01 November 2011

Kenapa Perlu Kurus


Assalamualaikum,

Kenapa perlu kurus? Terdapat segelintir wanita berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Pelbagai cara telah digunakan untuk mendapatkan bentuk badan idaman, namun semua usaha hanya sia-sia sahaja.

Kenapa Perlu Kurus
Kenapa Perlu Kurus (Gambar hiasan) - lefunny.net
Tentu setiap wanita juga mengimpikan bentuk badan yang kurus dan seimbang. Sebab-sebab kenapa perlu kurus adalah seperti berikut:

1. Kurus untuk kesihatan yang baik
Risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi atau kencing manis dapat dikurangkan jika badan kurus. 

2. Kurus untuk menjimatkan perbelanjaan
Jika badan gemuk, makan pun pasti  berselera besar. Membeli belah barangan dapur pun tentu banyak (termasuk beras dan makanan rapu). 

3. Kurus untuk menjimatkan duit petrol 
Berat badan berlebihan menyebabkan bebanan kepada kereta. Pasti terpaksa  tekan minyak lebih untuk menggerakkan kereta. 

4. Kurus untuk meningkatkan keyakinan diri
Estim diri pasti akan bertambah bila berada di sekeliling orang lain. Panggilan  'kakak' atau 'makcik' dapat dilenyapkan. Di samping itu, mudah mencari pasangan hidup dan mendapatkan pekerjaan.

5. Kurus untuk memberi kepuasan kepada diri sendiri 
Satu kepuasan jika dapat mencapai sasaran yang kita impikan. Cabaran paling besar dalam hidup si gemuk adalah di saat perpisahan dengan makanan kegemarannya. 

6. Kurus untuk keselesaan diri
Ketika gemuk pasti terpaksa memakai baju bersaiz XL atau XXL. Setelah kuruskan badan pasti anda akan dapat memakai baju kegemaran anda.
7. Kurus untuk memudahkan pergerakan 
Bagi anda yang menggunakan perkhidmatan awam seperti bas atau LRT tentunya perlu bersesak dengan orang ramai. Apabila kurus pasti memudahkan pergerakan dan jika tempat yang hendak dituju dekat boleh sahaja berjalan kaki.
Oleh itu, perkara pertama yang perlu dilakukan jika hendak kurus adalah berazam dan fikirkan bahawa hanya kita yang mampu mengubah diri kita. Lakukanlah dengan perlahan tetapi konsisten. Ingatlah bahawa ''mencegah itu lebih baik daripada mengubati''.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^