10 September 2013

Tangani Masalah dengan Cara Berbeza

Assalamualaikum,

Teringat aku ketika outstation di Kuala Terengganu pada tahun 2011. Ketika dalam perjalanan ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, dua rakan sekerja aku mengajak singgah di Pantai Teluk Ketapang memandangkan flight kami pada jam 9.00 malam. 

Sebenarnya aku sudah biasa singgah di situ ketika belajar di Universiti Malaysia Terengganu dulu. Aku dan kawan-kawan masa belajar dulu menggelar tempat itu ICT iaitu Ikan Celup Tepung kerana semua makanan laut di situ akan dicelup tepung sebelum digoreng rangup.

Ikan Celup Tepung Pantai Teluk Ketapang
Ikan Celup Tepung Pantai Teluk Ketapang (Gambar hiasan) - Google
Berbalik pada kisah tadi, kami hanya memesan keropok lekor, sotong, ikan, ketam dan udang celup tepung dan air kelapa muda. "Eh, kenapa kau tak makan dengan sos?" aku bertanya pada seorang rakan aku. "Aku tak suka sos sebab ianya pedas." balas dia. Aku perhatikan juga seorang lagi rakan aku makan udang tu sekali dengan kulitnya. 

Apa yang aku perhatikan, walaupun citarasa kami sama iaitu suka makan makanan yang digoreng begitu tetapi cara kami makan adalah berbeza. Begitu jualah kehidupan ini, setiap orang pastinya akan menangani masalah dalam hidupnya dengan cara yang berbeza. 

^_^

56 comments:

  1. betul2, rambut pun lain2 kan, so mesti la cara pun lain2.tp syg nyer ramai yg xfaham&xmau faham.asal lain saja terus jadik salah...hurmmm :)

    ReplyDelete
  2. kalau mknan jepun ala2 tempura cm tu la.. yg penting jgn lari dr masalah sebaliknya kita kne selesaikan...

    ReplyDelete
  3. Betul-betul setuju.. semuanya subjektif dan bukan objektif ...

    ReplyDelete
  4. itu semesti nyer... bergantung kpd kreativiti masing2 utk menangani mslh.

    ReplyDelete
  5. Nafas kita sama tapi cara pernafasan kita berbeza...dah menabung tabung nuff anda.

    ReplyDelete
  6. betul tu aiza....klu ada minat yg sama,tp tetap ada perbezaannya...nice sharing..
    tekan nuff satu..

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya Aiza..kita memang suka makan all these seafood..cuma macam udang tu kita prefer goreng without tepung..yummy..yummy...and memang betulkan selera kita berbeza and yang pasti the way kita handle things juga berbeza..itulah manusia..

    ReplyDelete
  8. betol2.. masing ada cara yang tersendiri... nilah warna-warni kehidupan... =)

    ReplyDelete
  9. serius xsabar nak g lunch..hehehe

    ReplyDelete
  10. setiap org ada cara yang berbeza..kita kena pandai terima perbezaan itu...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum...sheila suka entri ni kak :)

    ReplyDelete
  12. Itu baru kawan punya cara yg beza. Sedangkan adik-beradik kandung yg lahir dari satu rahim dari ibu-bapa yg sama pun tak sama Aiza. So... kita kena akur semua ini..

    Org tengok kita, kita tengok org..

    ReplyDelete
  13. lain orang lain caranya kan..tu yang buat masing masing unik dengan cara tersendiri. :)

    ReplyDelete
  14. Betul... setiap org ada cara tersendiri mengatasi masalah masing-masing....

    ReplyDelete
  15. bagus entry akak yg ni..JM ni jenis yg tak berapa pandai nak tangani masalah....hehe...thanks kak ;)

    ReplyDelete
  16. ICT....glamour singkatannye tuuu!
    Betul tu...walaupun kembar tetapi masing2 masih mempunyai perasaan dan cara yang berbeza.

    ReplyDelete
  17. benar, mama setuju... ibarat rambut sama hitam tapi hati lain-lain..

    ReplyDelete
  18. fuh, pasal makan je pun, boleh dijadikan falsafah hidup.. hehehe

    ReplyDelete
  19. saya sokong!
    kita ada macam2 cara nak selesai masalah,yang penting selesai kan dengan cara baik :)

    ReplyDelete
  20. betol tu akak.. ^_^ lain orang lain plak citarasa nya .

    ReplyDelete
  21. betol kata akak...setiap orang punyai cara masing2 untuk memberi laluan dan haluan untuk hidup mereka...

    ReplyDelete
  22. betul sesangat ni aiza..ada yg ikut akal,ada yg ikut emosi..

    ReplyDelete
  23. Sdap tgk mknn tu kak :D Apapun, msalah klau tk btul cara pnyelesaian, blh jdik stress.. dh jdik stress tu yg jdi skit kepala a.k.a migrain tu

    ReplyDelete
  24. yup betul sgt2 tu !

    ReplyDelete
  25. Sangat tersirat entri ni. Buatkan saya terfikir-fikir.

    ReplyDelete
  26. Betul akak.. tapi kalau farah mmg suka makan ikan celup tepung dgn sos yg pedas2 manis.. =D

    ReplyDelete
  27. betul2.. berbeza :)

    ReplyDelete
  28. ya betul tu. setiap org ada cara tersendiri nak selesaikan masalah.

    ReplyDelete
  29. betul tu :) setuju dengan entri ini ,,setiap orang ada cara mereka tersendiri

    ReplyDelete
  30. betul, lain org, lain cara, tp tu yg buat kita jd happy (^___^)
    #lapartengokikan

    ReplyDelete
  31. true..masing2 ada gaya hidup sendiri..so xd apa yang pelik cuma jadi heran bila 1st time tgk

    ReplyDelete
  32. hehe..penuh warana warni kan hidup ni sis
    memasing dgn ragamnya tersendiri
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  33. Selera berbeza atau cara berbeza tidak mengapa.. itulah keindahan kita hidup di dunia ni. Asalkan ianya mengarah kpd penyelesaian utk kebaikan.. bukannya perbezaan yg membawa malapetaka.. susah klu yg mcm tu.. :)

    ReplyDelete
  34. ayat last tu menarik..setiap orang ada cara tersendiri :)

    ReplyDelete
  35. baru semalam fizi makan kat situ..hehe..cam tahu2 je kan..:)

    ReplyDelete
  36. kalau soal makan-makan saya suka banget hehehehe :D
    sekalian wisata kuliner dengan cara mencicipi makanan khas dari daerah setempat :D

    ReplyDelete
  37. iyelah kann...mcm CiM ngan hubby mmg split identity, masing2 ada cara masing2, tp...its ok for us.

    CiM akan picit ubat gigi dari bawah and gulung yg bawah. tp hubby CiM picit belah atas lps tu taknak tutup. erghhhhhh!!! tp takpe :)

    CiM pemalas, kalau park keta trus je menonong masuk, so keta mengadap rumah. tp hubby CiM akan masuk bontot dulu katanya senang nak kluar bila emergency. tp CiM tak suka, asap masuk rumah. erghhhhhh!!! tp takpe :)

    ReplyDelete
  38. mcm sy pulak tak suka makanan bergoreng.. sakit kepala kalau mkn makanan yg bergoreng.. jadi totally berbeza. hehe

    ReplyDelete
  39. cara memang berbeza...yang penting hasilnye terbaik...kan?kan?

    ReplyDelete
  40. saya setuju sangat. simple tapi berkesan entri ini

    ReplyDelete
  41. semuanya saya suka..termasuk sos..grrr aumm

    ReplyDelete
  42. betul tu akak..cara yg berbeza tpi hasilnya tetap semua mahu yg baik..=D

    ReplyDelete
  43. Wah!! sedapnya makan semua benda goreng dengan tepung ya...kat Terengganu memang mewah dengan makanan,kehidupan kita pun berbeza-beza..

    ReplyDelete
  44. sy setuju dengan pendapat akak tu..

    ReplyDelete
  45. sedapnya =) hujan2 tgok makanan mcm ni mmg terasa lapar..lama dah sy xkesana..dlu sllu juga mkan dgn kawan2..

    ReplyDelete
  46. eiqa makan dengan sos, eiqa makan sekali dengan kulit udang, ehehee

    ReplyDelete
  47. Hahaha...siapakah nama kawan aiza yg tak suka sos tuh? Wan salah sorang drnya jugak, tak makan sos sbb pedas.

    ReplyDelete
  48. zura ni salah sorg yg makan udang sekali dgn kulit2 dia.. sedap ooo.. krup krup bunyik !!

    ReplyDelete
  49. mesej yang simple tapi jelas..oh sedapnya ICT tu..:)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^