Assalamualaikum,
Ketika baru mengenali pasangan, salah satu perkara yang diperhatikan adalah cara si dia makan. Walaupun ianya nampak seperti sesuatu yang biasa, namun sebenarnya cara makan juga dapat menggambarkan personaliti cinta si dia.
Sebelum ini telah dibincangkan mengenai kuiz uji personaliti diri. Bebarapa cara makan dan personaliti cinta adalah seperti berikut:
3. Makan sambil kerap membelek makanan
Si dia begitu tekun makan hinggakan tumpuan terhadap makanan yang dimakan lebih banyak berbanding diri anda. Dia juga sangat teliti, contohnya tulang ikan disusun rapi di tepi pinggan. Personalitinya adalah dia seorang yang prihatin dan serius terhadap apa yang dilakukannya.
Kenali Personaliti Cinta Pasangan Berdasarkan Cara Makan (Gambar hiasan) - footage.shutterstock.com |
1. Makan dengan tenang
Setiap suapan makanan ke mulutnya dibuat dengan penuh hati-hati. Hinggakan anda berasa bosan dan geram kerana dia lebih menumpukan kepada makanannya berbanding diri anda. Sikap dinginnya itu menggambarkan dia seorang yang tegas di dalam membuat keputusan dan dia juga seorang yang setia.
2. Makan sambil berbual
Kerana terlalu asyik berbual dengan anda, makanan di pinggannya tidak luak. Gambaran terhadap dirinya adalah seorang yang periang dan susah melihat dia marah. Ada masanya dia merajuk. Dia juga suka berterus-terang bagi memastikan hubungan berjalan lancar.3. Makan sambil kerap membelek makanan
Si dia begitu tekun makan hinggakan tumpuan terhadap makanan yang dimakan lebih banyak berbanding diri anda. Dia juga sangat teliti, contohnya tulang ikan disusun rapi di tepi pinggan. Personalitinya adalah dia seorang yang prihatin dan serius terhadap apa yang dilakukannya.
4. Makan sambil merungut
Ketika makan si dia akan merungut contohnya makanan tak sedap. Hinggakan anda berasa sakit hati dan rimas. Itu bermaksud si dia suka berterus-terang. Di sebalik sikapnya menggambarkan dia amat mengambil berat terhadap diri anda. Tetapi awas, dia sebenarnya kuat cemburu.
5. Makan dengan serius
Gaya makan begini tidak terlalu cepat dan tidak pula terlalu lambat. Sesekali dia akan berbual dengan anda ketika makan. Ketika mengunyah matanya tertumpu pada anda hinggakan anda pula tidak selesa untuk makan di hadapannya. Ternyata si dia amat menyayangi diri anda sehinggakan tidak sanggup kehilangan anda walau sesaat. Dia juga menunjukkan sikap pelindung terhadap diri anda.
6. Makan sambil kerap tengok jam
Setiap kali makan pasti dia hendak cepat sedangkan masa masih panjang dan tiada perkara lain yang hendak dibuatnya. Ini menunjukkan si dia seorang yang menitikberatkan soal masa. Dia seorang yang menepati masa dan janji. Pasti dia juga tidak sukakan seseorang yang lembap.
Oleh itu, setiap orang pasti ada cara makan tersendiri yang menggambarkan personaliti cintanya. Namun harus diingat, usah terlalu mudah membuat penilaian negatif terhadap diri si dia. Kerana setiap manusia pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Diolah dari sumber http://www.yob4ever.com/forum/index.php?showtopic=2464&st=500
Boleh juga membaca :
^_^
baguslah info nie kak aiza.. bkn shj untuk pasangan bercinta, nak tgk cara kwn2 mkn pun boleh guna juga nie
ReplyDeleteTeringat masa first time makan ngan en husband.. :)
ReplyDeletesi dia yang no 1..:)
ReplyDeleteDaripada cara makan pun kita boleh tahu personaliti orang macam mana. Interesting
ReplyDeletetapi bukan ke... masa bercinta masa utk kita control..depan pasangan kita tak tunjuk semua...... masa tu le sume nye baikk je kat mata kita..... hihkhihkhihkhk....
ReplyDeletesy rasa saya no.2 dan no.4 .. hehehe
ReplyDeletewah ternyta karakter seseorang bsa dilihat dari cara makannya ya...
ReplyDeleteaisey..
ReplyDeletekena cover ler makan pasnie..
hehehe..
dh tau rahsia boleh ler buat :p
betul tu cara makan boleh menggambarkan peribadi seseorang...ada tu cara makannya gelojoh n cepat...tandanya seorang yg tangkas melakukan kerja n xsuka membuang masa...mungkin juga sifatnya yg caring praktikal.
ReplyDeleteKalau Cik Nur makan dengan pasangan,selalunya makan macam biasa..makan sambil borak...borak sambil makan..tau2 makanan habis je..macamana makan di rumah,makan dengan kawan2,macam tue jugaklah Cik Nur makan dengan Si Dia...hihi..
ReplyDeletedah tak ingat masa bercinta cik somi kita acaner...kekadang ader makan dengan tenang..tapi rasanyer banyak makan sambil borak2 hehe
ReplyDeleteNak kena perhatikan dia ni. Hehehehe!
ReplyDeletemacam pelik tapi kebenaranlah teringat masa bercinta dulu heee
ReplyDeletepenat anne ingat balik si dia makan camna.. anne ni pelupa skit.. ahaha.. yg penting dia tak merungut time makan.. hehe
ReplyDeleteurmm.. tilik2... 1,3 dan 5^^..
ReplyDeletenamun apapun, kenali Encik Cinta dengan lebih mendalam utk mengetahui yg sebenarnya..
eban ketul kepak ayam untuk kamu.
ReplyDeleteSuka gaya makan yg simple2 je hehee...
ReplyDeletesemua churp2.. yg lain masih tido.. :D
Dengan makan pun boleh tahu personaliti diri.. hehe :)
ReplyDeleteKalau dah jadi suami-isteri kan Aiza, macam kakak ni kalau makan mesti nak berbual. Makan apa pun mesti ada cerita..
ReplyDeletewahhh.. tips yang berguna ^^
ReplyDeletekalau tengok lelaki makan memang jenis tak cover,tapi kalau perempuan selalunya sebelum kawen,of course cover makan..lepas kawen...hehehe...fikir sendiri la,
ReplyDeletenombor 1. sesuai lah tu..heheh..klik2.. :)
ReplyDeleteHAH? Saya suka makan sambil tengok jam la.. ada rupanya penerangannya.. hehe
ReplyDeletethanks tipsnya Mizz, saya sering makan dengan partner kerja tetapi kurang mengetahui sifat dan kelakuan mereka, tipsnya sangat membantu nih
ReplyDelete:)
cara makan pon boleh tau personaliti seseorang ye...thanks for sharing
ReplyDeletetingat time dulu makan penuh sopan santun depan hubby,..now bercerita sambil makan menjadi rutin harian.. hehe
ReplyDeletebagus info ni,, en hubby KA mcm yg no 1 tu je hehehe
ReplyDeleteHahaha...wan sendiri tak tau mcm mana style wan makan. Ermm...menarik utk difikirkan nih.
ReplyDeletemakan tapi suka dibayari berarti orangnya pelit hehe....
ReplyDelete(btw, apa ya bahasa Malaysia pelit?)
Saya pula jenis yang suka makan dengan menggunakan mulut. Haha :-p
ReplyDeletetak sangka kita boleh mengenali personaliti orang dengan melihat cara dia makan..& perkara tersirat adalah diluar jangkaan saya sendiri..thanks sharing..
ReplyDeleteYang mana satu ek?? wakakakaka... :D
ReplyDeleteAssalamualaikum kak, hehee. nanti balik nak tengoklah cara suami makan. hiewhiew ;p
ReplyDeleteinfo yang bagus akak..good sharing...:DDD
ReplyDeletehmmm kalau nak makan masa nak date is rela makan sorang2 hehehehe takpun biar pasangan yang makan is teman jea heheh is makan karang buruk lantak sikit hehehee
ReplyDeleteiskandarx.com
Ternyata dari cara makan juga bisa mengetahui karakter seseorang yah,,baru tau saya!!
ReplyDeleteKirain tidak ada pengaruh atau apa? Eh Ternyata ada!
hihihi, mama makan semua ada.. mama makan menangis pun ada..
ReplyDeleteTips yg bagus...thanks Aiza
ReplyDeleters cm betul je aiza hehehe
ReplyDeleteSalam Mbak Mizz Aiza yang baik hati.
ReplyDeleteWah saya dapat tips yang bermanfaat
Dari Mbak Mizz tentang cara makan
Dengan pasangan kita yah Mbak?
Makasih atas Tips yang bermanfaatnya
miza pulak makan dengan penuh selera..hehee ^^
ReplyDeleteaik? makan dengan comot takde ke kak aiza? hikhik
ReplyDeleteni mesti sbb qila special hihihi
setuju sis..sometime kita bleh knal orang tu mlalui personalitinya.. tapiklau saya suka yg x cover..just b our self :P
ReplyDeletemenabung inti :P
Mmg suka.juga buat soal selidik gini masa cari psgn dulu...
ReplyDeleteTak ada satu pun jawapan di atas ..he..camne tu Aiza...
ReplyDeleteWah, dari cara makan pun dapat kenal pasti ya. Memang kena telitilah macam ni.
ReplyDeleteMy hubby no 1. sejak dulu sampailah sekarang. gitulah dia kalau makan.
ReplyDeletekalau akak ni yang no 2 tu. ye lah.. masa mkn tu jugak le nak menyembang.. hahahaha...
hmm.. mcm betul pulak kan, kalau my hubby tu tanya keputusan bkn nak bagitau serta merta.. kekadangtu besok baru leh dpt jawapan.ngeee
rasanya cikgu tu perli kome semua la.. ye la ada kan jenis anak murid yang suka matapelajaran tertentu..
ReplyDeleteso, kalau kamu tak suka cikgu, cikgu pun boleh jugak tak suka mengajar.. kan ke sama tu... psikology le tu.
suami saya yang no.1 kak akeke... terlampau tenang dia makan, kdg2 kita yang siap dulu dari dia..
ReplyDeleteBetullah...cara perlakuan kita memang menggambarkan diri kita. Itu sebab agaknya orang tua mesti ajak kenalan/pasangan datang makan di rumah...Nak tengok gaya tengah makanlah tu.
ReplyDeleteNanti Aiza pandai2lah ye... :)
boleh tahan..
ReplyDeletebiasanya puteri yang no 1 tu...tapi yang lain-lain pun adalah juga tengok keadaan...hehehe
ReplyDeletedigi dan KFC untuk aiza...tengah-tengah malam je baru ada banyak tabung yang menari :)
ReplyDeletekalau makan jenis pantang kalau makan x habis, termasuk dalam personaliti yg macam man pulak yer. hehehe
ReplyDeletebaik betul tips ni. hehehe.. bolehlah amalkan jap.
ReplyDeleteAs salam... sis..
ReplyDeleteerk.., kan dah kantoi... =D
dah masuk tujuh tahun kahwin
ReplyDeletetak berapa ingat macamana cara dia makan sebelum ni
tapi sekarang memang perhati sangat! hehe
mkn sambil merungut tu y paling tak best..org kate, jgn merungut dpn rezeki..hee=)
ReplyDelete