21 September 2015

Petua Mencegah Angin dalam Badan

Assalamualaikum, 

Masalah angin dalam badan bukan sahaja dialami oleh orang tua tetapi juga golongan muda dan remaja. Antara tanda-tanda angin dalam badan adalah berasa sakit dan lenguh di seluruh badan atau sakit kepala. 


Cegah Angin dalam Badan
Cegah Angin dalam Badan
Berikut saya kongsikan beberapa petua untuk mencegah angin dalam badan yang boleh dicuba: 

Hadkan pengambilan produk tenusu

Kurangkan pengambilan produk tenusu kerana kadar laktosa yang tinggi boleh menyebabkan angin. Pilih produk tenusu berlaktosa rendah seperti yogurt.


Hadkan pengambilan makanan berlemak

Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng. Makanan berlemak boleh menyebabkan angin atau kembung yang seterusnya melambatkan proses pencernaan.


Hadkan pengambilan sayur-sayuran

Beberapa jenis sayur seperti kacang panjang, kubis dan timun boleh menyebabkan angin dalam badan anda. Hadkan pengambilan sayur-sayuran ini. 


Makan secara teratur

Pastikan anda makan secara teratur pada setiap hari bagi mengelakkan perut dimasuki angin. Tetapkan waktu makan yang tetap dan kuantiti makanan yang sesuai. 


Amalan petua tradisional

Cuba petua tradisional dengan cara merebus halia dan cengkih. Minum rebusan air ini ketika masih suam. Amalkan pada setiap hari dan pasti angin akan keluar dari badan. 


Oleh itu, hadkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin dalam badan. Kunyah makanan perlahan-lahan ketika makan dan banyakkan minum air putih. Makanlah secara teratur mengikut waktu yang tetap. 

^_^

55 comments:

  1. terima kasih aiza..betul..kita kena sentiasa hati2..terutama dari segi pangambilan makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kurangkan pengambilan makanan yang menyebabkan angin dalam badan..

      Delete
  2. perkongsia menarik kak Aiza.. pasal kacang panjang tu pernah tok saya pesan.. :)

    ReplyDelete
  3. perkongsian tips kesihatan yg sgt bermenafaat ni tksh aiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama amalkan bagi mencegah angin dalam badan..

      Delete
  4. Kalau angin dalam badan memang kurang selesa dan membuatkan hangin satu badan! Elok amalkan petua2 ni... Kalau tak, nanti asyik buang angin jer, hehe

    ReplyDelete
  5. semuanya bermasalah nak hindar...sbb dah kebiasaan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan je semuanya sally.. cuma hadkan pengambilannya.. :)

      Delete
  6. Bagus petua mencegah angin dalam badan ni... yg susah kalau 'hangin satu badan' huhu... thanks sharing Aiza.. boleh amalkan pagi2 ni... :)

    ReplyDelete
  7. miza skang ni pun selalu rasa angin badan..pastu pening..
    tapi skg memang tak bleh la lambat makan..mula la nk pening la berangin la badan

    ReplyDelete
    Replies
    1. miza kena makan tepat pada waktunya.. jangan biarkan perut kosong..

      Delete
  8. halia mmg elok utk buang angin dlm badan tapi kalau tergigit....aduhai! blh patah selera dibuatnya. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau direbus dengan cengkih tu segar rasanya.. hehe..

      Delete
    2. alamak kak. cengkih lagilah sy xsanggup nak rasa. haha

      Delete
    3. ye ke.. rempah ratus memang rasa macam tu.. hehe..

      Delete
  9. Dulu kerap skt kpala..skrg mcm da jrg da.syukurla..mungkin sbb dulu pola mknan x tratur kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus la sekarang dah ok.. makan secara teratur insyaAllah masalah angin dapat diatasi..

      Delete
  10. Saya amik tablet pappermint ginger kalau terkena. Tp jarang sgtla terkena camni. Sekali terkena tu taula sebabnya..

    Tq.info yg menarik.kalau pappermint saya abes leh la try. Lagipun macam resipi sup kan..cuma buh halia lebih2 skit la nak halau angin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok juga ambil tablet ginger tu, tak perlu lagi nak merebus halia..

      selamat mencuba..

      Delete
  11. Kakak ni pulak suka betul ulam timun Aiza
    Macam tak lengkap kalau makan mee / nasi lemak tak ada timun

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulam timun tu bagus kak zakie.. cuma bagi orang yang ada masalah banyak angin kena hadkan pengambilannya..

      Delete
  12. nice sharing ... tapi kan susu-susu dan semua yang berlemak tu yang sedap :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh makan.. cuma kena hadkan pengambilannya..

      Delete
  13. Orang kata kalau sayur nangka pun penyebab angin. Tapi sedap..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiza pernah dengar juga sayur nangka penyebab angin.. bagi aiza makan sahaja, cuma jangan berlebihan..

      Delete
  14. Great sharing, Aiza. Saya baru tahu petua rebus halia dengan cengkih tu. Selalunya saya rebus halia je.

    ReplyDelete
  15. air halia tu kalau minum ... memang asyik buang angin aje lah ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah keluar angin baru badan selesa.. hehe.. :)

      Delete
    2. kita rasa selesa ... orang sekeliling tak selesa hahaha :)

      Delete
  16. kalau sakit urat, bahaya banyak angin dalam badan.. raya ni, zizie makan lemang.. aduh... sakit urat pulak dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zizie cubalah minum air halia untuk keluarkan angin dari badan..

      Delete
  17. MV memang tak boleh makan kacang panjang dengan kacang buncis ni, cepat ja perut sebu masuk angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. kacang panjang dan kacang buncis memang cepat menyebabkan angin dalam badan.. kena hadkan pengambilannya..

      Delete
  18. adik IbuNoey banyak angin kat badan.tapi tak tahulah apa puncanya.mungkin boleh tengok petua ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga masalah angin dalam badan adik ibunoey dapat diatasi..

      Delete
  19. saya antara orang yang mudah kena macam ni
    nak kena buat cam aiza sarankan lah

    ReplyDelete
  20. cahayacinta.com

    badan saya memang ada angin..dah angin susah pula nak keluar dari badan kena sapu minyak angin baru lega tu tak gak kena ada orang urutkan bahu baru angin dlm badan keluar.

    sangat suka akan ilmu dan petua ini.skrg tengah habiskan jamu..makan jamu pastu bunyi hek...hek..angin keluar...ada juga angin tak lepas dari kerongkong anak tekak tpi urut juga sendiri lama sikit baru dia klr.

    bila keluar rasa sungguh lega...walaupun rasa ada angin akan klr lagi huhuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga angin nak keluar dari badan suri.. Usaha mesti dia keluar juga kan..

      Delete
  21. kalau skip breakfast jd mcm ni la akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nina.. Kena juga breakfast setiap hari..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^