20 September 2013

Khurafat dalam Masyarakat

Assalamualaikum,

Khurafat ialah semua cerita atau rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.

Khurafat dalam Masyarakat
Khurafat dalam Masyarakat (Gambar hiasan) - Google
Walaupun zaman telah moden, sesetengah individu masih mengamalkan amalan khurafat di dalam kehidupan seharian mereka. Contohnya seperti mempercayai kubur ada keramat dan mempercayai tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya.

Beberapa kesan buruk akibat amalan khurafat seperti berikut:
  • Menyebabkan syirik dan membatalkan iman
  • Masyarakat menjadi mundur dengan khayalan yang sia-sia
  • Menyekat akal berfikir logik dan sistematik
  • Membazir masa, tenaga dan harta
Oleh itu, bersama-samalah kita mencegah amalan khurafat yang berlaku di sekeliling kita. Setiap umat Islam hendaklah mendalami ilmu agama sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis nabi S.A.W yang bermaksud:

 “Wahai manusia, sesungguhnya aku tinggalkan akan kalian semua dua perkara. Tidak akan sesat kalian selama-lamanya selagimana kalian berpegang teguh dengannya. Iaitu Kitabullah (al-Quran) dan Sunnah Nabi S.A.W”. (H.R al-Baihaqi : 20779 dari Ibnu Abbas ; Sahih al-Targhib : 41)


Rujukan: 

  1. www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/khurafat-dan-azimat-menurut-perspektif-islam
  2. Buku Mencari Redha-Mu, Ustaz Noor Hisham Ismail (2011), Karya Bestari Sdn. Bhd. 
  3. kemusykilan.islamgrid.gov.my/questions/view/2860
  4. www.utem.edu.my/pusatislam/index2.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=23&Itemid=58

^_^

52 comments:

  1. oh! janganlah kita tergolong dalam golongan ini, percaya kepada benda-benda karut marut, menyimpang jauh dari ajaran Allah...

    ReplyDelete
  2. jahuhiah amalam sedemikian rupa..

    salam jumaat kak :)

    ReplyDelete
  3. layout baru! hehehe..patut la sally tak boleh komen td :)

    khurafat ni kadang-kadang kita tak perasan pun bila bnda tu dibuat..kan..?

    ReplyDelete
  4. Dunia akhir zaman, semakin lama semakin menjadi2 kejahilan dalam masyarakat. Terkadang disebabkan nak memuaskan nafsu sendiri, nak memuaskan kepuasan yang bermaharajalela dalam jiwa, terlupa, yang mereka tersilap langkah mengambil jalan pintas yg salah, sehingga boleh menjurus kepada perkara-2 khurafat yg boleh membawa kepada syirik kepada Allah. Na'uzubillah. Minta kita semua dijauhkan dari segala tipu daya iblis dan syaitan la'natullah...

    ReplyDelete
  5. btul..

    kadang2 tgk dress up dh up to date tp pemikiran masih kolot sbb percaya pada benda2 tahyol..

    kadang2 suke tanya member tu balik.. kitab mana dia rujuk.. pastuh member tu tersenyum malu sendiri..

    ReplyDelete
  6. cantik templat baru aiza...

    ReplyDelete
  7. Masyarakat Melayu ni walaupun dah bertahun merdeka masih lagi gagal dari memerdekakan minda mereka dari kepercayaan tahyul sebegini. Kepercayaan tahyul yang membawa kepada amalan khurafat bukan sahaja menghakis iman, malah ia juga menyekat minda Melayu menjadi progresif.

    Ia bukan sahaja melibatkan orang ramai, malah masih lagi menjadi amalan para pemimpin-pemimpin Melayu.

    Macam sekarang ni, Perhimpunan Agung UMNO dah dekat ni. Bomoh-bomoh sure tengah lebat buat duit sekarang ni. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. Yup Aiza..jom jauhkan diri kita dari benda-benda macam ni..

    ReplyDelete
  9. penting sekali mempelajari ilmu kebenaran tentang islam agar manusia tidak tersesat. sayangnya dimasyarakat, banyak yang meyakini sesuatu yang tidak ada dasarnya.
    Sosialisani atau dakwah kepada yang belum paham adalah kewajiban kepada mereka yang telah lebih dahulu tahu.

    Terima kasih Ilmunya.

    ReplyDelete
  10. syirik adalah dosa paling besar sekali.. moga kita dijauhkan drpd perkara mcm nie..

    ReplyDelete
  11. terima kasih. perkonsian yang cukup bagus untuk tatapan semua terutama umat Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
  12. di daerah saya juga masih banyak tradisi semacam itu miss. Saya sendiri kurang tahu kenapa masyarakat masih saja melestarikan hal-hal seperti itu. padahal dalam ajaran islam tidak dibenarkan adanya.

    btw template blog nya baru ya miss. tambah cantik aja nich Blog Dunia Kecil :)

    ReplyDelete
  13. semoga kita dijauhkan drpada perkara2 mcm ni.. huhu

    ReplyDelete
  14. Nauzubillah...jauhilah dari kepercayaan karut dan khurafat, teguhkanlah iman dan akidah...

    ReplyDelete
  15. tengs sharing kak..betul tu..hmm memang banyak berleluasa di masyarakat zaman kita sekarang

    ReplyDelete
  16. minta dijauhkan daripada kita semua benda ni..jangan sampai kita nak libatkan diri..

    ReplyDelete
  17. Itulah salah satu sebabnya kenapa rumah kakak dah abang tak benarkan menonton cerita hantu di tv. Anak-anak pun abang tak benarkan juga sebab kalau kita menonton bererti kita bersyubhat juga...

    ReplyDelete
  18. Semoga kita di jauhkan dari perkara2 yg membawa murka Allah..salam jumaat akak..=D

    ReplyDelete
  19. lawa muka baru dunia kecil ni..hu3..lau bleh buat kasi ringan lagi..hu3

    khurafat tu dah termasuk dalam dosa menyekutukan Allah..bahaya bleh terpesong Akidah kita

    ReplyDelete
  20. mintak dijauhkan,kalau ada apa2 masalah.baik berdoa dan berusaha saje.:)

    ReplyDelete
  21. Takutnya dengan orang golongan nie ..mcm2 umi imagine orang yang mengamalkan khurafat nie huuu ..

    nice info dear (^_^)

    ReplyDelete
  22. Semoga kita dijauhkan dari golongan mcm tue akak..

    ReplyDelete
  23. sue masuk blog kak rasa cm lain je...hehehe interface baru ye...

    ReplyDelete
  24. seharusnya kita nggak termakan sama cerita-cerita yg menyimpang begitu krna bisa melemahkan logika

    ReplyDelete
  25. percaya cakap bomoh pun amalan tak diterima 40 hari. huhu.. moga jauh2 dari kita.. semalam baru je tengok semanis kurma. ada juga cerita psl susuk,dan ilmu2 sihir. khurafat!

    salam kenal kak. ayu follow..

    ReplyDelete
  26. dah.lawa dh layout ni...maybe shoutbox tu kena ejas kot...pasang dkt sidebar pun okey kot..xpun letak dkt page lain

    ReplyDelete
  27. Save22, Save22 & Save22 ... apa asyik Save22 je akak ni? cuba tuka iklan lain lak... hehehe

    ReplyDelete
  28. lagi satu..kalau iklan nuffnang tu diletakkan dkt sebelah banner dunia kecil tu lagi lawa kot..hu3

    p/s : banyak songeh plak aku ni yer

    ReplyDelete
  29. Khurafat ini sepertinya menyekutukan Allah SWT.

    ReplyDelete
  30. lawa layout baru ni..tahniah kak aiza :)

    ReplyDelete
  31. banyak lagi bnda khurafat yg kadang2 kta tak perasan.. contohnya tilik nasib, dan baca horoscope.. :)

    ReplyDelete
  32. mintak dijauhkanlah dari semua benda mengarut ni. amin :D

    ReplyDelete
  33. jika katakan bertentangan dengan islam memang bertentangan, tapi kan jika itu sebuah adat ekebudaan bukalan sulit untuk merubah, karena setiap daerah atau wilayah atau setiap negara punya adata dan atrannya masing2, kembali lagi ke niatnya

    ReplyDelete
  34. Bohmau memang tak percaya langsung...balik2 tu je isunya KENA BUATAN ...

    ReplyDelete
  35. nice post..

    p/s: Fuyoo..cantik design baru.. :)

    ReplyDelete
  36. salam akak! semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah dan di jalan yang Allah redhai..

    ReplyDelete
  37. moga dijauhkan. Benda2 mcm ni bukan boleh dibuat main. Nanti kita jga yg terima padahnya.

    ReplyDelete
  38. jgn lupa kata ; ' dgn izin allah ' utk elak syirik ...

    ReplyDelete
  39. ya Allah jauhkan dari semua tu, khurafat ini bahaya

    ReplyDelete
  40. Amalan ini semakin menjadi-jadi. Ada beberapa rakan yang kongsikan beberapa cerita peribadi mereka yang boleh diambil sebagai iktibar dan pengajaran.

    ReplyDelete
  41. Banyak info dekat blog akak nie kann ^_^

    ReplyDelete
  42. patut la akk hide blog jap.. template baru upenye wuwuwuwuw

    yup kita kena hindarkan diri dari khurafat.

    ReplyDelete
  43. semoga kita dijauhkan daripada amalan syirik ini,...

    ReplyDelete
  44. Byk lg benda kurafat yg menjadi kepercayaan terutama org tua yg tiada kesedaran ttg ni..

    ReplyDelete
  45. Astagfirullah.. semoga kita semua terhindar dari terjerumus kedalam perkara2 kurafat ini.. amin.

    ReplyDelete
  46. semoga kita tak tergolong la org mcm 2 dan dijauhkan la..silap2 terpesong agama..bolah jd syirik pula..

    ReplyDelete
  47. zura suka tol tgk cite2 antu nih.. hihhih...

    ReplyDelete
  48. kerja syaitan memang menyesatkan kita...cara khurafat ini tetap ada walaupun dunia sudah moden

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^