23 September 2015

Pemeriksaan Kereta di Perodua Bandar Tun Razak

Assalamualaikum, 

Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Baru-baru ini saya telah berkunjung ke Perodua Bandar Tun Razak untuk membuat pemeriksaan kereta. Jika mahu pergi pada hari servis belum cukup kilometernya. 

Perodua Bandar Tun Razak
Antara kemudahan yang disediakan di Perodua Bandar Tun Razak
Perodua Bandar Tun Razak adalah tempat servis kereta kegemaran saya sejak dahulu lagi. Selain daripada pekerja yang ramah, pelbagai kemudahan asas disediakan seperti minuman dan makanan ringan percuma, televisyen dan ruang untuk membaca majalah. 

Ruang permainan untuk kanak-kanak dan tandas juga disediakan. Untuk urusan temujanji, saya menelefon terus di talian 03-91737971/ 7972. Temujanji boleh dibuat sehari sebelum hari kereta dihantar untuk servis atau pemeriksaan. 

Syukur apabila pekerja Perodua memberitahu kereta saya dalam keadaan baik. Risau juga jika terdapat komponen kereta yang rosak dan perlu diganti. Tak pasal-pasal lari bajet saya pada bulan ini. Caj pemeriksaan yang dikenakan sebanyak RM31.80 (termasuk 6% GST). Berbanding dahulu caj pemeriksaan kereta hanya sebanyak RM18.00. Nampaknya semakin meningkat caj yang dikenakan. 

 ^_^

57 comments:

  1. Biasanya kita akan hantar hanya di satu tempat pusat servis ajer. Ianya bagus kerana kita sudah biasa dengan perkhidmatan mereka dan rekod serta masalah kereta sudah difahami oleh pomen tersebut.
    Paling penting, boleh minta diskaun sebab regular customer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu BM.. aiza sudah selesa dengan perkhidmatan mereka.. bab diskaun tu dia tak bagi la pula.. hehe..

      Delete
  2. best tu siap ada ruang bermain utk kanak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang selesa untuk ibu bapa yang ada anak kecil.. takde la mereka bosan menunggu..

      Delete
  3. Selesa sungguh tempat servis tu... mmg pilihan yg baik ni. Thanks sharing Aiza. Boleh gak buka2 mulut rekemen kat kengkawan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi aiza sangat selesa.. tak bosan menunggu..

      Delete
  4. Fasilitas tempat servis sangat banyak, pekerjanya juga ramah... customer jadi suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. customer suka dan selesa dengan tempat yang begitu..

      Delete
  5. cantiknya tempat dia. kemudahan lengkap. tandas pun nampak bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tandasnya memang bersih.. memang tak bosan menunggu kereta diservis..

      Delete
  6. kemudahan yg terbaik klau dilht dari gmbr tu kak Aiza.. Dpat pulak mknan percuma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ini kak aiza puas hati dengan kemudahan yang disediakan di sana..

      Delete
    2. org kata klau mahal xpe, asalkan puas hati kan kak.. :D

      Delete
    3. betul tu ikhwan.. asalkan puas hati dengan perkhidmatan mereka..

      Delete
  7. Best juga kalau ada tempat permainan untuk kanak-kanak. Senang siket rasanya kalau bawa anak sekali pegi service kereta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fidah.. takde la anak-anak bosan menunggu kereta siap diservis..

      Delete
  8. Selesa sungguh tempat dan perkhidmatan disitu ....pasti ramai pelanggan tetap disitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga ramai pelanggan tetap yang lain di situ selain aiza..

      Delete
  9. Tempat servis kereta di Perodua Bandar Tun Razak ini bersih dan nyaman ya Mizz

    ReplyDelete
  10. Nampak selesa ruang menunggunya. Kalau servis bagus, memang kita akan stick pada tempat tu jelah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu farrah.. aiza dah jadi pelanggan tetap di sana.. :)

      Delete
  11. bestnya tempat cek kereta ... selesa tunggu lama pun takpe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tunggu lama pun tak terasa lama bila selesa.. :)

      Delete
  12. tak pernah lagi pergi cek kat perodua wpun guna kereta perodua ... sebab encik suami yang cek kan, dia biasa hantar bengkel dekat dengan rumah aje ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus suami yang uruskan.. macam aiza takde suami semua kena buat sendiri..

      Delete
    2. eh lebih bagus kalau urus sendiri sebenarnya walaupun suami ada ... suami bukan hak milik kekal :p

      Delete
    3. Setuju dengan komen zie has.. Belajar untuk uruskan sendiri..

      Delete
    4. memang sepatutnya kena belajar urus sendiri semua hal ... antara malas dengan rajin ajer (cakap kat diri sendiri ni :p)

      Delete
  13. lama betul tak singgah ke sini.. sepatutnya tempat2 lain juga perlu macam ni.. barulah pelanggan selesa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah di sini.. sepatutnya begitu juga di perodua cawangan lain atau tempat servis kereta lain..

      Delete
  14. kereta myvi topijerami macam ada problem...

    pintu dah tutup semua rapat...tapi lampu merah still nyala

    daftar unifi online

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pergi periksa di bengkel kereta tu topijerami..

      Delete
  15. zizie xde kereta lg.. tp, kawan selalu kata, stick to one place.. at least, dorg dh follow kondisi kereta kita sebelum2 ni...

    ReplyDelete
  16. Kemudahan yg disediakan buat org selesa nk tunggu.. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bila dah selesa baru tak rasa bosan menunggu..

      Delete
  17. nyimak aja abis aku g ngerti bahasa neng neng ini

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. memang jauh beza kenaikan caj tu.. nak tak nak aiza bayar juga la..

      Delete
  19. kalau tempat servis ada kemudahan dan keselesaan,memang tak rugi pergi kat situ je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ibunoey.. sekarang aiza dah jadi pelanggan tetap di situ..

      Delete
    2. wah,kalau dah jadi pelanggan tetap,mesti orang-orang kat situ kenal Aiza.urusan pun lebih mudah kan.

      Delete
    3. Setakat kenal macam tu.. Alhamdulillah memang urusan berjalan lancar..

      Delete
  20. Bagusnya da tmpt service yg mcm tu, x rugi guna prkhidmtn diorg.kat cne blm pernh lgi Lya jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah setakat ini memang puas hati dengan servisnya..

      Delete
  21. Replies
    1. Dah lama aiza biarkan blog ini bersawang.. Hehe..

      Delete
  22. saya pun suka berkunjung ke pusat servis kereta yang bagi minuman percuma. terutamanya nescafe yg dibancuh dalam mesin tu... hehehe kalau ada makanan ringan free pun best juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kemudahan yang disediakan pasti menarik pelanggan ke sana..

      Delete
  23. nampak selesa tempatnya ye
    saya ni bab kereta semua dok harap en suami aje buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang selesa..

      Bagus la en suami boleh tolong buatkan.. Aiza takde suami kena la survive.. Hehe..

      Delete
  24. cahayacinta.com

    cas makin naik harga kereta mahal pula..minyak naik semua naik gaji je tak naik2...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^