Assalamualaikum,
Di suatu petang yang dingin, hujan turun mencurah-curah di sebuah pekan. Seekor kucing liar berhenti berteduh berhampiran kedai menjual ikan hiasan. Kucing itu menjilat bulunya yang dibasahi oleh tempias hujan.
Kisah Teladan : Kisah Kucing dengan Ikan (Gambar hiasan) - picturesofcats4you.com |
Ikan : "Alangkah bosannya hidup ini. Berada di dalam balang kaca ini bersendirian sepanjang hari".
Ikan mengeluh. Kucing menjeling sambil mendengar keluhan ikan.
Kucing : "Aku pun. Kalau cuaca cerah pasti aku boleh mencari makanan di luar sana. Perutku kelaparan di waktu sejuk begini".
Ikan : "Sekurang-kurangnya kau bebas bergerak. Sedangkan aku dikurung seumur hidupku. Pergerakanku terbatas".
Kucing : "Kau nampak aku gembira di luar ini. Kau tidak tahu risiko kalau aku dikejar tuan restoran kerana mencuri makanan. Kadang kala aku dikasari oleh mereka. Kau bertuah kerana diberi makanan setiap hari. Badan pun gemuk dan sihat".
Ikan : "Tetapi aku ingin bebas seperti kau. Aku bosan dikurung begini. Aku ingin keluar!!"
Kucing memandang ikan sambil berfikir, hmm alangkah lazatnya jika aku dapat makan ikan ini. Perutku sedang berkeroncong. Kucing mendapat satu akal.
Kucing : "Nak aku tolong kau keluar?"
Ikan : "Nak!!"
Jawab ikan nekad. Kucing melanggar balang sehingga pecah. Ikan berjaya keluar dan terus disambar oleh kucing. Tamatlah riwayat hidup seekor ikan.
* Moral : Bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat. Jagan kerana mengejar nikmat sementara, kita sanggup mengorbankan diri. Mungkin juga ada individu akan mengambil kesempatan disebabkan sikap kita itu.
Kisah Teladan Lain:
kisah teladan yg baik, btol 2..nikmat Allah dah bg, tapi kita nk lbh..kn mensyukuri ape yg ada 2 lebih elok
ReplyDelete