06 October 2013

Cantik atau Jelik?

Assalamualaikum, 

Kecantikan itu anugerah Allah SWT. Bagi aku kecantikan adalah subjektif, ada orang mengatakan berhidung mancung dan bermata bundar itu cantik. Tetapi ada pula yang mengatakan berkulit putih gebu dan bermata sepet itu cantik. 

Cantik atau Jelik
Cantik atau Jelik (Gambar hiasan) - Google
Ada seorang kawan aku ketika belajar dulu cantik, sopan dan ayu orangnya. Wajahnya yang seiras Wardina Safiyyah (sebelum kahwin) membuatkan beliau menjadi wanita idaman ramai lelaki kacak dan perasan kacak di kolej aku. 

Namun beliau tidak disenangi oleh beberapa kawan perempuan yang mungkin berasa cemburu. Beliau disisihkan dan sering menjadi bahan umpatan oleh mereka. Ketika itu aku hanya mendengar saja dan tidak memihak kepada kedua-duanya. 

Satu perkara yang aku kagum dengan sikapnya, walaupun tahu dirinya dikeji beliau tetap bersabar dan berbaik dengan mereka yang mengumpatnya. Benarlah kata orang, cantik itu bukan hanya sekadar nampak di luaran, tapi juga dalaman diri dan hati. 

Nota: Lihatlah kecantikan dari pelbagai sudut (luaran dan dalaman). Usah membuatkan orang berasa meluat apabila melihat muka cantik tapi perangai jelik (biadap dan hati busuk). 

 ^_^

63 comments:

  1. Mesti ada sebab kenapa dia tak disenangi ek.

    Tapi kan... Ada jenis manusia yg tak boleh tengok orang lain lebih sikit. Cemburu lebih.

    Namun... Hakikat yg sebenar kecantikan itu seharusnya dtg bkn saja dr luaran tapi dlman.

    ReplyDelete
  2. cantik paras rupa tak menjamin kebahagiaan, cantik budi bahasa adalah sinar kebahagian

    ReplyDelete
  3. Betul tu kecantikan bukan diukur dengan fizikal.. Tapi melalui rohani yang baik.. :-)

    ReplyDelete
  4. Kunjungan pertama,
    izin follow ya !
    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Cantik luar & cantik dalam. itu lagi penting kan.. Rupa yg cantik hanya sementara. Tiba masa ia kan pudar jua :)

    ReplyDelete
  6. orang kata wardina ni sombong tau. bukan nak mengaibkan sape la.

    ReplyDelete
  7. bila tgk gambar waheeda dan akak kat profile tu..tetiba npak sama pulak kan..hehehe :)

    ramai yang menilai dari luaran dari selidik dalaman..mgkn juga first view...

    ReplyDelete
  8. betul tu kak cantik tu subjektif. cantik macam mana pun luaran, dalaman harus cantik juga.. :)

    ReplyDelete
  9. Yang sebenar2 cantik itu adalah dari hati.. Cantek didalam maka canteklah diluar..

    ReplyDelete
  10. kalau rupa cantik pun perangai buruk tak guna jgk kan?

    ReplyDelete
  11. betul, cantik tu bnyak definisi. kena cantik hati & akhlak juga :)

    ReplyDelete
  12. setuju ! kena cantek dri smua aspek lah kan sis :)

    ReplyDelete
  13. kecantikan dalaman lebih berharga dari kecantikan luaran :D

    ReplyDelete
  14. Betul tu Aiza, kecantikan luaran tu sementara shj, apa tg membantu semuanya adalah kecantikan dalaman. Kecantikan dalaman dtg dari hati & diluahkan melalui budi bahasa & adab sopan dpt melahirkan aura kecantikan yg lebih baik & berpanjangan, in shaa Allah..
    Ps: Wardina Saffiya dah kahwin pun masih cantik hahaa.. :D

    ReplyDelete
  15. cantik kena seimbang, luar dan dalam... cantik rupa tak bawa mati, cantik budi bahasa dikenang sampai mati...

    ReplyDelete
  16. jadi ingat permintaan umar bin khattab, pada nabi. seandainya aku diberi seorang bidadari aku ingin, yang kulitnya kecoklatan, dahinya tinggi, matanya kehijauan.

    bisa jadi menurut umar, seperti itulah cantik. bagi orang lain mungkin berbeda.

    ReplyDelete
  17. itulah manusia, ada je yg diorang nak cemburukan

    ReplyDelete
  18. hanya orang yg tertentu sahaja akan memahami apa itu cantik.. setiap sesuatu kejadian pasti ada keindahan tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  19. hanya orang yg tertentu sahaja akan memahami apa itu cantik.. setiap sesuatu kejadian pasti ada keindahan tersendiri.. :)

    ReplyDelete
  20. Betul kak,cantik tu subjektif..setiap orang bagi penilaian yang berbeza tentang kecantikan mengikut citarasa masing-masing..apa pun,cantik akhlak tu lebih penting..:)

    ReplyDelete
  21. Kesian dia, buka salah dia jadi cantikkan..semoaga kita semua dikurniakan cantik luaran dan dalaman...In Shaa Allah..

    ReplyDelete
  22. saya suka sederhana...ada juga orang cantik masa suri belajar dulu tapi saya abaikan tahu tak kenapa sebab kami2 pulun satu bakul cerita dia makeup muka cam tepok komak..btw dia kalau berbedak putihlah sangat-sangat padahal dia hitam manis sahaja. bukan kata kekadang kami cakap agak2lah up muka tu ni buat derk sahaja heeee

    ReplyDelete
  23. biar cantik buruk kita simpan dalam hati kalau semua terlalu cantik susah takut-takut kita mudah lupa diri bangga samapi lupa pada pencipta itu lebih bahaya..

    bagi kaca mata saya aiza manis dan cantik orangnya

    ReplyDelete
  24. untungla siapa yang cantik luar dan dalam..

    ReplyDelete
  25. Iya benar itu. Cantik itu relatif tergantung siapa yang menilainya. Namun, cantik itu tidak hanya dari luar saja, melainkan dari dalam juga kalau bisa cantik. Jadinya sempurna ya mizz :)

    ReplyDelete
  26. bagus kawan yang macam tu. Walaupun cantik dia tak menyombong diri.

    ReplyDelete
  27. sangat beruntung wanita yang cantik wajahnya secantik akhlaknya

    ReplyDelete
  28. =) jgn cemburu dgn kelebihan org..cemburu boleh tapi utk kebaikkan diri n boleh meningkatkan diri bukan mnjtuhkan org

    ReplyDelete
  29. kasihan dia, kerana cantik disisihkan. kecantikan luaran hanya sementara saja..yang penting cantik dalaman..:)

    ReplyDelete
  30. Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangannya, kita hanya perlu buat yg terbaik...persepsi org tak akan pernah dpt dibetulkan, biarlah Allah yg tahu..

    ReplyDelete
  31. beruntung org yg cantik dalam dan luar :)

    ReplyDelete
  32. sayangnya kalau kecantikan itu ditutupi dgn perangai yg kurang elok

    betul kata sis...lihatlah kecantikan dalaman..kecantikan luaran tu hanya sebgai bonus

    ReplyDelete
  33. Betul tu kak. Saya setuju dgan ayat pling bawah tu :D

    ReplyDelete
  34. bagusnya masih boleh bersabar dengan dugaan tu :)

    ReplyDelete
  35. bgus kawan akak 2 =) kcntikan luaran dia mnjdikan 1bonus bt dia..

    ReplyDelete
  36. betul tu aiza..kecantikkan tu terlalu subjektif. Yang penting cantik dalaman :)

    ReplyDelete
  37. masa saya belajar ada gak situasi mcm ni.

    ReplyDelete
  38. ye sis..dont judge a book by a cover...

    ReplyDelete
  39. Betul tu kak, kalau rupa paras cantik, tapi attitude tak cantik, tak boleh juga, orang kata tak seiring, tak linear,
    kalau rupa paras cantik, kemudian attitude pun cantik, berbudi bahasa etc, alhamdulillah, itu package yang sempurna.

    Ada sesetengah orang kadang-kadang lebih memilih paras rupa daripada attitude, kononnya akan rasa bangga bila berada setaraf dengan orang2 cantik,
    tapi mereka lupa, Allah sendiri nilai kita bukan daripada paras rupa sahaja, tapi amalan, amalan kita itu yang paling penting.

    Kawan akak tu mesti tabah orangnya :)

    ReplyDelete
  40. tak semua orang sekarang nie melihat kecantikan dari luar,sbb kadang2 kecantikkan luar tu cuma plastik jer..yang penting kecantikkan dalaman yang susah kita nak cari

    ReplyDelete
  41. Bersyukurlah kita pada anugerah Allah

    ReplyDelete
  42. btol.. kna menilai dua2... cantik luar dan cantik dalam.. cma masalahnya, org menilai yg luar dulu.. kemudian baru yg dalam..

    ReplyDelete
  43. takpe...byk pahala dia..insyaAllah :)

    ReplyDelete
  44. cantik dalaman cantik juga luarannya

    ReplyDelete
  45. cantik luar cantik dalam..barulah cun kan..

    ReplyDelete
  46. yg penting luar dalam mesti cantik. baru perfect ye dakk?

    ReplyDelete
  47. teringat mula2 dia berlakon spanar jaya..saya sgt minat kat saya and smpai sekarang pun minat lagi..baru namanya peminat..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  48. cantik dalaman lebih elok dr luaran.. budi bahasa tu penting :)

    ReplyDelete
  49. cantik luar + cantik dalam = sedap mata memandang...

    ReplyDelete
  50. susah jugak jd org cntik nie.
    ada jer org x puah hati
    isk isk isk.

    ReplyDelete
  51. kecantikan itu subjektif..ada orang yg berkulit hitam, ttp masih nmpk cantik..begitu juga sebaliknya..ada yang berkulit putih..tp nampak biasa je..sesungguhnya semua ciptaan Allah adalah cantik..:)

    ReplyDelete
  52. hok laoh dah dia tu cantik deme nak dengki wat pe. dengki tak bertempat.

    akak pula suka tengok org cantik. tapi tak de la nak dengki pun.

    tapi kalau org cantik pangai buruk memang akak meluat!

    ReplyDelete
  53. Benar, kecantikan sangat subjektif dinilai. Yang penting kecantikan akal dan hati paling utama.

    ReplyDelete
  54. nak cantik wajah...kena korban duit dan masa ...
    tapi nak cantikkan hati...kena korban nafsu...

    ReplyDelete
  55. cantik luar dan dalam..baru betul kan akak hehe

    ReplyDelete
  56. Setuju tu DK cantik adalah subjektif...mata org lain lainkan.... tapi kalau dah memang cantik orang pandang kot mana pun memang cantik! Biasalah namanya pun manusia ...ada yg cemburu...adat dunia

    ReplyDelete
  57. buat apa nak iri hati..setiap org Allah dah beri kelebihan masing2..cara kita yang akan tunjukkan kecantikan atau keburukan diri kita.. :))

    ReplyDelete
  58. sbgai lelaki biasa, sy lbh suka perempuan yg cantik kat hati dulu.rupa paras no.2 sbb kalau hati yg cantik tu buatkan sy nak lekat kat dia lama2..tp syg blom ada lagi wat masa ni sbb sy cume jumpe yg cantik rupa paras saje...uhuk uhuk tersedak...hehehe :p

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^