berikut:

1. Menurunkan tekanan darah
Cara : Tumbuk beberapa biji buah belimbing buluh segar. Minum perahan airnya 2-3 kali sehari. 

2. Jerawat
Cara : Tumbuk halus beberapa biji buah belimbing buluh segar. Tambahkan sedikit jus limau nipis dan ramas. Sapukan pada bahagian yang dijangkiti jerawat. Biarkan beberapa minit dan bilas dengan air mengalir. Lakukan 3 kali sehari. 

3. Batuk
Cara : Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan 2 sudu besar air garam. Tapis dan minum 2 kali sehari. 

4. Panau
Cara : Ambil 10 biji buah belimbing buluh segar dan ditumbuk halus. Tambahkan sedikit kapur sirih dan sapukan pada kulit yang dijangkiti. Biarkan 5 minit dan bersihkan dengan air. 

Oleh itu, gunakanlah khazanah alam ini dengan sebaik-baiknya. Khasiat belimbing buluh pasti tiada tandingannya. Selamat mencuba.. 

Sumber : Majalah Mingguan Wanita Bil.1515

^_^

BESDAY MONTH GIVEAWAY

Assalamualaikum, 

Giveaway ini diadakan sempena meraikan bulan kelahiran blogger Mazatul Azura dan dua orang anak beliau. 

Boleh klik banner untuk join.
Hadiah: RM10 tunai kepada seorang peserta bertuah
Top Referral:  Saguhati dari Negeri Sabah 
Pemilihan pemenang berdasarkan cabutan bertuah

Pendapat mengenai blog: 
  • Biasa je. Tapi nampak dah ada perubahan masa masuk tadi. 
  • Loading masuk cepat. 
  • Untuk widget dalam blog pilih mana yang penting saja (banyak sangat widget nampak serabut). 
  • Mohon maaf jika terlebih komen, jangan marah ya. Blog Dunia Kecil pun banyak kekurangannya. 
p.s: Selamat hari lahir kepada blogger Mazatul Azura dan anak-anak iaitu Najwa dan Huda. 

^_^

Segmen Pertama Che Yam

Assalamualaikum, 

Petang ini aku nak join segmen rakan blogger yang mudah diikuti syaratnya.

Boleh klik banner untuk join.
Syarat-syarat :
* Wajib ada blog 
* Follow Blog Che Yam.
* Copy Banner di atas.
* Buat Tajuk " Segmen Pertama Che Yam " .
* Tinggalkan link (URL entri) anda di ruangan komen. 

Hadiah: 
Hadiah Misteri. Che yam akan pilih 2 pemenang.
Cabutan akan dibuat oleh Random.

^_^

11 September 2013

Sukarnya Melafazkan 'Maaf'

Assalamualaikum, 

Ketika aku menunggu mak aku di luar bilik rawatan di Hospital Putrajaya tempoh hari, tiba-tiba aku dikejutkan oleh bunyi telefon. Tertera nombor, '04-4078---' di skrin telefon aku. Aku terus menekan butang Answer.

Sukarnya Melafazkan 'Maaf'
Sukarnya Melafazkan 'Maaf' (Gambar hiasan) -Google
"Hello abang kat mana tu? Awat tak bawak telefon?" tiba-tiba kedengaran suara halus seorang wanita yang bercakap dalam loghat utara (mungkin Kedah) di talian telefon. "Maaf, cik salah nombor ni." aku membalas. 

'Klik' dan terus senyap. Rupa-rupanya dia dah letak telefon. Di manakah nilai kesopanan beliau ketika bercakap dengan orang lain? Dengar suara aku jawab macam tu je terus letak telefon, bukannya nak minta maaf sebab dah tersalah nombor. 

Apa yang hendak aku katakan, diri aku sendiri pun bukannya sempurna (banyak kekurangan). Tapi kalau menyentuh soal adab ni aku agak sensitif. Tak pasti kenapa perkataan 'maaf' sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang zaman sekarang.

^_^

10 September 2013

Dia Pergi Juga

Assalamualaikum, 

Setiap kali pulang ke kampung dan bermalam di rumah ibu saudaraku (Cik Da), pasti dia akan menyambut kedatangan aku. Dia manja dan cepat mesra dengan sesiapa saja. Dia mampu membuatkan kami semua tersenyum hanya dengan aksinya yang mencuit hati.

Dia Pergi Juga
Dia Pergi Juga
Kami panggil dia Comot sebab terdapat tompokan hitam di mukanya. Apabila malam menjelma pasti dia akan datang tidur di kaki aku. Bangun pagi esoknya kelihatan dia menggeliat turun dari bumbung kereta aku (tak pasti bila masa dia keluar dari rumah dan sambung tidur di atas kereta). 

Sehinggalah pada awal pagi itu Cik Da bangun seperti biasa untuk menunaikan solat Subuh. Alangkah terkejutnya apabila Cik Da mendapati Comot sudah tidak bernyawa lagi dan jasadnya terapung di dalam kolah air. 

Mungkin pada malam itu dia dahaga dan ingin minum air di bilik air. Tiba-tiba dia tergelincir masuk ke dalam kolah itu. Tak sangka akhirnya dia pergi juga meninggalkan kami semua. Terasa sedih bila ingatkan Comot, namun aku percaya pasti Allah SWT lebih menyayanginya. 

^_^

Tangani Masalah dengan Cara Berbeza

Assalamualaikum,

Teringat aku ketika outstation di Kuala Terengganu pada tahun 2011. Ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, dua rakan sekerja aku mengajak singgah di Pantai Teluk Ketapang memandangkan flight kami pada jam 9.00 malam. 

Sebenarnya aku sudah biasa singgah di situ ketika belajar di Universiti Malaysia Terengganu dulu. Aku dan kawan-kawan masa belajar dulu menggelar tempat itu ICT iaitu Ikan Celup Tepung kerana semua makanan laut di situ akan dicelup tepung sebelum digoreng rangup.

Ikan Celup Tepung Pantai Teluk Ketapang
Ikan Celup Tepung Pantai Teluk Ketapang (Gambar hiasan) - Google
Berbalik pada kisah tadi, kami hanya memesan keropok lekor, sotong, ikan, ketam dan udang celup tepung dan air kelapa muda. "Eh, kenapa kau tak makan dengan sos?" aku bertanya pada seorang rakan aku. "Aku tak suka sos sebab ianya pedas." balas dia. Aku perhatikan juga seorang lagi rakan aku makan udang tu sekali dengan kulitnya. 

Apa yang aku perhatikan, walaupun citarasa kami sama iaitu suka makan makanan yang digoreng begitu tetapi cara kami makan adalah berbeza. Begitu jualah kehidupan ini, setiap orang pastinya akan menangani masalah dalam hidupnya dengan cara yang berbeza. 

^_^