17 October 2013

Ada Polis di Hadapan

Assalamualaikum,

Kisah ini diceritakan semula oleh kawan aku Ain ketika dia dan dua orang kawan aku (Lisa dan Sya) menjalani latihan praktikal. Rumah sewa mereka terletak berhampiran dengan tempat praktikal (5 minit jalan kaki saja).

Ada Polis di Hadapan
Ada Polis di Hadapan (Gambar hiasan) - Google
Pada setiap minggu mereka akan ke pasar minggu (15 minit menaiki motosikal). Selalunya Ain akan meminjam motosikal jiran sebelah rumah mereka dan salah seorang sama ada Lisa atau Sya akan membonceng (hanya Ain yang memiliki lesen).

Tapi pada satu hari itu mereka bertiga menaiki motosikal pergi ke pasar malam (semua badan kurus). Ketika perjalanan pulang kelihatan kenderaan di hadapan mereka bergerak perlahan. "Ada road block ke di hadapan sana?" soal Ain.

Sepantas kilat Sya yang duduk di belakang sekali terjun dari motosikal kerana terkejut. Nasib baik motosikal dibawa perlahan, jika tidak pasti dia akan tercedera. Sya terpaksa berjalan kaki sejauh hampir 1km sebelum Ain dapat mengambilnya.
Moral: Ikutlah peraturan jalanraya yang telah ditetapkan. 
* Semua nama dalam kisah ini bukanlah nama sebenar.

^_^

63 comments:

  1. huhuhuhu..lawaknyerr..
    sampai 3 org naik ye?

    ReplyDelete
  2. Tudia! Kena jalan 1km jauh tu~

    *tulah xikut peraturan~~

    ReplyDelete
  3. Hehe..teringat pengalaman wanie haritu lah kak..serta merta turun dari motor..:)

    ReplyDelete
  4. Fuyyoooo tiga orang sekali gus bonceng motosikal XD

    ReplyDelete
  5. kita ni lebih takutkan polis dari sayangkan nyawa... huhuhu..

    ReplyDelete
  6. Tersenyum seketika, terbayang anda melompat dari motor, hehe
    Kalau kat kampung tu biasalah naik ramai2 ni..

    ReplyDelete
  7. naik motor bertiga selain melanggar hukum juga berbahaya untuk keselamatan.

    ReplyDelete
  8. ikutlah peraturan ug dah dittpkan..:)

    ReplyDelete
  9. Selalu kat Thailand orang akan naik 3 orang atas satu motor.. hehe.. helmet pun tak pakai.,..

    ReplyDelete
  10. betul tu..kita kena ikut peraturan jalan raya..jangan main hantam saja hehe

    ReplyDelete
  11. lor kenapa Sya nak panik pulak ? Polis hanya cek lesen pemandu jer.. hahahaahaha...

    ReplyDelete
  12. Heee.... boleh naik bertiga mesti comel-comel semuanya. Kalau dah salah mestilah rasa takut.

    ReplyDelete
  13. hehe.. tiga2 orang kalau pakai topi keledar tak berlaga kepala ke.. hehehe.. lawak la.. :D

    ReplyDelete
  14. Selagi x kena tangkap masih x salah.. tp klu dah kena tangkap & disaman.. barulah salah hehee.. :D

    ReplyDelete
  15. hhehee....nasib baik abang polis tak tahan aiza dan kawan2

    ReplyDelete
  16. tak pasal pasal kena jalan jauh..hehehe

    ReplyDelete
  17. hahaha.. lain kali pasang sidecar kat motor

    ReplyDelete
  18. kalau kat kampung boleh la nk tunggang betiga..hahaha lawak la akak nie..nasib baik tiga2 kurus...ahah

    ReplyDelete
  19. kalau ingat balik peristiwa tu mesti masing2 tergelak kan. hehe

    ReplyDelete
  20. bahayanya naik motor smpai 3 org. kwlaupun badan kurus2 tpi tinggi dh mcm galah nmpk mcm tk sesuai, lainlah waktu kecik2 :D

    ReplyDelete
  21. Salam Kenal...
    kami kenal Anda dari Blog Cara Ririn...
    Di Malaysia ada Pasar Minggu juga ya ? sama dong di Jakarta juga ada loh daerah atau pasar yang namanya Pasar Minggu...

    ReplyDelete
  22. Hello I'am Chris From France!!
    You Have A Wonderful Blog Which I Consider To Be Registered In International Blog Dictionary. You Will Represent Your Country
    Please Visit The Following Link And Comment Your Blog Name
    Blog Url
    Location Of Your Country Operating In Comment Session Which Will Be Added In Your Country List
    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    http://world-directory-sweetmelody.blogspot.com/
    Happy Blogging
    ****************

    ReplyDelete
  23. Hahaha. Trend naik motor bertiga ni zaman-zaman student dulu memang selalu sangat. Itupun ada member yang sengal-sengal ubi suka jugak nak menyelit kasi tambah jadi 4 orang naik. Kalau dapat jugak naik berempat, mau sorang tu kakinya kena letak kat dalam raga.

    ReplyDelete
  24. mak aiii 3 org sekali gus hahaha slim sgt

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum kak. huwaaaaaaaaaa nasib baik takda pape teruk berlaku :(

    ReplyDelete
  26. salam akak...selamat hari raya ye...moga akak sentiasa bahagia :)

    ReplyDelete
  27. tudia terjun teruih no. awat dia xturun pelan2 heheh

    ReplyDelete
  28. dah macam aksi stuntman pun ade gak..hehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  29. kadang2 ada polis pakai pakaian biasa kat 1km terakhir. :D

    ReplyDelete
  30. terkejut tu, tu yang melompat terjun tu..hiihi

    ReplyDelete
  31. kesiannya..tapi lawak pun ada..boleh bayangkan aksi spontan kawan aiza tu..he..he

    ReplyDelete
  32. Hello from France
    I am very happy to welcome you!
    Your blog has been accepted in Asia Malaysia_____N°239 a minute!

    On the right side, in the "green list", you will find all the countries and if you click them, you will find the names of blogs from that Country.
    Invite your friends to join us in the "directory"!
    The creation of this new blog "directory" allows a rapprochement between different countries, a knowledge of different cultures and a sharing of different traditions, passions, fashion, paintings, crafts, cooking,
    photography and poetry. So you will be able to find in different countries other people with passions similar to your ones.
    We are fortunate to be on the Blogspot platform that offers the opportunity to speak to the world.
    The more people will join, the more opportunities everyone will have. And yes, I confess, I need people to know this blog!
    You are in some way the Ambassador of this blog in your Country.
    This is not a personal blog, I created it for all to enjoy.
    SO, you also have to make it known to your contacts and friends in your blog domain: the success of this blog depends on all Participants.
    So, during your next comments with your friends, ask them to come in the 'Directory' by writing in your comments:
    *** I am in the directory come join me! ***
    You want this directory to become more important? Help me to make it grow up!
    Your blog is in the list Asia Malaysia_____N°239 and I hope this list will grow very quickly
    Regards
    Chris
    We ask that you follow our blog and place a badge of your choice on your blog, in order to introduce the "directory" to your friends.
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/09/06/12090603083012502810288938.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/03/19/120319072128505749603643.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/07/12/12071211040212502810092867.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/03/28/120328020518505749640557.gif
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/03/15/1203150723211250289584870.png
    http://nsm05.casimages.com/img/2012/09/21/12092110155912502810343002.gif

    If you want me to know the blog of your friends, send me their urls which allows a special badge in the list of your country
    I see that you know many people in your country, you can try to get them in the directory?
    Please! Actively support the "Directory" by making known to your friends! Thank you! "Unity is strength"
    Not need an invitation to join the Directory. Any person who makes the request is entered

    New on the site
    Ranking of Countries
    Invite your friends know made ??
    the website to raise your ranking in the Country

    ReplyDelete
  33. 3 orang naik 1 motor? bahaya tu. nasib baik tak apa-apa masa terjun dari motor..

    ReplyDelete
  34. kesiannya kwn akak tu tpaksa jln 1km. nasib baekla time melompat dr moto tu x cedera..

    ReplyDelete
  35. follow ja peraturan,,setel..heheheh

    ReplyDelete
  36. Sya dulu org tgh baik paip air pun disangkakn polis..dah la masa tu xde lesen..hehe

    ReplyDelete
  37. Kalau kita mematuhi tata tertib lalu lintas, pasti kita akan tenang saat berkendara di jalan raya meskipun ada polisi atau nggak :)

    ReplyDelete
  38. hahaha..., tu la kan, kalau ada polios ikut peraturan, kalau tak de polis ikut peraturan sendiri.

    ReplyDelete
  39. Memang kalau ada nampak polis buat sekatan jalan raya memang fobia sikit. Semua jadi gementar.

    ReplyDelete
  40. kalau tak buat salah memang tak takut nak redah roadblock ni

    ReplyDelete
  41. Bahaya tu terus trjun.. klau la motor kwn kak aiza tu laju, hbis cedera.

    ReplyDelete
  42. berani dia terjun macam tu sis..

    ReplyDelete
  43. @ain diyana
    itu la adik.. mereka naik 3 orang..

    @Putery FarHaNa
    moralnya kena ikut peraturan..

    @sha (chirp chirp)
    sebab cuak la dia terjun tu.. hehe..

    @Norniwanie Nasarudin
    hehe.. nasib baik polis tak sempat nampak kan..

    @Asha Lya
    memang bahaya tu adik..

    @AmyZana
    betul tu adik..

    @Mazatul Azura Muhamad
    selalunya begitulah kak..

    @Bin Muhammad
    aiza pun tak sangka dia boleh melompat.. panik sangat la tu.. betul tu, di kampung menjadi satu kebiasaan..

    ReplyDelete
  44. @Kang Ucup
    benar itu.. berbahaya untuk keselamatan..

    @Muhammad Khairuddin Lim
    salam blogging juga..

    @ikhwan yusuff
    betul tu ikhwan..

    @puteri airyn
    pernah juga aiza dengar.. mereka memang berani naik motor ramai-ramai dan tak pakai helmet pula tu..

    @Cik Itah@RRP
    betul tu adik..

    @Zura Lee
    dia panik sangat sebab naik motor 3orang zura.. hehe..

    @Ayu Zan
    itu la.. nasib baik selamat..

    @Kakzakie
    semua badan kurus.. betul tu kakak, takut kerana salah..

    @acik idah
    tak pasti la pula kak.. :D

    @Khir Khalid
    itulah realiti yang menakutkan..

    @Kisah Si Dairy
    masa mereka lalu kat sekatan jalanraya tu berdua saja kak.. si sya tu kena jalan kaki pula..

    @puteri kasih
    itu la puteri.. kasihan dia..

    ReplyDelete
  45. da banyak kali da jadi macam dalam cita nie hehe

    ReplyDelete
  46. Farah dulu zaman muda mudi pun pernah naik moto bertiga ngn kwn2 farah.. skrg bila piki2r balik rasa malu pulak..hohoho

    ReplyDelete
  47. hebatkan..
    manusia memang takut polis..hee

    ReplyDelete
  48. benar2 harus hati2 kalau di jalanraya ya kak...kalau tidak, bisa bahaya

    ReplyDelete
  49. amboi,sampai terjun dari motosikal tu,hehee

    ReplyDelete
  50. pernah juga naik moto bertiga masa study dulu..hehe. nasib baik takda polis

    ReplyDelete
  51. naik sampai 3 org mmg la gelabah kak.. hehe...

    ReplyDelete
  52. bahaya kan naik rmai2..lebih baik kta fkir dlu sblum buat..:))

    ReplyDelete
  53. hahaa Teringat pulak mse pergi sekolah dulu, naik motor 3 orang, eiqa, ibu dengan adik. Sekarang semua dah besarr tak muat dah motor, muat memang muat tapi berdebat jugak laa.. hahaa

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^