Assalamualaikum,
Kawan-kawan mudah dicari, namun sahabat sejati sukar ditemui. Teringat sahabat baik aku ketika belajar dulu, dia tetap setia bersama aku di saat suka dan duka. Banyak perubahan positif terhadap diri aku juga berpunca darinya.
![]() |
| Berhati-hati Mencari Sahabat Sejati (Gambar hiasan) - Google |
Sahabat baik kita mencerminkan siapa diri kita. Seperti sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamuatau kamu membeli daripadanya atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya." [Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628]
4 jenis sahabat yang kita harus berhati-hati adalah seperti berikut:
1. Sahabat tamak
Dia hanya memberi sedikit tetapi meminta banyak dari kita. Dia juga mementingkan diri sendiri.
2. Sahabat hipokrit
Dia berpura-pura menjadi sahabat baik kita ketika kita senang, namun apabila kita meminta bantuannya dia memberikan pelbagai alasan kerana tidak sanggup membantu.
3. Sahabat pengampu
Dia bersetuju dengan apa saja yang kita lakukan walaupun tahu perkara itu salah. Selalunya dia akan memuji di hadapan kita dan mengeji di belakang kita.
4. Sahabat pemboros dan suka hiburan
Dia hanya akan bersama kita jika kita suka membeli-belah, berhibur, berpesta dan berkeliaran.
Sumber hadis: Islamgrid.gov
^_^
