15 September 2015

Bawa Bekal Setiap Hari

Assalamualaikum, 

Teringat ketika zaman bersekolah dahulu saya akan membawa bekal makanan ke sekolah. Mak saya rajin memasak untuk saya dan adik pada setiap pagi. Saya berasal dari keluarga yang susah, jadi kami harus berjimat-cermat ketika berbelanja. 

Bekal Makanan

Budaya membawa bekal saya teruskan sehingga kini. Setiap hari saya akan membawa bekal makanan ke tempat kerja. Bukanlah bermaksud saya kedekut membeli makanan di luar. Namun saya lebih selesa membawa makanan yang dimasak sendiri. 

Di samping itu dapatlah saya berjimat. Saya bukannya pandai memasak. Saya hanya tahu memasak yang ringkas seperti ikan, ayam atau telur goreng bersama sedikit sayur ditumis. Kalau rajin saya akan masak sambal atau masak kicap ikan, ayam atau telur. 

Beginilah gaya hidup bujang, memasak yang mudah, ringkas dan cepat sahaja. Selain menjimatkan, memasak sendiri juga lebih bersih dan pasti menepati selera kita. Pada setiap minggu saya akan membeli stok bahan masakan untuk memasak seminggu.

Salah satu tips untuk menurunkan berat badan juga adalah dengan cara memasak sendiri makanan. Dengan memasak sendiri kita boleh mengawal kuantiti minyak, garam dan gula. Oleh itu usah berasa malu untuk membawa bekal makanan ke tempat kerja. 

 ^_^

50 comments:

  1. memasak sendiri lbh jimat belanja n kualiti makanannya diyakini terjamin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak paridah.. lebih jimat dan kualitinya lebih terjamin..

      Delete
  2. Memang betul tu, Aiza. Masak sendiri ni bukan saja jimat, kita dapat sediakan hidangan yg lebih sihat :)

    ReplyDelete
  3. Bagus sebenarnya,terutama dari sudut kebersihannya..kita yakin.teruskan amalan ni ye..PC sokong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah aiza akan teruskan amalan ini.. terima kasih PC..

      Delete
  4. dulu time sekolah mmg rajin bawak bekal.. tp skrg dh malas akak.. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Bestkan dulu2 bawak bekal... saya pun suka.. nasi dgn telur kicap pun dah syok sgt2 hihii.. Salam ceria berblogging Aiza... :)

    ReplyDelete
  6. Best tau bawak bekal. Selain dari jimat, kebersihannya juga terjamin.
    Lama dah tak singgah kat blog Aiza. Selamat Kembali Bersiaran :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best kan.. terima kasih singgah di sini.. :)

      Delete
  7. rindu nyaaaaaaaaaaa nk bwk bekal hm :((

    ReplyDelete
  8. As Salam Aiza, bila Aiza come back... ke baru lagi...bunda jer tak perasan...kemana menghilang dan kemana blog lama?

    Apa pun selamat kembali dan terima kasih masih ingat dan sudi ke teratak bunda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalam bunda.. baru seminggu aiza mula berblog balik.. hehe.. blog masih sama lagi bunda.. terima kasih bunda sudi singgah di sini..

      Delete
  9. Anak2 bunda pun walaupun dah kerja semuanya masih bawa bekal lagi Aiza..

    ReplyDelete
  10. Moment paling win, siap je pakai baju sekolah
    bekal dah tersedia :D

    ReplyDelete
  11. Masak sendiri lebih bersih berbanding di luar...

    ReplyDelete
  12. sokong akak.... dulu masa part time kerja sebelum semester bukak saya slalu jgk bawa bekal...:D jimat, bersih dan selamat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus kalau ikhwan teruskan amalan membawa bekal makanan ni..

      Delete
  13. Kebersihn lbh trjamin..jimat plak tu.Lya pun biasa da bawa bekal

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga lya teruskan amalan ini.. yang penting jimat dan bersih..

      Delete
  14. bagusnya!!! yg simple tu yg sedap tau :)

    ReplyDelete
  15. memang kalau bawa bekal sendiri tu lebih sedap tau.menepati citarasa kita.kalau beli kat kedai kadang nampak je sedap.tapi bila dah makan,failed.IbuNoey pun kadang bawa bekal ke pejabat.tapi kalau ada lebih makanan yang malam sebelumnya la.entah bila la nak rajin masak awal pagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak sendiri lagi puas hati kan..

      Delete
    2. betul tu,Aiza.kalau masak sendiri,suka hati kita la nak letak apa kan.kadang kalau beli kat kedai,ada ramuan atau bahan tertentu yang kita tak boleh nak makan.jadi kalau masak sendiri,terpulang dengan citarasa kita.

      Delete
  16. memang bagus budaya bawa bekal ni ... sy dulu tak bawa bekal ke sekolah sebab ada RMT. bila dah kerja tak pernah pula bawa bekal, leceh betul bila nak keluar cari tempat makan, parking full

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... sekarang ni pun sy tengah ajar my dotter yang darjah satu tu bawa bekal :)

      Delete
    2. bagus ajar anak bawa bekal sejak kecil.. bila dah dewasa nanti mesti mereka akan terbiasa.. :)

      Delete
  17. Fiza sokong cuma nak kene rajin la.. masak sndri walaupun simple lagi puas hati drp beli belum tentu sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju tu fiza.. puas hati makan masakan sendiri..

      Delete
  18. saya pun memang dari zaman bujang bawa bekal
    sampai sekarang pun masih bawa bekal
    afif anak saya pun, kalau tak bawa bekal...dia bising =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus diteruskan amalan tu.. elok anak-anak diajar sejak kecil untuk membawa bekal ke sekolah..

      Delete
  19. rsa nak diet balik le aiza huaaa.......tulung..tulung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. suri dah gemuk ke sekarang? jom diet.. aiza pun tengah berusaha juga ni.. hihi..

      Delete
  20. sama macam kakak miza..dia keja mama mesti masak subuh2 tu bagi bekal kat dia ngan sekali lauk untuk makan tgah hari kat rumah..bukan dia yang masak..hahaa :p ..nak jimat katanyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus tu miza.. duit untuk beli makanan kat luar tu boleh la masuk ke dalam tabung..

      Delete
  21. betul tu kak.. sekurang2nya boleh berjimat.. zizie xpandai masak.. hehe.. masak nasi boleh la.. lauk2 ni, mesti ada kurang rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak aiza pun tak pandai memasak juga zizie.. setakat masak yang asas saja yang akak tahu..

      Delete

Terima kasih sudi komen.. ^_^