17 January 2016

Tukar Side Mirror Kereta Viva

Sudah lama saya tidak bercerita mengenai kereta Viva saya. Kini adik saya menggunakan kereta berkenaan untuk ke tempat kerjanya. Baru-baru ini side mirror sebelah tempat duduk pemandu telah longgar. Saya tidak pasti kenapa ianya terjadi. Apa yang pasti ianya perlu dibaiki dengan segera kerana adik saya perlu menggunakan kereta itu untuk ke tempat kerjanya.

Tukar Side Mirror Kereta Viva
Pekerja kedai aksesori kereta sedang memasang side mirror kereta
Saya segera menelefon Perodua Bandar Tun Razak, mereka memaklumkan harga satu side mirror RM377.80 (termasuk GST) dan tambahan kos sebanyak RM80.00 untuk upah pasang. Jika saya bersetuju, mereka perlu membuat pesanan dan stok akan sampai dalam masa dua minggu. 

Saya merasakan harga berkenaan di luar kemampuan saya dan masa menunggu dua minggu adalah terlalu lama. Saya juga bertanya beberapa buah kedai aksesori kereta di sekitar Cheras namun harganya antara RM300.00-350.00. 
Tukar Side Mirror Kereta Viva
Jumlah harga RM150.00
Akhirnya seorang rakan mencadangkan sebuah kedai aksesori kereta di Bandar Sri Permaisuri, Cheras. Setelah bertanya, harganya hanya RM150.00 termasuk GST dan kos pemasangan. Saya bersetuju dengan harga berkenaan dan kebetulan ketika itu stok ada. Tidak sampai setengah jam mereka siap memasangnya. 

Nota: Rakan saya memaklumkan, side mirror berkenaan bukan original. Namun saya berpuas hati setakat ini kerana tiada bezanya dengan yang original. 

^_^

21 comments:

  1. uissssh mahal nya yg first tu TT_TT

    ReplyDelete
  2. mahal sangat sampai RM400 :( tapi nak buat camne mungkin sebab kualiti. kalau yg tak ori tu okey baik je guna yg tu :)

    ReplyDelete
  3. dengan keadaan ekonomi sekarang ini..memang tak berbaloi nak bazirkan duit sampai 300 utk side mirror..walaupon tak original tapi sekurang kurangnya tak membazir

    ReplyDelete
  4. Yang penting puas.. Sekali pun bkn original...

    ReplyDelete
  5. xpe bkn original pn yang penting jelas utk memandang

    ReplyDelete
  6. yg ptg dpt selamatkan rm lbh separuh dr harga asal ... org x perasan pun klu bkn ori ... hehehee

    ReplyDelete
  7. utk side mirror, okay kot kalau guna yg tak ori pun. tapi kalau spare part seperti absorber, brake pad (dan lain2), kena make sure ori atau yg high quality. sebab yang ni penting untuk performance dan juga keselamatan diri.

    ReplyDelete
  8. Uisshhh jauh sungguh beza nyer.. tapi tak apa la walau bukan original tapi cukup utk di guna pakai :D

    ReplyDelete
  9. ada kereta banyak perkara perlu ambil tahu...

    ReplyDelete
  10. Mahalnya side mirror walaupun bukan original punya, ingatkan berapa sen je. walaupun side mirror, still kena ganti dengan cepat kan..

    Set Cantik Gebu Shaklee

    ReplyDelete
  11. kalau saya, tengok rega dulu
    ori idak tu belakang cite..haha

    ReplyDelete
  12. Viva kitaorg pun cermin sblh kanan bukan ori tpi ok...sbb da org lggr dulu pecah..

    ReplyDelete
  13. Mirror Kereta Viva nya Sedang ada perbaikan ya... Cantik juga tuh kereta Viva nya....

    ReplyDelete
  14. Tak mengapalah kalau bukan ori, janji boleh berfungsi dengan baik kan,..

    ReplyDelete
  15. side mirror tak pe lah kalau bukan ori..lagipun zaman sekarang masa untuk berjimat..selagi ada pilihan mengapa tidak

    ReplyDelete
  16. mahalnya kalau sampai rm300 tu, mujurlah dapat yang reasonable juga lepas tu ya

    ReplyDelete
  17. alahai mahalnya. takpa kak, tk ori pun, asal function sama dan bukan org tahu. hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen.. ^_^