Assalamualaikum,
Bebanan tugasan seharian mungkin membuatkan kita merasa tertekan. Kesibukan bukanlah alasan untuk kita mengabaikan kepentingan diri sendiri. Sesekali luangkan sedikit masa untuk diri sendiri sebagai tanda penghargaan.
Hargai Diri Mu (Gambar hiasan) - Google |
Jom cuba buat perkara-perkara berikut :
1. Berfikiran positif
Fikirkan sesuatu yang positif tentang diri sendiri. Usah membandingkan kelemahan diri dengan kelebihan orang lain. Kita tidak mampu untuk menjadi seorang yang sempurna dalam semua perkara, tetapi jadilah yang terbaik untuk diri sendiri.
2. Dekatkan diri dengan Allah SWT
Ambil masa untuk bersendirian bersama Allah SWT. Perbanyakkan melakukan solat sunat serta membaca ayat suci al-quran dan berzikir mampu memberikan ketenangan yang hakiki.
3. Luangkan waktu untuk diri sendiri
Cuba pejamkan mata selama 5 minit dan fokuskan kepada ketenangan, pasti tekanan akan berkurangan. Sesekali belai diri sendiri dengan mengunjungi spa atau pusat kecantikan. Lakukan juga senaman ringan untuk meregangkan badan.
4. Fokus pada hobi
Lakukan perkara yang disukai. Contohnya jika hobi suka memasak, bolehlah mencuba memasak resipi yang baru. Jika hobi suka bercucuk tanam, peruntukkan masa untuk menanam pokok bunga kegemaran anda.
5. Bersantai
Ambil cuti dan pergilah bercuti di satu tempat yang menenangkan. Contohnya bercuti di pulau atau kawasan pergunungan yang banyak terdapat di Malaysia. Boleh juga bersantai dengan membaca novel atau menonton filem kegemaran.
Hanya kita yang mampu menghargai dan menggembirakan diri sendiri. Selamat mencuba..
^_^
Betul tu sesekali kena juga memanjakan diri kan.. :-) Sibuk kerja ke Aiza??
ReplyDeletenice tips ni hee jom sama+ amalkan :)
ReplyDeletetip yang berguna kak..:) selamat mencuba juga kak^^
ReplyDeleteehe sy suke no.5 :)
ReplyDeletebetultu kak :)
ReplyDeletesetuju sgt dengan tips aiza . yeahh , be different today :D
ReplyDeletehihi..kadang tak sempat luangkan masa untuk diri sendiri...
ReplyDeleteKadang-kadang Nor sukakan kesibukan. Tetapi kesibukan yang tidak terlalu mendesak sehinggakan Nor terkejar-kejar :). Nor suka fokus pada hobi. Hobi buat blog, hobi susun menyusun. Hehe..
ReplyDeletesayangi diri sendiri .....
ReplyDeleteisi tabung white
http://www.noormalashahar.com
manjakan dir sendiri sekali sekala ..hu3
ReplyDeletetapi kalau terlalu tumpu kat diri sendiri pun, susah jugak.. keje lain x jalan.. hehehe
ReplyDeletedirimu amatlah berharga.hewhew
ReplyDeletekalau sy biasa sy suka duduk sorang2 dekat tepi tasik...lain clear je
ReplyDeletesy mulalah jerit...serius boleh hilang stress dan rasa lega... =)
Aiza perkongsian yang bagus..hanya kita yang mampu mengembirakan hati sendiri =)
ReplyDeleteTulah MA.....mmg tak pernah rasa diri ini sempurna....tapi keegoan tu ttp ada....kena positifkan diri.. tp bukan senang nak sentiasa positifkan...
ReplyDeleteAgreed Aiza coz diri kita amat berharga...
ReplyDeleteskong akak....nice info...
ReplyDeleteyg pnting dkatkan diri dgn Allah. msti semua ok. :D
ReplyDeletegud sharing kak aiza ^_^
ReplyDeletetips yang menarik..nak puaskan hati semua orang memang susah..so lebih baik jadi yang terbaik buat diri sendiri kan :)
ReplyDeletewah tips yang sangat bagus, untuk menyadarkan kita tentang arti sebuah kehidupan sehingga kita tidak selalu tertekan dengan pekerjaan kita. Nice share kawan :)
ReplyDeleteJom kita amalkan sama2. Berfikiran positif selaalu
ReplyDeleteTip yg bagus untuk diri kita..asyik keja je..kna bgi masa untuk rehatkn badan jugkkn..=D
ReplyDeletesuka entri nie :) setuju!!!!!
ReplyDeleteSetuju dengan kak Aiza...kita kena hargai diri sendiri..Kalau macam wanie dah struggle sangat2 untuk exam, then bila boleh buat dengan baik, selalunya akan hargai diri sendiri dengan buat perkara-perkara santai yang boleh melapangkan minda dan fikiran...:)
ReplyDeleteyess!good entry dear..
ReplyDeletebetul x3 (versi upin ipin)... jap2 nak pejam mata..uh terasa kat dunia laen je..hahaha
ReplyDeleteAmbil cuti & santai berlibur ke pantai :)
ReplyDeleteThanks Aiza...idea yang bernas...
ReplyDeleteBaru balik dr bercuti juga nie...
x0x0 ^_^ Selamat Hari Malaysia
beri ruang untuk diri sendiri juga...terima kasih aiza entri ini..
ReplyDeletesememangnya kita perlu menghargai diri kita kerana kita adalah sebaik-baik kejadian
ReplyDeletepart bersantai paling best,hehee
ReplyDelete1-4 tu senang sikit.. tpi yg no 5 tu.. bercuti kt tempat sendiri je lah mampu.. hehe
ReplyDeletebetol 2 kak =) fuh..kalau dapat mnjakan diri pergi spa ni..mmg best he3..kdg2 sy bt byak kerja xnk bg diri ni boring..
ReplyDeletenice sharing akak.. slmt bercuti :)
ReplyDeletenice info kak :)
ReplyDeletenice sharing... :)
ReplyDeletehidup ini dinikmati aja ya miss. Seberat apapun cobaan yang diberikan oleh Allah, kita harus siap menghadapinya. :)
ReplyDeletetu lah bile +ve mst semua jadi ok kan..:)
ReplyDeletebetul aiza..sokong..
ReplyDeleteakak ni kalau fokus pada hobi akak habis la. lupa segalanya dik oi...
ReplyDeletezura suka no 5 tuh..kalu blh setiap hari nk g berjalan..hahahahah !!
ReplyDeleteSuka kerja sy skrg..ada ketika sibuk namun ada ketika free sgt2..langsung xsempat nak stress..hehe
ReplyDeletebetul! tapi jarang dapat manjakan diri..hihi
ReplyDeleteSokong semuaaanyaaa. Huhuhu. teringin nak pi bercutiiiiii. :)
ReplyDeletebetul2 diri kita nie memang berharga ;)
ReplyDeletehargai diri anda maka org lain juga akn hrgai anda..kan akak kan.. :))
ReplyDeletekerana dirimu begitu berharga.. :)
ReplyDeletekesihatan diri mmg penting.. cara fiza senang jer.. g jln2 ngk barang2 comel pun dah ok..
ReplyDelete