26 June 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 5 (Budi Baik Sentiasa dikenang Jua)

8 Jun 2003 (7.00 pagi)

Pagi hari minggu begini rasa macam malas je nak bangun. Alangkah best dok membungkang kat atas katil. Roomate aku, Zai pun sama gak. Tidur lena macam baby je. Hari-hari keje main dengan ikan je. Kalau tak masuk kolam, mesti kena cuci tangki. Mana tak penatnya. 

Pintu rumah diketuk oleh seseorang. Aku dengan rambut yang kusut masai terus bangun mencapai tuala untuk menutup rambut yang serabai giler. Buka tingkap nampak kelibat seorang lelaki, rupanya staf kat situ juga. Dia hulurkan sebungkus plastik berisi kuih muih dan nasi lemak. Yummy, tak payah la masak pagi ni.

Budi baik

Staf kat sini memang baik-baik belaka. Langsung tak pernah berkira. Di petang hari ada je jiran yang hulurkan kuih muih atau pisang goreng free. Mereka layan kami semua seperti ahli keluarga sendiri. Sungguh mulia pekerti mereka. Memori indah ini tetap kupahat di hati buat selamanya. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik kalian.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^

23 June 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 2 (Mandi Lumpur Kolam Ikan)

2 Jun 2003 (8.00 pagi) 

First time jumpa bos, mukanya serius giler. Bermula hari pertama, aku and the gang diarahkan masuk ke kolam untuk harvest ikan Lampam jawa. Giler apa kena masuk kolam tanah yang berlumpur dan berbau busuk tu. Memang sangat mencabar, maybe bos aku saja-saja nak test tengok sama ada aku berani or  tak. Ternyata aku mampu buktikan keberanian walaupun geli dan tekak rasa loya.

Mandi Lumpur
Dah kena berendam kat dalam kolam berlumpur
Sebelum balik petang tu, bos aku bagi free 3 ekor ikan Lampam jawa, tapi aku tak makan ikan air tawar. Kengkawan aku seronok sangat sembelih dan masak ikan-ikan tu. Aku kesian tengok ikan tu meronta-ronta. Selalu nak ikan pegi je ke pasar dan beli yang dah mati. Ni kena sembelih la plak, huhu..

Memukat Ikan
Tarik pukat
Malam tu, uwaa.. Rasa nak nangis sebab satu badan bau tak  best , mana taknya dah berendam dalam air lumpur. T-Shirt yang aku pakai tadi pun mesti dicuci segera, siap rendam dalam pelembut kain Softlan untuk nyah bau. Sabar aje la. Tapi ini la pengalaman paling happening  yang aku pernah rasa.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^

21 June 2011

Diari Praktikal Mizz Aiza - Part 1 (Praktikal di PPA Enggor, Perak)

1 Jun 2003 (7.00 pagi)

Suasana pagi di perkarangan Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) sungguh indah. Sesekali angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Maklum la, kolej aku terletak dekat sebelah laut je. Hari ni aku dan rakan-rakan akan bertolak ke tempat praktikal. Setiap orang akan ditempatkan di tempat yang berbeza.

Perjalanan jauh tak kurasa. Itulah yang aku dapat gambarkan perasaan riang. Aku bersama 3 orang rakan perempuan (Abot, Efa dan Zai) dan seorang lelaki (Bern) akan menjalani praktikal di tempat yang sama iaitu di Pusat Pengembangan Akuakultur di Enggor, Perak. Kini ianya dikenali sebagai Pusat Ikan Hiasan Enggor, Perak.

PPA Enggor
Hari first sampai dah bergambar
Jam 5.00 petang bas kami tiba ke destinasi. Bermulalah episod baru. Aku and the gang diberi penginapan kuarters secara percuma. Kami hanya perlu membayar bil air dan elektrik je. Esok Aku akan memulakan tugasan. Kami diminta melapor diri tepat jam 8.00 pagi esok. Apa sahaja yang ditugaskan, pasti aku terima. Malam ini tidur lena. Semoga esok penuh bermakna.


Kisah Diari Praktikal Mizz Aiza:

^_^