08 September 2015

Setahun Sudah Berlalu

Assalamualaikum, 

Lebih kurang setahun empat bulan blog ini dibiarkan  'bersawang' dan sepi tanpa kata. Sepanjang waktu ini juga telah banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya. Saban hari pelbagai suka dan duka datang silih-berganti.

Kini saya lebih selesa menggunakan kata ganti nama 'saya' di dalam penulisan entri blog selepas ini. Sejujurnya saya berasa amat rindu untuk terus menulis perkongsian pengalaman dan diari hati di blog peribadi ini.

Saya berasa amat bersyukur kerana masih diberikan peluang oleh Allah SWT untuk bernafas di bumi ini. Tiada apa yang menarik untuk saya kongsikan sepanjang 'pemergian' saya selama beberapa bulan kebelakangan ini.

Masa yang berlalu pasti tidak akan berulang lagi. Namun saya tidak pernah sesekali menyesali apa yang telah terjadi.  Saya harus terus melangkah ke hadapan dan jadikan semua pengalaman itu sebagai suatu pengajaran yang mematangkan diri.

Memang benar, hidup ini penuh dengan rahsia. Kita selalu mengimpikan sesuatu yang terbaik dalam hidup kita. Namun realitinya hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Begitulah yang terjadi dalam kehidupan saya sekarang.

 ^_^

41 comments:

  1. Moga sentiasa dipermudahkan urusan aiza.

    ReplyDelete
  2. Moga aiza terus berblogging macam biasa. Kami masih rindukan hasil penulisan aiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah.. cuma mungkin tak seaktif dahulu.. terima kasih kathy.. :)

      Delete
  3. hye kak aiza! ^ ^
    welcome back!dulu miza datang blog akak tengok
    tak de..sedih je..huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai miza.. thanks sebab miza selalu singgah blog akak.. lepas ni insyaAllah selalu ada.. hehe..

      Delete
  4. alhamdulillah... dah lama tak singgah blog ni..

    ReplyDelete
  5. welcome back akak!!! jangan hilang lagi dh tau lepas nie.. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks farah.. insyaAllah tak hilang lagi.. hehe..

      Delete
  6. Selamat kembali... ramai juga rakan2 yg bertanya perkhabaran Aiza.. sampai ada yg buat entri nak tau perkhabaran Aiza hihii.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke.. alhamdulillah, aiza ok sahaja.. cuma keadaan diri yang tidak mengizinkan aiza berblog..

      Delete
  7. Salam Aiza. Semoga segala urusan dipermudahkan..aamiin.
    Sorry lambat datang mengomen. Hari tu dah ke mari, tapi kotak komennya tak keluar.. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam fidah.. insyaAllah, amin..
      hari tu aiza tak perasan komen tak tukar setting.. hehe.. terima kasih singgah sini.. :)

      Delete
  8. welcome back kak :) suka duka lumrah kehidupan, teruskan berjuang.
    sy pulak guna ganti nama 'aku'. hmmm maaf ye kalau akak xselesa

    ReplyDelete
  9. welcome back aiza...lama kot cari entry terbaru aiza.moga semuanya dipermudahkan ye

    ReplyDelete
  10. aiza! rindunya kat aiza!
    ke mana menghilang? apapun welcome back ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yana.. panjang cerita aiza menghilang.. hehe..

      Delete
  11. muka aiza nampak berisi sahaja cerialah itu ya ;)

    selamat memulakan langkah berblogging kembali yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang aiza dah gemuk pun sekarang ni suri.. hehe..

      insyaAllah aiza mulakan semula dari sekarang.. :)

      Delete
  12. Welcome back Aiza. Selalu tak lupa aiza.. Dan selalu jugak jenguk blog ni. Teruskan berblog ye.. Biaslaah kadang2 rasa nak berehat sekejap dr berkongsi..mcm saya sekarang ni.. He he. Happy blogging ye.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih selalu jenguk blog aiza.. insyaAllah aiza akan terus berblog walau tak aktif macam dulu..

      ok la tu, tapi jangan rehat lama sangat macam aiza.. hehe.. :)

      Delete
  13. mmg lama akak menyepi dulu... pernah tanya rakan2 blogger tapi mereka pon xtahu... ingatkan akak dah taknak menulis..Alhamdulillah sekrg dah muncul kembali...apa2 pon welcome back kak dan teruskan bertinta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula-mula memang kak aiza ingat nak terus berhenti menulis.. tapi bila difikirkan balik terus akak padamkan niat tu.. hehe.. terima kasih kerana terus menyokong akak..

      Delete
  14. asalam Aiza terima kasih datang ke blog Etuza ya

    ReplyDelete
  15. ya setahun sudah berlalu & kehidupan satu perjalanan

    ReplyDelete
  16. Smoga sentiasa berada dibawah naunganNya ;)

    ReplyDelete
  17. tu la akak.. tertunggu2 bila la akak nak muncul.. rindu dengan penulisan akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana zizie dan rakan-rakan blog yang lain terus menyokong kak aiza.. :)

      Delete
  18. selamat kembali kak aiza, rindu nak baca coretan akak.. akak makin berseri-seri ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana dila terus menyokong kak aiza.. :)

      Delete
  19. Rindu dengan penulisan kak Aiza.Semoga terus maju dalam dunia blogging. ;)

    ReplyDelete
  20. insyaAllah.. terima kasih azwar.. ;)

    ReplyDelete
  21. Tertanya2 apa yang terjadi.. Tapi apa2pun harap akak terus tabah dan sabar atas semua yang berlaku.. Semoga terus sukses kak aiza. :D

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^