29 October 2011

Misteri Jodoh

Assalamualaikum,

Cinta, jodoh dan perkahwinan begitu subjektif untuk diperkatakan. Melalui pemerhatian aku, terdapat beberapa situasi berkaitan jodoh yang tak terungkap:

Situasi 1:
Aku berjalan di shopping complex. Jumpa la sepasang suami isteri. Si suami dukung baby yang sangat comel. Yang menghairankan aku si suami sangat la hensem macam hero hindustan manakala isterinya biasa-biasa je (gemuk, pendek dan kulit gelap).

Situasi 2:
Kawan sepejabat aku sendiri seorang pegawai, cantik dan berpendidikan tinggi. Namun suaminya hanya bekerja sebagai kerani lepasan SPM sahaja.

Situasi 3:
Seorang wanita muda sanggup mengahwini seorang lelaki tua yang layak dipanggil bapa atau datuk. Semuanya gara-gara kekayaan yang dimiliki oleh lelaki berkenaan. 

Situasi 4:
Bos aku seorang wanita bekerjaya yang berusia 56 tahun. Di usia 54 tahun tahun dia menamatkan zaman bujangnya dengan ikatan perkahwinan bersama bekas teman lelakinya semasa di kolej dahulu. Lebih dari 30 tahun dia menunggu lelaki berkenaan yang akhirnya menjadi miliknya.

*********************************************************************************

Begitulah misteri jodoh. Memang benar, jodoh Allah SWT yang tentukan. Namun manusia yang merencanakan segalanya. Pilihan terletak di tangan kita untuk memilih yang baik atau buruk.


Masih terdapat insan yang belum berumahtangga sedangkan usia semakin meningkat. Aku rasa faktor-faktor berikut juga menyumbang kepada lambat jodoh:
  • Kita bercinta dengan si Dia dan merancang untuk berumahtangga, namun di saat-saat akhir dia berkahwin dengan perempuan lain. Sebenarnya semua itu telah ditentukan Allah SWT kerana hanya Allah SWT yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Jadi, bersyukurlah kerana pasti ada hikmah di sebalik semua itu
  • Kita selalu mengatakan bahawa menyintai si Dia dengan seikhlas hati. Namun pernahkah kita terfikir bahawa cinta kita terhadap diri sendiri dan Allah SWT tidak seikhlas itu? Ya, kuncinya kita harus menyintai diri sendiri dan Pencipta terlebih dahulu sebelum menyintai insan lain. 
  • Allah SWT pasti telah menciptakan pasangan untuk setiap makhlukNya. Oleh itu, sentiasa berusaha dan berdoa agar dikurniakan jodoh yang terbaik. Manusia yang malas berdoa adalah seorang manusia yang sombong terhadap Penciptanya. Ingatlah, doa adalah senjata orang mukmin.
  • Lumrah hidup manusia mementingkan kesempurnaan dalam hidup. Yang lelaki nak isteri cantik jelita dan pandai memasak. Yang perempuan nak suami kacak dan kaya. Akhirnya disebabkan terlalu mengejar kesempurnaan tu, dah tua tak kawin-kawin juga. 
Itu saja yang aku nak kongsikan. Oleh itu, janganlah mengeluh kenapa jodoh lambat kerana ianya pasti akan datang. Di saat itu, paras rupa tidak lagi menjadi ukuran.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi komen.. ^_^