Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini side mirror sebelah tempat duduk pemandu telah longgar. Saya tidak pasti kenapa ianya terjadi. Apa yang pasti ianya perlu dibaiki dengan segera kerana adik saya perlu menggunakan kereta itu untuk ke tempat kerjanya.
Pekerja kedai aksesori kereta sedang memasang side mirror kereta |
Saya merasakan harga berkenaan di luar kemampuan saya dan masa menunggu dua minggu adalah terlalu lama. Saya juga bertanya beberapa buah kedai aksesori kereta di sekitar Cheras namun harganya antara RM300.00-350.00.
Jumlah harga RM150.00 |
Nota: Rakan saya memaklumkan, side mirror berkenaan bukan original. Namun saya berpuas hati setakat ini kerana tiada bezanya dengan yang original.
^_^