31 March 2014

Merawat Cirit-Birit di Rumah

Assalamualaikum, 

Di hujung minggu pastinya banyak jemputan ke kenduri kahwin rakan atau saudara-mara. Ada masanya makanan yang disajikan memberi kesan terhadap perut kita. Mungkin perut akan berasa sakit, memulas dan berlakunya cirit-birit

Rawat Cirit-Birit di rumah
Rawat Cirit-Birit di Rumah (Gambar hiasan) - celiacdisease.about.com
Sebelum ini dibincangkan mengenai cara untuk merawat bibir kering. Beberapa cara yang boleh dilakukan bagi merawat cirit-birit di rumah adalah seperti berikut:

1. Air teh O merawat cirit-birit
Bancuh pekat air teh dan minum ketika ianya masih suam. 

2. ENO atau 100 plus merawat cirit-birit
Ambil sepeket ENO dan bancuh dengan segelas air dan diminum. Boleh juga meminum air 100 plus atau minuman isotonik yang lain. 

3. Daun jambu batu merawat cirit-birit
Ambil beberapa helai daun jambu batu dan ramas bersama sedikit garam dan air suam. Minum air daun jambu batu ini.

4. Buah ciku muda merawat cirit-birit
Rebus buah ciku muda dan minum airnya ketika masih suam. 

5. Pil chek it teck aun merawat cirit-birit
Boleh beli pil chek it teck aun dan simpan di rumah anda sebagai persediaan sekiranya berlaku cirit-birit. 

Seelok-eloknya segeralah mendapatkan rawatan doktor di klinik yang berhampiran anda. Kemungkinan sakit perut dan cirit-birit yang berlaku adalah akibat keracunan makanan. Banyakkan minum air kosong bagi mengelakkan kekeringan.

p.s: Ketika tinggal di kampung, air daun jambu batu itulah yang selalu diamalkan. Kini pokok jambu batu susah didapati, jadi aku terus minum 100plus sahaja. Bagaimanakah cara anda merawat cirit birit?

^_^