22 October 2013

Kunci Ketenangan Hati

Assalamualaikum,

Ketenangan hati adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang hanya berasa tenang apabila persekitarannya membahagiakan. Namun ada juga orang yang tetap berasa tenang walaupun hidup dihimpit dengan pelbagai masalah. 

Kunci Ketenangan Hati
Kunci Ketenangan Hati (Gambar hiasan) - Google
Berikut beberapa kunci ketenangan hati:

1. Mendekatkan diri dengan Allah SWT
Dari Allah SWT kita datang dan kepada-Nya juga kita kembali. Lakukan suruhan-Nya dan jauhi larangan-Nya. Perbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir untuk ketenangan hati. 

2. Berfikiran positif
Benarlah kata-kata, kita adalah apa yang kita fikirkan. Jika kita berburuk sangka dan berfikiran negatif, pasti hati kita menjadi tidak tenang.

3. Ikhlas dan berbaik sangka
Ikhlaskan hati untuk menerima ketentuan dari Allah SWT (qadak dan qadar). Berbaik sangka terhadap Allah SWT dan anggaplah setiap yang berlaku pasti ada hikmah-Nya. 

4. Bertenang
Sikap terburu-buru akan membuatkan hati berasa tidak tenang. Rancang jadual kehidupan seharian (melakukan pelbagai aktiviti) agar ianya teratur. 

5. Jangan berdendam
Dendam adalah racun kepada ketenangan hati. Seeloknya maafkan kesalahan orang lain setiap kali sebelum tidur. 

6. Jangan menyesal
Setiap manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan di masa lalu. Jadikan ia sebagai pengajaran yang akan mematangkan diri.  

7. Bersyukur
Bersyukurlah di atas kurniaan Allah SWT walaupun sedikit. Terima kelebihan dan kekurangan diri kita dengan seadanya. Insya-Allah hati akan tenang. 

Oleh itu, kunci ketenangan hati terletak di tangan kita. Hanya kita yang mampu mengubah diri kita sama ada menjadi lebih baik atau sebaliknya. Setiap hari selalu berusaha dan berdoalah kepada Allah SWT agar hati kita sentiasa tenang. 

^_^

57 comments:

  1. hanya hati kita sendiri yang bisa buatkan hati kita terbuka sendiri mencari ketenangan ...done klik aiskrim drumstik sis :)..salam pagi selasa

    ReplyDelete
  2. Bila lihat apa yg AIza listkan macam senang tapi kadang nak praktikkan dlm diri kena kekuatan mental juga..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak,, selamat pagi :)

    btul tu kak.. kalau kita sentiasa bersangka baik dgn Allah, hati kita pasti lebih tenang.. :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih kak dengan apa yang akak kongsi, cukup bermakna buat mama, :) hati yang tenang petanda jiwa kiat juga tenang..

    ReplyDelete
  5. semoga kita semua mendapat ketenangan

    ReplyDelete
  6. Thanks Aiza...insyallah kita sama-sama melakukannya...

    ReplyDelete
  7. hai..
    buatlah pada perkara yang baik jauhkan dari larangan supaya kita lebih dekat denganNYA.

    admin apa khbar hari ni?

    ReplyDelete
  8. Setuju sgt2 kak aiza..Kunci ketenangan hati terletak dalam diri kita sebenarnya.. =D

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..... terima kasih atas perkongsian.. reminder ni... Dalam usaha membersihkan hati :)

    p/s: soklan dah lama nak tanya.. kenapa blog title dunia kecil?

    ReplyDelete
  10. nice info akak..hee thanks share :)

    ReplyDelete
  11. ketenangan kunci utama kesihatan kita...done klik

    ReplyDelete
  12. Btul tu aiza..kdg2 diri sndri x bijak mengawal emosi..

    ReplyDelete
  13. Saya suka entri ini. Ia memberi inspirasi dan motivasi kepada saya.

    ReplyDelete
  14. tq atas perkongsian yng baik..

    ReplyDelete
  15. "... ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
    (Ar-Ra'd 13:28)

    ReplyDelete
  16. kunci dah ada kat tangan.. masalahnya tahu ke cara nak guna.. hik hik hik

    ReplyDelete
  17. ketenangan harus dicari jangan biarkan ia pergi

    ReplyDelete
  18. Kalaulah kunci itu dapat di buat atau ada di jual...sanggup sahaja saya membelinya walaupun berapa jua harganya.

    ReplyDelete
  19. untuk mendapatkan ketenangan hati berbalik pada diri sendiri sebenarnya... kena kuat dan tabah dan antara nak dan tak nak jer...

    ReplyDelete
  20. selalu berfikiran positif boleh menenangkan fikiran..

    isi tabung churp

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete
  21. thanks for sharing kak...bila hati tenang, insyallah segala urusan menjadi senang...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  22. Kadang2 kita teralpa...termia kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  23. hati yang suci mampu menjadi tenang.. :)

    ReplyDelete
  24. bila jiwa dan fikiran tenang, keputusan dan kerja seharian menjadi lancar..

    ReplyDelete
  25. Nice sharing akak. Tapi yg nombor 5 tu still tak boleh. Masih ada perasaan tu. amat sangat bila kene buat jahat dek org. susah nak maafkan. susah T_T

    ReplyDelete
  26. Betul tu Aiza..Ada orang kadang-kadang memang banyak masalah tapi tenang aje coz dia orang boleh terima kan..

    ReplyDelete
  27. yg no 1 & 7 tu paling sally setuju ^_^

    ReplyDelete
  28. Nambahin mba mizz, ikhlas adalah salah satunya. salam siang dan cemerlang mba :)

    ReplyDelete
  29. Orang yang jiwanya tenang, biasanya memiliki wajah yang jernih. Kita pandang pun seronok sebab sejuk bila kita tengok wajahnya. Rasanya, dah jarang-jarang nak jumpa sekarang ni.

    ReplyDelete
  30. bila diri kita dah dekat dgn Allah dan kuat beriman..pasti stiap ujian tu dpat tempuh dgn baik =) alhamdulillah perkongsian yg menarik kak

    ReplyDelete
  31. in shaa Allah.. sgt membantu entry akak ni.

    ReplyDelete
  32. bagus tips ni aiza..bila kita tenang, hati senang dan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab harian :)

    ReplyDelete
  33. Kunci-kunci itu cuma ada satu pada setiap insan di dunia. Tak boleh 'duplicate' pun. Hehe.

    ReplyDelete
  34. ia xmudah. tapi kita mesti kena buat smua tu..spya kita jd tenang...

    ReplyDelete
  35. bab jangan berdendam tu alhamdulillah setakat ni tak pernah ada :)

    ReplyDelete
  36. very gd sharing ni, tq yer !

    ReplyDelete
  37. kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua:-))

    ReplyDelete
  38. alhamdulillah...terbaik dari aiza..

    ReplyDelete
  39. Semoga kita semua diberi ketenangan hati..

    ReplyDelete
  40. insyaALLAH..sama2 kita amalkan :)

    ReplyDelete
  41. semoga sentiasa diberi ketenangan hati olehnya :)

    ReplyDelete
  42. Subhanallah.. semoga kita semua berjaya memperoleh kunci ketenangan hati itu.. amin..

    ReplyDelete
  43. Alhamdulillah,.termuhasabah diri baca entri ni.hehee

    ReplyDelete
  44. terima kasih diatas peringatan ini akak.. :D

    ReplyDelete
  45. ikut belajar mencari ketenangan hati
    Mbak Mizz,. terima kasih sudah berbagi salam sukses Mbak Mizz

    ReplyDelete
  46. Yang penting kita hendaklah sentiasa bersama Allah SWT.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^