Assalamualaikum,
Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik untuk kesihatan tubuh anda. Namun ada masanya buah dan sayur yang disimpan menjadi kurang segar untuk dimakan.
Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai manfaat buah. Beberapa jenis sayur dan buah boleh dikembalikan kesegarannya adalah seperti berikut:
1. Segarkan epal
Epal yang dipotong mudah berubah warna coklat seperti telah rosak. Rendamkan buah epal yang telah dipotong di dalam mangkuk berisi air sejuk yang dicampur sedikit garam. Pasti epal yang dipotong tetap segar dan tidak berubah warna.
2. Segarkan jagung
Jagung yang disimpan dalam plastik mungkin kurang manis apabila dimasak. Rendam jagung dalam air dingin selama sejam dan simpan dalam peti sejuk. Apabila hendak memasaknya, masak dengan api besar supaya jagung cepat masak dan rasa manisnya tidak hilang.
3. Segarkan tomato
Buah tomato yang terlalu masak akan menjadi lembik dan kelihatan tidak segar. Rendamkan tomato di dalam air sejuk yang dicampur sedikit garam. Kemudian simpan di dalam peti sejuk semalaman. Anda akan mendapati tomato kembali segar.
4. Segarkan tauge
Campurkan perahan limau nipis di dalam air rendaman tauge. Simpan di dalam peti sejuk dan tauge akan segar walau disimpan lama. Namun jangan lupa untuk menukar air rendaman pada setiap hari.
5. Segarkan brokoli
Brokoli yang disimpan akan berubah menjadi warna kekuningan. Untuk menyegarkannya kembali, rendam brokoli di dalam mangkuk berisi air sejuk selama sejam. Brokoli akan kembali hijau dan segar.
Oleh itu, anda masih boleh menikmati buah dan sayur segar tanpa perlu membeli yang baharu. Namun perlu dipastikan buah dan sayur tidak busuk kerana nutrien di dalamnya akan berkurangan dan mungkin menyebabkan keracunan makanan.
Nota: Jika anda ada petua segarkan buah dan sayur yang lain, boleh kongsikan di sini..
^_^
Salam singgah sini Aiza.....perkongsian yang bagus ni...sebab selalu buahan atau sayuran kita main simpan jer kat dalam peti ais kan...
ReplyDeleteGood sharing Mizz Aiza :)
ReplyDeleteSalam kak, terima kasih share tips ni ,sebab epal tu suka simpan balik dalam peti pasti nampak mcm dah rosak org pon tak nak makan
ReplyDeleteSalam Aiza..
ReplyDeleteHmm..boleh pakai tips no 1 hingga 3 tu..yg 4 & 5 tak dapat nak amal sbb saya sorg je makan..he he. Jarang beli. Kalau beli pun mmg masak dan habis terus, tak simpan2..
Terima kasih berkongsi Aiza..
tips yg amat bagus ni tapi eloklh buah2 tu dimakan segera n hbskan. tapi kalau dh bnyak simpanlh dgn cara tips yg diberi ni...
ReplyDeleteahaha qila mmg suka celup air garam kalau mkn epal huhuhu
ReplyDeletethanks kak aiza <3
paling cepat tukar warna tu epal kalau dah potong :( buah lain-lain tahan lama lagi. thank you kak Aiza share tips :)
ReplyDeletesalam kak aiza.. lama x nampak update blog..
ReplyDeletebtw nice sharing :)
Owhhh begitu plak..da petuanya.nnt lya nak try la
ReplyDeletethnks kak atas prkongsiannya, baru smpt bw cn
Saya paling suka jagung... Akan saya cuba nnti.. thanks tips nya...
ReplyDeleteOh ada cra rpnya.. Bru thu, tq. Suka mkn epal hijau..
ReplyDeleteNice sharing kak. Bnyk sbnrnye petua ni. Kekdng kita je xamalkan ehhee
ReplyDeleteThanks for Sharing Aiza! Lama Nurul tak kemari.. selamat berblog kembali!
ReplyDeleteThanks for the tips. Part brokoli tu memang nk cuba
ReplyDeleteSemua diatas mummy suka ngap.. Thanks for the info Aiza.. lepas ni kena rajin buka fridge la.. hehhee
ReplyDeletenice sharing. :)
ReplyDeleteinsya allah boleh cuba nnt
ReplyDeletethanks aiza sbb bom kotak komen sy tempohari ;-)
ReplyDeleteInfo hebat, nak copy yaa..;)
ReplyDeletesangat2 memerlukan pengetahuan ni..baru tahu
ReplyDeleteperkongsian yg bagus. tapi zaman sekarang ni mudah je dgn adanya peti ais. buah dgn sayur tahan lebih lama. hehe
ReplyDeleteHello!
ReplyDeletePerkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
Terima kasih Aiza tips nya...kat rumah bunda ni selalu ada buah epal n buah tomato..
ReplyDeletewah yang no 5 tu saya baru tahu
ReplyDeletenanti nak cubalah
tapi memang kebanyakkan sayur kalau rendam air akan segar balik
oh ada caranya nk segarkan sayur ye..boleh try nanti!☺
ReplyDeleteBagus ada petua2 mcm ni... taklah cepat rosak buah2an dan sayur. Bagus utk elakkan pembaziran juga kan. Thanks sharing Aiza... :)
ReplyDeletethanks sis sharing ni best sangat
ReplyDeleteinfo yang sangat berguna
ReplyDeletekalau nak senang...masa simpan semua letak dalam plastik :)
ReplyDeletenak cuba yang brokoli tu.. hihi
ReplyDeleteBoleh cuba yang buah epal tu sebab suka makan epal dan bila simpan dah bertukar color. thanks for sharing
ReplyDeleteSaya suka semua makanan yang disebutkan diatas :D
ReplyDeleteasasnya air sejuk dan garam . taugeh mmg tak thn lama , blh la cuba tips aiza ni ...
ReplyDeleteWaaaa bagus sungguh petua ni.. insyallah boleh try lepas ni :D
ReplyDeleteThanks for sharing...
Bagus petua2 yg Aiza kongsi ni :)
ReplyDelete