Assalamualaikum,
Jika berbicara tentang perasaan, terlalu banyak emosi yang bersarang dalam diri seseorang. Perasaan marah, sayang benci, rindu cemburu dan banyak lagi silih berganti dalam diri mengikut perubahan situasi.
Stress.. |
Perasaan-perasaan berkenaan menyumbang kepada tekanan jika tidak diuruskan dengan baik. Di sini ingin aku kongsikan beberapa tips mengurangkan tekanan perasaan:
- Sentiasa bersikap positif di dalam menghadapi tekanan.
- Redha menerima suratan takdir kerana kita tidak menjangka ianya akan berlaku.
- Bersikap tegas terhadap perasaan, jangan terlalu menyalahkan diri sendiri.
- Melakukan senaman secara konsisten untuk proses peredaran darah yang baik dari otak ke seluruh badan.
- Mendekatkan diri dengan Maha Pencipta. Bagi seorang Muslim, bersolat dan berdoa merupakan salah satu kaedah meditasi yang baik.
- Mengamalkan pemakanan seimbang dan sihat.
- Pengurusan masa yang berkesan serta berjadual.
- Berani berkata tidak kepada sesuatu perkara yang boleh menyebabkan tekanan.
- Memperuntukkan masa untuk melakukan hobi dan aktiviti kegemaran.
- Rehat dan tidur yang mencukupi. Badan kita memerlukan masa untuk pulih dari tekanan.
- Elakkan mengambil alkohol, rokok atau dadah untuk mengurangkan tekanan.
- Menghabiskan masa bersama orang-orang tersayang (sokongan sosial).
- Jangan malu untuk berjumpa pakar psikologi bagi membincangkan mengenai kaedah pengurusan tekanan yang baik.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi komen.. ^_^