Assalamualaikum,
Penyu adalah haiwan reptilia yang wujud sejak 100 juta tahun lalu. Íanya merupakan haiwan marin yang bersisik, bernafas melalui paru-paru, suhu badan yang sama dengan suhu persekitaran dan bertelur. Ia mengambil masa 20 hingga 50 tahun untuk matang.
4 spesis penyu yang utama di Malaysia adalah seperti berikut:
1. Penyu Belimbing (Leatherback Turtle)
|
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Belimbing) - Google |
- Penyu Belimbing adalah spesis penyu terbesar di dunia.
- Ia bercengkerang lembut (tujuh jalur memanjang dari bahagian kepala hingga ke ekor seperti buah belimbing) dan warna badannya kehitaman serta bertompok putih.
- Ia boleh membesar sehingga 2 meter panjang dengan berat badan 600 kg.
- Ia menghabiskan hampir keseluruhan hayatnya di laut lepas dan berkebolehan menyelam sedalam 400m hingga 1,200m.
- Bahagian atas mulutnya melengkung bagi memudahkannya menangkap obor-obor yang merupakan makanan utamanya.
- Musim bertelurnya dari Mac hingga Ogos (menghasilkan 60 – 120 biji sekali bertelur).
- Lokasi utama penyu ini naik untuk bertelur adalah di Rantau Abang dan Paka, Terengganu.
2. Penyu Agar (Green Turtle)
|
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Agar) - Google |
- Penyu Agar juga dikenali sebagai 'penyu hijau'. Warna cengkerangnya adalah coklat tua atau kehitaman.
- Ia boleh membesar sehingga 1m dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg.
- Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair.
- Musim bertelurnya adalah di antara April hingga September (menghasilkan 100 – 140 biji sekali bertelur).
- Penyu ini mendarat di pantai Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.
3. Penyu Karah/Sisik (Hawksbill Turtle)
|
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Karah/Sisik) - Google |
- Penyu Karah mempunyai cengkerang keras yang kelihatan seperti sisik-sisik bertindih.
- Warna badannya adalah coklat, bersaiz sederhana dan boleh membesar sehingga 70 – 90 cm dengan berat badannya di antara 35 – 75 kg.
- Bentuk paruh mulutnya yang menyerupai paruh helang.
- Makanan utamanya adalah span dan karangan lembut yang terdapat di kawasan terumbu karang.
- Spesis penyu ini kebanyakannnya terdapat di kawasan terumbu karang.
- Musim bertelurnya dari Mac hingga Jun (menghasilkan 130 biji sekali bertelur).
- Lokasi ia mendarat di pantai Terengganu, Pahang, Melaka , Johor, Sabah dan Sarawak.
4. Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle)
|
Spesis Penyu di Malaysia (Penyu Lipas) - Google |
- Penyu lipas adalah penyu yang terkecil di antara 4 spesis penyu yang terdapat di Malaysia.
- Ianya boleh membesar sehingga 6.0 – 6.5 cm dengan berat di antara 35 – 50 kg.
- Warna badannya adalah gelap atau coklat buah zaitun dan bahagian bawahnya berwarna putih.
- Makanan utamanya adalah udang, obor-obor, ketam dan siput.
- Musim bertelurnya dari Mac hingga Jun (menghasilkan 100 biji sekali bertelur).
- Penyu ini selalu mendarat di pantai Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu.
Nota: Kini ke empat-empat spesies penyu ini adalah sedang terancam dan besar kemungkinan akan mengalami kepupusan. Oleh itu, bersama-samalah kita berusaha untuk memuliharanya agar terus dapat dilihat oleh generasi akan datang.
Penyu... i love you...kasihani dan lindungi mereka.
ReplyDeleteCantik-cantik penyu itu..
ReplyDeletetapi mereka sekarang dah hampir extinct ya kak..
miris sekali bila melihat anak penyu yang coba menuju pantai, yang saat itu juga burung-burung sudah siap menyantapnya hohoho.. mengerikan
ReplyDeletecomel nya semua penyu2 ni kak :)
ReplyDeleteakak teringin nak pi pantai yang ada kehidupan penyu nie..nak tengok secara live...hehe...thanks aiza for sharing info nie
ReplyDeleteFarah pernah tengok penyu lipas jer akak.. =D
ReplyDeletenice sharing kak Aiza. baru tahu penyu ada 4 spesis.sebelum ni sye ingat semua penyu tu sama jer cuma warna yg berbeza.huhu
ReplyDeletenice info... :)
ReplyDeletepagi sis..wah pepagi cerita pasal penyu ekk hehe.kesian penyu kan sekarang makin pupus suda.
ReplyDeleteComelnya penyu.. :-)
ReplyDeletecantik jugak penyu penyu ni ye..
ReplyDeletepernah seklai je tengok penyu..masa snorkling dekat pulau perhentian..itu pun sebab penyu yg dibela kot
ReplyDeleteTapi sekarang susah dah nak dapat tengok penyu live semua ni. Ada pun kalau yg di simpan atas inisiatif. Telur pun dah jarang - last kakak beli di T'ganu ada banyak lagi.
ReplyDeletepenyu menangis lagi dan lagi
ReplyDelete@Muhammad Khairuddin Lim
ReplyDeletebetul tu.. kasihani dan lindungilah mereka..
@Khaira Hisan
ReplyDeletebenar itu.. kini penyu sudah mengalami kepupusan..
@Intan Sudibjo
ReplyDeleteitu salah satu punca kepupusan penyu juga.. anak-anak penyu dimakan oleh pemangsa (burung)..
@Lieya Von Jay
ReplyDeletebetul tu lieya.. semuanya kelihatan comel..
salam kak...dulu kecik2 ayah beli kura2....last2 mati.....hehe dia rimas kami asyik dok pegang hihi =.=
ReplyDelete@Kisah Si Dairy
ReplyDeleteaiza pernah pergi sekali di ma' daerah kemaman terengganu ketika mengikuti program pemuliharaan penyu.. memang kasihan melihat anak-anak penyu..
@♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH)
penyu lipas yang paling kecil saiznya berbanding 4 spesis penyu tu..
@Cik Tieka
semoga bermanfaat perkongsian ini..
@Maria Firdz
terima kasih.. semoga ianya bermanfaat..
@Asha Lya
selamat pagi adik.. betul tu, kasihan penyu sudah semakin pupus..
@puteri airyn
betul tu erin.. comel..
@Norhasniza Khalid
betul tu mama..
@blogger lelaki
di pulau dan taman laut sebegitu penyu masih bebas..
@Kakzakie
betul tu kakak.. susah nak jumpa penyu secara live sekarang ini.. ianya sudah semakin pupus..
@azman Arsad
menangis dan terus menangis selagi manusia tidak berhenti menganiayainya..
good info...menabung churp2
ReplyDeletecantik -cantik juga penyu ini..
ReplyDeleteSungguh indah ciptaan Ilahi...
yang nomor 2 bagus itu penyunya. boleh dipelihara tidak ya?
ReplyDeletewoohoooo Ninja Turtle
ReplyDeletedulu waktu sy pergi perhentian sy rasa sy nampak green turtle tu time dorang bwk snorkeling area penyu2..hehe
ReplyDeleteRegards,
-Strider-
kabarnya penyu-penyu ini berumur panjang. begitukah?
ReplyDeletesemuanyer cecantik & unik sangat...
ReplyDelete@kacang buncis
ReplyDeletewaalaikummussalam adik.. mesti comel kuta-kura tu kan? dah ajal dia awal nak buat macam mana kan..
@Noor Mala Shahar
semoga bermanfaat..
@Faizal Mohamad Twon Tawi
betul tu.. indahnya alam ciptaan Allah..
@masichang nugroho
setakat ini penyu ini hidup bebas di laut..
@Montana
idea ninja turtle dari penyu ini..
@Azlan Strider
mesti seronok dapat tengok secara live..
@Pri Enamsatutujuh
ya.. benar itu.. ia mengambil masa 20-50 tahun untuk matang (bergantung kepada spesis juga).. jangka hayatnya tentu panjang..
@lizz
betul tu.. cantik semuanya..
Pernah rengok penyu agar kat Pulau Perhentian. Hee. Yeahh. Sama2 lah kita pelihara dan pulihara :)
ReplyDeletekesian hah kat penyu...kalau kat 8share pun ada kempen selamatkan penyu.. :)
ReplyDeleteMasa kecil kita selalu makan telur penyu..sedap lenak rasa dia..tapi sekarang susah nak jumpa..
ReplyDeleteSaya pernah pegang anak penyu. Comel je. Nampak macam lebut, tapi tak sebenarnya. :)
ReplyDeleteDulu tengok penyu pun waktu kecik, lepas tu cuma tengok citer2 dlm tv je.. binatang yg mmg perlu dilindungi ni..
ReplyDeleteTeringat awal 80an, lawatan ke RAntau Abang...dapat melihat penyu belimbing bertelur, memang besar...bergambar siap 4~5 orang boleh duduk kat belakangnya. Mungkin dulu2 bebas...sebab tu penyu pun tension! xnak singgah bertelur lagi...huhu
ReplyDeleteKak Idah tak suka binatang.. tak tau la kenapa.. tapi hubby ngan anak2 suka sangat plak.. dorang tu asal ajak jalan slalunya.. ZOO.. ermm... :(
ReplyDeletebaru2 ain minat ngan penyu eh xsangka lak sis update pasal penyu ahahhaha...esaited baca kekeke..penyu agar comelll !!
ReplyDeletepenyu memang cantik..mudah-mudahan tak pupus la kan
ReplyDeleteprnh dgr penyu belimbing jer.. byk rupenye spesis penyu..
ReplyDeleteteringat penyu, teringat Rantau Abang, sinonim tempat ni dulu dengan penyu.
ReplyDeletegood sharing aiza..:)
ReplyDeletemacam ensiklopedia. hehehe.. nice sharing
ReplyDeletesalam aiza
ReplyDeletemasa huby kena operasi kat pulau2 kecik di semporna, dia selalu main dengan anak2 penyu. saya suruh dia bawa balik sekor untuk anak, tapi dah spesis terancam ukan leh suka suki nak bawa balik macam anak kucing.anyways nice info
wow informatif gila. never seen penyu secara live though. maybe someday ... huuu
ReplyDeletehi! :)
saya pernah makan telur penyu..
ReplyDeleteda boleh bukak chanel blog national geographic nih
ReplyDeletedulu pernah tengok telur penyu menetas kat pantai kerachut penang..
ReplyDeleteYes!! cutenya penyu..sayang penyu...
ReplyDeleteYa, penyu kini hampir pupus. Perlu kita peliharanya dengan baik agar generasi akan datang juga mengenali penyu.
ReplyDeleteslmat mlm mbk. ah bagus2 banget tuh oenyunya mbk.
ReplyDeletesayang kat kuantan takde penyu. >.<
ReplyDeleteKakak blogger malaysia ya?? salam blogger dari Indonesia yang sedang memperingati hari sumpah pemuda!
ReplyDeleteharap2 semua tak kira individu atau organisasi berganding bahu untuk conserve dan protect spesis2 penyu ni supaya tidak mengalami kepupusan.. syg.. huhu
ReplyDeleteBnyak yg makin pupus skng ni kak... harapnya sampai bila2x lah penyu ni wujud.
ReplyDeletePaling cantik, tentulah penyu lipas kan ?
ReplyDeleteteringin nak pegang anak penyu :)
ReplyDeleteinfo yg baik ni aiza..
ReplyDeleteRantau Abang sudah dalam kenangan kan Aiza..
ReplyDeleteKalo tidak kita yang melestarikannya dari sekarang.. Anak dan cucu kita pun hanya dapat mengetahui lewat cerita atau gambarnya aja ya sis :)
ReplyDeletePenyu semakin pupus kat Malaysia ni... walau bagaimana pun ida belum pernah cuba makan telur penyu... rasa macam tak tergamak nak makan ;)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian sis!
ReplyDeletewaalaikumsalam,
ReplyDeleteaku jadi lebih tahu tentang penyu..setelah membaca artikel ini...salam :-)
jarang lihat penyu ...hihi..sian kan??????
ReplyDeletepenyu pupus dimkn manusia
ReplyDeletecantik la penyu agar tu sis aiza
x pernah tgk penyu secara live
isi tabung nuff sini-thor
kebanyakknnya bertelur di Terengganu..fakta yg menarik kak =) cntik semua penyu2 ni, xpnh lg sy tgok live, penyu belimbing tu mmg mngkagumkan..besar btol ye boleh cecah 2mter..
ReplyDeletebaru tahu rupanya penyu ni banyak jenis ingatkan sama saja semua hihi
ReplyDeleteTak pernah lg tgk penyu..adushh
ReplyDeletepenyu yang cantik biar gak punah harus dilindungi ya Mizz
ReplyDeletesy bimbang generasi akan dtg x kenal penyu o penyu kelak jd macam dinasour...
ReplyDeletemoh ler sama2 kita jaga kebersihan pantai negara kita spaya penyu x pupus sbb bleh dtg bertelur..
ReplyDeletesalam..nice info..
ReplyDeletetadi baru baca pasai info penyu tadi.
bhawa dekat pulau pinang pun ada tmpat pembiakan penyu..ingat kat trengganu je ada penyu :)
dulu pantai dekat kampung fizi selalu ada penyu naik mendarat, bertelur..tapi sekarang tidak lagi..hanya dapat tgk kat dalam tb je..huhu
ReplyDeletetak pernah tengok depan mata, teringin :/
ReplyDeletedulu pernah pegi terengganu nak tengok tapi takde rezeki pula
comelnya penyu2 ni..tak pernah tngk penyu lagi..kura2 ja prnah tngk dan pgang.. :))
ReplyDeleteWah ternyata banyak juga ya spesies penyu di Malaysia. Jadi hewan lucu dan mungil tersebut harus dijaga kelestariannya agar tidak punah :)
ReplyDeleteMMM..informasi yang bagus ni Aiza
ReplyDeletepenyu makin pupus.. balik kg boleh tgk penyu bertelur mlm2 :)
ReplyDelete