04 September 2013

Tiket Bas dah Habis

Assalamualaikum,

Tiket bas dah habis? Inilah yang terjadi kepada aku ketika pulang berhari raya di kampung masa belajar dulu (tahun 2004). Akibat terlalu yakin tiket bas masih ada, akhirnya aku terpaksa menaiki 'bas lompat' untuk pulang ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). 

Perjalanan bermula apabila aku menaiki bas Ekspres Mahligai ke Kota Bharu, Kelantan. Apabila tiba di Stesen Bas Kota Bharu, aku segera menelefon mak dan memberitahu aku selamat sampai dan akan menaiki bas ke Kuala Terengganu.

"Semua tiket ke Kuala Terengganu dah habis adik." penjual tiket memberitahu. Tak sampai hati pula aku hendak memberitahu mak (mak aku seorang yang cepat risau). Aku segera mencari surau dan solat dulu memandangkan waktu Zohor dah masuk.

Kereta sapu (Gambar hiasan) - Google
"Awak nak balik ke Kuala Terengganu ke?" tiba-tiba seorang pak cik bercakap dalam loghat negeri Kelantan menyapa aku. Aku hanya menganggukkan kepala. Buntu fikiran aku ketika itu sebab aku bukannya ada saudara atau kawan di Kota Bharu.

"Saya boleh hantarkan tapi dengan bayaran RM20.00, boleh?" dia menyoal lagi. Kelihatan bersamanya 3 orang budak lelaki yang juga mahu pulang ke Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu. Jam pula dah hampir pukul 3.00 petang. 

"Baiklah pak cik." akhirnya aku bersetuju dengan tawaran pak cik tu memandangkan itu sahaja pilihan yang ada. Di dalam hatiku hanya mampu berdoa dan bertawakal. Tak dapat aku bayangkan jika terpaksa bermalam di Kota Bharu. 

Ketika di dalam kereta, aku segera menelefon adik aku sebagai langkah keselamatan sekiranya apa-apa terjadi, "Tiket bas ke Kuala Terengganu semua dah habis. Aku naik kereta sapu ni, nombor plat DA-----".

Jauh di sudut hati aku memang berasa takut kerana ini pengalaman pertamaku. Alhamdulillah kerana aku diketemukan dengan manusia yang jujur. Akhirnya aku selamat sampai ke asrama penginapan di UMT pada lewat petang. 

Moral: Elok beli tiket bas lebih awal. Jangan tunggu sehingga di saat akhir. 

^_^

52 comments:

  1. Kira cekal hati jugalah masa tu Aiza. Kalau tak menangis tak berlagulah sebab tak dapat beraya dgn keluarga..

    ReplyDelete
  2. wajib bagitau flat no kereta yg kita naiki tu..takut2 la klu orang tu tak jujur kan...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..masih ada juga insan yang baik kan sis?

    ReplyDelete
  4. tapi bagus sis buat untuk langkah keselamatan amik no plat tuh!!!n'way,insyAllah,masih ade lagik orang yang jujur camtuh...heeheh...

    ReplyDelete
  5. bak kata menteri besar terengganu..insya-Allh oarang ganu baik2 belaka..heheh :) masa fizi belajar kat JB dulu tikett menjadi keutamaan bila dapat tahu cuti panjang..mmg awal fizi beli takut juga tiket habis..huhu..syukur semua nya selamat^^

    ReplyDelete
  6. Bahaya naik kereta sapu ni.. Nasib Aiza selamat sampai..Erin kalau naik teksi pun tak yakin.. sebab berlaku macam-macam kes zaman sekarang ni..

    ReplyDelete
  7. sangat setuju kak, mama nak balik kampung naik kereta api pun kena beli awal-awal...

    ReplyDelete
  8. Elok ambil langkah berjaga-jaga.
    Bagitau no plat kereta dekat org terdekat tu antara tindakan yang bijak tu sis :)

    ReplyDelete
  9. Nasib baik setakat ni belum kehabisan tiket lagi..kadang-kadang tu takut jugak rasanya..walaupun UKM n rumah takdelah jauh sangat dan tiket ke johor tu selalunya memang ada..hehe..kena prepare awal la kan..

    ReplyDelete
  10. tahun 80an kak ke sekolah di pekan dengan teksi sapu apek . kalau ingat2 balik, berani aku dan percayanya mak abah sebab percaya kat apek. seawal 6 pagi dah tunggu teksi dia. agaknya zaman dulu tak ramai orang jahat cam skrg..huhu

    ReplyDelete
  11. Woaaaa takutnya kalau jd mcm nie. Pengajaran tuk nad juga..hehe

    ReplyDelete
  12. Betul cara akak buat tue..mana la tahu kan..tp alhamdulillah akak selamat sampai jugak akhirnya..;)

    ReplyDelete
  13. walaupun ianya sebagai pengajaran,tapi aiza buat 1 tindakan yang bagus.if terjadi kat sapa2 dlm situasi aiza nie,maklumkan pd someone yang boleh diharap.detail2 ttg org yg nak menolong kita tu.manusia rambut sama hitam,hati lain2.tapi alhamdulillah pakcik tu jujur..

    ReplyDelete
  14. berjaga2 dan berwaspada itu penting..walau di mana kita berada :)

    ReplyDelete
  15. Suspen jugakkan Aiza kalau jadi macam ni..kalau jadi kat kita macam tu, tak tau samada kita akan buat decision yang sama ke tidak..hmmm

    ReplyDelete
  16. kalau lelaki ...lainlah kan., sy pon tak sanggup tp tak semua manusia buruk perangai dan jahat2 belaka..syukur alhamdulillah aiza selamat...ada lg skrg ni.

    ReplyDelete
  17. Saya jgk prnh jdi cmni kak.. nasib baik abg ada, blh tlg hntrkn... klau tk mmg cuti la jwbnya

    ReplyDelete
  18. singgah sini..

    save 22 satu


    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  19. Assalammualaikum Aiza, safety first, perghh len kali janagn lerr buat lagi. Langkah yang Aiza buat tu bagus kalau nak bagus lagi kan Maxis ada yang dia buat GPS tu kan? ada lagi tak services tu? macam family kita leh tengok kita kat mana dalam gps tu.

    Jejak iskandarX 3.0 iskandarx.com

    ReplyDelete
  20. saya klu naik taxi pun cuba ingat no platnya utk keselamatan ...

    ReplyDelete
  21. kalau kak aiza takut , lebih baik telepon orang @ kawan2 kak aiza yg kerja kat tempat yg sama :)

    ReplyDelete
  22. Alhamdullilh akak..semuanya di permudahknNYA..=)

    ReplyDelete
  23. saya dulu time belajar jauh awal2 dh beli siap2 tiket pergi dan balik. takut tiket habes. pernah jugak skali naik bas lompat ^_^

    ReplyDelete
  24. masa belajar dulu mmg takut tiket abis
    sentiasa beli awal2.. :)

    ReplyDelete
  25. Alhamdulillah selamat =) biasalh kak..kita xjgka..ape pn belajar dr kesilapan..sy pn pnh kena camni..lg teruk, teksi ambil rm40 utk pjlanan 30km je..terpksa kn..nk bt mcm mn..mnyesal pulak he3..

    ReplyDelete
  26. iqa selalu balik naik train.balik raya mesti kene beli tiket awal. kalau tak konfem habis.haa

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah..nasibaik selamat semuanya..iktibar untuk kita semuanya...kalu bunda yang penakut ni tak taulah macamne...menangis kot..

    ReplyDelete
  28. nasib baik dipertemukan dgn org yg jujur...sbb ramai yg suka mengambil kesempatan diatas kesusahan org lain..

    ReplyDelete
  29. klu fiza x th la cm mn nk buat.. huhu

    ReplyDelete
  30. a,aa..btul tu..klau dh hbis kta yg kalut nnt..:))

    ReplyDelete
  31. husih beraninya kak aiza. alahmadulillah selamat sampai. kalau sha tak berani. huhu

    ReplyDelete
  32. nasib baik dapat kereta sapu yang betul.. elakkan kalau boleh.. malang tak berbau.. naiklah teksi yang sah.. kereta sapu nih bukan tak baik.. cuma susah kalau terkena nanti..

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum. naik keta sapu? kalau sheila mesti tak berani. alhamdullilah. jumpa orang yang jujur. pasni kenalah beli tiket online lebih awal ye. sheila pun selalu naik bas balik kampung dengan suami :)

    ReplyDelete
  34. alhamdulillah akak selamat... sy memang takut bab+ begini..nak+ lg bila kita tak kenal pemandu tu..sgt bahaya..

    ReplyDelete
  35. alhamdulillah,Allah selau tolong hambanya :)

    ReplyDelete
  36. seronok balik kg naik bas ni kan hehehe.. kenangan dulu2 KA !

    ReplyDelete
  37. Nasib baik selamat sampai..nak naik kereta orang pun takut..

    ReplyDelete
  38. pengalaman yang beharga yang penting sampai rumah

    ReplyDelete
  39. kalau sy tak payah risau tiket bas.. tp tiket flight!! tu la belajar jauh sgt seberang laut.. kena pandai cari time tiket murah.. kalau tiket habis mampus nak berenang merentas laut china selatan. haha!

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah JM x naik bas dah...hehe

    ReplyDelete
  41. Alhamdulillah....
    Masa study dulu , bila nak balik kampung akak selalu beli tiket awal2..hehehee...
    Pengalamn berharga ni Aiza...

    x0x0 ^___^

    ReplyDelete
  42. sally tak belajar jauh..so, xpernah ada experience gini...nasib baik la :)

    ReplyDelete
  43. berdebar pulak baa cerita akak ni..takut..

    ReplyDelete
  44. Adoi dik. kalau akak le, sejuta kali fikir. Tengok dorang tu lelaki semua. mcm mcm boleh terjadi.

    Akak ni badan je besar, tahap penakut tu memang sampai ke langit lah.

    pernah akak sampai PUDU jam 2.00 pagi. Datang Lelaki "Pak Itam" say hello je pun, akak terus nangis. ketaqqqq lutut.


    Ni le kekdahnya kalau dijaga bagai puteri oleh abang abang. sekali kena buat sendiri, berzikir terkumat kamit ko.

    ReplyDelete
  45. Selalunya sewaktu belajar di UPM dulu, sebulan awal telah saya beli tiket. Kalau hari raya memang kena beli awal.

    ReplyDelete
  46. pernah jugak mengalami tiket bas habis time raya nak balik ganu...

    ReplyDelete
  47. susah juga ya miss kalau tiket bus sudah habis getu, padahal bus merupakan transportasi yang relatif murah untuk masyarakt yang ingin bepergian. Solusi alternatifnya ya naik kereta api miss :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^