31 March 2014

Merawat Cirit-Birit di Rumah

Assalamualaikum, 

Di hujung minggu pastinya banyak jemputan ke kenduri kahwin rakan atau saudara-mara. Ada masanya makanan yang disajikan memberi kesan terhadap perut kita. Mungkin perut akan berasa sakit, memulas dan berlakunya cirit-birit

Rawat Cirit-Birit di rumah
Rawat Cirit-Birit di Rumah (Gambar hiasan) - celiacdisease.about.com
Sebelum ini dibincangkan mengenai cara untuk merawat bibir kering. Beberapa cara yang boleh dilakukan bagi merawat cirit-birit di rumah adalah seperti berikut:

1. Air teh O merawat cirit-birit
Bancuh pekat air teh dan minum ketika ianya masih suam. 

2. ENO atau 100 plus merawat cirit-birit
Ambil sepeket ENO dan bancuh dengan segelas air dan diminum. Boleh juga meminum air 100 plus atau minuman isotonik yang lain. 

3. Daun jambu batu merawat cirit-birit
Ambil beberapa helai daun jambu batu dan ramas bersama sedikit garam dan air suam. Minum air daun jambu batu ini.

4. Buah ciku muda merawat cirit-birit
Rebus buah ciku muda dan minum airnya ketika masih suam. 

5. Pil chek it teck aun merawat cirit-birit
Boleh beli pil chek it teck aun dan simpan di rumah anda sebagai persediaan sekiranya berlaku cirit-birit. 

Seelok-eloknya segeralah mendapatkan rawatan doktor di klinik yang berhampiran anda. Kemungkinan sakit perut dan cirit-birit yang berlaku adalah akibat keracunan makanan. Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan kekeringan.

p.s: Ketika tinggal di kampung, air daun jambu batu itulah yang selalu diamalkan. Kini pokok jambu batu susah didapati, jadi aku terus minum 100plus sahaja. Bagaimanakah cara anda merawat cirit birit?

^_^

50 comments:

  1. kadang2 pun camtu kak aiza..
    sakit perut tak tentu pasal..
    tapi selalu telan pil cikitek ok tu jeee..hehee

    ReplyDelete
  2. wah harus segar ditangani ya mizz klau kita terkena cirit birit ini. Thanks atas share nya ya ;)

    ReplyDelete
  3. Wah tq sharing, kalau satu hari kena. Boleh try tips yang akak bagi ni :D

    ReplyDelete
  4. lisa selalu minum eno aje, hehe

    ReplyDelete
  5. Farah biasanya gunakan cara 1 &2 akak.. mmg btl berkesan.. thanka jugak share kaedah yg lain utk merawat cirit birit.. =D

    ReplyDelete
  6. Kalau dah cirit birit nak buat apa pun dah tak best .

    ReplyDelete
  7. Cirit-Birit itu sejenis penyakit
    yah Mbak Mizz Aiza? harus ada
    Penanganan yang intensif yah Mbak
    Apa lagi jika penyakit berlanjut
    Alangkah baik nya segera hubungi
    Dokter.

    ReplyDelete
  8. Selalunya Fuza sapu minyak panas je sebab takur nak cuba semua di atas

    ReplyDelete
  9. heehehe qila alhamdulillah cirit pastu dah tak dah. Minum air je hewhew

    ReplyDelete
  10. Baru tau 100plus pun boleh mengurangkan cirit birit. Tq for sharing kak Aiza :)

    ReplyDelete
  11. Biasanya kalau saya mengatasinya dengan minum teh O atau oralit (campuran gula garam)

    ReplyDelete
  12. ambil pucuk jambu batu...than, gigit dan telan, rasa mmg pahit..tapi x per boleh bilas dgn air kosong..kesannya paling ketra..cepat sembuh..insyaAllah

    ReplyDelete
  13. Salam.
    Boleh diamalkan kalau kena cirit0birit. Sekarang ni kawasan saya tengah ada krisis air. Kalau waktu-waktu macam ni kena cirit-birit memang 'masak'. haha

    ReplyDelete
  14. selalunya puteri amalkan minum air 100 plus atau air kelapa muda je. Tapi memandangkan kadang-kadang susah nak dapat air kelapa muda, jadi 100 plus jelah yang paling senang :)

    ReplyDelete
  15. Artikelnya sangat bermanfaat salam sukses selalu dari Indonesia...

    ReplyDelete
  16. tips nya sangat bermanfaat dan berguna kak

    ReplyDelete
  17. Bunda Kalau mengalami ni...bunda minum air teh o pekat tanpa gula...setakat ni memang menjadi...

    Tapi pil 'Chi-Kit Teck Aun' tu sentiasa ada dalam simpanan...

    ReplyDelete
  18. Daun jambu batu paling ampuh kalau menurut saya.

    ReplyDelete
  19. ternyata Daun jambu batu bisa untuk merawat cirit-birit ya.

    ReplyDelete
  20. aiza macam tau2 je saya sedang alami apa yang aiza tulis tu..terima kasih atas perkongsian tips tu...=)

    ReplyDelete
  21. cer try teh o pekat tanpa gula...minum stgh gelas je..

    ReplyDelete
  22. Dulu waktu bujang selalu terkena sebab makan kat tempat sebarangan. Kadang-kadang, makan kat tempat yang kurang kebersihan ni memang boleh membawak penyakit.

    ReplyDelete
  23. teh o pekat tak lalu nak minum..hihi. kalau saya kena cb, saya makan pil chi kit teck aun tu, dan kemudian minum 100plus banyak2 untuk elakkan badan kehilangan cecair. boleh lembik bila terkena cb..

    ReplyDelete
  24. 1 lagi petua yang MET nak bagi.

    Ambil senggenggam beras, goreng (tanpa minyak) dalam kuali (guna api sedang) sampai perang (jangan hitam sangat sbb nanti pahit. masukkan air. kemudian tapis. dah suam minum.

    Selepas minum, selama 4 jam jangan makan apa-ap.

    petua yang mudah dan murah.

    Assalamualaikum Aiza.

    ReplyDelete
  25. tips yang bagus & menarik, tq share yer !

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum , kalau dulu sheila biasakan minum air suam banyak2 sebelum nak memerut. hehee. tak pun mak bagi pil .. hehe singgah menabung ford sini~~~

    ReplyDelete
  27. Alhamdulillah ada pun tips untuk sakit perut cirit birit ni.. memang pun kadang2 sebab kenduri orng kita malas nak makan pagi smpai sakit perut lepas makan kenduri ..

    Thanks for sharing.. :D

    ReplyDelete
  28. Cirit birit ni mmg sengsaralah klu terkena.. tak tahan nak terkucil je & tak boleh nak tahan2.. siksa btul..
    3x lenovo Aiza.. :D

    ReplyDelete
  29. air daun jambu batu tu memang saya pun pernah cuba
    sekarang tak ada dah pokok jambu batu rumah saya ni
    makan pil chek it teck aun aje =)

    ReplyDelete
  30. awok bile kene CIRBI ni le paling tak tahan..... bukan ape.... kena standby selalu ke toilet... penat..... sekali keluo ayo je.... hihihih.......

    ReplyDelete
  31. mantap,, lanjutkan sharingnya ya

    ReplyDelete
  32. pil chi kit teck aun memang pilihan saya :)

    ReplyDelete
  33. Samalah Aiza... kalau kena cirit birit, carik 100 plus je... kalau tak pil chek it teck aun...
    ^__^
    Menabung Ford sekali...

    ReplyDelete
  34. Thanks for sharing Aiza..Smokey & game fuse for you..

    ReplyDelete
  35. Saya juga gunakan pucuk daun jambu batu kalau di kampunglah.

    ReplyDelete
  36. Pil ciki tack aun tu la yg dok spare kat umah ni aiza...

    ReplyDelete
  37. yg 1 tu pernah buat...oklh jugak..ad kesannya..

    ReplyDelete
  38. pasal daun jambu batu tu mmg pernah dengar tapi ambil bahagian pucuk, kemudian makan macam tu je.. mmg pahit gila.. heheh

    ReplyDelete
  39. Biasanya saya minum ENO...itu yg paling mudah dan stok sentiasa ada. Kalau xelok juga, pi klinik le...

    ReplyDelete
  40. kalau kita kena, boleh gak tahan.. tapi kalau kena kat anak2 lagi susah hati.. petua orang tua2 tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas..

    ReplyDelete
  41. oh..air teh 0 boleh ea..? ENO sy tau la..hehe..=)

    ReplyDelete
  42. kalau sally...minum air masak banyak-banyak..sebab tu doc yg suruh..dia kata biar bersihkan perut tu

    ReplyDelete
  43. daun jambu batu mmg berkesan merawat cirit birit..

    ReplyDelete
  44. Munirah amalkan yang no 5 tu. hihi

    ReplyDelete
  45. Bagus tips yg Aiza kongsi ni. Saya selalu amalkan no. 1 & 5 :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^