Assalamualaikum,
Bagaimanakah untuk merawat hati yang terluka kerana putus cinta? Jatuh cinta adalah perkara normal bagi setiap manusia. Kita mungkin mengambil masa sesaat (cinta pandang pertama) untuk jatuh cinta. Namun kita memerlukan masa seumur hidup untuk melupakan si dia apabila putus cinta.
Putus Cinta (Gambar hiasan) - Google |
Aku kongsikan beberapa tips di dalam entri ini berdasarkan pengalaman peribadi aku sendiri seperti berikut:
1. Percaya Allah SWT sentiasa bersama
Cinta teragung adalah cinta kepada Allah SWT. Yakinlah Allah SWT sentiasa bersama kita di saat bahagia atau berduka. Pasti ada hikmah-Nya si dia tidak ditakdirkan bersama anda. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.
2. Terima kenyataan
Usah berada di dalam alam khayalan bersama kenangan kisah cinta bersama si dia. Terimalah kenyataan bahawa dia bukan tercipta untuk anda.
3. Pilihan terletak di tangan anda
Tiada sesiapa pun yang boleh memaksa anda untuk merasa berduka atau bahagia. Hanya anda yang berhak untuk memilihnya. Perasaan sedih atau duka itu hanya sementara, jadi usah biarkan ia terus sebati dalam hidup anda.
4. Jalani hidup seperti biasa
Anda berhak untuk berasa sedih, namun usah membiarkan diri anda tidak terurus. Anda juga manusia biasa yang perlu menjalani rutin harian seperti mandi, makan dan bekerja/belajar. Teruskan menjalani rutin harian seperti biasa.
5. Lihat kelebihan diri
Cuba kenalpasti kelebihan dan kekurangan diri anda. Pasti ada kelebihan diri yang membuatkan anda merasa gembira dan ceria. Untuk kekurangan diri yang dikenalpasti, cuba fikirkan cara untuk memperbaikinya.
6. Bina imaginasi positif
Aku pernah membaca buku Dr. HM Tuah al-Haj mengenai 'Membina Imaginasi Gemilang'. Ternyata imaginasi boleh mengubah diri kita supaya menjadi lebih positif dan bersemangat. Bayangkan perkara positif yang boleh membuatkan anda merasa gembira dan ceria.
7. Jadikan sebagai pengajaran
Tentunya kenangan lalu bersama si dia tidak boleh diubah lagi. Anggaplah ia sebagai sejarah yang memberi pengajaran. Hidup perlu diteruskan walau apa pun terjadi. Usah takut untuk bercinta lagi.
Selamat mencuba..
(Auto publish)
^_^
^_^
nice sharing akak hehe..bole buat persediaan ni hehe nanti kalau putus cinta confirm sy baca entry akak ni buat kali ke 2 dan seterusnya hee ^^
ReplyDeletezaman dolu-dolu pernah putus cinta jugak...memng normal la tu aiza,dari situ kekadang kita boleh muhasabah diri..insyallah...xkan keluar dari landasan islam itu..
ReplyDeleteCinta pertama memang paling mmg susah untuk dilupakan! hehehe
ReplyDeletepercayalah setiap apa yang terjadi itu ada hikmahnya..Allah merencanakan yang lebih baik buat kita :) salam jumaat aizaaa :)
ReplyDeletebaru putus cinta ke cik adik oi
ReplyDeletemmg pedih bila kita mengalami atau pernah alaminya putus cinta nie.. hati kena kuat, tambah pula kalau ia bukan berpunca drp kita.. kne banyak berdoa minta dicekalkan hati dan kne berfikiran +ve..
ReplyDeleteno1 tu sy stuju sgt2..kdg2 Allah nk uji je kita..bila ptus bru sedar..byak kelemahan rupanya..apa pun yg terjadi ttp redha dgn ketentuanNya..kena kahwin utk lupakn msalah ni =) bru fokus kt family je..
ReplyDeleteTak mau putus cinta...semoga cintaku sentiasa mekar bersama isteriku tersayang dan kekal bersama hingga ke syurga :)
ReplyDeletep/s: jika tak mahu putus cinta...kahwinlah baru bercinta, hehe
nasihat yang sangat berguna kak, selalu orang putus cinta mesti akan jadi tak keruan dan hilang punca, sebab tu yang tak da iman memang akan bunuh diri.
ReplyDeleteJangan letakkan kepercayaan penuh pada pasangan ketika bercinta.. seandainya berpisah takdelah terasa sangat..
ReplyDeleteFikir positif dan buat sesuatu yang lebih berfaedah dari terus meratap bagai..
kena lah redha dengan apa yang telah tertulis kan.. mungkin ada jodoh yang lebih baik menanti di luar sana.... :)
ReplyDeletetime kasih kak aiza..for sharing..TB pernah rasa ;) tp alhamdulillah TB tau TB masih ade allah,ibu ayah dan kawan2 ;)
ReplyDeleteHati yang ikhlas.
ReplyDeleteputus cinta tu memang pedih. Kalau kita kembali kepada fitrah Allah, sure dapat handle kan.
ReplyDeletetak payah berdendam. Terima kasih dan bersyukur kepada Allah kerana memberi peluang utk kita bercinta dan memberi pengalaman putus cinta supaya di masa hadapan kita menjadi lebih matang dan memperbaiki mana yang patut.
SETUJU Atas pengalaman sendiri ..
ReplyDeleteterima kasih banyak.. entri ini cukup bermanfaat
ReplyDeleteGood tips utk org yg tgh putus cinta.
ReplyDeleteyakinlah Allah telah sedia seorang selayaknya untuk kita :) la tahzan
ReplyDeleteHanya orang yang pernah merasai dan mengalaminya yang tahu dan faham.
ReplyDeletemoga aiza bertemu insan yang lebih baik...
ReplyDeleteMemang besar dugaan orang yang putus cinta ni Aiza..kalau tak kuat iman memang parah dibuatnya. Semoga kita tak diuji ALLAH..
ReplyDeletekita diuji dgn bnyak cara..putus cinta? mungkin ada jodoh yg lebih baik untuk kita nanti
ReplyDeletekannns.,
ReplyDeleteBagus dah rasa pasti tahu nak buat langkah-langkahnya..
ReplyDeleteCinta itu indah kalau disalurkan ke jalan yg betul kan. Tp kalau terkehel parah jiwa.. mmg kene banyak ingat pada Allah semoga dianugerahkan segala cinta yg mendekatkan kpd Nya.. amin. Salam Jumaat salam berkat :)
ReplyDeleteperkongsian yang baik...soal cinta dan putus cinta ni rasanya dah lumrah hidup... itulah asam garam dalam melayari hidup antara dua insan lelaki dan wanita...
ReplyDeletebuat biasa jer lpas putus cinta..
ReplyDeleteTips nom 1 dan 4 paling berkesan,
bunga bukan sekuntum,
kumabng bukan seekor:)
betul! mmg susah. tapi kita kena positif, mesti ade hikmah disabalik sume yg berlaku ni :)
ReplyDeletebiar putus cinta dengan manusia...jgn putus cinta dengan Allah... =) apa yg berlaku semua ada suratannya yg tersendiri..in shaa allah...yg baik akan dtg =) hehe *fuyohhh ayat* hehe
ReplyDeleterasa kak lebih baik putus cinta sebelum berkahwin dari terlerai kasih selepas dirikan rumahtangga..
ReplyDeletemungkin ada hikmah tersembunyi yang kita tak tahu.
Wah tips ini sangat cocok untuk dicoba bagi cewek/cowok yang sedang galau karena putus cinta/patah hati. Agar tidak selalu terbawa kesedihan sepanjang masa. Terimakasih banyak miss atas informasinya. Sangat bermanfaat untuk kita semua :)
ReplyDeletebetol tu akak...sy sokong...tips yng baik
ReplyDeleteNad tak pernag putus cinta smpai mcm nie tapi bila satu hari nanti Nad jatuh cinta dan terputus, tip2 nie memang berguna untuk nad hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum. thanks sharing. awak, jemput join review blog 2.0 sheila. semua yang join akan direview secara berperingkat :- http://www.sheilashahfiekry.my/2013/09/review-blog-20.html
ReplyDeletenice sharing
ReplyDeleteyumida pun pernah merasa putus cinta
asyik rs nak menangis je..normal la tu kan
bila dah lama2 baru dpt pulih sepenuhnya
nice tips dri sis
sekarang nak bercinta ngn hb tersayang..forever n ever..hehe
done isi tabung Nuffnang kat sini...selamat menabung :)
Zaman bercinta dan putus cinta nie dah lama berlalu.. Hehehe... Huhuhu.. Rasa cam dah tua laks..
ReplyDeletealhamdulillah kak tak pernah lagi rasa putus cinta.. (minta2 dijauhkan).. tapi kalau tolong tenangkan member2 yg putus cinta tu selalu jugak.. huhu
ReplyDeleteSetujuu..percaya dengan hikmah Allah..tu yang wat kita jadi kuat..:D
ReplyDeletegagal sekali x bererti gagal selamanya..gud advice bagi yang sedang mengalaminya....hehhehhe...singgah malam...heheheh...
ReplyDeletebnykkn bersabar .. tu pnting
ReplyDeleteMUngkin ada hikmah disebaliknya. Pasti ada yang lebih baik untuk kita nanti. Yang pasti sentiasa berdoa pada-Nya. Thanks for sharing.. :)
ReplyDeleteKna byak2 bersabar..berdoa..jgn berdendam dan berfikiran positif dgn apa yg berlaku..
ReplyDeletenice share.. tak de pengalaman putus cinta lagi.. hehehe
ReplyDeleteCinta itu buta.. hehe..
ReplyDeleteCuba bercinta selepas kahwin. Banyak drama cinta selepas kahwin sekarang ni :). Hehe... Mcm orang dulu2 plak.
ReplyDeletenice sharing aiza...cinta itu indah dan sakit...tapi cinta juga membuatkan kita buta kikiki
ReplyDeletepetua no 8 : cari yang lain! :P
ReplyDeleteIs nak kena baca dengan teliti nie bila sampai bab nie. Hmmm akan is praktikkan semuanya. Terima kasih Aiza share tips nie.
ReplyDeleteSebab itulah, yg pentingnya ialah matlamat utk bercinta. Bercinta lah utk ke arah yg hakiki. Insya Allah, kalau jadi apa2 sekalipun kita akan redha. Islam ada ajar semua tuh. Tips yg baik utk diamalkan. Gud job aiza.
ReplyDeleteSebenarnya kalau kita dekat dengan Allah dan letak cinta Dia yang utama, mst takkan rasa kecewa malah redha dengan apa jua dugaan pun kan.
ReplyDeleteBetullah aiza..terluka pasti..tp cara kita menangani tu biar positif
ReplyDelete