23 October 2013

Fobia

Assalamualaikum,

Setiap orang pasti pernah merasa fobia. Kejadian ini berlaku ketika aku menyewa di rumah flat di Seri Kembangan, Selangor pada akhir tahun 2010. Majoriti rumah di situ didiami oleh warga asing. Setiap hari aku akan pulang kerja lewat petang atau menjelang malam. 

Fobia
Fobia (Gambar hiasan) - Google
Hari itu aku sampai di bawah rumah hampir jam 8.00 malam. Seperti biasa selepas meletak kereta dan lock apa yang patut aku berjalan menuju ke arah tangga. Tiba-tiba muncul seorang lelaki warga asing menyekat perjalananku.

"Baru balik kerja ke? Jom saya belanja kamu minum." sapa lelaki itu sambil tangannya seperti mahu menyentuh aku. Spontan aku menepis dan berlari menuju ke kedai runcit yang terletak lebih kurang 100 meter dari situ (dah la aku pakai baju kurung). 

Lelaki itu terus mengejar aku dan berhenti di luar kedai (mungkin dia takut nak masuk kerana ada tuan kedai). Hampir 5 minit aku berada di situ dan aku terus menelefon adik aku. Mak dan adik aku turun dari rumah dan mengiringi aku naik. 

Pada bulan itu aku terpaksa menyiapkan kerja pejabat di rumah sebab kena balik awal. Sejak kejadian itu, kami sekeluarga berpindah ke rumah kakak aku di Semenyih pada awal tahun 2011. Syukurlah tiada kejadian buruk berlaku, namun tragedi itu membuatkan aku fobia
Nota: Pesanan kepada semua wanita, berhati-hatilah selalu walau di mana anda berada. Janganlah sampai jadi fobia macam aku pula. 
 ^_^

67 comments:

  1. bahayanya kak! warga asing mmg bg byk masalah pd kita semua terutama golongan wanita

    ReplyDelete
  2. takutnyaaa,, tp tindakan akak tu bijak.. lari ke kawasan yg ada org & buat panggilan..

    ReplyDelete
  3. Menakutkan..lau saya fobia naik motor lepas xcdent..kena lebih berhati2

    ReplyDelete
  4. nasib juga sis tak ada apa2 kan..bikin takut perkara macam tu berlaku.

    ReplyDelete
  5. Scarynya akak.. nape tak buat report jer..mmg kurang ajar btl la!!! nasib baik akak tak apa2..

    ReplyDelete
  6. nasib baik tak ada apa-apa.. bahaya betul foreigner ni...

    ReplyDelete
  7. Warga asing ni selalu kacau Wanita tempatan.. Area rumah akak tu ramai warga asing.. risau kat anak-anak..

    ReplyDelete
  8. pengalaman yang di alami oleh ramai wanita...

    isi tabung churp2

    ReplyDelete
  9. Huhu ... seram sejuk umi baca entri dear .. zaman sekarang ni mcm2 hal leh berlaku huhu ..

    harap dear dapat mengatasi fobia tu uu

    ReplyDelete
  10. ishh bahaya nyee kak..foreiner kee kak?berani btol dia..ptt akak jerit jee

    ReplyDelete
  11. bahaya ada kat mna2 kan kak..skrg ni semua perlu brhti2.. :))

    ReplyDelete
  12. bahaya nye.. laki tu mabuk kot.. takutnye..

    ReplyDelete
  13. mesti bawa sesuatu dlm beg tangan garfu ker minyak wangi huhu..sekarnag ok tak keje tempat baru suasana baru..

    ReplyDelete
  14. teringat saya masa naik bas keje lama cuak gak .

    pst..klik tabung tweet

    ReplyDelete
  15. mama lagi lah kak, jenis penakut.. memang tak lah kalau mama nak pergi sensorang.. drive sensorang pun kecut... hihi

    ReplyDelete
  16. Nasib baik tak jadi apa-apa. Sebaiknya jerit minta tolong biar lelaki itu pasti lari lintang-pukang..

    ReplyDelete
  17. ya Allah , nasib baik kak sempat selamatkan diri

    ReplyDelete
  18. huh!
    bahaya betul.
    sekarang ini negara kita banyak sangat warga asing.
    dah macam negara diorang je. .
    apa pun.nasib akk okey. :)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah tidak terjadi apa-apa. Memang perempuan jaman sekarang sudah sepatutnya lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  20. Berhati-hatilah sentiasa kerana gila manusia dunia zaman sekarang amat berbeza.

    ReplyDelete
  21. alhamdulillah dan selamat tak berlaku y tak elok...seram jugakkan..yaya pun kalau jalan pun takut je byk sgt warga asing ni la... dah lama tak bw..sory..dah makin cantik blog..dah berubah wajah ^_^

    ReplyDelete
  22. salam aiza, be careful tau.. tc dear

    ReplyDelete
  23. NGERI PULAK KALAU JUMPA DENGAN ORANG MACAM TU KAN AIZA...KALAU AKAK PUN FOBIA JUGAK

    ReplyDelete
  24. bahaya betul...macam2 kes berlaku sekarang ni

    ReplyDelete
  25. fuh... melampau2 pulak warga asing ni...

    ReplyDelete
  26. mmg fobia mcm 2 akak...mcm perangai diorang ni dahlah menumpang negara kita perangai entah pape...

    ReplyDelete
  27. Warga asing ni memang tak boleh percaya... Alhamdulillah,nasib baik akak terus lari.. Buat kerja pejabat dirumah pun oke asal selamat...hehe

    ReplyDelete
  28. kalau pesan buat para pria apa Mizz :)

    ReplyDelete
  29. Hati2 ye akak lepas ni. Hee. Sama la dgn rumah akak eizz. org luar dah la ramai. seram semacam.

    ReplyDelete
  30. bahayanya...nasib baik Aiza tak apa-apa

    ReplyDelete
  31. Memang bahayakan aiza..Alhamdulillah tak apa-apakan..

    ReplyDelete
  32. kuang ajaq warga asing nie.fahz paling tak suka warga asing dr negara "bangladesh" n pakistan.diaorg bkn kira wife org ke hape.kalau tenung org mcm nak terkeluaq biji mata.penah sekali "mat bangla" ushar fahz dari belakang kat shopping mall mcm ushar "something".En suami perasan' then pi kat bangla tu tegur sambil kuarkan authority imigresen.terus bertempiaran lari.

    ReplyDelete
  33. salam kak..takut kak sekarang nie...
    sue dtg keja pown hati2....org pnadang xberani nk pandang balik....buat bodo je....biar la ckp sombong...pown

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah...nasib baik x ada pape ...teringat kejadian ragut seorang kawan kat terminal LRT Gombak..memang fobia dibuatnyeee..

    ReplyDelete
  35. Huh, zaman sekarang. macam-macam boleh jadi. Cuma kita yang kena lebih berhati-hati.

    ReplyDelete
  36. tapi ada juga yang layan dengan orang asing nie..hmmm

    ReplyDelete
  37. syukur akak tak diapa-apakan. memang bahaya kalau tinggal di kawasan yang ramai warga asing..macam-macam boleh jadi..

    ReplyDelete
  38. kathy pun takut kalau macam tu..

    ReplyDelete
  39. seharusnya report polis.. tak blh biarkan.. kalau dibiarkan memang aiza dah selamat tapi siapa pula mangsa seterusnya? hurmmmmm..

    ReplyDelete
  40. Mungkin dia ikhlas nak belanje...rugilah Aiza, hehhe
    Ya...hati2 dgn warga asing, walaupun anda dah kenal mereka. Terutama anda, kaum wanita!

    ReplyDelete
  41. eh dari dulu lg ye Seri Kembangan tu tempat org asing Nigger/Arabian etc..

    #risau plak anak sy kat sana...mudahan2 selamat.

    ReplyDelete
  42. Mmg merbahaya mcm tu.. nasib baik tak terjadi apa2 yg buruk kat Aiza. Semoga Allah sentiasa melindungi.. amin.

    ReplyDelete
  43. bahayanya,..warga asing ni bukan tau undang2..depa ingt depa dok dalam hutan ka boleh buat ikut suka..

    ReplyDelete
  44. memang orang asing nie bahaya kak.. Macam tmpt saya study nie, banyak foriegner. Tp dalam ramai2 tu x semuanya jahat ada yg baik ngn saya :)

    ReplyDelete
  45. klu dh kna gtu mmg fobia..., sbb tu juga berpindh.. mmg rasa x slmt dikelilingi wrga asing...

    ReplyDelete
  46. mmg menakutkan bab2 cmni.. slalu jugak duduk hostel sorg2 bila masing2 semua balik bercuti, sy je yg duduk jauh.. nak pergi toilet pun basuh tgn kejap pun bawa phone.. siap sedia number pihak keselamatan, tinggal nk tekan je.. takut kalau ada apa2 jadi.. huhu

    ReplyDelete
  47. Bhaya tu kak. Alhamdulillah tkde apa2x yg buruk jadi .

    ReplyDelete
  48. siap2 kan bawak pepper spray. tak pun simpan spana besau dlm beg. ade yg camtu lagi libas je. haa..ni mkn dia...

    ReplyDelete
  49. mhon jaga diri. jenayah tidak mengenal mangsa dah sekarang ni.

    ReplyDelete
  50. hmm agak bahaya tu..mmg fobia la bg kaum wanita..sy xsuka warga asing ni..kdg2 tu bnci jgak sbb mnyemak je..dulu msa mnyewa kt nilai3..mmg kwasan rumah sewa ramai org asing..nsb baik la dia xbrani bt hal..

    ReplyDelete
  51. Desperate benor laki tu nak ngajak minum. Sampei berkejor-kejor orang. Hahaha.

    ReplyDelete
  52. Risau tu.. Kan apa, paling takut kalau dia rogol ke... Nauzubillah... Kak pon sama la, kdg2 kalau jalan sorang2 memang risau kalau ada org ikut...

    ReplyDelete
  53. Kena lebih berhati-hati lepas ni. Sekarang ni macam-macam perkara boleh terjadi.

    ReplyDelete
  54. Mujur ada tempat utk akak selamatkan diri..syukur selamat..

    ReplyDelete
  55. kat usm ni pun, kalau nk buat hal, selalunya yg foreigner ni la.. lagi2 dari belah afrika ni..

    ReplyDelete
  56. alhamdulillah akak selamat.. bahaya skrg ni kalau perempuan balik kerja malam2

    ReplyDelete
  57. eiqa pernah kena mcm akak..
    Tp xde laa dia nk sentuh eiqa..
    Just nk mintak no, ahhaa
    Tp eiqa tetap x bg, last2x dia bg no dia..
    Eiqa nk dia cepat blah, eiqa pun salin aje laa no dia..
    Dia ckap dia takut eiqa tak contact dia, errghhh memang betul pun x contact langsungg XD

    Puas pulak laa nanti nak kena speaking, khikhihhh

    ReplyDelete
  58. Sebagai wanita memang harus hati-hati dan bisa menjaga diri ya mizz, kalau sampai terjadi apa-apa pada diri kita. Bagus sekali pesan moral yang disampaikan dalam artikel ini. Terimakasih :)

    ReplyDelete
  59. hati-hati ye kak, ika pun takut juga kalau orang tak dikenali tegur atau tiba-tiba sentuh tak tentu pasal, seram

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^