Assalamualaikum,
Nak ceria? Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk kekal ceria sepanjang hari. Ceria itu penting untuk membuatkan mood kita lebih bersemangat.
Nak ceria? Setiap orang pasti ada cara tersendiri untuk kekal ceria sepanjang hari. Ceria itu penting untuk membuatkan mood kita lebih bersemangat.
- Sentiasa berfikiran positif. Elakkan berprasangka buruk terhadap orang lain. Jiwa yang tenang datang dari hati yang suci.
- Amalkan memberi salam sesama muslim dan hadiahkan senyum yang ikhlas sebagai sedekah. Ada kajian menyatakan senyuman itu awet muda.
- 5 kali sehari iaitu setiap kali lepas bersolat, jangan lupa menadah tangan memohon keampunan, pertolongan dan petunjuk dari Allah SWT. Ingatlah, doa adalah senjata orang mukmin. InsyaAllah hati tenang setelah meluahkan segalanya kepadaNya.
- Melakukan pekerjaan dengan jiwa tenang. Setkan dalam otak, ''aku lakukan pekerjaan ini setakat mana yang aku mampu dengan seikhlas hatiku''. InsyaAllah kerja siap dan takde la merungut je.
- Jika ada kelapangan, amalkan solat-solat sunat dan membaca al-Quran (terutamanya solat sunat Tahajud). Insya Allah hati tenang di samping pahala bertambah.
- Sentiasa amalkan memaafkan orang lain sebelum melelapkan mata pada setiap malam.
Hanya itu sahaja yang dapat aku kongsikan untuk amalan kita bersama. Insya Allah. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^