24 September 2013

Gara-gara Tiada Lesen Motosikal

Assalamualaikum, 

Kejadian ini berlaku ketika tahun akhir aku belajar di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Aku dan kawan baik aku Sya tinggal di rumah sewa. Kami ke kelas atau perpustakaan dengan menunggang motosikal Sya.

Gara-gara Tiada Lesen Motosikal
Gara-gara Tiada Lesen Motosikal (Gambar hiasan) - Google
Walaupun tiada lesen motosikal, sesekali aku akan membawa motosikal Sya. Pada satu petang, seperti biasa kami ke perpustakaan dan aku yang membawa motosikal manakala Sya membonceng di belakang. Kami masuk melalui pintu belakang UMT (kolej aku kecil saja). 

"Baam.." tiba-tiba aku dah melanggar sebuah motosikal ketika hendak membelok. Nasib baik kaki Sya panjang, jadi kami tak jatuh. Budak yang aku langgar tu terjatuh dan lututnya berdarah, tapi motosikal dia nampak ok saja. 

"Saya nampak dia bagi signal tadi, tapi awak laju sangat." kata seorang staf yang memandu kereta di belakang aku menyaksikan kejadian itu. Lega hati bila ada orang bela aku, namun jauh di sudut hatiku tetap rasa bersalah. 

Kalau ikutkan memang salah aku sebab aku hendak membelok (sebenarnya aku tak tahu undang-undang pada masa tu). Terus aku dan Sya meminta maaf kepadanya. Nasib baik tiada seorang pun bertanya samaada aku ada lesen atau tidak. 

Sehingga kini aku masih belum memiliki lesen motosikal. Sebenarnya selepas habis belajar dulu aku ada mengambil lesen L untuk motosikal dan kereta. Tapi aku hanya menyambung belajar untuk mendapatkan P kereta saja. Akhirnya lesen L untuk motosikal tamat tempoh. 

* Moral: Jika hendak membawa kenderaan, pastikan anda memiliki lesen memandu yang sah. 

^_^

64 comments:

  1. akak takde lesen motor...nak ambil lesen motor nie takut skit..tapi kalau kereta oklah...

    ReplyDelete
  2. untuk kes kes kemalangan kenderaan, pihak yang melanggar dikira bersalah walau atas apa alasan sekali pun.so lps ni berhati2 lah ehehe :)

    ReplyDelete
  3. laaa....tp selalu excident mcm ni...nasib baik takde pape ye budak tu :)

    ReplyDelete
  4. nsb baik xde pape =) betol 2 kak..kalau xde lesen ni bhaya..orang boleh sman kita..sy dh sdkit trauma bab naik mtor ni he3..hmpir 9 bulan xbwak..

    ReplyDelete
  5. cik nor pn baru buat lesen motor thn lepas..sblm nie bwk motor tak der lesen gak..hihik..:)

    ReplyDelete
  6. huhu. kalau accicent takde lesen takleh claim. nsb takde pape.

    p/s: cantik header baru akk, bunga matahari gitu

    ReplyDelete
  7. Walaupun kita sudah ada lesen tetap kena hati-hati ketika memandu.hehe...

    ReplyDelete
  8. Nasib baik tak apa2 kan Aiza, kalau tidak jenuh juga nak menjawabnya nanti.

    hehe..tepat sekali pengajaran tu.

    ReplyDelete
  9. Nasib baik tak kantoi kak aiza takde lesen..

    ReplyDelete
  10. Harus tu kak ada lesan moto..takut juga jadi apa2 susahkn nanti..

    ReplyDelete
  11. saya pun tak ada lesen motor..rempit je..hahaha

    ReplyDelete
  12. pengalaman yang sangat menarik ya mizz. bisa dijadikan pelajaran yang berharga untuk kita semua ketika mengendarai sepeda motor (motorycycle) di jalan raya. Harus punya Surat Izin Mengemudi (SIM) dan juga sudah bisa mengendarai sepeda motor dengan baik dan benar. terimakasih atas sharing nya :)

    ReplyDelete
  13. nasib baik tak ada yang tanya pasal lesen haha..kalau tak hoho

    ReplyDelete
  14. SOKONG DENGAN AKAK....MESTI ADA LESEN 2..:)

    ReplyDelete
  15. Tapi pandai naik motor ok juga walau tak ada lesen. Macam kakak ni tak pandai dan memang tak adalah lesen motor juga...

    Tak apalah kita drive kereta ajelah Aiza:)

    ReplyDelete
  16. nasib baik bukan kt jalan besar.
    dh boleh tu amik lesen.
    jgn tunggu lama2.
    kang lesen lagi mahal.

    ReplyDelete
  17. nasib xde siapa tanya, ahhaa
    Eiqa nie pun xde lagi nie sebarang lesen..
    Tp tetap bawak :P
    tp kawasan rumah eiqa kawasan kmpung..
    Polis jarang jarang nk buat roadblock..
    Setakt nie tka pernah lg bawak motor dekat atas jalan raya, highway semua tuu :)

    ReplyDelete
  18. Betul, jangan sesekali memandu tanpa lesen. Kalau nasib tidak menyebelahi anda, pasti mereka akan bawa hal ini ke polis atau lebih teruk lagi.

    *hampir terkena dan waktu itu baru lepas renewed lesen P ke lesen sebenar, tapi disebabkan sticker lesen P masih terlekat, orang tu beranggapan saya masih lesen P, terus mahu dibawanya saya ke balai polis*

    ReplyDelete
  19. mungkin hari ni bernasib baik sbb tak jd benda yang buruk kat budak tu...mau nya kalau dia mati camna?? panjang la kes ni..mungkin ni satu peringatan ...

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kak, heeeeeeeee cuaknya kalau langgar orang kan. sheila dulu sekali je jatuh motor sebab bergesel dengan kereta. terus pecut laju sebab takda lesen time tu (",)

    ReplyDelete
  21. Sama laa..ada lesen kete je..teringin jgk nk naik motor..tp xberapa nak reti..hihi

    ReplyDelete
  22. kalau takde lesen pun kalau reti bawak no hal kak aiza :)

    ReplyDelete
  23. Klu ada masa baik cepat ambil.. skrng ni nmpaknya lesen makin ketat.. roadblok sana sini.. :)

    ReplyDelete
  24. sysss...ini rahsia tau. Akak ni masa sekolah dulu darjah 6 dah bawa motor ke sekolah. tak boleh wat cam na sebab umah jauh snagat dari sekolah. Motor tu pulak dah season dik, kena tolak dulu baru boleh jalan. hahaha..

    ups.. rahsia terbongkar

    ReplyDelete
  25. mama pula, pandai bawa motor.. tapi papa tak bagi mama bawa motor. sudahnya, sampai sekarang lah mama tak bawa motor, lesen pun tarak..! hihi

    ReplyDelete
  26. macam bunda usahkan lesen, tunggang moto pun tak pandai apa lagi memndu...menumpang jer pandailah...tapi mencuci kete anak2 pun pun pandai jugak... sajaa nak tolong...

    ReplyDelete
  27. Perempuan kalau takda lesen, selalunya polis tak suspek apa-apa pun. Tak macam dengan lelaki ni, kalau ada lesen sekalipun, sure akan kena check walaupun bawak motor kapcai stended habis.

    Prejudis tak patut abang-abang polis kat Malaysia ni.

    ReplyDelete
  28. nasib baik tak teruk huhu..nanti ambik lesen tau :P

    ReplyDelete
  29. Malang tidak berbau...bila terkena barulah menyesal, tapi selalunya jarang diambil iktibar.
    Lesen itu satu yg perlu ada, tapi berhati2 adalah lebih utama.

    ReplyDelete
  30. jumaat ni baru test jpj moto.. jd lesen kereta xboleh keluar lg sbb skali dgn moto.

    nasib baik akak tak luka :)

    ReplyDelete
  31. risau kan..sbb klu ditangkap tak de lesen, kita tetap bersalah wlpun yg buat slh tu org lain..

    ReplyDelete
  32. alah huk tak ada macam mana moto pula tu

    ReplyDelete
  33. Elok la ambik lesen motosikal kalau ada menunggang motor. Kalau jadi apa2 susah jugak nanti.

    ReplyDelete
  34. ayu sama mcm akak.. L moto burn.. kereta je ayu hbskan.hehe

    ReplyDelete
  35. aah..lesen penting
    yumida zaman remaja dulu pun ganas gak bawak moto..hehe

    ReplyDelete
  36. nasib baik semua selamat. saya sampai sekarang tak pandai bawa motor, sejak jatuh masa baru belajar bawa motor hehe.. :)

    ReplyDelete
  37. Masa belajar tunggang motor dibonceng adik, tersilap press minyak terus meluncur bawah pokok kelapa yg ada timbunan besi buruk...nyaris jadi Kassim Selamat. Hasilnya sampai sekarang tak ada lesen motor huhu :)

    ReplyDelete
  38. saya pon time belajar selalu bawak moto xda lesen kikiki

    ReplyDelete
  39. fizi dulu pernah juga langar..tapi biasa2 je..

    ReplyDelete
  40. apa kata awak amik lesen motor..senang nanti.heheh

    ReplyDelete
  41. Satu setuju Tuan Hakim..he..he.macam kat mahkamah pulak ya...

    ReplyDelete
  42. saya sampai sekarang x berani nak bawa motosikal ... heheheee

    ReplyDelete
  43. kak ambil la blik lesen motor :) snng klau nk p mna2x

    ReplyDelete
  44. sy peminat motor..tapi kalau tak berhati2 boleh meragut nyawa ni..bahaya2 >.<

    ReplyDelete
  45. Pyka dulu pon tade lesen tapi alhamdulilah awal thun rituh dah amik dah lesen keta dgn moto .

    ReplyDelete
  46. nasib baiklah semua selamat..bahaya bawa kenderaan tanpa lesen :)

    ReplyDelete
  47. nasib baik la budak tu tak parah..kalau tak,mmg akan parah jadinya sbb tiada lesen hehe

    ReplyDelete
  48. Aiza...jangan cakap pasal takder lesen..kalau ada lesen..tapi xpired pun takottt juga...hahaha

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
  49. moral of the story... :)

    akak! didiey dah lulus test JPJ semalam..lega! thanx kak bg semangat =)

    ReplyDelete
  50. bahaya naik motor xde lesen.. kiki.. apapun jgn diamalkan yer

    ReplyDelete
  51. salam kak...
    ok la tu kak...ada lesen keta...
    bahaya bawak moto nie kak bg perempuan..tapi yg xbestnye kalo nak g kedai yg dekat2 nak nek keta mcm xpadan pulak...hehehe

    ReplyDelete
  52. Kadang2x ada lesen pun accident jugak..guane tu?..hahaha..

    ReplyDelete
  53. lesen motor L jelah sampai sudah even lesen kereta dah bertahun2 hehehe

    ReplyDelete
  54. dulu masa study pon selalu sangat bawak motor takde lesen. hahahaa. tapi naseb baik takde pape kan.

    ReplyDelete
  55. kak pun tak pernah ambil lesen motor, aiza..

    bawa kat kg beranilah. nasib baik dalam kes aiza, nothing serious kan..

    ReplyDelete
  56. Satu pesanan dan peringatan yang berguna.

    ReplyDelete
  57. nasib baik x de pe2 .. bahaya kak x de lesen

    ReplyDelete
  58. Teringat kes wanie yang hampir-hampir kena saman hari tu gara-gara bawa motor tiada lesen..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^