Assalamualaikum,
Ketika mula bekerja di Putrajaya (Mei 2008) aku hanya menaiki bas untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Kadangkala aku terpaksa pulang lewat petang untuk menyiapkan tugasan. Oleh itu aku tekad untuk membeli kereta bagi memudahkan pergerakan.
Kerana Pengkid Aku Tahu Memandu |
Cikgu yang mengajar aku memandu seorang pengkid yang usianya 3 tahun lebih muda dari aku. Memang dia cool saja ketika mengajar aku memandu. Aku pernah mendengar perbualan telefonnya dengan awek dia, siap ada perkataan 'papa' dan 'mama' lagi.
Aku memang 'lembab' sikit ketika belajar tu, mungkin sebab lepas balik kerja terus kena belajar memandu membuatkan badan aku penat. Semestinya orang yang mengajar aku pun akan bengang juga dengan sikap aku.
"Akak.. Kalau nak memandu tu kena guna otak. Kita kena fikir apa yang akan berlaku jika kita buat satu tindakan tu. Jangan main redah je." tersirap darah aku mendengar kata-kata dia. Sakit juga hati aku sebab budak tu lepasan SPM saja.
Tapi silap aku juga sebab asyik mengulangi kesalahan yang sama. Teguran tu seharusnya aku ambil dari sudut yang positif. Walaupun dia lepasan SPM dia adalah cikgu aku, jadi aku harus hormati dia. Kata-katanya membuatkan aku rasa tercabar untuk belajar bersungguh-sungguh.
"Akak.. Kalau nak memandu tu kena guna otak. Kita kena fikir apa yang akan berlaku jika kita buat satu tindakan tu. Jangan main redah je." tersirap darah aku mendengar kata-kata dia. Sakit juga hati aku sebab budak tu lepasan SPM saja.
Tapi silap aku juga sebab asyik mengulangi kesalahan yang sama. Teguran tu seharusnya aku ambil dari sudut yang positif. Walaupun dia lepasan SPM dia adalah cikgu aku, jadi aku harus hormati dia. Kata-katanya membuatkan aku rasa tercabar untuk belajar bersungguh-sungguh.
Ketika hari ujian aku adalah calon pertama. Yang ngerinya sebab kereta yang aku dapat tu kereta lama yang enjinnya asyik mati, masa kat dalam parking tu aku terpaksa tekan minyak lebih sebab ia susah nak bergerak (nasib baik masa yang diberikan lama, asalkan tak langgar tiang je).
Ketika ujian jalanraya, keluar saja dari sekolah memandu kena naik bukit tinggi. Boleh pula aku terlupa nak tukar gear, terus enjin mati. Nasib baik pegawai JPJ tu suruh aku hidupkan semula enjin dan masukkan gear dan alhamdulillah aku lulus.
Sehingga kini aku selalu teringat kata-kata pengkid tu. Nak bawa kereta kena gunakan otak. Sebab tu nak ke mana pun jangan lupa bagi signal elok-elok. Adakalanya orang yang berpendidikan tinggi tak semuanya 'menggunakan otak' ketika memandu.
^_^
walaupun dia pengkid dia tetap seorang guru...tp betul kata dia..kalau pandu kena guna otak ...yang dok jadi tak tahuan dan xsiden tak benti ni sbb tak guna otak la...sy setuju ngn mizz..kengkadang ngaji tahap PHD tp lesen tahap tadika jer...
ReplyDeletehaha, walaupun dia peng..tapi..
ReplyDeleteberjasa jgk dia...kalau bkn sbb dia..
adda sampai skrg tak berani nak ambil lesen lagi tau..hehehe..bestnya akak dah ada lesen kereta.. :))
ReplyDeletedulu amik lesen kat perak kat mana. dlu saya amik kt manjong
ReplyDeletehihi, terasa kebengangannya jika ada yang kecil mengeur kita kan, tapi... kita kena jugalah terima teguran dia. Teguran dia untuk buat kita pandai.. akhirnya, tengok akak sekarang, mesti hebat memandu.. hihih... mama pun sama kak... dulu asik kena marah je dengan suami mama, lagi teruk rasanya dari akak kena.. hihiihii
ReplyDeleteIM dah ada lesen jugak tapi jarang drive. Hehe
ReplyDeletehahaha..jgn tergoda dgn pengkid tu sudah la yer
ReplyDeletegood sharing..:)
ReplyDeletebetul tu kak..kekadang kita nie hanya mengikut kata hati..tidak guna otak...
ReplyDeletemgkn sebab cara teguran dia yang ganaz buat akak ingat sampai sekarang^^
Pokok pangkalnya dalam segala hal kena berfikir dulu sebelum bertindak.. :-)
ReplyDeleteselamat atas kerja barunya moga betah dan rezekinya berlimpahlah akibat kerja di sini.
ReplyDeletehe3 sbar jelah kak =) bila kita nk menuntut ilmu, mmg mcm2 ujian dtg pd kita..Alhamdulillah kan..berkat sbar..akak dah lulus semua 2..
ReplyDeletehuhu. selalunya teguran diorang tu kasar tapi betul & ikhlas. kihkih. maksud sha diorang tak bermuka-muka la. lepas je cakap benda yg betul :D
ReplyDeleteHuhu... sentap jugak kalau kena teguran camtu. Tp as long as kita sentiasa positif utk kebaikan diri.. ok jer. Kritikan perlu utk kebih maju. Hehe
ReplyDeletehehe..zara dulu waktu ujian kate..ok je semua ..siap jpj rehat2 kat sebelah..buat tak tau je lepas tu trus lulus..yg susahnya ambil lesan moto..dekat titi tu..asyik jatuh je..last2 lulus jugak.hehehe
ReplyDeletememang kita tidak boleh menilai seseorang dari luarannya.
ReplyDeletesetiap manusia ada manfaatnya..
betul tu... kadang-kadang seseorang yg tak sempurna tu menyempurnakan hidup kita.. :D
ReplyDeletejom balas komen kat blog DRC
http://kzamusa.blogspot.com/2013/09/jom-jadi-lelaki-ekslusif.html
Hehehehe benar juga kata cikgu itu mizz. Dalam melakukan hal apapun kita harus menggunakan otak :D
ReplyDeleteheeh...guna otak jgn guna lutut...
ReplyDeleteheeh selalu je kena mcm tu...kikiki
Untunglah sekarang dah ada auto punya. Nasib baik lah kalau sapa2 yang dapat pengajar baik hati.. Kadang2 ada yang pemarah tu yang sakit hati tu. Hehe
ReplyDelete@eira eixora
ReplyDeleteambil di ipoh..
wah..muda2 lagi budak tu dah jadi guru kelas memandu yer?
ReplyDeletekita kena hormat guru kita kan :) barulah ilmu tu berkat heee tp kalo peng bg sedas mmh sentap kot huhu
ReplyDelete@Kathy Rbain
ReplyDeletesekolah memandu tu abang dia ada syer kat situ..
kita cukup tak suka kalau ada yang drive tak nak bagi signal aiza...kadang-kadang masuk mencelah aje..and satu lagi nak masuk simpang. Selalu ingatkan dia orang nak jalan terus and tunggu..tup-tup msuk simpang..hmmm..tak faham macamlah susah sangat nak bagi signak kan...
ReplyDeleteSy rasa kan kak utk sesetengah orang bagi signal adalah benda paling susah sekali di dunia.. Cukup sakit hati dengan org macam ni.. Especially masa kita tunggu nak keluar simpang, alih2 dia masuk pulak.. Lg2 yg kereta mahal2 dan besar2. Harap bayar je ratus ribu tapi signal tak guna. Membazir je.
ReplyDelete*membebel pulak*
betol tu kak... ramai yang tak pakai otak time memandu. nak lintas pon sesuka hati nak belok pon sesuka hati. geram gak kdg2
ReplyDeletepha is sampai sekaang x de lesen kereta.. harapkan moto je...
ReplyDeletebetul tu kak.x kira la muda brp tahun dari kita,kalau namanya pengajar, ada sebab dia menegur kita. hihi :)
ReplyDeletekot2 kalau akak x rasa tercabar, mungkin smpai skrg pn x reti bwak kereta.hihi
cabaran yang positif namanya tu..
ReplyDeletePerghh, boleh tahan pedas jugak laa kata-2 pengkid tu. Hihi. Tapi, bila dipandang dr sudut +ve, ada benarnya jugak. Alhamdulillah, dapat jugak akak lesen kereta atas usaha akak, biiznillah. :)
ReplyDeletewoaaa sangat memotivasikan diri apabila memandu. yup kena guna otak apabila memandu :)
ReplyDeletehuhu..mcm2
ReplyDeletekadang2 org yg lepasan SPM je lebih beretika drpd orang lepasan universiti bila masuk bab memandu.
ReplyDeleteBest la baca kisah akak ni hehe. Ida belajar memandu sebaik jer lepas periksa SPM...masa tu ida dah tahu la bawa keta auto. Masa belajar tak susah sgt la cuma kena kontrol gear jer sbb yg lain2 semua dah pandai balance. Masa test pulak kebetulan pakcik JPJ tu kawan ayah hehehe. Ida lak buat perfect takde lah memalukan ayah.
ReplyDeletedah isi tabung nuff anda. selamat menabung.
ReplyDeletehahaha.. kepada yang tak bagi signal nak masuk simpang tu, dengan ini man terus cop sebagai takde otak.. hahaha
ReplyDeleteAll the best kak..biasanya kejayaan yang datang dari usaha dan susah payah tu lebih bermakna kan..:)
ReplyDeleteSatu perkongsian pengalaman yang menarik Aiza.
ReplyDeleteBetul juga kata-katanya itu.
tak kisah asla dia ajar kita..pastu kita lepas memandu ok juga..ya signal mmg penting :)
ReplyDeletenilah yg dikatakan kritikan membina. ye dok? :)
ReplyDeletefotonya kok rada mirip sama penyanyi youtube asal malaysia "qaisara syafiza" saya ngefans dengannya ckckckc
ReplyDeletehehe kak aiza. yang paling penting ambil yang jernih buang yang keruh :D
ReplyDeletebgsla akak sbb berpandangan +ve terhadap kata2 budak tu.. wlpun pd ms tu kte rs sakit hati..biase la nk ngajar org nie kne byk bersabar..klu x mcm2 perkataan keluar..
ReplyDeleteFarah pulak ada pengalaman buruk masa belajar memandu..sebab cikgu yg mengajar tue suka ambik kesempatan..dia suka buat2 tersentuh.. sakit hati btl.. rasa nk report je masa tue tapi tah mcmne tak jadi sebab malas nk pnjang2.. tp skrg menyesal pn ada tak report.org mcm tue kena ajar pttnya..ermm tp nk buat cmne benda dh lepas..
ReplyDeletebetul tu kak aiza..kita memandu ni kena fikir jugak tanggungjawab kita kepada pemandu lain..bukan ingat nak lepas diri sorang2 je kan :)
ReplyDeleteSetiap jasa yg baik pasti akan tetap di kenang.. semoga sahabat Aiza tu diberi pertolongan & petunjuk dari Allah agar tetap dijalan yg baik, in shaa Allah.. amin.
ReplyDeleteok lah bukan semua berani nak bawa kete walaupun ada lesen kan? hehhe
ReplyDeleteTime amek lesen dulu kereta first time buat terus pass. Tapi moto haha, 2 kali baru lepas. Terjatuh motor kot time ujian brake emergency, kemek habis motor tu.
ReplyDeletehahahaha oklah tu acik nie tak lesen lagi :) guna motor sana sini..baru nak ambil lesen ...guane ?? hehehee
ReplyDeleteJadi pemandu itu sepertinya asik ya. Oiya mbak, tahun 2008 sampai sekarang masih muda elihatanya ya :)
ReplyDeleteAWET.
okay sentap..sally belum g repeat lesen P lg! hahaha...salah kereta jugak...sbb keta tak boleh start..sally yg kena turun...xnak kwn dgn JPJ tu!!
ReplyDeletetips yang bagus...
ReplyDeleteuniversity of London
http://www.noormalashahar.com.my
kahkah... ada yg punya kereta mewah tp tak mampu adakan lampu signal... bawa ikut suka dia jew nak masuk mana..
ReplyDeleteakak memang fobia ngan pengkid. kalau boleh tak mau dekat pun ngan pengkid. takuttttttttttttttttt....
ReplyDeletekalau akak le pengkid yg ngajar terus cari sekolah memandu yg lain.
wahh...macam macam dugaan akak dapat..sabar jela :)
ReplyDeletekalu sy pon tersentap jg tp sbb nk belajar..tadah je kn la telinga kn aiza...sabo je la
ReplyDeletezura dulu blaja ngn nyonya tua... asek kena bebel je ngn dia.. hahaahaha
ReplyDeletehaha kan dah kena tegur..takpe amek sudut positif yer.. pandu kereta nie macam maen game je..guna otak mmg lew..tapi sebenarnya kereta nie kita dirver kena pandai mengira tepat dari sudut jarak jika berlaku ape2..cth kereta didepan break mengejut kita dapat elak...
ReplyDeletebagus nasihat pengkid tu. kalau takde otak bila pemandu, menyusahkan org lain di jalanraya, kan?
ReplyDelete:-)
syoknya akak 1st time dah lulus..didiey esok JPJ test utk litar..doakan didiey lulus kali ni k :)
ReplyDeleteyerlah, mmg kita bkn kene gunakan otak ketika memantu shj,ketika urusan seharian 24jam pun mmg kene guna otak.ehehe mungkin cara dia tu mcm agak kasar, tp niat dia mungkin ikhlas kot.kot la...apa pun bab pengkid ni sy kurang setuju...mungkin dia sendiri tak gunakan otak ketika menjadi pengkid tu...hahaha :)
ReplyDeleteat last lulus jugak, i think pengkid ni lebih faham naluri perempuan..coz she's woman jugak kan..:)
ReplyDeletemmg best wktu ambik lesen kereta ni.. saya dlu asyik kna marah jek haha :D
ReplyDeletesuka kata2 akak yg last tu.. tgk org skrg bawa kereta punya laju. takut pula bila nk drive. alhamdulillah lulus juga :)
ReplyDeleteEeeeii mama papa..geliiii.. Saya pun kdg2 drive main redah je..berani pulak tu bawak laju2..time parking main hentam je..kihkih
ReplyDelete