Assalamualaikum,
Kejadian ini berlaku dua hari sebelum Syawal. Petang itu selepas pulang dari kerja adik aku singgah di Bazar Ramadhan berhampiran Tesco untuk membeli air cendol. Dia meletakkan kereta di tempat meletak kereta yang disediakan berhampiran dengan Tesco.
Belum sempat dia keluar dari kereta tiba-tiba, 'Baam..'. Kelihatan sebuah motosikal jatuh bergolek di bahagian belakang kiri kereta. "Bukan salah saya. Saya nak elak kereta lain tadi." cepat je budak tu mempertahankan dirinya sebelum adik aku sempat bertanya. Bukannya dia nak minta maaf.
"Awak dah langgar kereta saya, nak salahkan orang lain pula. Dah la ni kereta kakak saya. Pelik macam mana awak boleh bawa motor sampai masuk kawasan parking kereta." balas adik aku. Bahagian belakang kereta terkopak dan bercalar. Memang sah dia bawa motor laju sangat.
Budak tu dah la tak pakai topi keledar (dia ada lesen atau tidak tak dapat dipastikan). Dia mengaku bapanya polis (entah betul atau tidak). Adik aku sempat snap beberapa gambar dia dan keadaan kereta. Disebabkan dah hampir waktu berbuka puasa, adik aku minta nombor telefon dia je.
Selepas berbuka puasa adik aku cuba menghubungi dia, namun dia dah off telefon. Terus aku mengajak adik aku ke Balai Polis. Selepas membuat laporan di balai polis, kami seterusnya ke Balai Polis Trafik di Kajang. Kereta yang aku bawa tu memang rasa tak best, mungkin sebab alignment dan balancing dah tak betul selepas kena langgar.
"Setakat calar macam tu sikit je nak baiki." polis tu berkata sambil ketawakan kami. "Sikit pun tetap melibatkan duit tuan. Jika kami ni kerja gaji sampai RM3,000.00 sebulan tak kisah pun. Dah la dekat nak raya ni." aku membalas.
Geram dan meluat pula aku dengan 'pak cik' polis tu. Tahu la kerajaan dah naikkan gaji polis, tapi jangan la berlagak begitu terhadap orang awam. Akhirnya kami sampai di rumah hampir jam 12.00 malam (nak buat laporan punya la kena tunggu lama sebab ikut banyak prosedur).
Geram dan meluat pula aku dengan 'pak cik' polis tu. Tahu la kerajaan dah naikkan gaji polis, tapi jangan la berlagak begitu terhadap orang awam. Akhirnya kami sampai di rumah hampir jam 12.00 malam (nak buat laporan punya la kena tunggu lama sebab ikut banyak prosedur).
Nota: Aku dah tanya pada Perodua ketika servis kereta yang lepas, kos pembaikannya hampir RM200.00 sebab ada skru kat dalamnya dah patah dan ianya susah nak dapat. Terpaksa tangguhkan dulu sebab duit dah banyak guna untuk hari raya hari tu. Setakat ni bawa kereta tu macam ok lagi..
^_^
x pe lah melayang sikit duit, yg penting nyawa selamat
ReplyDeleteteruk nya..nak buat laporan polis pun kena perli2 macam tu...tk kena pada dia boleh la cakap..
ReplyDeleteKesiannya kat Aiza..Budak-budak bawa moto memang begitu.. Erin kadang-kadang pun naik geram.. Bawa moto laju pastu cilok sana sini.. Kalau langgar kereta kita jenuhlah.. Kos baiki sekarang bukan murah..walaupun kereta kecil seperti Viva.. Erin pun pakai Viva jugak.. :-)
ReplyDeleteok lagi kalau cost RM200... sy pernah langgar tiang bangsal... tak perasan punya pasal... dah kena RM250... huhu...
ReplyDeleteteruk jugak tu kak..teringat saya baru ada lesen dulu..saya dok langgar tiang rumah kat kpg...hihi bapak tak payah cakap lah, memang meradang...hihi
ReplyDeletedua benda yang memang nampak agak kurang di sini..sikap budak yang langgar kereta kak aiza yang lepas tangan dan sikap pak cik tu yg pandang rendah masalah orang lain..kata nak jadi negara maju..tp pemikiran masyarakat masih kelas ketiga..sabar ye kak
ReplyDeleteAllah uji kita sebab Dia sayang kita.
ReplyDeletesabar ye Aiza..
ReplyDelete*geram pulak dgn pakcik polis tu..
Sian kete akak ni. Saya tumpang simpati..:(
ReplyDeleteakak x claim insurans ke ?
ReplyDeletenasib baik clar sikit je tu...dulu pernah kena langgar dari belakang..pecah bumper belakang sebab kereta belakang dah brek tapi mengelongsor sebab jln licin
ReplyDeletekesian akak, sy pnh jugak accident side mirror kena langgar. bila buat report, siap bandingkan dgn kereta bmw dia. kete sy murah lah konon. time tu geram je rasa. tapi dia terkena semula sbb bila sy baiki lain harga dari apa yg dia cakap. sbb side mirror auto, bile kn langgar abes patah kn ganti satu set. tapi cuma nak cite, polis sealu ambil mudah kes mcm ni. so terlepas lah org yang melanggar. lagi2 ahli2 motor ni.huhuhu..
ReplyDeleteish..geramla yg en polis tu bleh cakap macam tu..
ReplyDeleteIsh2x.. kesian kt kak aiza. Bdk tu pun, dh salah pling kurang ckap la mnta maaf. ni tk. apada,, lg 1 yg enck polis tu ckp je blh, klau rasa skit je nk perbaik tolong la sponsor duit.. stkat ckp tk jdi. Apapn, hrap kak aiza bnykkn sabar ye.
ReplyDeleteRM200 pun duit juga kan Aiza, sedih kalau laporan kita diperlekehkan kan..!
ReplyDeletehadoi kak, tu lah perkara yang mama paling tak suka, bukan murah nak baiki kerosakan yang dah jadi.... sabar kak ek, ada ringgit lebih baru betul kan.... :)
ReplyDeletemmg geram bila dilanggar kemudian coll senyap sampai sudah..akak pun pernah kena n bt laporan polis buat sakit hati je....
ReplyDeleteHrmmm kenapa la pakcik polis tu cakap mcm tu .. memberi imej yang kurang baik utk jabatan hrmm ..
ReplyDeletetak salah kalau dear nak g balai polis ..itu hak kita sebagai rakyat malaysia ape ..ishk2 ..geleng kepala jap ..
harap dear dapat bersabar huu
Itulah yg merunsingkan kepala kalau jadi kes mcm ni. Kalau blh mmg nak elak dr kena. Sebabnya natijahnya akan kena kat kita. Kesan yg sgt2 mendalam.
ReplyDeletealahai..sian sis..
ReplyDeletekurang ajar je ayat polis tu..kenapa aiza tak mintak duit polis tu tuk baiki kereta.sbb kan ayat dia mcm perlekeh dgn kerosakan kecil katanya'.geram lak fahz baca..sian kat aiza..
ReplyDeleteman pun pernah kena.. kul 1 pagi buat report hilang motor.. polis suruh balik ambik geran motor baru buat report.. arghhh.. man buat report segera sebab minta polis ronda tinjau-tinjau kot-kot nampak motor tu kat mana-mana.. dia boleh suruh balik dulu.. esoknya baru report..
ReplyDeletePatut masa tu terus buat laporan Aiza.. Tak ambil no. plate motor budak tu ye.. Nasib kurang baiklah. Tak apa ada balasan tu kelak..
ReplyDeletengingis terus kan akak...sabar jela..
ReplyDeleterepair murah ke, mahal ke. duit tetap duit... tuntut tetap tuntut. x kira.
ReplyDeleteLa..kesian Aiza..kereta kita pun pernah kena langgar dari belakang masa bulan puasa. Masa tu dah hujan renyai-renyai..dia follow too close..teruk jugak kereta kita..nearly RM1,000+ untuk ketuk balik kereta tu...Punyalah susah nak dapt claim dari dia..tapi part polis tu memang "kureng" sikitlah..kalau kita dengar pun mesti bengang kan...
ReplyDeletesakit hati kan kak.. bila kita jaga kereta elok2.. tp fikir2 balik, takpelah.. mungkin ada hikmah jugak jadi mcm tu.. positif..
ReplyDeletekalau betul la budak tu anak polis memang melampau la kan. ingat jadi anak polis dapat tiket tuk bawa motor tanpa lisen ke?
ReplyDeletegeram tul la kalau kes cam ni.sabar k. dugaan .
Part polis wat endahtak endah tu memang geram. mesra la konon.
macam mana kereta malaysia sendiri susah nak dapatkan komponennya...pulakn tu mahal gilos..kos baik pulih..^^
ReplyDeleteitu kalau masuk court tu, memang kalah dah budak tu, dengan mak bapak kot kena saman.
ReplyDeleteapa punya orang la,ddia tipu je tu,bapak dia bukan polis tu
ReplyDeletegeram pulak saya tengok...
ReplyDeletepandai pulak budak tu bagi alasan ek dah la tak pakai topi keledar kan...
boleh pulak polis tu cakap cuba kereta dia yang kena macam tu teruk betul...tengok rm 200 tu nak kena alahai......sabar jerla...
Org len punya pasal, kita yg jadi mangsa.. :(
ReplyDeletebudak tu tak patut betulla...yang pakcik polis tu pun kesian pd nasib akak..ish3..
ReplyDeletesakit pula hati kita bila polis tuu bagi respon macam tuu -_____________- tak patut betul
ReplyDeletesabar jelah akak.. ujian di bulan puasa. kadang2 kita bawa kereta dgn baik pun ada org nk langgar lg.
ReplyDeletesakit nyer jiwa bila kena macam ni kan !
ReplyDeleteish2.. nasib baik orangnya selamat...
ReplyDeletehadoii sakitnye ati..budak tu lps cmtu jerk...
ReplyDeletesabar kak....:)
ReplyDeleteKadang2 buat report ni bukan sebab nak claim insurance sangat.. tapi nak bagi pengajaran pada sipelaku.. Kalau semua polis camtu.. alamatnya senang jer la org nak langgar melanggar nie.. Saya pernah accident, tapi polis sangat bagus sampai boleh rekomen tempat repair kereta.. huhuhu...
ReplyDeletekesiannya. patot amik gambar ic budak tu. bapak polis tak polis kan. dah langgar kene la bertanggungjawab. emo pulak. hhihihi. tapi seyes benci polis camtu!
ReplyDeleteTeruk jgk tu..saya lg bengang..baru ambik xsampai sebulan org dh langgar..kita parking cantik2 dah boleh dia terlanggar lagi..habis rn600..dia bayar rm100 jeee..gilak
ReplyDeletelain kali snap penuh muka si pesalah. no plat siap2 salinan ic, lesen memandu, hehe
ReplyDeleterm200 ttp byk jg...tp syukur nyawa masih selamat..tu yg plg penting
ReplyDeleteTips dia, kalau Mizz Aiza kena mcm ni lagi...ambil lesen dia, pura2 cek lesen pas tu jgn bagi sampai dia bayar...ugut sikit, budak ni ada lesen ke tak?
ReplyDeleteeven rm200 tp besar angka tu
ReplyDeleteblh beli mcm2 brg dapur
pastu proses nak tunggu tu lg
aah kan bebudak skrg main bedal je bawak moto
bila jatuh dia salahkan org lain
yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)
tak boleh claim insurance ke kak..?
ReplyDeleteKesiannya akak. Sabar ye kak. Lepas kene langgar, macam2 plak karenah polis tuu. Haissyh. Takpe, semua ni ujian je dari Allah, nak tengok tahap kesabaran kita and cane kite handle semua ni. Semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Ingat satu je, Allah beri sesuatu ujian pada kita sebab Dia tahu kita mampu pikul dan atasinya. Jadi, berbahagialahhh. :)
ReplyDeletekadang2x sakit hati jugak bila kemalangan nie..
ReplyDeletedari:
akubahrain.com
tumpang simpati kak..sbar jelh kak, bnykkn berdoa, org yg dizalimi ni doanya dimakbulkan Allah..bg sy rm200 tu mhal dah..
ReplyDeleteBila cerita kena langgar ni...ida nak kongsi satu citer baru berlaku siang tadi...Kebetulan masa dalam kelas petang tadi ada member ni citer dia nampak satu kereta terlanggar Balai Polis Pandan Indah...Balai polis pun jadi mangsa kena langgar hehehe
ReplyDeleteRm 200 tu still duit jgk..sabolh kak dugaan dari Allah
ReplyDeleteviva anak bunda pernah kena langgar dari belakang, baru pakai 7 bulan,
ReplyDeletebunda dan anak bungsu ada kat seat belakang..tersentak jugak masa tu...kuat jugak..
jalan pun tak betul dah...mana taknyer abis tertanggal bumper dan teruk jugak kemeknyer...
anak bunda claim insuran..
Wah sayang sekali ya mobil bagus-bagus kok di tabrak getu aja. Pasti rusak donk. Semoga lekas di perbaiki mobilnya mizz :)
ReplyDeleteSaberlah kak..dugaan tu..tapi memang macam tak patutla polis nak perli-perli macam tu..apa pun duit juga kan..
ReplyDelete@Lieya Von Jay
ReplyDeleteakak dah tanya pada ejen insurans kereta akak.. dia cakap kalau motor tu takde roadtax dan insurans tak dapat claim.. jika dapat claim pun tak berbaloi sebab nilainya sikit saja..
@Kakzakie
ReplyDeletemasa tu dah dekat nak berbuka puasa kakak, tu buat laporan lepas waktu berbuka puasa.. adik aiza ambil nombor plate dia, masa buat laporan polis tu ada catatkan berkenaan tu..
@J.Syazwana
ReplyDeletelupa nak ambil gambar ic dia.. sempat ambil nombor plate dia je..
@Elih Japahar
ReplyDeletemasa tu adik aiza yang bawa kereta seorang diri.. risau juga jika dia apa-apakan adik aiza sebab adik aiza perempuan.. gambar dia yang di atas tu pun adik aiza snap curi-curi..
@Sally Samsaiman
ReplyDeleteejen insurans kereta akak cakap kalau motor tu takde roadtax dan insurans tak dapat claim.. jika dapat claim pun tak berbaloi sebab nilainya sikit saja.. kalau nak claim insurans akak tak la kot sebab nanti nilai tahunan semakin meningkat pula..
dugaan selepas raya :)mmg sedih kalau kete kena langgar kan...
ReplyDeleteujian nak tgk sejauh mana kita redha ...
ReplyDeleteItu lah Aiza, bila kita memandu nie kadang-kadang penat tu bukan sebab memandu sangat tapi penat sebab jaga orang lain tapi orang lain tak tahu nak menilainya.
ReplyDeleteNescafe dua cawan, topup satu.
Waduh kasian :)
ReplyDeletewalaupun sikit tp duit jgk nak repair... sabar ye kak..
ReplyDeleteAdoii....orang yang bw moto selalu salahkn yang bawa kereta bila eksiden...
ReplyDeleteDiri sendiri bawa moto macam pelesit tak sedaq...
(walaupun tak semua)
Sakit hati betullah..nak nak lagi...tak reti minta maaf...
RM 200...besar pada orang mcm saya...yg takder keja nie...huhuhu..mne ko nak dapat RM 200 ..? Dah tu nk belanjakan untuk kesalahan orang lain plak tuh...
Wahai pakcik Polis..malu saya dengan attitude macam nie...kena batang hidung sendiri baru tau...baru nmpak tembelang...
(saya juga anak Polis)
x0x0 ^_^
Chill Aiza..yang penting Aiza dan adik selamat....
cik nor sllau berhati2 klu ada motor kat depan nnt diorang salahkan kita klu terlanggar walaupon diaorang yg bawak motor tak btl..huhu
ReplyDeleteBagus adik akak sebab snap gmbar dia..
ReplyDeleteBoleh caya ke bapak dia polis, lepas tu off no pulak tu..
Yg pakcik polis tu pulak nk gelakkan org kenapa, ishhh geram pulak eiqaa, ahaaa
Sakitnya hati kat polis tue.. septtnya dia membantu kita..tapi sebaliknya kita diketawakan pulak.. report jer kat orang atasan kak..
ReplyDeleteish ish bahayanya huhu
ReplyDeleteKadang-kadang hulubalang ni tak adil juga.
ReplyDeletesengalnya budak yang langgar tu n sengal jugak pakcik polis tu.. mahal jugak kot rm200 tu nak bayar.. sabar yea kak aiza.. at least boleh pakai lagi kereta tu :)
ReplyDeleteboleh pulak dia langgar kereta yg parking bagus2...eihh...bikin panas..hisyy!... *hee terlebih emo =3*
ReplyDeletesaqbarlah akak dugaan semua tu..tak patut layan orang mcm tu..
ReplyDelete2 org yg x baek kt dlm story kak aiza nie.. org yg x pakai topi keledar tu ngn polis tu.. biar dorg dpt balasannye.. kita perlu sabar jer..
ReplyDeleteYg bawak moto tu satu hal.. yg polis tu pun satu juga.. Mmg klu sy pun panas kene mcm ni.. sabarlah.. doalah yg terbaik..
ReplyDeleteapa jadi ngan budak yg langgar tu? dpt call balik x?
ReplyDelete