18 October 2013

Hanya kerana Secawan Kopi 'O'

Assalamualaikum, 

Ketika kecil dulu setiap pagi mak aku akan membancuh secawan kopi 'O' untuk arwah ayah. Sebenarnya aku lebih menggemari teh berbanding kopi. Sebabnya aku akan mengalami kesan pelik (rasa pening dan mengantuk) selepas minum kopi. 

Hanya kerana Secawan Kopi 'O'
Hanya kerana Secawan Kopi 'O' (Gambar hiasan) - Google
Rakan sekelas aku ketika sekolah berjaga malam untuk menelaah pelajaran hanya dengan minum kopi. Kepelikan itu aku sedari ketika aku juga mencuba minum kopi untuk berjaga malam dan ternyata rasa tersangat mengantuk. 

Sehinggalah ketika aku menyambung pelajaran di IPTA, rakan sebilik aku memberikan aku sepaket Nescafe 3 in 1. Selepas minum aku rasa mengantuk dan terus tertidur. Sejak itu aku memang akan mengelak untuk minum kopi. Adakah ada di antara anda juga mengalami kepelikan seperti aku? 

^_^

59 comments:

  1. Pelik ya. Tapi saya tak mengantuk lepas minum kopi, cuma saya tak rasa apa-apa. Sama saja macam minum air biasa. Kalau dah mengantuk, mengantuk juga, kalau tak, berjagalah macam burung hantu. :)

    ReplyDelete
  2. eh sama la kita. kalau minum kopi memang rasa ngantuk.

    pelik pulak kalau minum nescafee idak pun. segar bugar je mata ni.

    ReplyDelete
  3. Aik.. Kalau minum nescafe.. Rasa tak mengantuk lah.. Lain plak yang terjadi kat Aiza..

    ReplyDelete
  4. fizi kalau minum kopi x dapat tidur..huhu

    ReplyDelete
  5. pelik kan? first time dgr org ngantuk minum kopi, aik!!! sy mmg gila nescafe. Hari2 nak minum nescafe. Kasi jegang bijik mata. X minum cam x bertenaga.

    ReplyDelete
  6. sally minum caffeine kena migraine je..hahaha..tapi sally addicted...tak boleh tinggal caffeine :)

    ReplyDelete
  7. minum kopi tambah mengantuk?

    mmg ada yg bilang semua itu hanya sugesti saja.

    tpi bagi saya segalanya harus sesuai porsinya. terlalu banyak juga tidak baik.

    kl kopi hitam saja saya tak suka. kl kopi mocca, bolehlah. :)

    ReplyDelete
  8. sama jugak dengan saya kak. hehehehe

    ReplyDelete
  9. Akak pulak lebih suka minum kopi dari teh.. Sebab kalau minum teh asyik nak gi toilet jer... Tapi minum kopi pun tak ler membuatkan akak tak mengantuk :). Cukup masa tidur.. memang tidur jugak.. huhuhu

    ReplyDelete
  10. selalu minum kopi lagi tak boleh tido,hehee..saya tak macam tu rasanya..tapi jarang minum kopi..

    ReplyDelete
  11. Hehe..pelik juga akak ni..kalau wanie, xsure la ada kesan ke x..macam sama je minum atau x minum..still mengantuk atau atau tak mengantuk..xde kesan..hihi

    ReplyDelete
  12. hihi, jadi terbalik pulak kak ye... hihi

    ReplyDelete
  13. Sy suka kopi susu kamping dlm paket.....prnh skali sy tak tidur malam akibat minum kopi waktu petang....

    ReplyDelete
  14. so far saya jarang minum kopi..satu sebab sy jarang minum sebab kalau sy start minum nanti tiap2 hari nak minum kopi..pantang singgah kedai jer order kopi..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Dulu saya sama macam miza, lepastu bila rakan suruh rasa kopi radix terus segar.

    ReplyDelete
  16. setiap orang berbeza2 kan? mungkin kopi tak sesuai untuk aiza...

    ReplyDelete
  17. saya pening and tak leh tido kalau minum nescafe.. tp kalau kopi suke sgtt :)

    ReplyDelete
  18. fa pulak pantang minum nescafe.. walaupun ckit confirm berjaga sampai ke pagi... pening2... sebab xckp tido... ^_^

    ReplyDelete
  19. jadi kesan dia terbalik pulak ek? cuba minum benda lain yg selalu buatkan orang biasa mengatuk plak..kut boleh dapat kesan macam kopi n nescafe..
    eh.? berbelit pulak dah

    ReplyDelete
  20. kadang2 ayu suka gak kopi tp xselalu. kalau pekat sgt nanti ayu sakit pale dan kencing2.hahaha

    ReplyDelete
  21. terbalik pula kan kak kesan kopi tu..saya pun tak suka minum kopi @ nescafe sebab akan buat cepat rasa lapar.. :)

    ReplyDelete
  22. saya suka minum kopi saat santai di pagi hari mizz, supaya nggak ngantuk dan seger hehe :D

    ReplyDelete
  23. Sya klu minum kopi mmg tak tido la lepas tu akak..hehe

    ReplyDelete
  24. bila minum kopi yumida rs sakit kepala
    n try sedaya upaya elak minum minuman berkafein

    ReplyDelete
  25. Tak pernah pun minum kopi atau nescafe masa belajar dulu. Saya minum kedua-duanya sekali.

    ReplyDelete
  26. pelik akak ni..mmg akak xblh minum kopi lah 2./..

    ReplyDelete
  27. mmg sangat pelik. Sbb kopi dah lama terkenal buat org tak bleh tido. Mesti dah immune dah ni.

    ReplyDelete
  28. selalunya kalau minum kopi jadi tak ngantuk.. tp yang ni lain pulak..hehe.. tp takpe la. Masing2 ada sifat pelik tersendiri..

    ReplyDelete
  29. heheheheh..kathy rasa macam biasa je sis..

    ReplyDelete
  30. Sy pun tergolong dlm spesis yg sama dgn Aiza.. x jalan minum kopi ni. Jadi ubat tidur adalah.. :D
    Salam Jumaat.

    ReplyDelete
  31. Slalunya org kata mnum kopi hilang ngantuk.. lain plk dah jdi kt kak ye :D klau cmtu cuba minum air yg phit heee

    ReplyDelete
  32. saya peminat kpi..bau aroma kopi menggoda.. huhu

    ReplyDelete
  33. gang la kak. sha pon takleh minum kopi, nnt mesti ting tong pening pale punyaa. bau pon da poning. huhu

    ReplyDelete
  34. saya suka minum kopi, karena saya perokok... dengan segelas kopi sepertinya bikin hidup ini lebih hidup hehehe

    ReplyDelete
  35. wahhh... ade jugak macam tu... sebenarnye kopi tu air kegemaran n tak ada kesan pun kat mata.. kalau mengantuk, minumlah seteko pun tetap akan berdengkur jugak..hehe

    ReplyDelete
  36. kak pun tak boleh tak dapat teh dalam sehari..
    lain macam..
    tang kopi, sekali sekala oklah. tapi lepas minum kopi, kena minum air masak 3x kuantiti air kopi yang diminum. baru tak pening kepala..

    ReplyDelete
  37. sop pun hantu kopi
    xperkena 1 hari ngantuk abis

    ReplyDelete
  38. kopi + krimer + sedikit gula = sihat. HEHE

    ReplyDelete
  39. biasanya sehabis minum kopi malah nggak bisa tidur Mizz :D

    ReplyDelete
  40. Aku malah suka kopi mba, apa lagi kopi god day hehe

    ReplyDelete
  41. Betul la kak aiza, ida pun sama, org kata kopi yg keras boleh melawan rasa mengantuk tetapi ida semacam gak mengantuknya ;)

    ReplyDelete
  42. nad terbalik dengan akak haha nad akan berjaga smpai 6jam kalau ngantuk sgt2 then minum kopi ehehe

    ReplyDelete
  43. samalah kak.Nina pun macam tu. nanti kalau akak jumpa doctor, inform kat doctor akak eh pasal kesan kopi ni. Sebab badan kita react lain. kita takut nanti ubat2 pun kesan dia lain.

    ReplyDelete
  44. pelik tuh.. kesan kopi dari segi pharmacologi memang akan menyebabkan hilang rasa mengantuk..

    ReplyDelete
  45. pelik2...akak pulak kalau minum kopi confirm tak boleh nak tido..aiza terbalik pulak ye...

    ReplyDelete
  46. suka curi nescafe kenapa sebab cuba tak minum kalau minum tunggulah sehari dua migren datang balik

    ReplyDelete
  47. kita tak rasa pelik macam tu Aiza cuma kadang-kadang kalau mengantuk sangat minum kopi pun still ngantuk...so at the end tidur ajelah..

    ReplyDelete
  48. kak aiza, sy ingatkan sy sorang macam tu.. rupanya kak aiza pun sama.. yeay, ada geng!

    ReplyDelete
  49. bg saya pula..kopi ni xada efek langsung..

    ReplyDelete
  50. haha..terbalik pulak akak ni..tp mmg bg sy juga kopi tidak berjaya kurangkan rasa mengantuk..lebih baik tido walaupun esok ada exam..boleh jawab dgn tenang walaupun ingat2 lupa..

    ReplyDelete
  51. aikkkkl....pelik laaa aiza ni. CiM addict pd kopi, 1 hari masti nk minum kopi, klau tak....terbalik lah dunia CiM ni.

    ReplyDelete
  52. Akak dulu, ada komplikasi masa bersalin anak no 2, Dr suruh minum Nescafe ngan Coke..pelik lak..hihih

    ReplyDelete
  53. tak minat minum kopi.. suka teh dr dulu. kalau minum mesti pening kepala serta merta..

    ReplyDelete
  54. Fiza kalau mengantuk minum apa pun tak jd.. tetap nk tidur jugak.. hihi

    ReplyDelete
  55. eh sama mcm adda la..mum kopi pun tetap ngntuk jgak..tapi adda x ska kopi..hehe

    ReplyDelete
  56. Kalau promoter kopi selalu sebut adalah kopi boleh menghilangkan mengantuk.

    Memang sukar untuk dipercayai lagi sekarang ini kerana setiap orang tidak sama....

    ReplyDelete
  57. eiqa rse eiqa x pernah lg minum kopi klu nak study malam tuu.. Tp minum nescafe pernah, minum secawan eiqa tetap akan tidur tapi 3 cawan pehhh esok bangun pagi pening gileeeee >,< Last minum bnyak tuu, ahhaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^