02 September 2013

Teguran Mak Cik India

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku merajinkan diri untuk  jogging di sekitar kawasan taman perumahan (dah puas ternak lemak masa hari raya). Kebetulan ketika balik aku terserempak dengan seorang wanita tua sedang menyiram pokok bunga di hadapan rumahnya.

"Rajin adik jogging." dia menegur aku. "Nak sihat dan kuruskan badan juga." aku membalas dan terus berhenti di hadapannya. Walaupun berbangsa India, mak cik tu fasih bercakap dalam loghat negeri Terengganu (nasib baik aku faham sebab dulu aku pernah belajar di Terengganu).

Rupa-rupanya dia berasal dari Kemaman. Ramah betul mak cik tu bersembang. Walaupun tinggal bersama anaknya di Selangor, setiap bulan dia akan pulang ke Kemaman untuk membuat pemeriksaan kesihatan di sana."Setiap bulan saya balik Kemaman sambil tengok rumah juga.mak cik tu memulakan cerita.

Jeans ketat
Jeans ketat (Gambar hiasan) - Google
"Satu hari tu saya naik bas nak ke klinik, ada seorang gadis Melayu naik bas sama dengan saya. Dia pakai tudung, tapi baju dia pendek dan seluar jeans ketat. Bila dia duduk depan saya, baju dia bahagian belakang terangkat dan nampak x!@x!@. Budak lelaki cuci mata tengok, saya pula yang rasa malu.dia menyambung lagi.

"Habis tu budak perempuan tu tak perasan ke?" aku menyoal. "Saya tegur dengan cara bisik kat dia, tiba-tiba dia terus bermasam muka dan turun dari bas. Bukankah orang Islam kena tutup aurat?" soal mak cik tu. Terkasima aku mendengar soalan dia. "Betul tu mak cik." aku membalas.

Balik ke rumah aku terus berfikir, rasa malu apabila orang bukan Islam menegur mengenai pemakaian orang Islam. Selama ini pun, aku bukanlah menutup aurat dengan sempurna. Bila dah ditegur sebegitu rasa terkesan juga di hatiku.

Terus aku google etika berpakaian seorang muslimah. Semoga panduan berpakaian seperti gambar di bawah ini dapat kita praktikkan bersama.

Pakaian muslimah - Google

^_^

55 comments:

  1. malu la kalau orang bukan islam menegur kita macam tu..tolong jaga etika berpakaian...thanks sharing aiza..

    ReplyDelete
  2. terima kasih kak aiza mengingatkan jugak ;) kadang2 terlepas pandang..

    ReplyDelete
  3. wah, bgus aunty tu kan kak.. zaman skrng ni bkn prempuan je yg berpakaian tk ikut syariat, tpi lelaki pun bnyak juga pakaian yg tah ape2x.. sama2x kita memperbaiki diri dalam mncari redha Allah.

    ReplyDelete
  4. bagus la makcik tu..mmg malu klu bangsa lain yg tegur kn..

    ReplyDelete
  5. tula kak, org bukan islam pon lagi prihatin.

    ReplyDelete
  6. makcik india pun tahu tentang hukum hakam...huhuhu rasa malu pulakkan...

    ReplyDelete
  7. bagus betol non-muslim tu sgt prihatin ngn aurat kan...

    ReplyDelete
  8. tulah yang jadi problem orang melayu islam sekarang ni kak aiza. ingat pakai tudung dah cukup tutup aurat ke. ketat2 pun salah disisi islam sebab nampak susuk badan.

    ReplyDelete
  9. malunya kak huhu
    tapi memang ramai yang macam tu skrg. mohon dorg sedar. >.<

    ReplyDelete
  10. Mungkin orang zaman sekarang ingat bertudung itu trend kot.. sebab tu pakai ala kadar saja..

    ReplyDelete
  11. adda jugak kadang2 tak menutup aurat dengan sempurna..malu kalau ada yg menegur..sama2 kita berubah ke arah kebaikan.. :))

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya, ada ramai lagi kaum lain yang respect dengan orang-orang Islam sebab akhlaknya. Cuma lately, dengan akhlak umat Islam Malaysia yang semakin merosot, respect tu makin lama makin berkurang.

    Contoh paling mudah, bab aurat. Perempuan yang pandai menjaga kehormatannya ni, mana-mana kaum pun respect. Cuma yang poyo-poyo kat seksi tu cantik tu, tak sedar diri sedang dipergunakan lelaki secara sistematik.

    ReplyDelete
  13. kalau orang terima untuk kebaikan kena terima kan Aiza :)

    ReplyDelete
  14. dengam berpakaian yang dianjurkan, akan menghindarkan dari perbuatan yang tidak tidak diinginkan, misalnya pelecehan seksual.
    postingan yang bagus :)

    ReplyDelete
  15. sebaba tu kan kak ada baiknya berkawan rapat dgn org bukan islam ni.. sebabnya kalau disoal dan ditanya benda2 mcm tu, agak sentap jugak kalau terkena kt batang hidung sendiri.. lg sentap klau soalan yg disoal tu kita takleh jawab. huhu

    ReplyDelete
  16. Bila bangsa dan agama lain mempertikaikan pakaian org muslim,rasa malu dan aib...tapi org islam sendiri tak fikir pulak kan..

    ReplyDelete
  17. malu bukan bila org bukan islam lebih faham :)

    ReplyDelete
  18. bila cakap lapsal loghat terengganu nie..sapa2 yang tinggal..lahir kat sini termasuk kaum china atau india semua dh macam orang melay..bahsa dia sebijik lohgat terengganu..lancar dan tak pelat lansung..hihi..^^

    mak cik tu mgkn dh diasa bergaul dengan orang islam..sebab tu dia tegur budak tu kot..:)

    ReplyDelete
  19. itulah kak , orang bukan islam sendiri lebih peka.. malu kita orang islam nie

    ReplyDelete
  20. Ramai sebenarnya tahu tetapi buat-buat tak tahu. Yg bukan Islam mungkin beranggapan yg ditegur tak tahu tapi sebenarnya tahu tetapi tak ambil tahu. Sedih dan memalukan..

    ReplyDelete
  21. bagus makcik India tu..mesti serba salahkan Aiza bila jadi macam ni..jom sama-sama jaga diri dan maruah Islam.

    ReplyDelete
  22. eiqa dulu pakai tudung pakai lengan pendek.
    Jeans ketat tu tidak la, mahu nak kena terajang dgn ayah try la, hahaa
    Tp lepas tu eiqa dah x pakai mcm tu da..
    ble lengan terbuka eiqa rse lain mcm, rse mcm org laki tengok ajee..
    eiqa pun dalam proses nak jd yg lebih baik :)

    ReplyDelete
  23. Memang malu sangat kalu bab berpakaian muslimah ni ditegur oleh bangsa asing...mereka sentiasa memerhati..cuma kita tak sedar...

    ReplyDelete
  24. banyak sekarang ni..nampak tut2 kt belakang..bukan pempuan je laki pun ada jgk tau..zara tngok pun segan..mmngla zara pun tak la sempurna sgt dgn aurat..tpi cuba buat yg terbaik..klu ye pun tempat2 yg bleh menimbulkn fitnah tu tutuplah kan.. nanti macam2 bleh jadi..=)

    ReplyDelete
  25. terkadang orang bukan muslim lagi prihatin kan . malu jee orang lelaki cuci mata :'O

    ReplyDelete
  26. ehe orang non muslim pun tau malu kan?aper la dak pompuan tu...hurmmm
    sy pon kalau nk mik staf mmg nk yg sopan2 jer, yg seksi2 tu payah la sikit karang sy plak yg tergoda..ehehe :)

    ReplyDelete
  27. Bila bangsa sendiri tegur buat tak tahu dan marah pula, tapi bila dah sampai bangsa asing yg tegur, kalau xpaham juga...baik duduk dalam hutan ajer la...

    ReplyDelete
  28. Teguran yg sepatutnya membuka mata hati umat islam. Amat malu bila bukan islam menegur kesilapan kita dlm melayari kehidupan beragama.

    ReplyDelete
  29. mmg terasa malukan...
    sepatutnya kita jd contoh kat org bkn islam...

    ReplyDelete
  30. kalau sally terima kasih kat aunty tu sbb tegur..kadang kita tak perasan

    ReplyDelete
  31. makcik india pun tahu etika berpakaian islam..good sharing akak :)

    ReplyDelete
  32. Makcik tu dok terengganu...dah biasa nampak orang pakai sopan..bila nampak tak kena dimata,teus tegur.
    Kak malu ngan makcik india tu sebab apa tau aiza, kalau benda tu berlaku dpn mata kak, kak sendiri tak mampu nak tegur..tipisnya iman kak...

    P.s mudah2an adik seksi dan makcik india tu diberikan Allah hidayah...

    ReplyDelete
  33. erkk..malunya kalau dah non muslim yang tegur cara pemakaian kita... peringatan untuk kita bersama. thx for sharing sis..

    ReplyDelete
  34. Mak cik memang orang yang baik hati ya. Informasi yang sangat bagus mizz dan bermanfaat untuk kita semua. Salam :)

    ReplyDelete
  35. makcik India yg sangat sporting! like3! hehe

    ReplyDelete
  36. harap ambik iktibar buat semua termasuk kathy juga...

    ReplyDelete
  37. huuuuuuuuuu baik hati makcik tu. sobsss :'(


    p/s : follow sini :D

    ReplyDelete
  38. Kadang2 org bukan Islam faham dan menghormati cara kita sbg org Islam, tp yg sedihnya org Islam sendiri tak faham apa yg Islam dah gariskan.

    ReplyDelete
  39. peringatan yang bagus untuk semua...heheheh....sy pon nak joging gak lah...lemah dah banyak sangat...kui...kui...kui...

    ReplyDelete
  40. mmg rsa malu bila org bukan islam menegur...agaknya gadis dlm bas 2 pn malu..sbb 2 la dia trun dr bas..kalau nk trik org bukan islam dgn agama islam..kita ptt tunjuk tauladan yg baik =)

    ReplyDelete
  41. ermm,, bende macam ni xramai yang ambil berat, bile ditegur, kena marah pulak. hu muga budak di tegur berubah..

    ReplyDelete
  42. uish! malunya kena tegur.... sekarang pakai legging jarang pun ada kak, bertudung pulak tu.. acaner tu..

    ReplyDelete
  43. jiran kiri saya india , belah kanan lak cina . rasa mcm diperhatikan jer wpun cuma kuar sidai baju ...

    ReplyDelete
  44. uih malu gila. org bukan islam pon taw bab aurat neh.

    ReplyDelete
  45. Malunya org bukan islam ckp mcm tue..farah pn tak sempurna jugak lg akak..tp sekurang2nya tak dak la sampai pakai pakaian yg nampak tutttt..adoi ceq malu aih..:)

    ReplyDelete
  46. org bukan islam pun tahu, tapi mslh nya org islam buat2 tak tahu.. huhu.. moga Allah beri mak cik India tu hidayah Islam..

    ReplyDelete
  47. bagus betul aunty tu.. malu dengan sikap orang islam yg macam perempuan bertudung tu..

    ReplyDelete
  48. ramai yang berpakaian macam tu..pakai je tudung tapi baju ketat..nampakkan susuk tubuh..kot eya nak bergaya biarlah kena dengan cara..

    ReplyDelete
  49. Tak ramai yang mampu menegur secara ikhlas.. sebab kadang2 yg menerima teguran tu tak boleh terima.. Jom sama2 muhasabah diri :)

    ReplyDelete
  50. Peringatan untuk wanita2 diluar sana.. Lelaki plak ambil pengajaran.. keh2

    ReplyDelete
  51. Assalammualaikum Aiza, yaa teguran mengenai Aurat tu memang kena ambik berat. walaupun kita ditegur oleh bukan Islam kena take action sebab itu aib serta kelemahan dalam segi ilmu serta amal yang akan boleh digunapaki oleh bukan Islam untuk jatuhkan Islam. Tapi kena hati-hati gak walaupun di nasihatkan oleh yang bukan Islam nie, sebab dorang belajar pendidikan moral = truelu pure catholic knowledge, yang mana adap dan sopan dorang kadang-kadang mengalahkan kita sebab agama lain mencontohi akhlak Baginda Rasulullah S.A.W.

    Jejak iskandarX 3.0 iskandarx.com

    ReplyDelete
  52. Sepatutnya kita mempamerkan imej yang baik kepada penganut lain. Sebaliknya pula ditonjolkan.

    ReplyDelete
  53. wahhhh bagus makcik tu..tapi betullah tu aib jugak tu...tak tahu pulak keadaan tone suara makcik tu.kalau kuat..mmg malulah budak tu..

    ReplyDelete
  54. Salah satu martabat yang dijulang tinggi pada wanita adalah kerana aurat yang terjaga.

    Kalau dia tidak menjaga auratnya bererti dia telah merendahkan martabat dirinya sendiri

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^