Assalamualaikum,
Kesibukan tugasan seharian mungkin menghadkan waktu untuk memanjakan kulit wajah di pusat kecantikan. Apa kata sesekali manjakan wajah anda di rumah dengan menggunakan bahan-bahan yang memang tersedia di dapur anda.
Manjakan Wajah di Rumah |
Waktu hujung minggu amat sesuai untuk memanjakan kulit wajah di rumah. Beberapa kaedah memanjakan wajah di rumah adalah seperti berikut:
Skrub wajah di rumah
Campurkan tiga sudu besar susu bersama tiga sudu besar madu dan satu sudu kecil oat di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Sapu rata skrub ini ke seluruh wajah dan urut lembut dengan dua hujung jari selama satu hingga dua minit dengan gerakan dari bawah ke atas. Bilas wajah dengan air suam.
Masker wajah di rumah
Campurkan dua sudu besar mayonis dengan air perahan lemon. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Selain daripada mengecilkan pori, ia juga berfungsi sebagai pelembap.
Krim wajah di rumah
Kisar sebiji pisang (boleh guna semua jenis pisang) menjadi krim. Sapu rata pada wajah dengan gerakan dari bawah ke atas dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Bilas dengan air suam dan kemudiannya air bersih. Anda akan merasakan kulit lebih segar dan tegang.
Anda boleh melakukan sendiri rawatan mencantikkan wajah seperti di atas sambil bersantai pada hujung minggu di rumah. Selain tidak mengandungi bahan-bahan kimia, ianya juga selamat digunakan dan semestinya membantu anda berjimat.
^_^
lamanya tak menyinggah ke sini...memang best kalau dapat memanjakan diri ni..lagi senang kalau dapat buat kat rumah..
ReplyDeleteaiza dah lama tak update blog, terima kasih singgah.. boleh buat sendiri di rumah..
DeleteAssalamualaikum akak. Wahhh rasanya dah lama tak singgah blog akak. Tips yang sangat berguna :)
ReplyDeleteWaalaikummussalam.. akak memang dah lama tak update blog.. semoga bermanfaat tips ini..
Deleteassalam aiza...jangan malas nk memanjakan wajah n diri utk kesihatan kecantikan...
ReplyDeleteassalam kak paridah.. betul tu, kena rajinkan diri kalau nak cantik dan sihat..
DeleteNak cubalah...lama x manjakan muka
ReplyDeletesilakan mencubanya.. :)
DeleteKak Aiza! hihihi...lama sungguh menghilang...ingatkan kemana la...tapi betul la...kita jarang ada masa nak manjakan diri...thanks bg tips nie!! :D
ReplyDeleteye sally.. lama akak hilang.. insyaAllah lepas ni tak hilang lagi.. hehe.. boleh buat masa cuti di hujung minggu..
Deletesinggah follow.. nak wajah cantik jugak.. hehe
ReplyDeletethanks follow.. boleh manjakan wajah di rumah..
Deletetips yg menarik kak Aiza... Rindu nak baca penulisan akak... moga terus kembali aktif ya kak setelah lama menghilang..
ReplyDeletesemoga bermanfaat tips ini.. insyaAllah akak akan kembali menulis walaupun tak aktif macam dulu..
DeleteAsalam Kak Aiza, lmanya akak myepi..msh ingt lgi ka dgn sy c ashalya Lya..senang2 nnt jemutla singgah ke blog lya
ReplyDeleteassalam lya.. mesti la akak masih ingat lya.. terima kasih singgah di sini.. :)
DeleteSalam aiza... Lamanya menyepi. Tertanya juga kemana aiza menghilang.. Selamat kembali.
ReplyDeletesalam.. itu la, lama aiza biarkan blog ni bersawang..
Deleteterbaik dan menarik.. rindu baca entri aiza..
ReplyDeleteterima kasih kathy..
Deletenanti balik rumah baru boleh cuba..hehhee..
ReplyDeleteselamat mencuba..
DeleteHujung minggu begini sesuai nak manjakan & belai wajah :)
ReplyDeletebetul tu.. sesekali manjakan diri sendiri.. :)
Deletelamanya tak jenguk kak aiza, sihat? hehe.
ReplyDeletebtw, thanks for sharing. boleh gunapakai ni. :D
alhamdulillah kak aiza sihat.. selamat mencuba aisya.. :)
Deleteasalam tiap wanita kena hargai diri..rest tu ertinya ambil masa memanjakan diri hehe
ReplyDeleteassalam.. betul juga tu etuza..
Deleteassalam//lama tak dgr citer aiza.moga sihat hendaknya
ReplyDeleteassalam.. alhamdulillah aiza sihat sahaja..
Deletenice tips kak aiza.. tp, silap hari bulan, termakan kalau x sedar.. kekeke
ReplyDeletejangan termakan zizie.. hehe.. semoga bermanfaat tips ini..
Deleteqila tak sabar nk tunggu cuti and then nk manjakan wajah cemni wuhuw!
ReplyDeletecubalah nanti qila..
Deleteassalamualaikum aiza...lama tak dengar khabar...apa berita terkini..:)
ReplyDeletewaalaikummussalam cik nor.. alhamdulillah.. khabar baik.. :)
DeleteAssalam Aiza..nice entri..lamanya erin tak singgah di blog Aiza..
ReplyDeleteassalam erin.. semoga bermanfaat.. terima kasih erin singgah di sini.. :)
Deletedah lama x dengar cirita.. ingatkan menyepi macam tu saja.. hehehe.. welcome back!
ReplyDeletethanks pha is.. :)
DeleteIni kalau anak kakak tahu habis instead beli satu kena beli lebih ni sebab diguna utk merawat muka mereka..
ReplyDeleteselamat mencuba kakak zakie.. :)
DeleteWanita mmg suka dimanjakan ye tak.. eh.. :D :D
ReplyDeletemungkin juga.. hehe..
DeleteWahh..menarik ni. Nak cuba lah. Especially campuran madu dan oat tu.
ReplyDeleteselamat mencuba..
DeleteCantik artikel awsk
ReplyDeleteterima kasih.. semoga bermanfaat..
Deletesy buat masker guna vitamin c shaklee je. sebab senang kena rendam je. haaa nampak tak tahap pemalas kat situ. hihi
ReplyDeletelagi mudah macam tu didiey..
Deletekupasan seperti inilah yang buat saya rindu kat blog ni
ReplyDeleteanyway saya banyak guna yang sedia ada
tak penah guna hak semulajadi...lagipun tak rajin =)
cubalah buat sendiri di rumah pada hujung minggu nanti.. :)
Deletenice sharing ... masker guna mayo tu baru tau :)
ReplyDeleteguna bahan yang tersedia di dapur lebih mudah.. :)
Deletememang mudah ... nanti rajin nak cuba :)
Deletemadu ada..oat pun ada..okey,boleh cuba malam ni..;)
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian ya.
selamat mengamalkannya.. :)
Deletethanks 4 sharing aiza
ReplyDeleteSelamat mencuba anies..
Deleteok stop kat sini dulu misi menge'bom' blog aiza ... next time datang lagi :)
ReplyDelete