01 October 2013

Berhati-hati Mencari Sahabat Sejati

Assalamualaikum, 

Kawan-kawan mudah dicari, namun sahabat sejati sukar ditemui. Teringat sahabat baik aku ketika belajar dulu, dia tetap setia bersama aku di saat suka dan duka. Banyak perubahan positif terhadap diri aku juga berpunca darinya. 

Berhati-hati Mencari Sahabat Sejati (Gambar hiasan) - Google
Sahabat baik kita mencerminkan siapa diri kita. Seperti sabda Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya perumpamaan teman yang shalih dan teman yang buruk hanyalah seumpama pembawa minyak wangi dan peniup tungku api seorang tukang besi. Bagi pembawa minyak wangi, boleh jadi sama ada dia memberinya kepada kamuatau kamu membeli daripadanya atau kamu mendapat bau harum daripadanya. Bagi peniup tungku api seorang tukang besi, boleh jadi sama ada ia akan membakar pakaian kamu atau kamu mendapat bau yang tidak sedap daripadanya.[Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 2628]
4 jenis sahabat yang kita harus berhati-hati adalah seperti berikut:
1. Sahabat tamak
Dia hanya memberi sedikit tetapi meminta banyak dari kita. Dia juga mementingkan diri sendiri.

2. Sahabat hipokrit
Dia berpura-pura menjadi sahabat baik kita ketika kita senang, namun apabila kita meminta bantuannya dia memberikan pelbagai alasan kerana tidak sanggup membantu. 

3. Sahabat pengampu
Dia bersetuju dengan apa saja yang kita lakukan walaupun tahu perkara itu salah. Selalunya dia akan memuji di hadapan kita dan mengeji di belakang kita.

4. Sahabat pemboros dan suka hiburan
Dia hanya akan bersama kita jika kita suka membeli-belah, berhibur, berpesta dan berkeliaran.

Oleh itu pilihlah untuk bersahabat dengan seseorang yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan. Usahlah sesekali mengkhianati persahabatn yang terjalin kerana sekali dikhianati pasti seumur hidup terkesan di hati. 

Sumber hadis: Islamgrid.gov

 ^_^

47 comments:

  1. Entahlah. Bagi saya, mengapa saya harus mencari sahabat baik? Kerana bukan mudah mencari sahabat baik. Mungkin ditakdirkan oleh Allah, sahabat baik bukanlah buat saya. Tetapi sahabat baik itulah saya buat sahabat yang baik. *puitis

    ReplyDelete
  2. betul tu. setuju sgt!

    bagi didiey biarlah kita ada seorang sahabat sejati daripada beribu sahabat yg negatif mcm akak sebut kat ats tu :)

    ReplyDelete
  3. sahabat sejati = sahabat dunia akhirat

    ReplyDelete
  4. nice kak, entri terbaik dalam panduan memilih sahabat... :) bukan senang nak pilih memilih, yang penting kita kena pandai menilai..

    ReplyDelete
  5. Besar pengaruh shbt dlm hidup kita. Kalau kita kuat kita boleh ubah shbt kita. Atau kalau kita lemah tak kuat imam..nmpaknya kita yg akan berubah. Kalau chot tak suka, akan jauhi terus shbt itu...tak perlu bermuka-muka. :)

    ReplyDelete
  6. sentiasa ada beza antara sahabat dengan kawan :)

    ReplyDelete
  7. Memang sukar mencari sahabat sejati, kalau ada, memang kena jaga betul2 persahabatan tu, jangan sampai terputus ukhwah.

    ReplyDelete
  8. betul sangat2 ni aiza...

    ReplyDelete
  9. insyaAllah kak acik tak mahu jadi yang 4 jenis tu

    ReplyDelete
  10. masuk universiti byk sgt jumpa sahabat hipokrit ni.. huhu.. bila part kita minta tolong, terus masamkan muka dan langsung tak menegur dah.. huhu.. time kita susah lah kita tau sape yg betul2 kawan, dan sape yg bukan. huhu

    ReplyDelete
  11. Jom sama-sama kita jadi sahabat yang ikhlas dunia akhirat..Aiza..

    ReplyDelete
  12. sebelum mencari sahabat yang sejati..terlebih dulu kita yang perlu jadi sahabat yang sejati :)

    ReplyDelete
  13. sahabat sejati membawa kita ke arah kebaikan..

    IKEA satu

    http://www.noormalashahar.com.my

    ReplyDelete
  14. yer lah Aiza, sahabat yg baik melebihi dr adek beradek sendri, seorang sahabat yg baik susah utk kita dptkan ttp kekal berpanjangan...

    sahabat dunia akhirat...

    ReplyDelete
  15. Lebih penting kita sendiri kenalah jadi sahabat yg mendorong kepada kebaikan kepada sahabat kita...

    ReplyDelete
  16. Semua tu bukan sahabat.. Mungkin cuma kawan.. Sebab sahabat ia lah insan yang sanggup bersusah senang bersama kita. Bak kata orang cubit paha kanan paha kiri terasa juga kesannya.. Huhuhu...

    ReplyDelete
  17. pilih sahabat dengan baik, dan jadilah sahabat yg baik... :)

    ReplyDelete
  18. betul. mmg senang nak cari kawan, tapi yg ada susah senang dgn kita susah nak cari. kalau da jumpa tu peliharalah sebaiknya :)

    ReplyDelete
  19. Semua list sahabat diatas tu sy pernah rasa kak =) masing ada kekuatan sndri..tp yg baik bg kita ada yg pling dkat dgn Allah..nice sharing kak

    ReplyDelete
  20. Fiza berkawan jer.. sahabat setakat nie mmg takde.. bkn sng nk cr sahabat kak..

    ReplyDelete
  21. orang kata untuk dapat sahabat yang baik, kita dulu sebenarnya perlulah jadi seorang sahabat yang baik kepada orang lain...kan

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum kak, alhamdullilah. terima kasih. sheila nak jadi sahabat baik untuk semua. insyallah :)

    ReplyDelete
  23. susah nk caari sahabt yang boleh membimbing ke arah kebaikan apatah lagi menolong kita apabila dalam kesusahan.

    ReplyDelete
  24. Memang benar bahwa sahabat itu bermacam-macam sifatnya. Ada yang suka hiburan saja, ada yang hanya belajar saja, dan lain-lain. Oleh karena itu kita harus pandai ketika memilih sahabat. Lebih baik 1 sahabat sejati dari pada 100 sahabat nggak sejati :)

    ReplyDelete
  25. sebab tu kita kena berkawan dgn orang seramai mungkin supaya kita dpt kenal pelbagai ragam mereka....

    ReplyDelete
  26. mencari sahabat yang baik mmg sukar..tapi alhamdulillah fahz pernah ditemukan dengan insan2 yang boleh digelar sahabat baik dunia akhirat.. :)

    ReplyDelete
  27. hehe, betul tu kak aiza . tapi yg menarik perhatian syuk blog akak dah berubah dan mnjadi cantikk :D

    ReplyDelete
  28. Kalau kita tengok sahabat kita suka buat jahat dengan kawannya yang lain, kena hati-hati sikit tu. Mungkin dia akan umpat kita depan kawan dia yang lain.

    ReplyDelete
  29. pernah gak dpt rakan yg mcm tersenarai kat atas
    masa sekolah menenagah dulu
    now dh besar jarang dah rapat
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    ReplyDelete
  30. kadang2 kita tak sedar kita salah seorg kawan seperti di atas. kadang2 Nad duduk muhasabah diri. Jenis kawan bagaimanakah Nad nie. huhu

    nice sharing :)

    ReplyDelete
  31. Alhamdulillah ada 2 orang yg kekal sampai skrg ni..sahabat dunia akhirat..

    ReplyDelete
  32. zaman sekarang susah nak cri yg betul2 kawan sebab ikhlas kan..huhuu

    ReplyDelete
  33. Alhamdulillah sye tkde kawan cmni. kalau adepun, sye doakan mereka supaya bahagia jela ^_^

    ReplyDelete
  34. ramai yang fizi kenal sahabat mengampu..banyak faktor knpe dia jadi begitu..salah satu..mgkn dia x sanggup kutuk kesalahan kawan dia depan2 risau kawan dia berkecil hati..

    ReplyDelete
  35. sahabat yg baik tu ssh nak cari kan kak..

    ReplyDelete
  36. Sahabat bersama semasa susah dan senang memang susah dicari. Moga kita mendpt sahabt yang baik dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  37. Mudah2an tidak tergolong dikalangan mereka2 di atas.. amin.

    ReplyDelete
  38. Memang sukar untuk mencarinya. Namun begitu, jadilah kita sahabat yang baik kepada sahabat kita.

    ReplyDelete
  39. memang susah nak cari sahabat sejati yang boleh susah senang bersama. Rasanya saya pun takda sahabat yang macam tu.

    ReplyDelete
  40. betul tu, bukan senang nak cari sahabat...kalau dapat, kena jaga baik-baik

    ReplyDelete
  41. tuju lagu 'sahabat' untuk kak aiza:)

    ReplyDelete
  42. btul kan..mmg sahabat tu adalah cermin dri kita.. :))

    ReplyDelete
  43. Thanks atas peringatan ni kak. Nice sharing. Alhamdulillah kerana sentiasa diberikan teman yg baik2 bg meneruskan likuan hidup yang masih berbaki. :")

    ReplyDelete
  44. betul la akak sahabat sejati dpt merubah diri kita mnjadi lebih baik.

    ReplyDelete
  45. betul tu akak... nice sharing... :) sahabat sejati sukar dicari...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^