07 September 2013

Bila Harga Minyak Dah Naik

Assalamualaikum,

Mungkin sudah terlewat aku menulis entri mengenai isu ini. Terlebih dahulu mohon maaf seandainya entri ini akan menyinggung perasaan atau membangkitkan kemarahan mana-mana pihak. Ianya hanya pandangan peribadi aku berdasarkan pengalaman.

Bila Harga Minyak Dah Naik
Bila Harga Minyak Dah Naik
Malam tadi aku mengisi minyak kereta seperti biasa di Stesyen Minyak Shell. Jika sebelum ini aku membayar RM50.00 akan dapat sebanyak  26.31 liter minyak. Tapi semalam hanya sebanyak 23.81 liter yang memenuhi tangki Viva aku. Ini bermakna aku terpaksa membayar lebih kurang RM6.30 lagi untuk mendapatkan kuantiti minyak seperti dulu.

Sesetengah orang mungkin berkata nilai RM6.30 itu murah saja. Tapi bagi adik aku yang berulang alik ke tempat kerjanya di Kuala Lumpur pada setiap hari pergi dan balik sejauh lebih kurang 85 kilometer memang terasa sangat. Syukurlah sebab kereta Viva aku jimat minyak. 

Sebenarnya tiada apa pun yang dapat dipersoalkan lagi. Walau apa pun, ia sudah pun naik dan kita harus akur dan terima dengan hati yang redha. Tetap rasa bersyukur jika dibandingkan dengan negara lain yang langsung tidak diberikan subsidi ke atas minyak mereka dan harga minyak mereka berubah mengikut harga pasaran dunia.  

^_^

54 comments:

  1. biasaler tu..
    ada org marah dan sebaliknyer.
    nk boikot kang x g plak keje..
    bayar dan belajar jimat jelar pasni:(

    ReplyDelete
  2. benda ni memang dah dijangka akan berlaku...yelah dekat2 nak pembentangan belanjawan 2014 ni...kita tengok lepas pembentangan...

    ReplyDelete
  3. viva sama je macam kancil..jimat minyak hehe..betul tu akak rasanya kita masih bertuah kerana kerajaan masih lagi bagi subsidi tak macam negara lain..

    ReplyDelete
  4. Ha ah...bersyukur sangat sebab harga minyak petrol negara kita tak berubah-ubah ikut harga pasaran dunia...
    naik pun takla mendadak GILA2...

    Sedihnya.....harga barang runcit naik perlahan2...lama dah..ramai tak perasan...

    x0x0 ^_^

    ReplyDelete
  5. Entri ini memang menyinggung dan membangkitkan kemarahan! hehe.
    Banyak tu jumlah pengurangannya...Kalau sebulan 4 kali isi dah RM24+ ...Hmmm 20sen yg memberi impak yg besar

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..adda naik motor je gi kerja..save duit dan minyak..takda la terasa sngt.. :))

    ReplyDelete
  7. Erin stuju dengan pendapat Aiza tu.. Taraf hidup sekarang semakin lama semakin tinggi selaras dengan kemajuan negera.. Yang penting kita sebagai rakyat haruslah lebih proaktif dalam meningkatkan ekonomi negara.. Jika dahulu nasi lemak sebungkus 30 sen.. sekarang sebungkus RM1.. Kita berada di era baru..

    ReplyDelete
  8. tula. negara lain pon minyak naik turun takde subsidi. tak tau nak cakap ape. hee

    ReplyDelete
  9. lama2 nnt jadi biasa...haa...wat to do kan..hadap

    ReplyDelete
  10. Biasala kan akak zaman sekarang ni ..

    mesti de sbb kerajaan buat mcm tu, banyak lagi yg kne tanggung kerajaan tu

    ReplyDelete
  11. Masing2 ada tersendiri. Hargailah perbezaan pendapat. Saya lebih suka kita cari lebih banyak pendapatan.Jimat dan boikot setengah produk. Terimalah manusia yang pelbagai ragam dan pendapat,baru meriah hidup.

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak... yg peliknya ada yg kata alaaa 20sen pun nak kecoh...iskkk..iskkk rasa mcm nak kasi penampor jer...agak2nya dia isi minyak seliter jer kot.

    ReplyDelete
  13. Ye, kita blajar berjimat...masalah negara, rakyat juga yg selesaikan..menteri buat apa? asik suruh rakyat berjimat, dorang tu bjimat ke?

    ReplyDelete
  14. kena terima,semua keputusan telah di buat kan sis?

    ReplyDelete
  15. dulu isi motor RM5 dah penuh, sekarang kena isi RM6 nak penuh. kalu RM1 X 7 hari x 4 minggu = RM30.. sikit tapi besar makna bagi student

    Entri Terbaru Di Blog: Besar Atau Terlalu Besar

    ReplyDelete
  16. kita kn bersyukur..malaysia dikira masih murah rega minyaknya

    ReplyDelete
  17. nak tak nak kene terima juga..
    apa pun lepas ini kena lebih banyak kerja keras untuk menyara kehidupan..:)

    ReplyDelete
  18. sabar jelah, kan kak ;)

    ReplyDelete
  19. menurut PM dalam berita semalam bukan harga minyak naik tapi subsidi dikurangkan...

    ReplyDelete
  20. Betul tu akak dah mmng adat dunia..kena terimalah seadanya..=D

    ReplyDelete
  21. kena menabung lebih sikit r lepas ni..hu3

    ReplyDelete
  22. bersyukurlah akak aiza malaysia masih aman....

    ReplyDelete
  23. tu la aiza la nie kena belajar jimat2 sikit.selalu keta fahz penuh dlm rm100.la nie kena topup lagi rm20 nak sampai full tank.nak tak nak kereta ttp kena gerak....

    ReplyDelete
  24. Sebenarnya ekonomi kita longgar aiza.Sebagai pengexport minyak kita tak sepatutnya terkena kesan kenaikan minyak yang maksima.Perlu ada pihak yang lbh bertanggungjawab
    mengurus ekonomi negara...spa-sapa yang belajar ekonomi mesti tau apa maksud kita... selamat untuk semua rakyat Malaysia

    ReplyDelete
  25. BBM memang amat vital sekali. Ketika harga naik tentu timbul gejolak seperti kenaikan harga bahan pokok dan inflasi. Namun pemerintah bijak ketika mengambil keputusan itu dengan memberikan kompensasi bagi masyarakat yang kurang beruntung.

    Salam cemerlang dari Indonesia!

    ReplyDelete
  26. nasib baik Mizz Aiza drive viva , akak saya drive Mitsubishi . RM pun ngam2 . tapi dia cool jer .

    kwn lelaki dia ada tanya ; camna akak boleh besarkan anak 5 org yer . saya cuma ada satu sbb x berani nak tambah takut x dpt bagi mkn .

    jwpn akak saya simple ; hidup nih kita kena berani terjah . teruskan jer mcm x de apa - apa ... life must go on lah ...

    ReplyDelete
  27. walaupun 20 sen tapi orang yang tak berkemampuan tu terasa sangat,kan akak


    ReplyDelete
  28. nak buat macam mane,, terima jelah ,kalau subsidi terus di hapuskan lagi sakit

    ReplyDelete
  29. 20 sen yg membawa impak besar..
    Percaya tak aiza, kat sekolah kak ni, masih ramai anak murid kak yg bawa 50 sen saja ke sekolah

    ReplyDelete
  30. Beberapa bulan yang lalu di Indonesia juga harga minyak, bensin, solar sudah naik. Sehingga mengakibatkan harga bahan pangan jadi ikut naik. Hmmmm menyedihkan :)

    ReplyDelete
  31. Memang terima kak. Tapiiii, kenapa bila minyak naik, pihak tu persoalkan pulak kalau harga barang naik? Sobss. Sedih tauu. Nis takde kereta. Tapi, tetap terasa jugak. Atau memang diorang nak yg kaya jadi lebih kaya, yg miskin akan terus miskin? :(

    ReplyDelete
  32. Erm... Banyak juga perbezaan. Nor lebih suka jika minyak dapat diberi subsidi mengikut jenis kereta :). Biasanya jenis kereta seiring dengan pendapatan seseorang. Cuma kadang-kadang akan jumpa kereta kecil tapi poket tebal. Sesiapa yang nak harga minyak murah, guna kereta kecil. Hehe... Ok tak?

    ReplyDelete
  33. Lepas ni semua kena berjimat cermat untuk budjet duit minyak lagi-lagi yang naik kereta dan hari-hari kena drive agak jauh kan..:D

    ReplyDelete
  34. Pelbagai tafsiran telah dilakukan setelah kenaikan minyak ni. Banyak yang tidak menyokong.

    ReplyDelete
  35. automatik semua pun naik harga. lagi2 kat tempat sy ni kak.. dah lah mmg mahal semuanya.. tanam sayur belakang rumah je lah, jimat duit nak beli sayur, jimat duit nak beli minyak nak pergi beli sayur..

    ReplyDelete
  36. Malm tu habis penuh home fb, orang dok update pasal nie..

    ReplyDelete
  37. memang dah jangka minyak akan naik huhuhu terima jerlah...

    ReplyDelete
  38. Dulu "depa" jnji lain, lain lain plak jdi.

    ReplyDelete
  39. Mahalnya kak >.< tp nak wat cam ne da kerajaan naikkan huhu

    ReplyDelete
  40. org marah tp sepatutnya kita bersyukur harga minya masih lg ada subsidi. huhu
    viva mmg jimat minyak.. lepas ni kena belajar cara jimat minyak la.

    ReplyDelete
  41. nak tak nak... kena redha jugak kak... apa boleh buat..

    ReplyDelete
  42. yang pasti ia bukan sekadar 20sen..barang lain pun akan naik juga.

    ReplyDelete
  43. JM rasa JM nak releasekan lagu 2 kupang lah kak..hehe...confirm laku lagu 2 kupang ni...mana tau boleh jadi hit! ekekeke

    ReplyDelete
  44. rata-rata merungut dengan kenaikan harga minyak !..

    ReplyDelete
  45. kita x boleh nk boikot minyak nie.. kne terima aje lah..

    ReplyDelete
  46. tak kira nak merungut jugak. hahaha

    ReplyDelete
  47. Mau tepuk je kepala para Menteri nie tau sebab apa? sebab masa pilihanraya kononnya semua harga akan tidak naik, tapi syukurlah Malaysia ada subsidi, tapi sepatutnya kan Malaysia tak perlu import minyak, sebab kita ada telahga minyak sendiri.

    ReplyDelete
  48. free2 je hilang rm6.30 kan..bg sy ni mmg terasa bnyak..lpas dah nk mkan tghri dgn duit sebanyak 2..

    ReplyDelete
  49. Perkara ni memang payah dijangka. Wan punya kereta selalu wan akan isi full. Normal dlm 65 hengget. Lps naik 20 sen, 65 hengget tak cukup utk full. Hahahahaha...padan muka diri sndr.

    ReplyDelete
  50. baguslah akak ni..+ve n bersyukur..certain org dah tak boleh terima kenyataan macam nak terbalikkan stesen minyak je..hehehe..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^