Assalamualaikum,
Perasaan malas adalah sesuatu yang normal dan pasti pernah dirasai oleh setiap orang tidak kira seorang pelajar, pekerja mahupun seorang suri rumah. Adakalanya perasaan itu akan mengganggu prestasi kerja kita jika ianya berlarutan untuk tempoh masa yang lama.
Bagaimana untuk mengatasi perasaan malas?
- Amalkan senaman dan pemakanan yang seimbang. Dapatkan rehat dan tidur yang cukup. Semuanya bermula dengan tenaga fizikal anda.
- Selalu ingatkan diri kita kenapa harus bekerja. Jadikan sasaran hidup dan impian anda sebagai sumber inspirasi yang seterusnya membangkitkan motivasi untuk menjadi rajin.
Apa yang perlu dilakukan jika anda rasa malas untuk melakukan segalanya?
- Senaraikan semua tugasan yang perlu diselesaikan. Pastikan otak bersih dari segala kekusutan.
- Rancang jadual kerja dan tentukan apa tugasan yang perlu diselesaikan. Rancangan haruslah realistik.
- Laksanakan tugasan yang dirancang tanpa bertangguh lagi. Mulakan dari tugasan yang mudah sebagai motivasi untuk melaksanakan tugas yang lain.
Sekiranya langkah-langkah di atas tidak berkesan, berkemungkinan perasaan malas terlalu mendalam dalam diri anda. Adakalanya perasaan malas itu diakibatkan oleh tekanan perasaan. Jika tertekan, cuba kongsikan perasaan itu dengan seseorang yang dipercayai. Yang paling penting, pastikan perasaan anda sentiasa positif melalui beribadat atau membaca bahan-bahan motivasi.
Kalau dah malas menguasai diri, buat apa pun tak menjadi. Huhu~
ReplyDelete