12 October 2013

Dah Ditakdirkan Bukan Rezeki

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku pernah mendaftar Pakej Komunikasi Belia (PKB) untuk mendapatkan rebat RM200.00 bagi pembelian telefon pintar pada awal tahun dulu. Namun ianya telah tamat tempoh dan aku tak sempat menebusnya.

Dah Ditakdirkan Bukan Rezeki
Dah Ditakdirkan Bukan Rezeki
Pada 7 Oktober yang lepas dibuka untuk memperbaharui pendaftaran memandangkan masih ramai yang belum menebus rebat berkenaan (termasuklah aku). Pendaftaran kali ini perlu melalui wakil penjual yang dilantik oleh syarikat telekomunikasi. 

Jadi pada hari berkenaan aku ke Celcom Centre untuk mendaftar. Malangnya pendaftaran gagal dilakukan kerana sistem SKMM belum diaktifkan. Kemudian aku ke Maxis Centre dan Seng Heng dan diberikan alasan yang sama juga. 

Jauh di sudut hatiku berasa kecewa. "Kenapalah dibuka kepada orang ramai hanya pada 7 Oktober, tapi nak daftar tak diterima pula." keluh hati kecilku. Geram juga bila difikirkan, seolah-olah 'pihak yang berkenaan' tidak ikhlas untuk memberi. 

Namun bila aku fikirkan balik, rezeki kita rahsia Allah SWT. Mungkin memang ditakdirkan ia bukan rezeki aku. Jadi aku harus terima dengan redha. Terus aku beristighfar memandangkan tadi aku mengeluh kecewa.

* Nota: 
Teringat kata-kata Dr. HM Tuah al-haj (penulis buku motivasi kegemaran aku), "Jika dah bukan rezeki kita, masuk ke dalam mulut pun boleh keluar balik." lebih kurang begitulah ayatnya. 

^_^

50 comments:

  1. memang selalu dengar ayat tu..kalau dah bukan rezeki

    ReplyDelete
  2. sabar ya akak, saya pun tak dapat rebat tu.. :(.

    ReplyDelete
  3. Haaa betul tu kak, anggap jela bukan rezeki kita. Kalau asyik difikir-fikir jadi sakit hati pulak

    ReplyDelete
  4. Exactly Aiza..mesti ada rezeki kat lain tu..cheers k..

    ReplyDelete
  5. Btul tu,kdg2 rezeki yg kita dpt pun blum tentu kita punye..bru nk masuk mulut,,jatuh pulak..tu x de rezeki la..rezeki kucing

    ReplyDelete
  6. macam tk ikhlas je nak bg kan..akak dah tak boleh dpt rebate nie

    ReplyDelete
  7. betul tu Aiza..kalau dah bukan rezeki kita..mcm2 boleh jadik..tp bila rezeki tu memang hak kita..tanpa disangka2 ia datang jer..walauapapun rezeki kenalah dicari...:)
    *kalau kaksura pun kecewa jugak kalau kena cam Aiza..tp memang umur dah lebih pun..takleh mintak..hehehe..:)

    ReplyDelete
  8. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia kena tanya Dr Hm Tuah dulu. :)

    ReplyDelete
  9. benar kak, jika bukan itu rezeki kita, maka relakan jer lah... begitu juga mama, rezeki mama tiada cpuv di bulan ini.. redha saja... :)

    ReplyDelete
  10. betul tak, mungkin ada rezeki yang lain dengan cara dan bentuk yang lain. insyaAllah Allah nak bagi rezeki macam-macam cara Dia boleh bagi. Bersangka baik tau :)

    ReplyDelete
  11. betol tu akak bukan rezeki akak tu..:) klik tbung akak

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum..haha, sama lah kita kak.. ima pun x sempat tebus... ingtkn ima je yg kerugian mcm ni..haha..xpe la..bukan rezeki.

    ReplyDelete
  13. Memamg kalau bukan rezekinya, biar dikejar sampai kapan pun tidak akan datang juga. Semuanya sudah ada yang mengatur

    ReplyDelete
  14. rejeki memang sudah diatur oleh Yang Maha Kuasa, kalau belum rejeki meskipun begitu kita tetap harus menerima dan mensyukurinya ^_^

    salam

    ReplyDelete
  15. hai kak. saya pon pernah apply jugak tapi xpegi tebus.. xtau bila plak nak apply .. :)

    ReplyDelete
  16. Sabarlah Aiza.. dah tak de rezeki, pasti ada yg lain yg lebih baik nanti.. amin. Salam sabtu, semoga sentiasa ceria :)

    ReplyDelete
  17. Oooo dah tamat ker? Ida pun tak sempat... takper lah kita tunggu bajet akan datang pulak lah... harap2 akan diteruskan macam Brim tu.

    ReplyDelete
  18. Semua orang ada rezeki masing-masing.

    ReplyDelete
  19. xpa..nanti ada polisi kerajaan yang lain.. ;-)

    ReplyDelete
  20. Samela kite... xsempat gak nk claim... Hu3

    ReplyDelete
  21. Betul tu Mizza, saya pun selalu dicanang dengan ayat keramat tu, kalau dah bukan rezeki kita apa yang boleh kita buat ? Sabar ya.

    ReplyDelete
  22. alolololo....xpela...mungkin ada lg rezeki lain utk akak kan ^_^

    ReplyDelete
  23. sama la dgn yumida
    pun x sempat tebus
    ade beli hp tp bukan yg dlm rebat tu
    rasa syg pulak..org kata blh renew kan

    ReplyDelete
  24. Betul tu Aiza.. Kalau bukan rezeki kita.. Akan hilang juga.. Macam kawan Erin Handphone dia jatuh banyak kali, tapi still sihat.. Manakala telefon adiknya yang sama jenama, jatuh sekali terus rosak tak boleh on..Apa pun, InsyaAllah kalau ada lagi peluang macam ni, Aiza try lah lagi.. Erin pun tebus reward tu beli telefon buatan Malaysia.. Depa tak bagi beli jenama luar negara.. Huhu

    ReplyDelete
  25. sama lah dgn fizi kak..x sempat juga..

    ReplyDelete
  26. mungkin ada rezeki yang lebih baik untuk awak :) sabar ye

    ReplyDelete
  27. salam kak aiza...betul tu kak...
    kalo dah bukan rezeki..buat mcm mana pown xdapat...sama juga mcm jodoh

    ReplyDelete
  28. betul tu..mgkn bukan rezeki kita..mn nk tau Allah nk bg lg best!:)

    ReplyDelete
  29. dalam soal rezeki susah nak cakap.. kadangkala kalau dah hak kita kena perjuangkan jugak.. sorry aiza.. nuff tido.. nanti man datang jenguk lagi

    ReplyDelete
  30. sabar kak ya,
    mungkin rezekinya ditakdirkan di tempat lain.

    ReplyDelete
  31. xperrr... nanti suruh pakwe belanja k..hehehehehehe

    ReplyDelete
  32. memang tak patut jugak tu,tapi betul kata akak,rezeki kita ditentukan oleh Allah ;)

    ReplyDelete
  33. tula, competition tinggi kan. maybe rezeki akk kayt tempat lain :D

    ReplyDelete
  34. syg tu, klau tk blh dpt ptongan hrga klau nak beli :) tkpe kak, mngkin nnti ada lgi kot..

    ReplyDelete
  35. xpe kak. akk dapat rezki len tu.hee.

    ReplyDelete
  36. betul tu.. kalau bukan rezeki.. dah masuk mulut pun keluar.. fiza pernah dgr ayat tu..

    ReplyDelete
  37. Kalau sudah rejekinya, pasti nggak akan kemana mizz. Syukuri aja apa yang ada saat ini :)

    ReplyDelete
  38. sy awal2 lagi dah tebus rebate 200 tu.. takpela kak, mungkin rezeki akak kt tempat lain pulak.. :)

    ReplyDelete
  39. mungkin belum ada rezeki lg tu.. rebat nina pun tamat 21 okt nanti

    ReplyDelete
  40. In shaa Allah, kalau bukan di sini, mungkin lain kali. Yang penting yakin dengan Allah. :)

    ReplyDelete
  41. Eh.. Yang open baru ni pun dah tak boleh ke?

    ReplyDelete
  42. adda dah tebus rebate tu..dah dapat la beli hanphone bru..alhamdulillah rezeki setiap org kita tak tahu kan.. :))

    ReplyDelete
  43. eiqaaaa terlopasss rebat nieeee T_T
    tak pee, tak kisah pun, :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^