Assalamualaikum,
Ramai orang menganggap untuk berdiet perlu berlapar dan mengelak makan makanan tertentu. Sebenarnya badan kita memerlukan nutrien penting seperti karbohidrat, protein, lemak dan pelbagai vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Jika terlalu menahan rasa lapar, pasti akan menyebabkan seseorang berasa tertekan yang seterusnya membuatkannya makan dengan lebih banyak. Beberapa tips berdiet tanpa berlapar yang boleh dilakukan seperti berikut:
Tips Berdiet Tanpa Berlapar |
Pilihan alternatif untuk diet tanpa berlapar
Pilih makanan alternatif yang mempunyai rasa hampir sama dengan makanan yang digemari. Misalnya jika teringin minum susu, pilihlah susu rendah lemak berbanding susu penuh krim.
Pilih rendah lemak untuk diet tanpa berlapar
Banyakkan makan buah-buahan sebagai snek berbanding makan pizza atau kek. Buah-buahan rendah lemak dan kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan.
Jangan tinggalkan karbohidrat untuk diet tanpa berlapar
Terdapat individu mengelak pengambilan karbohidrat terutamanya nasi ketika berdiet. Karbohidrat penting untuk memberikan tenaga. Jika ingin makan nasi, ambil separuh saiz penumbuk tangan anda.
Kurangkan kuantiti makanan untuk diet tanpa berlapar
Kurangkan kuantiti makanan dengan mengisi makanan dalam pinggan bersaiz kecil. Kunyahlah makanan perlahan-lahan sehingga hancur sebelum menelannya (kunyah 40 kali bagi setiap suapan).
Minum air putih untuk diet tanpa berlapar
Minum air putih sekurang-kurangnya 3 liter pada setiap hari. Air bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar, tetapi ia juga bermanfaat untuk kesihatan kulit dan melancarkan penghadaman.
Seimbangkan dengan senaman untuk diet tanpa berlapar
Pemakanan seimbang perlu seiring dengan senaman. Pilih senaman mengikut kemampuan fizikal dan masa. Contoh senaman yang boleh dilakukan seperti berlari, menari, berjalan pantas atau mengayuh basikal.
Oleh itu, buatlah pilihan bijak dengan memilih makanan sihat. Setkan dalam minda bahawa anda ingin sihat dengan memakan semua jenis makanan sihat. Ambil pemakanan secara seimbang dan jangan berlapar semata-mata untuk berdiet.
miza nak turun berat tapi bila cuti balik rumah punah ranah semuanya..huhuu
ReplyDeletemesti mama miza masak sedap tu.. lepas ni miza mulakan la turunkan berat badan.. hehe..
Deleteasalam terima kasih ke laman Etuza ya..
ReplyDeleteKebetulan nak kuruskan badan , so boleh pilih cara di laman Mizz Aiza
assalam.. sama-sama cikgu etuza.. selamat mengamalkan tips ini..
DeleteMasa untuk berdiet....selepas makan dengan gembiranya di waktu raya..hihi
ReplyDeleteThanks for the tips
selamat mengamalkan tips ini fidah..
Deletezizie banyakkan sayur-sayuran daripada nasi.. sumber protein pun perlu ada.. permakanan kena seimbang..
ReplyDeletebetul cara pemakanan begitu.. perlu ada semua nutrien, barulah seimbang..
Deletedulu saya pernah try diet tanpa nasi jadilah jugak kak.. Tapi skrg sya cuba kurangkan pengambilan nasi... betul kata kakak tu badan perlu semua semua element2 mengikut piramid mknan tu.. :D
ReplyDeleteuntuk jangka masa pendek ok juga diet tanpa nasi.. tapi untuk jangka masa panjang tidak sesuai kerana badan kita memerlukan sumber karbohidrat untuk tenaga.. bagus makan ikut piramid makanan tu ikhwan.. :)
Deletemakanan mengikut piramid makanan mengandungi semua zat yg bdn kita perukan.. :D
Deletebetul tu ikhwan.. :)
Deletediet utk orang kecik macam saya xde?? haha.. bagus juga tips2 ni..insyaAllah berguna tu..
ReplyDeleteuntuk orang kurus pun perlu makan makanan seimbang juga.. untuk makluman mohd syarizwan, terdapat orang yang kurus mengalami kolestrol tinggi.. kurus tidak mengapa asalkan badan sihat.. semoga tips ini bermanfaat..
DeleteBukan senang nak berdiet tanpa berlapar klu tak tahu caranya kan... thanks sharing Aiza... :)
ReplyDeleteyou are welcome khir.. semoga bermanfaat untuk diamalkan.. :)
Deletesusahnya jadi org yg berdiet ni kan. nak makan, tapi takut berat naik pula. saya x pernah berdiet tpi saya ni jenis yg suka ambil makanan dlm portion yg kecil, tkleh makan banyak. heheh. nice tips utk org yg berdiet. jgn berdiet smpai x makan pula, makanlah makanan yg seimbang :D
ReplyDeletebtw hi kak aiza. do you still remember me? lama x nampak akak dlm blog ni :)
ambil makanan dalam portion kecil pun bagus juga.. yang penting seimbang..
Deletemesti la kak aiza ingat.. dah lama kak aiza biarkan blog ni bersawang.. tu lama tak nampak.. hehe..
Naseb baik ambe tak gemuk-gemuk. Tapi masih kena jaga kesihatan.
ReplyDeleteWelcome back Aiza. Lama menghilang...skrg kembali dgn domain sndr.
kesihatan perlu dijaga walaupun badan tak gemuk..
Deletememang lama aiza biarkan blog ni bersawang.. dekat dua tahun aiza guna domain ni..
saya ambil protien soya shaklee plus performance drink utk tahan lapar agak lama, senang kalo2 nak puasa
ReplyDeleteterima kasih di atas perkongsian pengalaman..
Deleteterimakasih tips nya Mizz insya ALLAH mana tau boleh kurus sikit hehe
ReplyDeletesemoga bermanfaat untuk diamalkan..
DeleteTiada siapa yang mahu diet tanpa makan... Panduan MA ini adalah yang terbaik!
ReplyDeletePaling penting adalah sihat!
terima kasih BM.. semoga panduan ini dapat dipraktikkan..
Deletegood sharing
ReplyDeleteterima kasih cik nor.. semoga bermanfaat..
Deleteramai yang diet dgn cara yg salah sekarang kan kak. masing2 sibuk nak kurus tanpa memikirkan kesihatan diri
ReplyDeletesetuju dengan didiey.. kesihatan diri perlu diberi keutamaan..
Deletetopik best ni! sesuai utk mommy yg sedang diet nak kurus juga ni Tq sharing!
ReplyDeleteselamat mengamalkannya mommy..
DeleteSop amalkan x makan tengah hari
ReplyDeletemmg berkesan :) huhuh
terima kasih sop sudi berkongsi pengalaman.. :)
DeleteSusah nak berdiet sebenarnya, disiplin kena tinggi melangit..:(
ReplyDeletememang tak dinafikan kena berdisiplin untuk berdiet..
DeleteSy slalu plan je nak diet.. tp xpernah pun menjadi.. hihi.. skrg tgh berjinak dgn gym.. mkn pun start control kalori.. harap kali ni menjadi hehee
ReplyDeletesemoga berjaya mendapat berat badan idaman.. :)
Deletesetiap kali nk berdiet mst asben ajak makan yang best2... hmmm.... bile agaknya dapat gunakan ilmu diet ni..hihihi
ReplyDeleteberdiet tidak semestinya kita kena lupakan makanan yang sedap.. boleh makan, cuma kena kecilkan saiz atau hadkan pengambilannya..
Deletenice info..memang nak diet ni tak perlu nak berlapar kan.lagi lapar,lagi nak makan banyak sebenarnya.contohnya kalau nak pergi pasar malam.kalau perut tengah kosong,confirm banyak benda nak beli.
ReplyDeletebetul tu ibunoey.. diet tak perlu berlapar.. yang penting kita tetap makan, tapi dalam kuantiti yang kecil..
Deletekuantiti kecil dan kerap.sarapan jangan dilupakan.
DeleteYa betul.. Sarapan jangan dilupakan..
DeleteSihat tanpa paksaan..;)
ReplyDeletebetul tu.. tapi kita ada pilihan untuk menjadi sihat atau sebaliknya..
DeleteGoods tips, klau asyik belpr mmbuatkn kita tekanan juga tu kan..lbh elok mkn tpi dlm kuantiti yg sedikit
ReplyDeleteYa,betul tu lya.. Kena pastikan perut take lapar.. Kalau terlalu lapar mungkin akan makan dengan lebih banyak..
Deletebetul... saya ni pun dah 30an ni lagi la kena kurangkan makan... :p
ReplyDeleteSama la aiza pun dah 30 an juga.. Kena jaga kesihatan selalu..
Deletetime balaja ritu boleh je diet tanpa berlapaq, sejak dah abis blaja ni, duk rumah terpaksa say "no to diet"
ReplyDeletetak sampai hati tgk mak masak , tapi kitanya tak makan.
Kalau masakan mak mesti berselera makan..
Deletenice tips ... memang perlu sangat diet ni kan, untuk kesihatan :)
ReplyDeleteThanks.. Memang perlu untuk kesihatan yang berpanjangan..
Deletekannn ... sambil sihat, sambil jaga berat badan :)
DeleteBetul tu.. ;)
Deletebab nasi tu saya baru tahu
ReplyDeletesebab orang selalu kata, kalau nak kurus jangan makan nasi
Memang terdapat pelbagai cara berdiet.. Setiap cara ada kelebihan Dan kekurangannya.. Bagi aiza cara terbaik untuk berdiet secara sihat perlu pastikan badan cukup semua nutrien penting..
Deleteyezze setuju ... perlu seimbang :)
DeleteBetul tu.. ;)
Deletecahayacinta
ReplyDeletemakan segengam memang baik pernah buat sugguh kurs kenyang tapi wajin ada sayur sayuran baru kenyang bertahan lama
aiza sedang giat berdiet ke tu heee..
Bagus cara diet suri.. Sayur dan buah wajib ambil..
DeleteMemang tengah giat juga ni.. Hehe..
Terbaik...
ReplyDeleteSelamat mengamalkannya..
Deletetips yg bagus.. kalau dh kurus tetap kena workout juga. hehee
ReplyDeleteBetul tu Nina.. Senaman jangan ditinggalkan..
Deletepatutlah nina dengan aiza kurus ... rajin bersenam. kipidap :)
DeleteKalau di ikutkan dalam diet seharian bunda tak boleh tak ada nasi, memandangkan faktor usia...maka bunda terpaksa berjaga2 dan akur untuk jarang mengambil nasi...sebagai ganti bunda mengambil roti bijirin, oat dan banyak makan sayur dan minum air masak... disamping minuman susu yang berkhasiat...
ReplyDeleteSalam isnin Aiza...
Kena juga ambil karbohidrat kan bunda.. Boleh gantikan nasi dengan karbohidrat sihat yang lain seperti roti bijirin..
DeleteSalam isnin bunda..
Saya bab diet2 ni selalu hancur. Tak kuat semangat. Tapi di rumah, saya makan nasi perang/ herba poni taj mahal untuk jaga makan.
ReplyDeleteBeras herba poni taj mahal tu memang bagus untuk kesihatan..
Deleteberlapar sbnr nyer bkn cara utk berdiet..jg pemakanan, kawal kuantiti makanan dan senaman selalu..
ReplyDeletethanks 4 sharing aiza
Setuju sangat dengan komen anies..
Deleteberdiet dgn cara yg betul...
ReplyDelete