Assalamualaikum,
Lebih kurang setahun empat bulan blog ini dibiarkan 'bersawang' dan sepi tanpa kata. Sepanjang waktu ini juga telah banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Saban hari pelbagai suka dan duka datang silih-berganti.
Kini saya lebih selesa menggunakan kata ganti nama 'saya' di dalam penulisan entri blog selepas ini. Sejujurnya saya berasa amat rindu untuk terus menulis perkongsian pengalaman dan diari hati di blog peribadi ini.
Saya berasa amat bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di bumi ini. Tiada apa yang menarik untuk saya kongsikan sepanjang 'pemergian' saya selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Masa yang berlalu pasti tidak akan berulang lagi. Namun saya tidak pernah sesekali menyesali apa yang telah terjadi. Saya harus terus melangkah ke hadapan dan jadikan semua pengalaman itu sebagai suatu pengajaran yang mematangkan diri.
Memang benar, hidup ini penuh dengan rahsia. Kita selalu mengimpikan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. Namun realitinya hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan saya sekarang.

^_^